Wednesday, June 30, 2010

Things you can't miss!

Minggu lepas, balik saja dari meeting di Shah Alam, satu kotak besar sudah berada di atas meja. Wah, yang ditunggu dah tiba!



Inilah sebab kesibukan saya 2-3 bulan yang lepas. Kerja inilah yang membuatkan saya sentiasa berjaga malam. Bila berkelip-kelip handphone saya, dan nombor Fatin PTS yang keluar, berdegup-degup jantung jadinya. Masakan tidak, kena “berlari pecut” menyiapkan semakan dan suntingan terjemahan untuk ketiga-tiga buku ini. Bila 3 hari berderet-deret ada program, Jumaat pula sudah berjanji dengan Fatin, alamatnya saya mengadap draf terjemahan sampai ke pagi. Terima kasih kepada Fatin kerana bersabar dengan saya. Staf PTS memang profesional belaka. Syabas!

Ketiga-tiga buku ini merupakan buku yang ditulis oleh bos besar saya, Dr Stephen R.Covey, dan merupakan terbitan FranklinCovey. PTS Publishing telah ditugaskan untuk menterjemahkan buku-buku ini, dan saya pula ditugaskan untuk menyemak dan menyuntingnya dari sudut kandungan supaya selaras dengan kurikulum FranklinCovey.

Sebagai pembaca blog ini, anda semua boleh mendapatkan potongan harga dan pakej istimewa sempena pelancaran edisi Bahasa Malaysia untuk buku-buku ini:


  1. Diskaun sebanyak 20% akan diberikan untuk semua buku-buku ini dengan kos penghantaran percuma. Tawaran ini sah sehingga 3 Ogos 2010 sahaja!
  2. Beli ketiga-tiga buku ini, dan dapatkan jemputan sebagai tetamu istimewa FranklinCovey Malaysia ke Program The 7 Habits of Highly Effective People Signature (Versi Eksklusif dalam Bahasa Malaysia) di Petaling Jaya pada 12-14 Julai 2010. Ini merupakan peluang anda untuk menghadiri program ini dengan percuma, termasuk semua pakej lengkap program yang ditanggung sepenuhnya oleh FranklinCovey Malaysia. (Nilai pakej program ini ialah RM 2,200 seorang, jadi anda tidak boleh melepaskan peluang keemasan ini!) Sila hantar pesanan belian untuk ketiga-tiga buku ini sebelum 5 Julai 2010, dan dapatkan jemputan tersebut dengan segera.
  3. Kepada guru-guru sekolah, dapatkan naskhah percuma buku The Leader in Me untuk perpustakaan sekolah anda. Terhad kepada 15 sekolah yang terawal sahaja.

Untuk pesanan dan pertanyaan, anda boleh menghubungi PA saya, Nurul, di 03-79551148. Anda juga boleh menghantar emel ke nurul@franklincoveymalaysia.com



PREDICTABLE RESULTS IN UNPREDICTABLE TIMES
Bagaimanakah anda dan organisasi dapat kekal sukses setiap saat? Jawapannya terdapat dalam buku ini!

Sem. Malaysia: RM 23.00
Sabah/Sarawak: RM 26.00
Harga selepas diskaun 20%: RM 18.00




GREAT WORK, GREAT CAREER
Ketahui rahsia meraih kerjaya yang anda idamkan selama ini! Genggamlah impian anda, dan capailah kepuasan dalam kerjaya demi masa depan yang hebat untuk anda dan keluarga.

Sem. Malaysia: RM 23.00
Sabah/Sarawak: RM 26.00

Harga selepas diskaun 20%: RM 18.00


THE LEADER IN ME
Ketahui cara-cara terbaik untuk mempersiapkan anak-anak kita agar sentiasa pandai berfikir sendiri, berdikari, mengambil inisiatif dan bekerjasama. Pencapaian akademik semata-mata tidak akan mencukupi. Terapkan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk anak-anak kita berjaya mengharungi cabaran hari ini dan masa akan datang yang lebih kompleks dan di luar jangkaan. Kemahiran-kemahiran tersebut terkandung dalam buku ini!

