Friday, August 5, 2011

Indahnya Ramadhan dengan bantuan ICT...

Semakin maju teknologi...alasan tidak sempat dan tidak cukup masa sebenarnya menjadi sangat tidak relevan.  Dunia menjadi tiada sempadan...apa saja yang mahu dilakukan menjadi tiada halangan....tiada batasan...

Kita boleh melihat gelas...samada separuh kosong atau separuh penuh...

Kita boleh melihat perkembangan teknologi....secara negatif atau secara positif...

Secara peribadi, saya mahu melihat gelas...secara...separuh penuh....

Dan, secara peribadi juga, saya merasakan inovasi Ipad, Iphone dan Galaxy Tab sangat...amazingly amazing!  Terutama di bulan Ramadhan ini...

Apa yang kita boleh lakukan....dengan Iphone kita...


Bertadarus:

Dowload di App Store

Quran Majeed (PakData) USD4.99 (RM15)

(This is the best investment! RM15 sahaja....lebih murah dari belanja kita di bazaar Ramadhan.  Saya suka applikasi ini kerana tulisan boleh dikecilkan atau dibesarkan dan akan disesuaikan untuk muat di muka phone.  Kita juga boleh memilih bahasa terjemahan, suara Qari, menanda bacaan (bookmark), pilih surah, pilih ayat dan banyak lagi.)

Cadangan penggunaan:
  1. Mudah di bawa ke surau/masjid.  Ipad dan Galaxy Tab besar sikit, nanti nak solat tak tahu pula nak letak dimana (especially untuk orang lelaki, kalau orang perempuan boleh letak kat beg telekung...).  Jadi, kalau Iphone boleh letak kat poket bila nak solat. Jadi sambil menunggu Isya’ boleh baca.
  2. Pasangkan earphone, dan dengar ketika memandu ke pejabat – waktu pagi.
  3. Boleh buat bookmark lebih dari satu.  Jadi, satu bookmark bila kita baca sendiri, satu bookmark bila dengar di kereta, dll.
  4. Boleh baca di surau ofis atau di mana saja.

Nota:  Namun begitu, adab membaca Quran perlulah dijaga, terutamanya berwudhu’.....walaupun nak pegang Iphone tak perlulah berwudhu’....


Berzikir:

Download di App Store

Tasbih (Shaheel Caunhye) FREE

(Applikasi ini membolehkan kita memilih jenis-jenis tasbih/zikir, dan disertakan bacaan tasbih sekali.  Bagusnya kalau kita tak hafal, boleh baca di screen. Nota: Jika memilih Tasbih kedua, bacaan sebenarnya ialah SubhanAllahi wa biHamdihi, tulisan jawinya tersilap tulis wa biHamdi).

Zikr (Digience Technologies) FREE

(Applikasi ini memberi pilihan doa tetapi hanya satu jenis tasbih/zikir sahaja iaitu tasbih Fatima, yang selalu kita amal selepas solat.)

Nota: Saya download kedua-duanya, sebab “Tasbih” memberi pilihan-pilihan zikir, dan “Zikr” memberi pilihan doa.


Ramadhan: Dua, Hadith, Prayer Times, Nightstand, Zakat Info,Tasbeh (Avenue Islam) FREE

(Applikasi ini perlu di download menggunakan Itune/computer sebab kandungannya besar.  Tapi boleh juga melalui Iphone terus jika ada kemudahan WIFI.  Lebih lengkap dengan pilihan doa, hadis, waktu solat.  Kalau anda belum download applikasi untuk waktu solat, applikasi ini merupakan pilihan yang baik.)


Waktu solat:

Islamic Compass: Prayer Times and Adhan Alarm (Islam Pray Institute for Quran) USD 1.99 (RM 6)

Anda boleh memilih untuk mendapatkan secara percuma atau beli.  Versi percuma hanya memberi maklumat waktu solat untuk 2 hari sahaja kalau tak silap saya.  Versi beli memberikan pilihan adhan sound...kalau rindu azan di Masjidil Haram, boleh buat pilihan azan di sini.  Applikasi ini juga memberi kita pilihan background theme berdasarkan 6 masjid, termasuk Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Cadangan kegunaan:

Untuk mengingatkan kita solat di awal waktu (walau tengah bermeeting di ofis), dan waktu berbuka dan habis sahur/masuk subuh.


Tazkirah:

Best nyer YouTube.....

Pergi ke YouTube, dan search “Puasa” atau apa saja perkataan yang anda mahu sebagai tazkirah seperti “Doa Mustajab”, “Iman”, “ustaz”, “ramadhan” dan akan keluar pilihan-pilihan ceramah.  Jika anda ada ustaz yang anda gemari, cuba search, anda pasti teruja bila ceramah tersebut telahpun dimuat turun di YouTube.

