Showing posts with label Work. Show all posts
Showing posts with label Work. Show all posts

Thursday, October 21, 2010

Influence the influencer....


Up Close And Personal With Joseph Grenny



















Ini merupakan antara event besar untuk tahun ini, dan merupakan event penutup.  Semua tempat duduk habis terjual awal-awal lagi.  Sebahagian besarnya merupakan dari kalangan C-Suite – CEO, COO, CFO, CHRO, CLO. 
  
Perancangan yang awal, dan persediaan yang rapi sememangnya menjadikan kejayaan program ini lebih predictable.  Everything was in place and in order.  Ini merupakan kali kedua Joseph Grenny (kami memanggilnya JG) datang menjayakan program.  Sebagai syarikat yang mewakili Vital Smart di Malaysia, seperti juga Dr Stephen R Covey, beliau merupakan bos kami juga.  Bezanya, Dr Covey ialah bos kami dari FranklinCovey.

Para peserta sentiasa teruja dan bersemangat menjalankan
semua aktiviti yang diberikan.




Seperti selalu, saya memang amat mengkagumi JG. Beliau sangat dramatik dalam penyampaiannya, very articulate, refined dan bijak. Tidak hairan apabila tea break, para peserta menyerbu beliau, bertanya soalan dan meminta tanda tangannya...itu baru morning tea break. Ketika makan tengahari, bos event, Shamien, terpaksa mengawalnya untuk memberi peluang beliau makan dan berehat. Jika tidak, para peserta memilih untuk menyerbunya berbanding makan.



















Satu yang paling melekat di kepala saya ialah kata-katanya – many thoughts are incomplete or inaccurate. Make the undesirable desirable, and surpass your limits. Dari satu cerita ke satu cerita, saya mendengarnya satu persatu. To influence....not to persuade....

Buku-buku ini habis terjual,
para peserta berebut-rebut meminta JG menandatanganinya...

















 


Tahniah buat semua CPs dan event team yang telah bertungkus lumus menjayakannya. And, Saik...you really did a great job as MC...

Great job girls!!!



















(July tahun depan...Dr Covey pula turun...we look forward to have him next year! Start working guys....start working....)