Sem. Malaysia: RM 26.50
Sabah/Sarawak: RM 29.50
Harga selepas diskaun 20%: RM 21.00

Cara-cara untuk membuat pesanan:

  1. Hubungi Nurul melalui telefon atau emel untuk mendapatkan Borang Pesanan.
  2. Isikan maklumat dalam Borang Pesanan.

  3. Buat pembayaran secara online ke HSBC Bank, atas nama Leadership Resources (Malaysia) Sdn Bhd, No. Akaun 302558879001.

  4. Kemudian, faks Slip Bayaran dan Borang Pesanan yang telah lengkap kepada: Nurul, No. Faks: 03-79552589.

Nota:


Kepada guru-guru sekolah yang ingin mendapatkan naskhah percuma buku The Leader In Me untuk perpustakaan sekolah mereka, hanya ikuti langkah No. 1 dan No. 2. Kemudian faks Borang Pesanan kepada Nurul, di nombor faks yang sama.

Semua penghantaran akan bermula 5 Julai 2010.
Untuk sebarang pertanyaan dan bantuan, sila hubungi Nurul di talian 03-79551148.


Monday, June 28, 2010

It's not my thing...

Bila ye kali terakhir saya naik basikal? Maksud saya basikal sebenar, bukan basikal di gym...


Jenama dan design baju yang dipakai oleh Lance Amstrong dan team-nya.

Pengalaman terbaik saya berbasikal ialah berkayuh sejauh hampir 5 Km di tengah panas untuk ke sekolah agama, dan 5 Km lagi pada petangnya untuk balik ke rumah. Dan itupun sudah berlalu lebih 30 tahun yang lepas. Pengalaman kedua terbaik ialah berbasikal ketika di kolej. Rakan-rakan sekolej pasti mengingati kenangan tersebut, kerana ketika itu, berbasikal ke kolej sangat popular. Hampir semua siswa dan siswi mempunyai basikal. Selepas itu, kemahiran tersebut menjadi sangat terpendam. Dan setakat itu sajalah “ilmu” saya tentang basikal.

2-3 minggu sebelum ke Chicago, adik lelaki saya berpesan, “Long, kat sana nanti, boleh tengok-tengokkan kedai The Trek tak? Famous kedai ni. Tengokkan jersey cycling, kalau murah belikan ye!” Itu pesanannya 2-3 minggu sebelum, dan bila semakin hampir, dia berpesan lagi “benda-benda” yang lebih “teknikal” dan memberi alamat kedai tersebut kepada saya. Jadi, kerana ilmu saya yang sangat sedikit tentang basikal, dalam fikiran saya ketika itu hanyalah, “Kalau jumpa....jumpalah, kalau tak....takdelah...” Saya tidak begitu serius untuk mencarinya... Ehmmm...it’s not my thing....

(Kalau mencari handbag ke...baju ke....mahu juga satu Chicago saya mencarinya...heh..heh...)


Dari luar kedai ni nampak kecik, tapi bila masuk, besar dan luas rupanya...

Tak disangka-sangka, ketika menunggu bas pada hari pertama untuk ke program saya, mata saya ternampak kedai The Trek itu...betul-betul di sebelah hotel yang saya duduki. Harus kena masuk kedai ni nampaknya...tiada alasan lagi! Saya bertangguh-tangguh hinggalah masuk hari ketiga, saya beranikan diri menjenguk kedai tersebut. Dalam hati terasa berat, pertamanya, tak tahu nak bertanya apa dan mencari apa.


Pelbagai jenis basikal tersusun mengikut jenama, harga dan jenis kegunaan.

Petang itu, agak ramai pelanggan, maklumlah, hari itu cuaca amat baik, suhu juga tidak berapa sejuk dan amat sesuai untuk berbasikal. Rupa-rupanya, Chicago sangat popular dengan sukan berbasikal ini, juga terkenal dengan “Kilang Basikal” yang terbaik di USA. Sedang saya melihat sekeliling kedai, salah seorang pekerjanya, Arthur, menyapa saya, “What are you looking for today, Mem?” Terdiam seketika saya dibuatnya sebelum dengan teragak-agak bertanya tentang jersey. Dia menunjukkan koleksi jersey yang ada dan saya lihat harga-harganya agak mahal. Saya lantas memberitahunya saya dari Malaysia dan kadar tukaran matawang menjadikan jersey-jersey itu sangat mahal bagi saya. Saya juga memberitahunya jersey itu untuk adik lelaki saya; “...and he is really into cycling...”