Untuk memberi semangat kepada anak-anak, boleh search “My First Ramadhan”....ini juga favourite saya...banyak video clip oleh kanak-kanak yang “cute”....menceritakan pengalaman mereka berpuasa.

Cadangan penggunaan:

Jika pagi anda sudah mendengar bacaan Quran, jadi petang waktu balik kerja, dengarkan ceramah agama di YouTube, pasangkan earphone dan dengar sambil memandu, tak perlulah menontonnya, nanti bahaya pula.  Dengar saja sudah memadai.

Untuk hari ini, link di bawah adalah favourite saya:

Ustaz Kazim Elias - Doa Mustajab di Bulan Ramadhan





(Kalau di Iphone anda, pergi ke YouTube, search "Doa Mustajab Di Bulan Ramadhan - Ustaz Kazim Elias 1/4")
Klip video ceramah ini dipecahkan kepada 4 bahagian.  Bila habis video bahagian 1, tekan Done, kemudian, di muka seterusnya, tekan butang untuk ke muka sebelumnya (butang kiri atas sekali).  Di sini akan tersenarai klip video untuk bahagian 2.  Buat langkah yang sama untuk bahagian seterusnya.  Kalau susah, search saja Doa Mustajab Di Bulan Ramadhan - Ustaz Kazim Elias 2/4, kemudian tukarkan 2/4 kepada 3/4 dan akhir sekali 4/4. Jaminan saya, walau jalan jam...pasti tak perasan kita dahpun sampai ke rumah...)


Beli kurma:

Pernah dengar tentang Mahnaz?  Ok, jika anda nak beli kurma samada untuk makan sendiri atau sedekah kat surau, bolehlah pergi ke Mahnaz ni di Shah Alam.  Ianya berdekatan dengan kilang gula CSR.  Macamana nak pergi situ?

Taip saja alamat berikut di map Iphone anda, dan dengan mudah akan mendapat panduan arahnya.  Kalau ada Garmin atau PapaGo lagilah bagus.

No.8, TP 7/5, Sime UEP Industrial Park Shah Alam. 
H/P: 0122079125.

Di Mahnaz ni, terdapat pelbagai pilihan dan jenis kurma, halwa arab pun ada.  Kurma Ajwa pun ada, satu bekas plastic kecil (saiz yang kita selalu beli nasi tapau tu...) berharga RM50.  Air zam-zam pun ada.  Penjual/pemiliknya orang Arab/Iran, boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris sahaja....ala-ala beli kurma di Pasar Kurma Madinah...


Bayar fitrah:

(Lembaga Zakat Selangor)

Klik pautan di bawah untuk mengetahui cara membayar fitrah dengan handphone anda (untuk pengguna celcom dan maxis sahaja).



NOTA:

Kepada pengguna Iphone, Ipad dan Galaxy Tab yang lain, anda mungkin boleh kongsikan idea/tips anda di sini...supaya kita semua boleh manfaatkan teknologi....lebih daripada bermain Angry Birds saja....

Kepada pengguna android, symbian, blackberry, playbook....kongsikan pengalaman dan tips anda juga...supaya kita boleh sama-sama belajar....

Apalagi yang saya boleh katakan....
 
Memanglah saya bukan dari Generasi Y...
But now, I look it from a very different perspective.

This year...I love my Ramadhan so much....so much....

Wednesday, August 3, 2011

Tangan yang ingin memberi...

Saya berpendapat, anak-anak perlu disiapkan dari segi mental dan fizikal bila perlu berhadapan dengan sesuatu yang baru, termasuklah untuk menyambut Ramadhan.  Amalan-amalan biasa ada yang tidak lagi boleh dilakukan ketika berpuasa.  Dan, amalan-amalan yang tidak biasa, kini perlu dilakukan setiap hari dengan penuh sabar dan tekun.  Jadi mereka perlu bersiap dari segi mental - apa yang perlu ditinggalkan, apa yang perlu dimulakan, apa yang perlu diteruskan, apa yang perlu diamalkan dan apa yang perlu diperbaiki.

Jadi, sebelum mula Ramadhan, saya “berucap” kepada anak-anak mengingatkan semula prinsip sebenar berpuasa, hikmah bersahur, berterawih dan bertadarus.

“Sebulan ini saja untuk kita berkorban tidur dan berkorban rehat di waktu malam.  Bila ibu kejutkan sahur jangan marah-marah, bila ibu ingatkan ke surau berterawih jangan berkeluh-kesah.  Semoga hati kita terus lembut walau sudah habis Ramadhan.”  Mata saya mengerling ke abang sulong, sebab dialah yang paling liat bangun sahur.

