Sunday, January 24, 2010

What did you learn today, my dear?

Image from: nwice.org/loveandlogic.aspx

Isnin ini masuk minggu keempat persekolahan sessi 2010. Amni ke Tahun 2, Nisha ke Tingkatan 2. Tiada cabaran yang terlalu besar berbanding tahun lepas, namun cabaran masih tetap ada. Kelas baru, guru baru, rakan-rakan yang baru berbanding tahun lepas. Tahun ini, kedua-dua mereka bersekolah sessi petang. Nisha sudah biasa, tetapi Amni perlukan penyesuaian.

Saya merasakan usaha untuk menyesuaikan diri di sekolah dapat membangunkan karakter dan nilai diri mereka. Semakin susah cabarannya, semakin kuat karakter yang dapat dibangunkan. Bagaimana mereka menghadapinya, menyelesaikanya, menempuhnya akan semakin menyerlahkan sifat semulajadi mereka. Adakalanya mencabar mereka untuk mengeluarkan sikap yang mereka sembunyikan. Mereka mula memahami, apa yang mereka yakin, apa yang mereka tidak yakin. Apa yang mereka suka, dan apa yang mereka tidak suka. Mereka mula belajar menilai, apa yang membuatkan seseorang guru itu mereka gemari, dan apa pula yang membuatkan mereka geruni. Mereka juga mula menyemai rasa sukakan sesuatu matapelajaran berbanding yang lain. Mula menanam minat dalam persatuan dan kegiatan luar. Mula memilih jenis sukan dan permainan yang bersesuaian dengan personaliti mereka.

Sebolehnya, saya mahu membimbing mereka memahami semua pengalaman tersebut dari sudut nilai dan prinsip yang sebenar. Saya berharap, tahun ini mereka berbual tentang sekolah dari persoalan dan perbualan yang berbeza dari tahun lepas, buka sekadar bila saya bertanya, “Sekolah macamana hari ni?” Dan mereka sekadar menjawab dan bercerita perkara-perkara yang membosankan, “Hari ni Cikgu marah sebab….” Atau, “Kerja rumah ada 3…” Atau, “Minggu depan ada ujian..” Atau, “Cikgu suruh bawak kertas warna…” Atau, “Cikgu ajar tak faham…” Atau, “Pensil hilang….”

Tahun ini saya mahu mereka menjawab dengan perkara-perkara yang lebih menyeronokkan. What did you learn today, sayang?

“Nisha belajar, kalau kita nakkan sesuatu, tak boleh malu, kena pandai volunteer.”
“Ustazah cakap, bila sekolah petang, tak boleh lupa solat zohor, nanti belajar tak berkat, asyik lupa je.”
“Cikgu nak kertas warna minggu depan, tapi Nisha cakap awal supaya ibu boleh plan bila nak beli.”
“I know that living things need water, food and oxygen.”

Menjana pemikiran mereka memang susah jika tidak biasa. Tetapi, sebagai ibu dan bapa, apa yang perlu dirisaukan bukanlah bagaimana untuk menjawab persoalan mereka. Tetapi paling utama ialah bagaimana untuk bertanya pada mereka soalan-soalan yang boleh membuatkan mereka berfikir dan menjana jawapan yang hebat.

“Apa yang Nisha belajar bila cikgu tanya siapa mahu volunteer jadi Naib Presiden persatuan Taekwondo?
“What surprise you when you learn about living things and non-living things?
“Apa yang Amni suka sangat bila ada subjek ni?”
“Apa yang Nisha suka sangat tentang cikgu ni?”
"Kenapa pilih badminton, dan tak masuk netball?"
“Next time, apa agaknya yang boleh Amni buat supaya cikgu tak marah?”
“Apa yang paling kelakar hari ni?”
“Apa lagi yang Amni nak tahu pasal living things?”
“Apa yang Amni share dengan kawan hari ni?”
“Apa yang Nisha ajar pada kawan hari ni?”
“Macamana nak buat benda simple ni jadi extraordinary?”

