Followers

Sunday, January 24, 2010

What did you learn today, my dear?

Image from: nwice.org/loveandlogic.aspx

Isnin ini masuk minggu keempat persekolahan sessi 2010. Amni ke Tahun 2, Nisha ke Tingkatan 2. Tiada cabaran yang terlalu besar berbanding tahun lepas, namun cabaran masih tetap ada. Kelas baru, guru baru, rakan-rakan yang baru berbanding tahun lepas. Tahun ini, kedua-dua mereka bersekolah sessi petang. Nisha sudah biasa, tetapi Amni perlukan penyesuaian.

Saya merasakan usaha untuk menyesuaikan diri di sekolah dapat membangunkan karakter dan nilai diri mereka. Semakin susah cabarannya, semakin kuat karakter yang dapat dibangunkan. Bagaimana mereka menghadapinya, menyelesaikanya, menempuhnya akan semakin menyerlahkan sifat semulajadi mereka. Adakalanya mencabar mereka untuk mengeluarkan sikap yang mereka sembunyikan. Mereka mula memahami, apa yang mereka yakin, apa yang mereka tidak yakin. Apa yang mereka suka, dan apa yang mereka tidak suka. Mereka mula belajar menilai, apa yang membuatkan seseorang guru itu mereka gemari, dan apa pula yang membuatkan mereka geruni. Mereka juga mula menyemai rasa sukakan sesuatu matapelajaran berbanding yang lain. Mula menanam minat dalam persatuan dan kegiatan luar. Mula memilih jenis sukan dan permainan yang bersesuaian dengan personaliti mereka.

Sebolehnya, saya mahu membimbing mereka memahami semua pengalaman tersebut dari sudut nilai dan prinsip yang sebenar. Saya berharap, tahun ini mereka berbual tentang sekolah dari persoalan dan perbualan yang berbeza dari tahun lepas, buka sekadar bila saya bertanya, “Sekolah macamana hari ni?” Dan mereka sekadar menjawab dan bercerita perkara-perkara yang membosankan, “Hari ni Cikgu marah sebab….” Atau, “Kerja rumah ada 3…” Atau, “Minggu depan ada ujian..” Atau, “Cikgu suruh bawak kertas warna…” Atau, “Cikgu ajar tak faham…” Atau, “Pensil hilang….”

Tahun ini saya mahu mereka menjawab dengan perkara-perkara yang lebih menyeronokkan. What did you learn today, sayang?

“Nisha belajar, kalau kita nakkan sesuatu, tak boleh malu, kena pandai volunteer.”
“Ustazah cakap, bila sekolah petang, tak boleh lupa solat zohor, nanti belajar tak berkat, asyik lupa je.”
“Cikgu nak kertas warna minggu depan, tapi Nisha cakap awal supaya ibu boleh plan bila nak beli.”
“I know that living things need water, food and oxygen.”

Menjana pemikiran mereka memang susah jika tidak biasa. Tetapi, sebagai ibu dan bapa, apa yang perlu dirisaukan bukanlah bagaimana untuk menjawab persoalan mereka. Tetapi paling utama ialah bagaimana untuk bertanya pada mereka soalan-soalan yang boleh membuatkan mereka berfikir dan menjana jawapan yang hebat.

“Apa yang Nisha belajar bila cikgu tanya siapa mahu volunteer jadi Naib Presiden persatuan Taekwondo?
“What surprise you when you learn about living things and non-living things?
“Apa yang Amni suka sangat bila ada subjek ni?”
“Apa yang Nisha suka sangat tentang cikgu ni?”
"Kenapa pilih badminton, dan tak masuk netball?"
“Next time, apa agaknya yang boleh Amni buat supaya cikgu tak marah?”
“Apa yang paling kelakar hari ni?”
“Apa lagi yang Amni nak tahu pasal living things?”
“Apa yang Amni share dengan kawan hari ni?”
“Apa yang Nisha ajar pada kawan hari ni?”
“Macamana nak buat benda simple ni jadi extraordinary?”

