Friday, June 15, 2012

Belacan Bintulu.

Rupanya Bintulu terkenal dengan belancannya.  Saya tidak tahu...
Bila participants bercerita dan bersungguh-sungguh promote kata sedap...malah menawar diri untuk tolong beli, sudah tentu saya menerimanya.


Baunya semerbak satu bilik...sudah terasa sedapnya sambal belacan saya nanti...heh..heh...(lagi buat tak sabar nak balik.)

Namun walau semerbak, belacan tetap berbau belacan.  Mana ada belacan berbau strawberi-kan?  Macamana nak pastikan baju satu beg tak berbau belacan?

Satu malam saya memerah daya kreativiti dan kemahiran membungkus...

(Sampai rumah nanti, harus kena dry cleaning semua blazer saya nih...)

Thursday, June 14, 2012

What I truly want...

Bila terlalu sibuk dan penat, teringin sungguh ada block of time untuk diri sendiri.  Di tengah-tengah riuh rendah anak-anak, teringin sungguh duduk senyap-senyap lapangkan fikiran.  Konon tak nak ada yang mengganggu.  Boleh buat apa yang kita nak buat tanpa ada anak yang datang merengek-rengek.
Manusia ni, memang selalu mahukan apa yang dia tidak ada...

And, for the past 2 days, I have that block of time...

Memang tak ada sapa yang mengganggu, memang boleh buat apa saja tanpa gangguan, memang lapang fikiran, senyap dan sunyi...

Duduk sorang-sorang sambil menikmati latte, dan sepatutnya saya seronok...


And, I realize...

This is not what I really want...

1000 kali lebih baik hidup dengan riuh rendah anak-anak...1000 kali saya pilih hidup yang sibuk dan penat melayan kerenah anak...1000 kali saya pilih kehidupan yang itu....dan saya akan pilih berkali-kali untuk kehidupan yang itu!

Because, all those things...
Make my life complete!

______________________

Homesick...homesick....homesick...

Wednesday, June 13, 2012

Sunset at Bintulu.

Puas hati dapat merakam matahari yang terbenam minit demi minit, walau sekadar menggunakan Iphone 4.














Cantik sungguh aturan Allah...

Gambar di bawah ni pulak selepas habis sunset dan menjelang Maghrib.  Berjalan balik ke hotel...sorang-sorang...homesick nyer....



Lonely on the land I walk,
Lonely cross the sea I sail,
Lonely air of beach I stroll,
This lonely life doth take its toll...

- Mark R. Slaughter





Adoiii....tak sabar nak balik....