Saya suka mendengar jawapan mereka. Adakalanya mereka tidak pandai meluahkan apa sebenarnya yang mereka inginkan katakan. Dan saya cuba membuka pemikiran mereka kepada sudut yang mereka belum pernah terfikirkan. Saya mahu tahun ini, mereka mula pandai berfikir tentang persekitaran mereka, dapat berfikir secara kritikal dan analitikal. Saya mahu mereka mula melihat sekolah merupakan tempat yang amat menyeronokkan untuk mereka mempelajari kehidupan. Saya mahu mereka dapat mengenalpasti keseronokkan disebalik pengalaman dan pembelajaran. Saya mahu mereka berani membuka pintu-pintu peluang kepada pembelajaran. Saya mahu mereka melihat setiap yang mereka lalui adalah satu bentuk ilmu. Bertanya soalan yang cerdik, bukan soalan yang rutin.

Kenapa? Kerana di situlah kehidupan mereka… Masa mereka banyak di situ, dan saya mahu masa itu digunakan dengan lebih signifikan. Kelas baru, rakan-rakan baru, cikgu-cikgu baru, pengalaman baru… Barulah kaya ilmu! Saya juga mempunyai harapan yang baru…kita lihat bagaimana hasilnya nanti…

34 comments:

mama ju said...

Salam Datin,

Ini satu bentuk ilmu juga untuk mama.Kadang2 kita hanya tanya perkara2 asas saja.Mereka jawab pun nak tak nak je...

Memanglah tulisan Datin selalu membuat mama berfikir semula...terimakasih!

Kenapa tak dtg semlm!Masuk kat blog mama...

rezeki said...

salam datin

melalu pemerhatian dan kajian saya ,corak dan scenario pembelajaran kita sangat berbeza dgn corak pembelajaran di negara luar krn kita lebih beroreatasikan peperiksaan berbanding mereka terutama dalam peringkat rendah yang lebih banyak kepada penerokaan (inkuiri penemuan)

dari tu, pelajar kita daya pemikirannya tidak terlalu terbuka berbanding mereka, namun semua itu ada kebaikan dan kelebihan serta keburukan masing2

semoga apa yang datin hajati terlaksana dengan memainkan peranan sebagai ibu dan pembimbing di rumah selain guru dan pihak sekolah

sinomosa said...

Salam Kak Nija,

Terima kasih kak atas ilmu ini.
Saya rasa mahu lagi duduk semeja dengan akak dan menimba ilmu sebegini sebagai menjadi COO yang berkaliber di masa akan datang hihi
Boleh ye kak jika ada kelapangan.
(Tapi agak2nya bleh ke kita berdiskusi secara ilmiah tanpa 'ting tong' huhu)..

S said...

salam Nija,

seorang ibu yang bijak.tahniah.

ilmu yang ditimba dari pengalaman lebih berkesan dan akan kekal dalam kotak ingatan sampai bila2.

ainhany said...

alhamdulillah

kak nija mgg ibu yg hebat mencipta kreativiti dan dan bakal mencetak produk yg hebat.
teruskan penjanaan ini dan pastikan perkra agama tak diabaikan..
Agama kunci pembentukan sahsiah yg dan andainya semua ibu2 seumpama kak nija...mudahlah tugas guru....
"guru dihormati ibu disyangi"

amin.

Atikah said...

Salam kak...

Bagusnya cara akak... nie satu ilmu yang boleh geng2 England belajar nie... :)

Asnija said...

Salam Mama Ju,
Kadang-kadang perbualan dengan anak antara 2 bentuk sahaja, samada marah atau membebel...saya pun terbiasa begitu. Tapi saya dapati, akhirnya mereka jadi malas nak bercakap, apatak lagi mengadu...sebab belum apa-apa, mak sudah membebel atau 'jump into conclusion'.

So, tahun ini, nak cuba approach lain lah Mama Ju, anak-anak millennium ni, exposure mereka lain macam kita, takut mereka prefer chatting dari berbual dengan kita...

ps: Sibuk sesangat weekend ni, anak-anak sekolah ganti pagi petang, dan ada wedding pulak...insya-Allah nanti kita berjumpalah tu...

Asnija said...

Salam Rezeki,
Saya rasa, bila saya tak mampu mengubah sistem pendidikan yang ada, maka saya dicabar untuk megubah apa yang di dalam kawalan saya...he..he..kat rumah, sayalah penggubal sistem...

Asnija said...

Salam Shima,
Bilakah jawatan COO itu akan kau sandang? Akak sudi jadi penasihat peribadi...(dengan yuran consultant yang anda mampu, 1.5K je sejam...kayo akak....)

ps. Tikah pun boleh booking akak...

Asnija said...