Saya suka mendengar jawapan mereka. Adakalanya mereka tidak pandai meluahkan apa sebenarnya yang mereka inginkan katakan. Dan saya cuba membuka pemikiran mereka kepada sudut yang mereka belum pernah terfikirkan. Saya mahu tahun ini, mereka mula pandai berfikir tentang persekitaran mereka, dapat berfikir secara kritikal dan analitikal. Saya mahu mereka mula melihat sekolah merupakan tempat yang amat menyeronokkan untuk mereka mempelajari kehidupan. Saya mahu mereka dapat mengenalpasti keseronokkan disebalik pengalaman dan pembelajaran. Saya mahu mereka berani membuka pintu-pintu peluang kepada pembelajaran. Saya mahu mereka melihat setiap yang mereka lalui adalah satu bentuk ilmu. Bertanya soalan yang cerdik, bukan soalan yang rutin.

Kenapa? Kerana di situlah kehidupan mereka… Masa mereka banyak di situ, dan saya mahu masa itu digunakan dengan lebih signifikan. Kelas baru, rakan-rakan baru, cikgu-cikgu baru, pengalaman baru… Barulah kaya ilmu! Saya juga mempunyai harapan yang baru…kita lihat bagaimana hasilnya nanti…

Monday, January 18, 2010

Sujud syukur...

Photo from: http://www.cheshammosque.org.uk/uk/


Kesyukuran itu ada berbagai-bagai sebabnya…1001 tujuan. Bersyukur selalunya berkaitan dengan rasa gembira…dan semua perasaan yang berkaitan dengan perasaan gembira…bahagia…lega…lapang….ringan…suka…puas…dan bermacam lagi perasaan positif.

Banyak perkara yang kita ada, tetapi berasa bagai tiada kerana kita terlupa kepentingannya. Yang di depan mata sudah menjadi terlalu biasa hinggakan tidak terasa ianya satu anugerah.

Beberapa hari lepas, saya di “SULUH” Tuhan….sungguh terperanjat, tersedar dari kelekaan! Dalam tidak perasan, saya lupa satu anugerah yang amat hebat pernah Allah berikan pada saya, satu anugerah yang Allah pilihkan khas buat saya tapi saya seumur hidup menyangkakan ianya satu kesilapan diri. Tersentak, tetapi terharu yang amat mendalam dengan ‘suluhan’ Allah itu…mudah sungguh saya terlupa. Menilai yang kecil sebagai kecil, hanya yang besar sebagai besar, sedangkan ianya bukan pemberian biasa dan tiada satupun kurniaan Tuhan yang bertaraf biasa! It will never ever just a gift from the shelf. Jika ianya dari Allah, it is always a customized gift, teristimewa hanya untuk kita.

Terlalu banyak yang kita ada dan terima, sehingga melihat semuanya seperti perkara biasa. Syilling 10 sen hanyalah syilling 10 sen..tapi apakah nilai 10 sen bila nilai itulah yang kita tiada ketika membayar tiket parking di mesin atau ketika membayar TOL. Ketika itu baru tinggi pengharapan dan tinggi nilaian 10 sen itu…how I wish I had 10 cents in my purse…dan jika ada orang pula yang memberikan syiling 10 sen itu? Betapa berterima kasihnya kita…10 sen bukan sekadar 10 sen, ia boleh menjadi satu sumbangan yang tinggi nilainya…bergantung kepada sudut penilaian si penerima, hanya apabila dia mampu melihatnya.

Kerap kali melihat kekurangan hanya pada perbandingan dengan orang lain. Tetapi pemberian Tuhan sebenarnya amat spesifik dan istimewa…diciptakan khas buat kita! Saya rasa kerdil kerana perlu di ‘suluh’ Tuhan baru berupaya menyedari…

Malam itu, saya bersujud syukur…kesyukuran dalam tangisan…berasa teramat disayangi Tuhan sehingga Dia mahu ‘suluh’ saya sedemikian…cinta agung sesungguhnya, anugerah yang saya tidak pernah terfikirkan!

Monday, January 11, 2010

Tuai padi antara masak...



"Oh....saya sungguh terharu dengan pemberian kek ini...sunguh terharu melihat hansemnya muka saya dulu...tapi kan...Bi, kan abang dah cakap, abang tak makan coklat la Bi...."














(Pak Aji melerek anak dara...amboi...saya cuma tolong jadik muhrim je kat gambar ni...)










Dari mana punai melayang,
Dari paya turun ke padi,
Dari mana datangnya sayang,
Dari mata turun ke hati....