Di bahagian belakang terdapat bahagian untuk membaik pulih basikal...di bahagian inilah saya membelek-belek “benda-benda teknikal” yang adik saya senaraikan walaupun saya tak tahu lansung kegunaan benda-benda tersebut...takpe...adik punya pasal...

Saya juga sempat bercerita tentang Le Tour De Langkawi kepadanya (tunjuk pandai konon...), dan dia juga tahu tentang itu dan teruja sekali. “Well, Mem, to celebrate my first customer from Malaysia itself, I give you 30% discount for any jersey of your choice today!” Wow! Giliran saya pula teruja dengan perkataan diskaun itu.

Saya kemudiannya meminta saranan beliau tentang jenama, dan bahan jersey yang sesuai dengan cuaca Malaysia. Arthur sabar melayan saya dan menerangkan dengan panjang lebar setiap jenama jersey termasuk jenama basikal dan model terkini. Dalam tempoh 1 jam, banyak juga ilmu basikal yang saya perolehi, nama-nama seperti Madone, Bontrager, Endura, Gore, Gary Fisher, Mirraco sudah pandai saya sebut dan dapat lihat satu persatu. Wah! Adik saya pasti kagum dengan pencapaian saya ini...heh..heh..


Harga basikal berjenama Madone ini mencecah USD 6,000, sama dengan RM 19,000. Menurut adik saya, di Malaysia pula harganya mencecah RM 30,000. Tak pernah saya tahu ada dan wujud basikal semahal itu...


Jersey Bontrager yang paling depan berwarna hitam dan putih akhirnya menjadi milik adik saya...

“Do you think he will like this?” Tanya saya kepada beliau, risau jika adik saya tidak berkenan, lebih-lebih lagi saya tidak tahu latarbelakang benda yang saya beli ini, jenama tersebut lansung tidak saya ketahui. Betul ke jenama ni ok, atau saya senang-senang saja "digoreng" oleh Arthur.

“He is crazy if he doesn’t like this!” Jawab Arthur. Oklah... saya ikut saranan beliau dan membeli jersey tersebut. Dalam hati berdoa, moga-moga adik saya berkenan.

Malam itu saya menghantar SMS kepada adik saya. “K.Long dah masuk kedai tu. Jersey mahal-mahal, USD 100 ke atas semuanya, manalah mampu...K.Long belikan energy chew dan energy gel je yang termurah, dan botol air...” Saya mengusiknya, dan bercadang untuk membuat kejutan tentang jersey tersebut. Adik saya terlalu teruja bila mengetahui kedai tersebut hanya bersebelahan dengan hotel saya dan menyuruh saya melihat-lihat beberapa barangan lagi sebagai perbandingan harga, dan mengambil gambar sebanyak mungkin. "Dapat tengok gambarpun jadilah, Long..." katanya dalam SMS.


Basikal yang unik sebegini pun ada dijual...

Sekembalinya saya dari Chicago, saya menyuruhnya datang ke rumah saya pada petang yang sama. Dan saya memberikan energy chew, energy gel, dan juga botol air berjenama The Trek. Hanya dengan 3 barangan tersebut, adik saya sudah kegembiraan. Dalam leka dia bercerita tentang peket energy chew dengan ayah saya, barulah saya menunjukkan jersey yang saya beli untuknya. Perkara pertama yang dibeleknya ialah jenama jersey tersebut dan kemudian memandang saya dengan pandangan tidak percaya.

Hati saya jadi risau, “Alamak! Salah beli ke?”

“Salah beli? Biar betul, Long! Tahu tak jersey ni kat sini berapa? Ini tersangatlah branded-nyer...” Dia menjerit kesukaan. Jersey itu ditayangnya depan isteri dan emak saya.