Salam Kak S,
Itu tak layak dikatakan bijak le kak...nak cuba cara baru dan nak tengok hasil nya...lagipun, pengalaman kita sendiri masa kecil banyak membina karakter kita sekarang...

ps: nanti kita share tips, otai macam akak mesti banyak tips...

Asnija said...

Salam Ainhany,
Setuju cakap Ain, ilmu agama penting diajar dari kecil, sebab anak-anak bukan milik kita, tetapi milik agama...masa depan agama...
Secara peribadi 2 perkara penting yang akak mahu dari air tangan sendiri - belajar mengaji, kedua belajar solat. Puas rasanya bila kita dapat melihat perkembangan ini.

Asnija said...

salam Tikah,
Dah amik nota ke belum tu? ini tips besarkan anak, tapi sebelum tu kena khatam dulu:
1. Tips cari suami
2. Tips memikat hati suami
3. Tips dengan mertua
4. Tips beripar duai
5. Tips semasa susah dan senang
6. Tips semasa hamil
7. Tips menjaga anak
barule Tips ke-8 - Tips membesarkan anak...haaa...buleh?

sinomosa said...

Salam Kak Nija..

Pss Tikah, Tips No.1 tue kita tak lepas2 lagi eks? hehehe..

rosli said...

Salam Asnija,

TK berkongsi ilmu dan jugak masuk rumah saya dan jadi follower saya, best jugak bila ada follower kan, saya ni kan baru bab2 blog ni....

Nak kena jugak suami you kat menara TM tu, saya bangunan sebelah je, Annexe 2, sapa nama dia dan division apa.

Waktu ofis ni saya dah jarang bagi komen sekarang ni, bila saya dah letak gambar kat profile dan buat blog sendiri, saya kena lebih hati terutama bila waktu pejabat, masa lunch ni pun curi2 tengok blog.

Terima kasih atas komen dan sokongan.

rosli said...

Salam Asnija,


Maksud saya tadi nak kenal juga suami you.

Naz Mohamed said...

Salam datin,

Cara kita diasuh mak ayah kita dulu lain...ikut perintah je. Kita tidak digalakkan meluahkan pendapat. Nanti dikatakan kurang ajar.

Zaman dah berubah, kalau tak silap Saidina Abu Bakar kata,"didiklah anakmu mengikut zamannya'.

T.kasih krn berkongsi idea. Saya minta izin nak guna pakai cara Datin ye?

ainhany said...

alhmadulillah kak nija...saya setuju sgt dgn pendekatan dan teknik yg akak sdg ukirkan .Mohon izin utk hebahan juga...semuga manfaat buat semua mnjadikn ibu yg hebat permata yg gemilap.

hmm air tangan???
masak cmne pulak ??
doa juga perlu dipanjatkan berterusan muga generasi mereka dpt menjaga agama dan maruah family...

menatapi akbar kita jadi takut...apakah mungkin anak kita bakal mengelapkan nama kita atau menaikkan nama kita...andainya lahir lagi permta spt nik mardhiah ..bahagianya ummah kita..

nice tips to atiqah tooo...
life start from zero...
w'aklam

Imran Paris said...

Datin...saya setuju pendekatan tu. Setiap pagi sblm melepaskan anak di gate sekolah saya akan berkata "ok Amirah, Hadi, belajar rajin2 ye, nanti boleh besar jd doktor jd saintis" Both akan mengangguk dan menjawap "Yes Bapak". Deep inside saya yakin, saya sedikit pun tak kecewa jika mereka tak jd doktor atau saintis spt yg mereka sendiri idamkan...cuma kata2 saya mengingatkan mereka akan cita2 mereka dan menunjukkan saya sokong dan merestui cita2 tu.

Bila petang...almost everyday saya tanya "what do u learn today?" (pelik samalah pulak dgn Datin) Bila saya tanya laju je si Hadi menjawap...Amirah pun sama, dua2 akan bercerita sambung menyambung, seronok dgr...insyaAllah esok2 saya akan tanyakan soalan2 yg lebih kritikal spt yg Datin unjurkan.

Thanks Datin for sharing :-)

Mohd Farid said...

Assalamualaikum,

Semoga sihat sejahtera, saya ingin mengajak anda membaca dan menyebarkan kebaikan. Silalah ke:

http://www.faridrashidi.com

Atikah said...