(sayang banget...K.S, saya mengerling anak dara akak tau...sweet nyer...anak-anak dara kat sebelah saya tu saya tak kerlingpun....)

Kak S, afro terperanjat giler ditegur akak kat luar masjid....





Tanjung Katong airnya biru,
Tempat mandi si dara jelita,
Sama sekampung lagikan rindu,
Inikan nanti jauh dimata.

(Mas, si dara jelita tu, kitalah Mas...ehmm..)


Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan,
Tuan jauh di negeri satu,
Hilang di mata di hati jangan.





(Bang, tu la yang suka gosipkan kita tu...
Bi tak suka tau, pi la abang marahkan dia...)

Sayang laksamana mati dibunuh,
Mati dibunuh datuk menteri,
Tuan umpama minyak yang penuh,
Kutatang-tatang sepenuh hati.


Kalau roboh kota Melaka,
Papan di Jawa saya dirikan,
Kalau sungguh bagai dikata,
Badan dan nyawa saya serahkan.






Kembang hati dapat bergambar dengan Ayahanda, thanks Mama Ju....












Haaa...dengan sapa ni?
Datin ngan kakak Dato'...
(Akak masih ada bau Eifel Tower la...)










"Kak Ummi, saya semua dah rasa, bihun goreng dah, bihun sup dah, roti jala dah, rojak buah dah, kuih karipap dah, kuih koci dah, cream puff dah....apalagi kak? Kak Ummi dah rasa sume tu ke?"







Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan

Friday, January 8, 2010

That small room named…

Image from: abodesignco.wordpress.com/2009/04/21/powder-room/


Bilik ini kecil saja. Muat-muat cukup untuk seorang duduk. Saiznya kecil, kewujudannya tidak terperasankan kecuali di saat-saat terdesak…jika ketika itu bilik ini tidak ada, atau penuh, maka keperluan bilik ini naik menjulang ke tahap teramat-amat maksimum kepentingannya. Tawarkanlah bilik lain, pasti tiada satu bilikpun yang boleh menggantikan fungsinya.

Namanya yang biasa…bilik air. Adakalanya disebut juga bilik mandi, atau tandas. Bahasa lain, jamban, tetapi bunyinya agak kasar. Bayangkan jika di hotel kita bertanya, “Jamban di mana, cik?” Oh! Sungguh kurang manis kedengarannya.

Dalam Bahasa Inggeris, disebut restroom, washroom, ladies ataupun gents. Manis dan sopan jika kita bertanya, “Excuse me, where’s the restroom?” . Kurang manis jika menyebut toilet, sebab lebih kurang sama nadanya seperti jamban. Lebih terhormat jika menyebut powder room, jika ingin merujuk kepada bilik air khusus untuk wanita, “Excuse me, where’s the powder room?". Bila bertamu di rumah orang kaya-kaya, selalunya bilik air untuk tetamu disebut powder room. Jadi menggunakan perkataan powder room untuk bilik air dikira “ada kelas”. Tuan rumah juga rasa terhormat. ?” (Nota: Jangan pula lelaki bertanya demikian…he…he…aww...aww…)

Secara peribadi, saya berpendapat bilik kecil ini boleh memperlihatkan keperibadian pemiliknya. Saya pernah terbaca pepatah Inggeris yang bermaksud, sifat kita yang sebenar selalunya kelihatan di tempat yang paling kotor di rumah kita. Saya sangat bersetuju. Biarpun tata susun rumah tersebut cantik, bersih dan kemas, tetapi bila bilik air rumahnya kotor dan berbau…alahai…pasti hati berkata-kata…

Sebab itu, bagi saya, bilik air perlu bersih...mesti bersih! Bilik air perlu sentiasa berbau sabun dan segar…itu pendapat saya. Semasa saya ada pembantu rumah, saya jadualkan dia mencuci tandas secara rutin. Tetapi, tanpa diketahuinya, saya akan mencuci sendiri ketiga-tiga bilik air di rumah saya…baru saya puas hati, bila kebersihan bilik air mengikut standard saya sendiri. Bila bilik air berkilat dan berbau segar, saya rasa puas dan seronok. Terasa berbaloi segala usaha sehingga berpeluh-peluh. Bagaimana menjaganya supaya bersih berkilat? Rahsia saya mudah…sebotol CIF dan Clorox.

