Catatan umrah – backdated 13 June 2009 (Rabu-Hari Ketiga)
Jadual hari ini ialah ziarah sekitar Madinah. Kami akan ke Masjid Quba’, Jabal Uhud, Medan Peperangan Khandaq, Pasar Kurma dan Masjid Qiblatain. Kami sempat solat Tahiyatul Masjid dan Dhuha di 2 masjid ini. Saya berpesan lagi dengan Nisha untuk sujud syukur. Selepas solat, mengenang-ngenang kisah-kisah Nabi yang berkaitan. Rasa bertuah dapat solat di masjid-masjid ini dan menjadi sebahagian dari cerita-cerita tersebut.

Mengikut turutan masjid yang paling suci dan dituntut untuk solat di dalamnya ialah Masjidil Haram, Masjid Nabawi, Masjidil Aqsa dan Masjid Quba. Di dalam Al-Quran disebut bahawa Masjid Quba dibangunkan atas dasar taqwa, masjid yang pertama dibina ketika hijrah Nabi ke Madinah, tempat di mana unta Rasulullah berhenti. Sejarah hijrah ini cukup besar dan signifikan. Kerana itu, terasa sangat bertuah dapat solat di dalamnya.
Berada di dalam Masjid Qiblatain dan berpeluang pula solat di dalamnya lebih mendalam perasaan sayu di dalam hati. Terbayang penantian Rasulullah kepada wahyu dan petunjuk Allah apabila kaum Yahudi mengejek-ngejek umat Islam seperti meniru mereka berkiblatkan Baitul Maqdis. Terbayang bagaimana tergurisnya hati Baginda dengan ejekan tersebut, dan bagaimana mengharapnya Baginda kepada petunjuk Allah, semata-mata bergantung dan berserah kepada pimpinan Allah dan tidak yang lain. Peristiwa ini sebenarnya memperlihatkan ketinggian iman dan keyakinan bahawa Allah yang Maha Mengetahui. Setiap satu perkara ada sebab musababnya, dan bukan sekadar kebetulan.
Jelas nyata, peristiwa ini dapat memisahkan golongan yang benar-benar beriman dengan Allah dan Rasulnya, dan golongan yang sekadar ikut-ikutan. Akhirnya Allah menjawab permintaan Rasulullah. Satu hari, Jibrail mengkhabarkan kepada Baginda berita gembira itu dan Rasulullah bertanya kepada Jibrail arah mana yang dimaksudkan kerana Baginda tidak tahu. Lantas di tengah-tengah solat, Jibrail memimpin Rasulullah berpusing 180 darjah ke arah Masjidil Haram. Saidina Ali mengikutinya tanpa ragu-ragu. Yang lain ada yang keliru, sebahagian mempersoalkan tindakan Rasulullah, dan hanya sebahagian mengikut tindakan Saidina Ali. Sememangnya, mentaati Allah tidak boleh berpandukan logik akal…
(Masjid Qiblatain)
No comments:
Post a Comment