“Terima kasih....terima kasih...” Berkali-kali dia mengucapkan terima kasih, lebih daripada 20 kali agaknya.

“Tak sangkanya...tak sangkanya...” Berulang-ulang dia berkata-kata demikian. Saya pulak lega seleganya bila dia suka dan gembira dengan pemberian saya itu.

Dia kemudian bercerita panjang tentang jenama tersebut, harganya di sini, keistimewaannya dan 1001 lagi perkara yang saya tak dapat memahaminya. Apa yang saya dapat simpulkan, rupanya saya sudah "terbeli" jersey yang “sangat branded”. Malahan, harganya berganda-ganda jauh lebih murah walau sudah ditukar ke RM. Betullah kata Arthur... "He is crazy if he doesn’t like this!"

Terlalu suka, adik saya hilang selera makan (padahal ada lauk kegemaran dia malam itu), dan tidak habis-habis membelek-belek jersey itu sampai ke malam. Gembira dan teruja tahap maksimum...

Saya ingatkan sekadar jersey biasa. Manalah saya tahu...it’s not my thing!

(Saya belajar, pemberian yang signifikan adalah menurut kacamata si penerima. Bagi kita mungkin tiada apa, tapi bagi mereka mungkin amat bernilai dan terlalu menghargainya. Jadi, bila memberi, pastikan pemberian itu signifikan di mata si penerima, bukan di mata kita. Barulah deposit itu menjadi suatu deposit.)

Nota:
Kepada yang meminati sukan berbasikal, bolehlah melayari laman web The Trek di pautan berikut:
The Trek at Michigan Avenue

Thursday, June 24, 2010

The perfect things...

Bukan senang menguruskan satu acara besar dengan dihadiri 8000 orang peserta sekaligus, menjadualkan lebih dari 10 sessi serentak dalam satu slot masa yang sama, apatah lagi menguruskan peserta dari berpuluh-puluh negara. Saya dapat membayangkan persediaan perlu dirancang setahun lebih awal. Setiap perincian difikirkan satu demi satu. Kesilapan demi kesilapan yang lepas dikaji dan dihalusi agar dapat diatasi dan diperbaiki.


International delegates bertemu dan bertukar-tukar maklumat di Global Village ketika waktu rehat...ketika ini, berharap sangat terjumpa delegates lain dari Malaysia...


Habis satu sessi, berkejar ke sessi yang lain pula, dari hujung sini, ke hujung sana, kalau lambat takut tak dapat tempat...


Adakalanya dari dari satu tingkat, bertukar ke tingkat yang lain...


Kalau sesat...ada yang akan menunjuk jalan...no problem!

Apabila semuanya berjalan lancar, perjalanan acara nampak bagai mudah untuk dikendalikan. Kerumitan di sebalik kelancaran itu adakalanya tiada siapa yang perasan. Pastinya setiap perkara ada plan A dan plan B-nya. Adakalanya, ada pula plan C dan plan D. Semua perlu ada ‘back-up’ plan. Itu yang rumit dan renyah. Bila timbul masalah, orang hanya boleh memberi komen, tetapi bila semuanya berjalan seperti yang dirancang, kurang pula yang memberi penghargaan. Biasalah...manusia mudah lupa...


Alhamdulillah, terjumpa Czarina...seronok bila jumpa sesama Malaysian (rupanya ada 4 orang lagi dari organisasi lain, dan terjumpa pula seorang Malaysian yang bekerja di Jeddah)...soalan pertama, "Nak makan nasi tak? Jom...I tahu kat mana..." Malam tu terus dinner briyani kambing...


Saya dan rakan sekerja, Kim bersama Nicole Washington. Beliau ialah pengurus untuk International Delegates. Dari Malaysia lagi sudah menguruskan pendaftaran kami dan sangat prihatin orangnya. Ingatkan orangnya kecil molek...rupanya...tinggi sungguh dia...


Lunch Pack yang berisi mineral water, sebungkus chocolate chips, sebungkus potato chips, sebiji epal dan sandwich atau salad. Berbeza jika kita berkursus di Malaysia...makanan semestinya lebih mewah...