Lagipun saya berpendapat, mencuci bilik air dapat menurunkan rasa ego. Maklumlah, membasuh bekas kekotoran orang lain. Saya ajar anak-anak kebiasaan yang sama, supaya mereka tidak berkira dengan kekotoran dan najis, supaya mereka tidak terlalu berasa jijik. Saya berdoa, bila tua tidak menyusahkan keluarga kerana sakit terlantar. Jika ditakdirkan terlantar, saya mahu anak-anak tidak kekok dan jijik mencuci saya. Alhamdulillah, saya berharap untuk terus berasa mudah mencuci kedua orang tua saya bila diperlukan. Ketika menjaga abah tempohari, saya rasa lega, kerana tidak langsung berasa geli atau jijik.

Apa yang saya pantang? Paling saya pantang, jika bilik air berbau seperti bilik air…he…he..maksud saya berbau hancing. Apa spesifikasi bilik air sempurna bagi saya? Kesemua bilik air di rumah mesti ada sabun mandi cecair (saya tidak suka sabun badan buku), syampu mesti ada, ubat gigi mesti ada (jangan terpeleot tidak tentu hala, picit dari bawah ye…), bekas untuk semua ini mesti bersih, jangan ada sabun atau ubat gigi melekat-lekat di tepinya. Berus tandas mesti ada. Paip mesti bersalur getah supaya mudah untuk mencuci. Mangkuk singki mesti bersih, supaya mudah untuk berwudhu’. Paling wajib, mesti ada selipar. Saya pantang masuk ke bilik air dan tiada selipar di dalamnya. Bagi saya, ini penting, supaya kaki yang sudah dibasuh terjamin bersih dan suci ketika keluar dari bilik air. Maklumlah, rumah perlu suci kerana keperluan untuk bersolat. Saya pastikan anak-anak terbiasa dengan amalan – “Pakai selipar, basuh kaki bersih-bersih, basuh tangan bersih-bersih sebelum keluar dari bilik air.”

Pesan saya pada anak-anak – “Pastikan sebelum keluar, bilik air bersih for the next person.” Jika kita suka yang bersih, kita juga mestilah suka untuk membuatkannya bersih. Kerap kali anak mengadu tandas di sekolah berbau dan kotor. Rungutan itu yang membuatkan mereka faham mengapa bilik air perlu dan mesti bersih dan wangi. Saya tidak perlu membebel panjang…
Keperibadian kita di situ…biliknya kecil, impaknya besar…
ps: Hujung minggu ini, sebelum ke gathering PDKM...he..he...jangan lupa cuci bilik air di rumah dulu!

Monday, December 28, 2009

Gelang batal air sembahyang...

(Hari ni sebenarnya saya nak sambung kisah penampar lelaki, siri akhir, tetapi terbaca pulak kisah di blog Cikgu Mas cerita sensasi. Jadi rentetan dari cerita tersebut, saya rasa terpanggil untuk berkongsi cerita yang ada kaitan yang serupa, walau tak berapa sama, tapi memang ada kaitan...seperti kembar seiras tapi tak sama....gitulah ibarat cerita saya dengan Cikgu Mas...disebabkan CM dah buka cerita, jadi saya pun beranilah tumpang semangkuk dua...alhamdulillah...)
Alkisahnya, Cikgu Mas terserempak mereka di Nilai 3 di kedai barang-barang hantaran, saya pulak terserempak mereka buat food tasting, specifically cake tasting, selepas membeli gelang batal air sembahyang...ewah...ewah....alhamdulillah, jika jodoh tak kemana...ke Nilai 3 juga akhirnya...

CL tak suka kek biasa, apatah lagi kek coklat, kerana kegemarannya ialah kek ais krim. Tapi memandangkan wedding cake tak sesuai ais krim takut cair, maka, kek yang menggunakan fresh krim boleh juga diterima...
Mula-mula...Blueberry Cheesecake...
Boleh tahan laaa...
(bila CL komen gitu...maknanya dia tak sukalah tu...)

