Sunday, August 25, 2013

Terkenal bagaikan artis!

Gempak! Meletop! Marvelous!

2000 notifications di whatsapp saya.... dalam masa 2 jam! Memang melampau! Rekod yang belum pernah saya capai! Awesome!

Saya sendiri tak berpisah dari handphone, sekejap senyum, sekejap tergelak, sekejap terkekek-kekek sambil mengesat airmata.

Hampir 28 tahun tak jumpa, kini bersembang di alam maya, memang banyak topik yang dibualkan. Topik terhangat ialah bercerita kisah silam, perangai di dorm, perangai di kelas. Kesilapan dan kebodohan lampau menjadi gelak tawa.

Semua bertanya 1001 soalan, tak menang tangan menjawab...artis pun tidak ditemuramah se-detail itu oleh wartawan. Wah! Terkenal bagaikan artis.

Sekarang, kami semua sudah menjadi ibu, anak-anak sudah dewasa, kami lebih matang, lebih bijak, lebih banyak makan garam (ehemm), berkerjaya, professional dan ada yang sudah bertaraf VIP.

Dan, sedihnya...dua orang antara kami sudah pun di alam lain. Mereka antara yang terbijak, yang terbaik. Ketika melihat gambar lama, mereka berdiri di antara kami, tapi siapa tahu apa yang akan berlaku di masa depan. Mereka juga tidak tahu akan pergi lebih dulu. Ketika itu, kehidupan dilalui seperti biasa, penuh harapan, tinggi cita-cita dan keazaman bagai akan hidup 28 tahun lagi...sekarang mereka menjadi sejarah...28 tahun itu tidak mereka punyai...hanya Allah yang tahu!

28 tahun lepas...
Banyak perkara yang kami buat, pilihan yang dibuat...menjadikan kami seperti hari ini. Bidang yang kami pilih, nilai diri yang dipegang, tarbiah yang diterima...

Alhamdulillah, berkat semua itu, kami sekarang menjadi insan, bukan sekadar manusia...

Dalam teruja bercerita....
Saya sekarang kerja di sini...

Saya sekarang tinggal di sini...
Anak saya 3 orang...
Anak saya 7 orang, ada yang kembar...
Anak saya sorang di luar negara, sorang di universiti tempatan, sorang nak SPM...

Memang ada banyak yang tersurat dan tersirat...harapan, impian, kebahagian. Seronok menyelami kebahagian masing-masing. Tumpang gembira dan tumpang berbangga.

Alhamdulillah, status kami lebih baik dari 28 tahun yang lepas - banyak pencapaian, banyak perubahan, banyak perbezaan...lebih berjaya, lebih berada, lebih berkemahiran, lebih ilmu, dan lebih matang.

Apa agaknya yang akan terjadi 28 tahun akan datang? Apakah pula yang akan dicapai, yang akan berubah dan berbeza? Jika kami terjumpa, apakah pula cerita kami?

28 tahun yang lepas...
Saya di tingkatan 5. Masih sekolah, pandangan dan cita-cita menurut pandangan remaja. Tidak banyak pengalaman tentang realiti kehidupan...

Sekarang...
Pastinya cara saya memperkenalkan diri berlainan. Saya sudah berkahwin, ada keluarga sendiri, ada 3 orang anak, bekerja...mengalami sendiri naik turunnya kehidupan, merasa sendiri realiti kehidupan...

28 tahun akan datang?
Andai kami terpisah lagi selepas ini, dan terjumpa semula 28 tahun berikutnya...

Siapa pula saya 28 tahun akan datang?
Mungkin masih di Puchong, mungkin sudah ada menantu, sudah bercucu, sudah bersara...
Sihat lagikah? Boleh berjalan lagikah? Kenal orang lagikah? Semuanya masih lagi andaian...
Siapa pula yang sudah meninggalkan kami ketika itu?

Atau mungkin saya yang sudah tinggal sejarah?
Ya Rahim...
Hanya Engkau yang lebih tahu...


Buat sahabat semua...
Selamat bertemu kembali...

Sejarah saya...
Tidak bermula tanpa anda semua...
Tidak berkembang tanpa bantuan anda semua...
Dan moga berakhir dengan diingat-ingat dan didoakan oleh anda semua...

Saya berharap...
Akan jadi tersohor di sisi Allah...
Dan tersohor di sisi manusia...
Jika kalian masih ingatkan saya walau saya sudah di alam lain...
Sudi mendoakan saya...
Sudi memohon pada Allah supaya merahmati saya...
Saya kira...itulah tersohor yang paling signifikan...

Untungnya saya kerana anda masih mengaku mengenali saya...
Walau jika kedut saya sudah beribu...
Walau jika saya sudah tinggal debu

Untuk semua geng ex-KIK SPM 85,
Selamat ber-whatsapp!

(Amboi! Tak henti phone berdering bagaikan artis. Anak kita pun heran yer...apasal mama tiba-tiba famous ni? Mereka ingat kita ni siapa? Kitalah diva di kalangan kita.)



















8 comments:

water lily said...

28 tahun dari sekarang kita dah jadi nenek. ;-p

Visit blog Ina yang jarang update ni:
http://menuju-jannah.blogspot.com/

Anonymous said...

W/pun 28 tahun x jumpa & contact each other surprisingly we still can recognize muka msg2 & memorize some moments. Insyaa Allah & mudah2an ukhwah ini berkekalan hingga kite bercucu cicit..

Asnija said...

Salam Water Lily,
Terima kasih datang bertandang sini. Saya pun dah ziarah ke Menuju Jannah. Teruskan menulis, seronok baca peringatan dan ilmu yang water lily tulis.
Semoga ukhuwwah berpanjangan.
Wassalam.

Asnija said...

Salam Anonymous,
Walau sekampung tapi tak berjumpa juga selama 28 tahun ni. Tak sabar nak merasa brownies yang marvellous dan awesome tu! Yummy...

Anonymous said...

salam ani,
seronok baca coretan ani
tanpa jemu, ia amat informatif

walau kita sibuk bercerita itu ini, tapi percayalah masih byk lagi story yg tak tercerita... mungkin kedewasaan ini mengajar kita utk bercerita atau tidak bercerita...

namun percayalah pertemuan semula selepas 28 tahun byk mengajar byk perkara... laluan kita semua berbeza, pengalaman yg kita lalui berbeza... namun yg pasti arah tuju kita sama... moga kita semua dpt berkumpul semula di Jannah

..Bi..

Asnija said...

Salam Bi,
Terima kasih kerana jadi pembaca dan penyokong setia.

Seronok sangat dapat berjumpa semula, cerita kita macam hikayat 1001 malam, cerita ampaian baju pun boleh mengandungi 1001 rahsia...seronok bergelak ketawa sama-sama...

(Baru tahu sapa punya kerja....)

Anonymous said...

Salam Ani,
nak tumpang gelak pd your statement "baru tahu sapa punya kerja"
hahahhahaha....

Asnija said...

Sweet nyer...kisah berebut ampaian kain kita boleh ingat sampai sekarang...Sekarang baru tahu macamana perkara tu relevan dengan realiti hidup...