 “Kalau mengantuk sangat, dan tak selera makan....bangunlah sekejap, minum milo sajapun jadilah untuk mengambil berkat.”  Pesan saya lagi, sebenarnya pesanan yang ini spesifik buat si abang sulong.  Mungkin kerana “terasa”, Zaid tergelak kecil.

Kemudian mereka 3 beradik bercerita sesama sendiri.

“Dulu bila Kak Nisha mula puasa, abah dan ibu beri duit raya RM100....bestkan, abang!”  Nisha memberitahu Amni.  Tahun lepas Amni berjaya puasa penuh.  Jadi, tahun ini kami memberikannya lebih galakan.

 “Ya...tiap tahun kita dapat RM100...”  Zaid mengiyakan.

 “Puasa ni bukan sebab nak dapatkan duit raya...puasa ni supaya kita dapat rasa bagaimana orang yang susah terpaksa berlapar kerana tiada makanan.  Duit raya hanyalah bonus dunia kerana kamu semua telah berusaha menyempurnakan puasa.  Bonus akhirat lebih banyak lagi berganda-ganda.”  Saya cuba menasihati.

“Bila kita lapar, kita lebih bersyukur dengan nikmat makanan yang kita ada.  Kita akan lebih mudah memahami kesusahan orang miskin dan lebih mudah membantu mereka.”  Sambung saya lagi.

 "Kenapa Allah tak jadikan kita semua orang kaya?”  Tiba-tiba Amni bertanya.  Fikiran budak-budaknya cuba mencari logik akal.

“Sebab, Allah nak beri kita peluang bersedekah dan membantu orang yang lebih susah dari kita.” 

Alhamdulillah Allah beri saya idea untuk menjawab begitu.  Adakalanya soalan Amni boleh membuatkan saya buntu untuk menjawab.

 Muka Amni jadi murung...kemudian bersuara perlahan...

 “Amni memang nak beri sedekah kat orang miskin, tapi Amni tak tahu nak cari orang miskin kat mana...”

Nadanya sangat jujur dan tulus.  Luahan hati anak kecil yang jelas “innocent” dan "naive".  Kakak dan abangnya tergelak kecil. 

Dalam hati saya marahkan diri sendiri.  Silap saya kerana tidak memperkenalkan Amni kepada “orang miskin”, hinggakan dia tidak "mengenalinya".

Mungkin sudah tiba masanya untuk membawa Amni melawat ke rumah anak-anak yatim...menjengok golongan yang kurang bernasib baik...mentarbiahnya menderma dan bersedekah...

Bukannya susah...cuma saya yang bertangguh...
Sedangkan tangan si kecil sudah terlalu ingin memberi...

Biarlah walau mungkin hanya bermula dengan 30 sen...

Monday, August 1, 2011

Unconditional Love...


Mudahkah untuk menyayangi sepenuhnya tanpa bersyarat?  Walau dalam keadaan baik atau buruk, susah atau senang, kaya atau miskin, sihat atau sakit....hati tetap sayang, semakin mendalam...semakin sejati....

Jika dicari...pasti akan terjumpa kasih sayang sejati ini, tanpa syarat...melimpah-limpah hingga hujung nyawa.  Saya tidak tahu contoh yang lebih hebat daripada kasih sayang seorang ibu...kasih sayang yang amat tulus dan sejati...tanpa syarat...

Saya pula, langsung bukan seorang ibu yang “perfect”.  Cabaran membesarkan anak-anak saya berbeza dengan apa yang menjadi cabaran kepada orang lain.  Adakalanya cabaran ini dapat ditangani dengan baik, adakalanya secara cuba-cuba...ada yang menjadi, ada yang tidak.  Jadi bila semakin kerap orang (ibu-ibu) bertanya dan mengadu masalah anak-anak mereka, saya rasa teramat kecil, lebih kecil dari semut...malah lebih kecil lagi...

Ilmu saya terlalu sedikit, yang banyak merupakan kesilapan-kesilapan...jika itulah yang boleh saya kongsikan...

Hari itu saya didatangi seorang lagi ibu...

Dia bercerita kebuntuannya...masalah anak lelakinya yang malas belajar, malas bekerja, malas solat, merokok, berkawan dengan rakan-rakan yang salah, dan akhirnya terperangkap pula dengan ganja. 

Saya yang mendengar juga kebuntuan...hanya mendengar dan menghayati perasaan ibu ini...