Penganjur memberikan "special touch" di setiap meja, sangat terperinci dan peka tentang negara para peserta. Nampak biasa-biasa je, tapi sangat memberi kesan. Memang di luar dugaan ternampak batik ketika mula-mula melangkah masuk...

Dan apa yang saya nampak paling perfect? Bila perkara yang bukan perkara biasa di beri perhatian hingga keperincian terkecil. Saya kagum, bila acara ini di negara bukan Islam, tentulah solat bukan sesuatu yang biasa buat mereka tetapi tersedia pula bilik solat yang terletak pula di sebelah “restroom”, jadi mudahlah untuk berwudhu', siap bertabir untuk muslim dan muslimat, dan diberi pula petunjuk arah kiblat. Semuanya diatur dengan begitu sempurna sekali...perfect!

Prayer Room yang simple tapi perfect...


Macam tong air zam-zam pulak...

Selepas solat pertama kali di “Prayer Room” itu, terfikir juga saya, “Jika beginipun masih lagi susah untuk bersolat...entah apalah lagi masalah saya agaknya...”

Lain-lain yang "perfect"?

Emmm...pizza yang berkeju setinggi 2 inci...

Dan ketika kelaparan di Shanghai Airport, ternampak pula restoran ni di Terminal 2...



Waiter Restoran ingatkan saya Chinese Muslim, terus bertutur Mandarin tanpa henti...

Apa yang perfect? Shanghai Dumpling...dan HALAL!
Emmm...perfect!




Wednesday, June 23, 2010

The best thing...


Landscaping yang sangat cantik di The Lurie Garden
Banyak perkara dalam kehidupan hanya bila dipercayai, baru dapat difahami. When you believe it, you’ll see it...

Bila keyakinan dan kepercayaan pada Allah amat mendalam, barulah berupaya melihat KekuasaanNya dalam setiap kejadian. Segala kehebatan dalam setiap kejadian terlihat di mana-mana. Tapi bila kepercayaan tentang Allah amat nipis, maka rahmatNya yang di depan mata pun tidak akan terperasankan.


Cloud Gate atau dikenali juga sebagai The Bean, salah satu arca yang sangat menarik dan unik. Keseluruhan Chicago boleh dilihat dari pelbagai sudut, yang memperlihatkan bangunan-bangunan pencakar langit dan awan yang di atasnya. Di reka oleh artis British, Anish Kapoor.
Di Chicago, kehebatan hasil seni berada di mana-mana. Ia merupakan bandar yang terkenal dengan seni binanya dan semua yang berkaitan dengan seni termasuk seni lukis dan seni arca. Halus, sempurna dan kreatif. Daya imaginasi yang amat tinggi dan pada dimensi yang sangat berbeza. Ada idea yang tidak pernah kita terfikirkan, tetapi dizahirkan dengan amat indah sekali. Bagaimana mendapat idea sedemikian, ya? Berulangkali saya tertanya-tanya sendirian. Kreatif sungguh!


Trump Tower yang berkilat-kilat...


Crown Fountain pula merupakan menara daripada bongkah kaca setinggi 50 kaki. Wajah-wajah yang tertera merupakan wajah lebih 1000 orang penduduk di Chicago yang bertukar-tukar dan dalam mood yang berbeza-beza. Ada beberapa ketika tertentu seperti sedang mengeluarkan air dari mulut. Ia direka oleh artis dari Sepanyol, Jaume Plensa.
Namun, sebijak-bijak manusia, di tahap manalah kesempurnaan ciptaan mereka? Sedangkan di depan mata saya, terbentang ciptaan Allah. Satu ciptaan selalunya akan berkait dengan ciptaan yang lain, satu kejadian pasti merupakan kesinambungan dari kejadian yang lain, satu pusingan yang amat sempurna sekali – yang ini melengkapkan yang itu...di sini kesudahannya di situ. Selalunya bagai nampak sangat ringkas, tetapi sebenarnya begitu kompleks dan signifikan.