Then....
Yang kuning tu, Manggo Cake, dengan fresh cream juga...
Tak berapa manis, fresh fruit, sesuai dengan petua kesihatan CL...
Masa taste cake yang ni CL senyum...
Maknanya...boleh diterimalah tu...
Kopi kat sebelah tu sidia yang minum,
CL tak suka kopi, teh O panas kurang gula baru ngam....
Jus epal kasturi pun ok juga.... kurang manis ye...
"Bi....yang ni ok...sesuai dengan taste abang..."
(Siapakah "Bi" yang dimaksudkan itu?)
(Finally...kek peach yang sesuai...)









"Betul la Bi...yang ni memang sedap kan..."
(Amboi...mesra sungguh, sejuk telinga mendengarnya...)
Gelang batal air sembahyang..ni baru dibeli...cash tau...pakai terus, melaram kejap...cantik kan....gabungan emas putih, bertatah berlian mengerlap...
design ala-ala Arab....


ps: Dengarnya kek tersebut 5 tingkat...gelang tu pun cantik...dengarnya CM yang tolong beri pendapat dan ulasan selari, cayalah taste CM... (Saya senyum je...orang kata tukang mengangguk...aminnn!)

Tuesday, December 22, 2009

Selamat Pengantin Baru!

Selamat Pengantin Baru buat Nurul!
Kepada rakan-rakan bloggers yang ingin sangat menatap gambar PA saya ni, jadilah ye, sekeping gambar mengubat rindu....


Cik Puan Nurul dah balik kerja pun, berseri-seri je muka nyer. Oleh kerana dia terlupa password gmail, maka Nurul menghadapai kesukaran untuk menjawab komen semua rakan-rakan bloggers di N3 saya yang terdahulu. (Baca tentang jemputan kahwin dari PA saya dan cara PA saya bekerja)

Pesanan dari Nurul:

Kepada Syima, Cikgu Mas, K.Nab, Umiazuddin, Ayah Zain, Atikah, K.Ummi, Afeez, Azie @ MyLife, K.As, S, Imran Paris, Mama Ju, Rezeki, Cik Lie dan Shami...

Ribuan terima kasih atas semua ucapan selamat dan tahniah berserta doa. Ingatan rakan-rakan semua, amat bererti buat Nurul & Didi...

Salam dari bawah Everest...

Salam buat semua rakan-rakan, adinda-adinda, kekanda-kekanda, Tuan-Tuan, Puan-Puan semuanya...

Photo from: fightfitness.ca/spindj/



















RINDU....RINDU....RINDU!
Rindu banget pada you all....

Alhamdulillah saya dah pun balik dari bertapa di Gunung Everest...itulah sebab saya senyap dan sunyi...

Apa cerita kat Gunung Everest tu?

Nanti saya ceritakan satu persatu ye...saya sedang menulisnya...10 episod...banyak?
Oklah...5 episod je...sabar ye!

Salam sayang buat semua..mmmuahhh...1000 kali....

Friday, December 4, 2009

PA ku kahwin.....























Salam semua pembaca budiman, esp. rakan-rakan tersayang...CL, Mas, AZ, CR, IP, K.Ummi, Hanis, Shima, Atikah, K.Nab, Ums, MyLife/Azie, Pijal, Apeez, Cik Mie, Kak S, Shami dan semuanya...
Semua anda dijemput menghadiri jemputan majlis walimatul urus PA-ku Nurul hari Ahad ni...jemput datang ye...beriya Nurul minta saya menjemput semua rakan-rakan bloggers....meh la makan nasi minyak dia ni....
Apezz & Pijal...datang le...tak payah risau lunch hari Ahad tu...cover dah...
Jemput....jemput...
Buat Nurul, semoga berkekalan hingga akhir hayat...

Monday, November 23, 2009

Dakaplah aku...

Photo by photobucket.com

Minggu lepas saya menerima sms berbunyi begini:

"Tak salah rasanya nak kongsi kepuasan dan kejayaan dalam hidup kerana result UPSR anak saya dapat 5A, best student Sek. Batu 7 Dungun. Tq Cikgu As..."

Dalam hati...alhamdulillah, memang saya tahu semasa program Che Lan bercerita tentang debaran menunggu result UPSR anaknya. Beliau datang jauh dari Terengganu, sangat aktif bertanya, dan sangat fokus. Selang beberapa minit, saya terima lagi sms darinya...sms yang ini amat menyentuh hati saya...

