Catatan umrah - backdated 14 Mei 2009 (Hari keempat-Khamis)
Tabiat membebel saya datang dengan ‘obvious-nya’ pagi itu. Tapi bukan membebel sebenarnya (heh..heh…defensive-lah pulak). Mengenang perkara-perkara yang perlu dipatuhi sepanjang dalam ihram, wajib umrah, rukun umrah, terutama ini pengalaman umrah pertama kali, memanglah karektor ‘ibu’ jadi sangat menyerlah. Mengingatkan Nisha, mengingatkan Zaid yang tak habis-habis dengan ‘sempoi-nya’, dan mengingatkan suami. Jadi bila asyik mengingatkan ‘checklist what to do dan what not to do’, jadilah macam membebel (heh…heh..defensive lagi…). “Bu…releks Bu, jangan stress, fokus…fokus…”. Zaid ‘sempoi’ akhirnya menegur saya.
Perjalanan ke Mekah mengambil masa lebih kurang 7 jam. Kami bertolak pukul 8.00 pagi dan dijangka sampai pukul 4.00 petang. Tidak lama selepas keluar dari Tanah Haram Madinah, kami sampai di Bir Ali. Di sinilah kami akan berniat umrah, dan semua pantang larang akan bermula. Selepas solat Tahiyatul Masjid, saya solat Hajat minta Allah mudahkan saya, suami dan anak-anak melaksanakan umrah, dan memberikan kami kesempurnaan umrah. Apa yang saya pelajari, melaksanakan perkara jika pertama kali memang payah. Semua perkara dilakukan dengan minda yang sedar. Semua ‘muscle’ dalam keadaan berjaga-jaga. Sebenarnya banyak kepada takut terlanggar pantang.

(Masjid Bir Ali - suami dan Nisha sudah dengan pakaian ihram)
Kami semua berniat di dalam bas, kerana itu yang lebih afdal. Rasulullah juga berniat ketika di atas unta. Perjalanan bersambung semula. Satu bas bergema talbiah. Itu yang menggetarkan hati…Labbaikaullahummalabbaik… Labbaikaullahummalabbaik …HambaMu datang menyahut panggilanMu Ya Allah, hambaMu datang menyahut panggilanMu…
Senang benar airmata saya tumpah...menitik-nitik... Di tengah-tengah talbiah, seorang demi seorang jamaah tertidur (termasuk saya lah jugak…he...heh..).
(Stress-pun sempat berposing juga...)
No comments:
Post a Comment