Lurie Garden yang sedang berbunga cantik...ciptaan Tuhan yang kecil tetapi merupakan herba yang pelbagai guna...

Saya belajar, the best thing is not merely the eyes, but the best thing is the vision...when you believe it, you’ll see it!
Semoga kita tidak buta akal, buta hati dan buta perasaan...

Tuesday, June 1, 2010

"Hello, ibu...I miss you so much!!!"

Amni si kecil itulah baby saya…anak bongsu, cukup periang, manja, keletah dan pandai mengambil hati. Walau umurnya sudah lapan tahun, dia akan tetap menjadi baby saya. Dalam manjanya, kerap kali dia memeranjatkan saya dengan tahap kematangannya, dan kebolehannya berfikir panjang, selalunya di luar apa yang saya sangkakan.


Gambar yang dihantar melalui sms oleh kakaknya...

Tahun lepas sekitar Mei, kami tinggalkan dia keseorangan dengan atuk dan neneknya ketika saya, suami, kakak dan abangnya menunaikan umrah. [Baca tentang Catatan Umrah dan Amni] Ketika itu, saya masih ada pembantu rumah. Dengan Ijalah dia terkuntang-kanting mengulangkaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahunnya. Kami janjikan dia percutian ke Perth sebagai mengubat kesedihannya kena tinggal. Tapi ketika itu, wabak H1N1 melanda, jadi percutian tersebut kami batalkan….kemudian kami terus terlupa…


Di kedai Disneyland, mencari buah tangan buat si kecik...semuanya cute...semuanya comel...

Tahun ini, juga di saat-saat menghadapi peperiksaan pertengahan tahun, juga dibulan Mei, Amni kena tinggal lagi. Walaupun kali ini tidak lagi keseorangan, tapi dia berulang kali bertanya mengapa dia tidak boleh ikut sama. Seminggu sebelum saya berlepas ke Chicago, seminggu juga dia merengek untuk tidur dengan saya. Jadi, sebagai ubat, saya janjikan pula percutian ke Disneyland Hong Kong (heh..heh…moga kali ini kesampaian…). Cerialah dia kena tinggal…bila ada yang dia boleh angan-angankan….


Nak belikan baju....atau....


...atau nak belikan Teddy Bear?

Di Chicago, saya pula yang keseorangan. Giliran saya pula yang amat rindukan dia, tapi saya tahankan. Sibuk memang sibuk, tapi ingatan pada Amni sempat mencelah. Leganya berpisah di zaman serba canggih bila komunikasi tidak dapat membezakan jarak…bagai terlalu dekat dan hampir…Skype, YM, SMS, email...mengubat rindu jadi terlalu mudah dan murah (dan free).…

Awalnya, SMS bertali arus dengan Pak Engku, semakin ber-SMS, semakin rindu jadinya. Kemudian ‘upgrade’ ke YM…lebih puas berbual, senang pula menaip patah-patah perkataan…lebih cepat berbalas-balas ayat…sekejap tergelak sendiri…bagaikan orang gila di dalam bilik hotel, di Malaysia siang, di Chicago tengah malam…bermalam-malamlah saya tidak tidur, asyik melayan rindu dan ‘berchatting’ dengan Pak Engku….sambil-sambil berkirim salam dengan anak-anak dan bertanyakan kerenah si kecik Amni…


Makanan? Bab ni saya tak "rindu" pun... Terjumpa Restoran Mamak, dalam cuaca sejuk...berpeluh juga makan nasi tomato dan kari udang.... (tapi lepas tu...teringat balik anak-anak....dan Pak Engku...adoii..)

Hilangkah rindu? Jawapan saya, lansung tidak, semakin-makin rindu jadinya. Jadi, masuk hari ke-4, bila sudah terlalu rindu, saya menelefon rumah…dan Amni yang menjawabnya…apalagi…menjeritlah si kecik…

“Ibu!!! I miss you soooo much!!! I miss you sooooo much!!!” Jeritnya berulang kali.

Aduhh….meleleh air mata saya…Hati bagai sudah melayang balik…malam itu, saya tidak tidur lagi melayan YM dengan Pak Engku sampai ke pagi…