Thursday, October 21, 2010

Influence the influencer....


Up Close And Personal With Joseph Grenny



















Ini merupakan antara event besar untuk tahun ini, dan merupakan event penutup.  Semua tempat duduk habis terjual awal-awal lagi.  Sebahagian besarnya merupakan dari kalangan C-Suite – CEO, COO, CFO, CHRO, CLO. 
  
Perancangan yang awal, dan persediaan yang rapi sememangnya menjadikan kejayaan program ini lebih predictable.  Everything was in place and in order.  Ini merupakan kali kedua Joseph Grenny (kami memanggilnya JG) datang menjayakan program.  Sebagai syarikat yang mewakili Vital Smart di Malaysia, seperti juga Dr Stephen R Covey, beliau merupakan bos kami juga.  Bezanya, Dr Covey ialah bos kami dari FranklinCovey.

Para peserta sentiasa teruja dan bersemangat menjalankan
semua aktiviti yang diberikan.




Seperti selalu, saya memang amat mengkagumi JG. Beliau sangat dramatik dalam penyampaiannya, very articulate, refined dan bijak. Tidak hairan apabila tea break, para peserta menyerbu beliau, bertanya soalan dan meminta tanda tangannya...itu baru morning tea break. Ketika makan tengahari, bos event, Shamien, terpaksa mengawalnya untuk memberi peluang beliau makan dan berehat. Jika tidak, para peserta memilih untuk menyerbunya berbanding makan.



















Satu yang paling melekat di kepala saya ialah kata-katanya – many thoughts are incomplete or inaccurate. Make the undesirable desirable, and surpass your limits. Dari satu cerita ke satu cerita, saya mendengarnya satu persatu. To influence....not to persuade....

Buku-buku ini habis terjual,
para peserta berebut-rebut meminta JG menandatanganinya...

















 


Tahniah buat semua CPs dan event team yang telah bertungkus lumus menjayakannya. And, Saik...you really did a great job as MC...

Great job girls!!!



















(July tahun depan...Dr Covey pula turun...we look forward to have him next year! Start working guys....start working....)

9 comments:

Rozali said...

Assalamualaikum Asnija

banyak ketua atau pemimpin yg kurang tepat pendapatnya, maka diangguk oleh pengikutnya...maka keputusan akan melampaui batas

Wassalam

Kak Sidah said...

Salam Nija,

Akak suka phrase ni 'many thoughts are incomplete or inaccurate'

Kakzakie said...

Salam Asnija,

Wah.... great event for the year end. Wondering how the participants can absorb all the words in the whole day. Thats the reason why the book sold out.

p/s: my 7th yrs girls easy to get influence by her classmate (the influencer).

kak su said...

Salam Nija

Thanks kerna sudi kongsi info.

Susah nak cari top people yg nak share tips2 yg pasti tinngi harganya secara percuma.....

Semuga Asnija sekeluarga dirahmati Allah sentiasa. Amin.

Asnija said...

Salam Rozali,
Bila kita pulak ketua di rumah, harapnya anak-anak dan pasangan tidak hanya mengangguk kerana takut walaupun kita mungkin salah...tak ada siapa yang berani bersuara atau membetulkannya...

Asnija said...

Salam K.Sidah,
Samalah kita. Saya suka sebab mengingat diri sendiri supaya jangan cepat melatah...

Asnija said...

Salam Kak Zakie,
Pasal anak akak tu, betul akak cakap, cuba influence kawan dia si influencer tu...ambil masa untuk kenali dia, emak bapak dia, be close to the influencer...connect with the influencer...

Asnija said...

Salam Kak Su,
Terima kasih atas doa akak. Semoga kerahmatan Allah melimpahi keluarga kita semua hingga ke anak cucu cicit kita...Amin!

Asnija said...

Salam untuk semua!

Terima kasih atas pertanyaan tentang program Influencer ini. Untuk makluman, public program pada 18-19 Okt telah menerima sambutan yang sangat luar biasa, melebihi jumlah maksimum yang kami tetapkan untuk memastikan penyertaan yang dinamik dan berkesan.

Disebabkan itu, kami telah mengaturkan satu lagi sessi tambahan bermula hari ini 25-26 Okt untuk lebihan peserta yang mendaftar ke sessi terdahulu. Kedua-dua sessi ini telah penuh sebaik tamat sessi bersama JG minggu lepas. Kedua-dua sessi ini bertempat di PJ Hilton dan dikendalikan oleh Senior Consultant dari VitalSmart Malaysia.

Sessi berikutnya ialah pada 17-18 Januari 2011. Maksimum kapasiti untuk satu sessi ialah 34 orang sahaja.

Yuran ialah RM 1,980 seorang.
Yuran untuk syarikat SME/IKS yang layak hanya RM 330 seorang(hubungi Nurul, 03-79551148 untuk maklumat lanjut.

Bagi syarikat yang mendaftar di bawah PSMB, yuran RM 1,980 boleh dituntut sepenuhnya di bawah skim SBL dan SBL-Khas.

Terima kasih atas emel yang dihantar ke alamat gmail saya.

Untuk maklumbalas segera, boleh terus hantarkan ke nurul@leadershipresources.my


Sekian, harap maklum.