Wednesday, June 24, 2009

Nikmat Zam Zam.

Catatan umrah - backdated.


Saya sempat berpuasa 2 kali di Mekah, teringin mengalami keadaan lapar dan dahaga di sana. Teringat cubaan puasa di Bazar Ramadhan...sedapnya air tebu, air soya, air kelapa, air lai ci kang...semua nak di beli. Semerbaknya bau ikan bakar, ayam percik, martabak...penuh tangan kedua belah menjinjing bungkusan plastik. Bagaimana agaknya cabaran di Mekah? Lebih-lebih lagi keadaan panas terik.


Antara percaya dan tidak, cubaan yang diterima ialah nikmatnya zam zam. Selalu bila sampai ke masjid, tekak yang kering terus dibasahkan dengan zam zam sejuk menyegarkan. Keadaan yang panas dapat disejukkan dengan membasahkan muka dengan sapu tangan yang dibasahi zam zam sejuk...Dalam keadaan puasa, panas, letih, hebatnya dugaan terfikirkan zam zam. Nampak tong zam zam pun sudah terasa kesejukannya...nikmatnya! Apatah lagi duduk di tingkat 1 menunggu Asar, masya Allah...cobaan...cobaan...


Lepas Asar, saya membawa balik sebotol kecil air zam zam. Saya bekukan dalam peti sejuk. Bila ke masjid untuk Maghrib, saya membawa bekal zam zam beku dan kurma Ajwa. Dalam hati, nikmatnya zam zam, nikmatnya zam zam...(saya tidak berbohong, memang tidak sabar menunggu Maghrib, mengalahkan budak kecil belajar puasa).

Kebanyakan jamaah juga berpuasa sunat Isnin. Saya menghulur kurma. Jamaah Arab ramai yang membawa termos, mungkin berbuka air panas. Air panas? Bagi saya zam zam sejuk yang paling nikmat. Tiba-tiba Mak Arab sebelah menghulur secawan kopi Arab untuk saya, dan satu untuk Nisha. "Wah, dapat juga ibu merasa kopi Arab!" Nisha berbisik kepada saya. Sejak dari Madinah memang saya mencari-cari kopi Arab, ingin merasa. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga. Tapi hati masih teringatkan zam zam sejuk...

Akhirnya, azan Mahgrib berkumandang. Zam zam beku sudah cair kesemuanya, tapi masih sangat sejuk. Setelah berdoa, saya meneguk zam zam. Saya minm sambil memejam mata. Masya Allah! Sedapnya zam zam, nikmatnya...hilang segala dahaga...tidak perlu air yang lain lagi. Semua air kegemaran saya tidak dapat menandingi zam zam saya yang sejuk. Padanlah Rasulullah cukup dengan berbuka buah kurma dan air zam zam. Memang kenyang dan puas.

Itu baru panas di Tanah Haram, mendapat zam zam terasa amat nikmat. Bagaimana agaknya di Padang Mahsyar...dalam dahaga dan azab, padanlah telaga nabi menjadi penghilang segala dahaga...diam-diam berazam untuk bersalawat banyak-banyak agar dikenali sebagai umatnya! Agar dapat meneguk air telaga nabi...

4 comments:

Kassim Selamat said...

Salam,
Satu travelog umrah yg menarik untuk dikongsi baca.

Imran Paris said...

Salam Asnija...ni Imran dr Paris ni, seronok baca catatan2 Asnija...esp dlm n3 Bukan Cinta Biasa....iya benarlaha adakah kita mencintai our better half sbg yg disarankan??? Saya tersenyum sendiri...moga As jd isteri yg solehah, di redhaiNya dunia dan akhirat.

Bon weekend ;)

Asnija said...

Salam Kassim Selamat,
Terima kasih sudi bertandang. Terperanjat saya dapat kunjungan Kassim Selamat, sebab dalam kelas saya selalu mengumpat Kassim Selamat ni...tak sangka datang betul...kus semangat...

Asnija said...

Salam Cik Imran,
Masya-Allah, terima kasih banyak sudi datang rumah saya yang sunyi sepi ni...cepat le siap kan 'rumah' Cik Imran, teringin nak datang jugak...
(saya harap hubby dah kategorikan saya isteri dia yang solehah...huh...huh...)