“Asnija, dialah anak yang paling banyak saya dodoikan dengan selawat, dialah anak yang paling banyak saya bacakan Quran sepanjang kehamilan, dialah anak yang saya terapkan nilai-nilai agama sedari kecil....”  Dia mengeluh sebentar dan menyambung semula...

“Di mana titik mulanya dia jadi begini...saya betul-betul tak tahu...berkeras tak jadi, berlembut tak jadi,  berpsikologi juga tak jadi.  Adakalanya saya give up...suka hatilah dia nak jadi apa....”

Amat mudah saya memahami kekecewaannya...kebuntuannya....Kata saja give up, tapi datangnya dia berjumpa saya membuktikan kasih sayangnya masih mendalam, masih sejati, masih tetap tanpa bersyarat.....

“Kak, saya tak ada jawapan buat akak.  Apa yang akak dah buat, semuanya dah betul dan sempurna.” 

Dia terperanjat dengan jawapan saya.  Namun, sungguh saya tiada jawapan...

"Jika Allah masih belum izinkan usaha kita berjaya....tiada satupun kuasa yang boleh mengizinkannya untuk berjaya...”

“Kuasa terbesar yang kita ada hanyalah doa...doa ibu amat tinggi azimatnya.”  Saya lihat dia menggeleng-gelengkan kepala.

“Sudah lama saya berdoa...tapi masih begitu juga, malah semakin teruk nampaknya...” 

“Betul, kak.  Bila doa bagai tidak dimakbulkan, hati ibu mana yang tidak kecewa.  Ada ibu yang berdoa hingga ke hujung nyawanya...anak masih tidak berubah.  Ada ibu yang berdoa, hingga anak itu pula yang meninggal dunia dan masih tidak berubah...”

“Tapi hati kita dicipta oleh Allah, dibolak-balikkan juga oleh Allah...”

"Berdoalah setiap malam agar anak-anak kita mendapat belas ehsan Allah, termasuk dalam golongan yang Allah rahmati dan sayangi...”

“Mintalah agar Allah memperbaiki urusan anak kita...kerana kita sudah tidak mampu menguruskannya lagi...” 

Airmata saya juga tergenang di kelopak mata kerana saya begitu memahami perasaan ibu...jika benar syurga itu di bawah tapak kakiku...aku berikan syurga ini untuknya...seluruh syurga ini untuknya...percuma...

Dua tiga hari yang lepas, hati saya jadi sensitif semula...

Kisah Ashraf amat menyentuh hati saya seorang ibu...membaca cerita tentang Mak Yah...bukan mudah untuk mempunyai kekuatan sepertinya.  Bukan mudah menjadi kuat di tengah-tengah taufan yang mengganas, kukuh berdiri  di antara kata nista orang, maruah diri, nilai agama, kemelut anak ialah kasih ibu yang sejati.  Betapa banyak agaknya doa yang telah dipanjatkan oleh Mak Yah pada Ilahi, betapa banyak airmatanya tumpah...hingga ke hujung nyawa anaknya itu masih begitu, tidak berubah...saya tidak dapat membayangkan kesedihan yang dilaluinya...walau apapun, anak tetap anak...walau cuba dibuang...tidak sampai hati melihat anak dirundung malang...berkorbanlah ibu kerana teramat sayang...

Hanya Allah yang tahu, doa Mak Yah yang mana satu yang telah Allah makbulkan...

Saat ini...pasti Mak Yah terus-terusan memanjat doa buat anaknya yang satu ini...makin tinggi harapannya kepada belas ehsan Allah...

Ianya bukan mudah...
MasyaAllah...apalah sangat ujian yang saya tanggung hanya dari perangai anak-anak...langsung tidak seazab yang ditanggung Mak Yah...itupun saya mudah goyah...mudah benar menjadi malas untuk berdoa...

Apa yang mudah...
Melempar kejian dan tohmahan...memberi penilaian dan penghakiman...

“Bagaimana boleh dibiarkan anak jadi begitu...tak tahu jaga anak...”

Kalaulah mulut kita boleh ditutup...melihat dan memahami...belajar dan menginsafi...

Timbul rasa hormat  pada ibu bernama Mak Yah.  Ianya tidaklah semudah yang disangka...mungkin inilah yang dinamakan mujahadah seorang ibu.  Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.  Hanya Allah yang tahu...


Ya Allah!
Jika 1,000 doa yang Kau perlukan...
Maka 1,000,000 doa yang akan aku panjatkan...

Duhai anak...
Menyayangi kamu sepenuh jiwa...tanpa bersyarat...
Walau baik...walau jahat...
Kamulah anak ibu dunia akhirat...