"Apa yang saya dapat pelajari dari cikgu kelmarin ialah buat pertama kalinya dalam hidup saya memeluk dan mendakap anak saya di depan cikgu-cikgu dan rakannya...dalam hati saya berkata...Amirah, abah bangga menjadi your father...thanks Allah..."

Hati saya terlalu gembira, tersenyum sendirian sampai ke telinga. Pasti topik tentang Akaun Bank Emosi, dan cerita angsa dan telur emas membuatkan Che Lan membuang ego memeluk anak. Saya bercakap dari pengalaman peribadi...bukan muda meruntuhkan ego lelaki...almost impossible...tapi bila kena butang yang betul...

Disebabkan kesibukan, saya membalas sms beliau lewat petang, "Saya dapat rasakan betapa gembira dan puasnya Che Lan, lebih-lebih lagi anak jadi pelajar terbaik. Alhamdulillah, ajar anak untuk sujud syukur bersama Che Lan. Anak mesti seronok dapat pelukan ayah yang saya tahu akan dia ingat sampai bila-bila pelukan pertama tu...bangga pulak dipeluk depan cikgu dan rakan-rakan. Tahniah atas kejayaan anak dan kejayaan Che Lan membuat pembaharuan."

Saya rasa sms Che Lan hari itu really make my day...

I hope to continue making a difference, dalam kehidupan sendiri dan dalam kehidupan orang lain juga, lebih-lebih lagi kehidupan orang yang tersayang...

Che Lan membalas sms saya, menyerlahkan lagi kegembiraan beliau:

"Terimakasih atas dorongan Puan...bila saya bercerita depan adik-adik dia yang lain tadi, yang saya peluk kakak dia..semua bersemangat untuk belajar bersungguh-sungguh...mereka seakan-akan rasa pelik ayah memeluk kakak mereka terutama yang lelaki...yang ayah mereka tak pernah buat selama ini...saya terasa airmata macho saya mengalir tanda gembira..amin..."

Syabas Che Lan! Namun, segembira manapun Che Lan pada saat itu, kegembiraan anak perempuannya pasti lebih dari itu...tidak perlu pada hadiah yang besar dan mahal...kebanggaan ayah itulah bagaikan azimat...yang menjadikan semua usaha berbaloi-baloi...dakapan itu pastinya dikenang hingga ke akhir hayat...kerana itulah peperiksaan besarnya yang pertama...menerima pulak dakapan yang pertama...

Hari ini...
Dakaplah semua yang tersayang...dengan penuh ikhlas...bagaikan dakapan yang terakhir...
Kerana...
Berbaloikah mengutamakan ego...demi saat semanis itu?

Friday, November 20, 2009

Ada ubi ada batas...

Gambar celebriti chef yang telah memberikan saya inspirasi untuk memasak...(tak minta izin pun...tapi saya confirm CL mesti kasik kan...)









Salam semua,

N3 saya hari ni tajuknya saja yang ganas, tetapi sebenarnya sangat friendly....untuk happy-happy...stress therapy 2.

Dari Isnin hingga ke Rabu, kerana menahan dari makan nasi bagi mendapatkan stamina berdiri berjam-jam, saya menahan perasaan melihat hidangan dari blog rakan-rakan, dimulai dari Cik Lie, kemudian K.Nab, last sekali Ayah Zain...

Suasana pulak sejuk dek kerana hujan setiap petang, jadi bila Selasa, otak saya naik kreatif dari waktu tengahari lagi...
Main course - Nasi Goreng Kampung
(Kampung-kampung yang terlibat ialah Kg Parit Baru, Sabak Bernam; Kg Batu 8, Tanjung Rambutan; dan Kg Bt 14, Puchong)
















Tomyam Stimboat















Telur Dadar














Udang Goreng Tepung Tandoori




































Pencuci Mulut - Japanese Cheese Cake dengan strawberry syrup

Camner?

Ok tak serangan balas saya ni Cik Lie?
















Jangan marah ye, nanti kena jual ngan Tn Ismet...

Gambar-gambar ni sumer, Nisha yang shoot, mencuba skill....(boleh terima tak Tikah?)

Semoga semua terhibur!

ps: Kak S, saya makan cheese cake tu ngan air mutlak (air mata air aka air mineral) bukan ngan kopi tau...2nd serving, tak tahan, kena ngan air kopi Hang Tuah gak...mmmm...mmm...