Salam kak Nija,

Kak, tadi dengan semangatnya sy sediakan nota nak catat tips2 akak bagi... sekali tgk jer yang pertama... terus letak balik pen... cam mana tu????

Betul cakap shima tu kak... tips no satu tu tak lepas2 lagi.... so lmbt lg ler nk praktikan tips2 akak yang lain tu... hehehe

Hajah Zainab bt Abdullah said...

Salam Nija,

You are a great mom...supermom. BAS! be a superMOM...bukan superman tau.
Kak Nab hanya nak cakap "WOW"!
Datin..all the best to you.

Umi Azuddin said...

Salaam Kak Nija,

Tips yang menarik dan berguna bagi mendidik anak2 millenium. All the best to you, kak! :)

imho, the challenge is bagaimana nak tanya soalan2 berkenaan dalam suasana yang santai...dan anak2 boleh bagi jawapan yang sejujur-jujurnya walaupun jawapan mereka itu mungkin tak meet your approval... wallahu'alam.



VpeaceV

Asnija said...

Salam Syima,
Sori la Syima, lambat jawab komen syima ni...sibuk sikit dengan kerja, biasa la awal tahun...macam-macam kena siapkan...

Tips tu tak nak ikut urutan pun boleh...kalau ikut urutan pun lebih bagus...so, bila nak menuntut ilmu?

Asnija said...

Salam Rosli,
Pak Engku saya ni low profile la sikit...ntah dah selalu bertemu bahu dengan dia...insyaAllah satu hari berjumpa lah tu...

Asnija said...

Salam Ina,
Mana yang boleh sama-sama kita manfaatkan, boleh je kita berkongsi...sama-samalah kita saling belajar dari sat sama lain, insyaAllah.

Asnija said...

Salam Ainhany,
Sama-sama lah kita berkongsi ilmu, semoga berkat dan mendapa manfaat.

Menjaga anak ni memang cabaran nyer banyak sangat. Dari airtangan hinggalah ke doa, prinsip agama mesti dijadikan pegangan.

Asnija said...

Salam Imran,
Alhamdulillah,akan bertambahlah saintis dan doktor muslim dan muslimah, untuk kebaikan ummah semua.
Soalan yang baik, insya-Allah pasti mencerna jawapan yang hebat.

Asnija said...

Salam Mohd Farid,
InsyaAllah, sampaikanlah walau satu ayat, alhamdulillah.

Asnija said...

Salam Tikah,
InsyaAllah, kalau rajin, lama-lama khatam lah semua tips tu kan..
Usaha tangga kejayaan...ehm...

Asnija said...

Salam Kak Nab,
Best tu jauh nyer lagi k.Nab...dapat jadi yang anak-anak banggakan pun dah kira untung dah...(bab masak kena jadikan k.nab role model...)

Asnija said...

Salam Umi,
Kita cuma berusaha, adakalanya jadi, adakalanya tidak, maklumlah, anak-anak pun ada emosi dan kehendak sendiri, mereka juga bebas membuat keputusan dan pilihan sendiri diakhirnya...

Akak tanya soalan tak de la tunggu santai...bila masa nampak sesuai, tanya je spontan sambil manjakan diorang...selalunya diorang akan open...

Asnija said...

Salam Umi
Oh ye...jawapan tak perlu ada standard dan piawaian, yang penting diorang belajar berfikir dan ingat apa yang mereka pelajari hari tersebut...as long as they speak up...itu dah kira plus point...

Wan Rusyaini Wan Mohd said...

Salam Datin,

Wan dah htr resepi cucq badak. Tadi ada tambhn bahan, lupa nak letak pd emel terdahulu.

Wan Rusyaini Wan Mohd said...

Salam Datin,

Wan pernah bertanya kepada anak yg sulung. " Adlan, kalau dah besar nak jadi apa? Wan benar-benar terkejut dgn jwpn anak wan yg satu ini, "Adlan nak jadi pejuang Islam, Bu!"

Kita selalu mendapat kejutan drp jawapan anak-anak. Kadangkala tidak terjangkau fikiran bhw dia akan mengatakan sesuatu yg sebenarnya bukanlah baru tetapi tidak dihighlightkan selama ini.

Alhamdulillah, Wan doakan anak wan akan menjadi pejuang Islam dalam dunianya sendiri. Kalau doktor, biarlah doktor yg faham Islam, andai guru, doaku dirimu menjadi mujahid. Amin...