Tuesday, September 25, 2012

Jadi kreatif dengan 6 langkah mudah.

Dari kecil saya percaya saya tidak kreatif. Tangan tidak ada bakat seni. Orang lain susun cantik je....bila tiba saya yang menyusun, nampak tak kena. Tak ada seni langsung.

Tapi dalam tak kreatif tu, kerap kali juga jadi bidan terjun menghasilkan gubahan hantaran, coklat dan menulis. Boleh bukan tak boleh, cuma kalau diasah lagi daya kreativiti yang ada alangkah bagusnya.  Dan bab menulis ni yang paling lumayan memberi pulangan. Itu seronoknya bila kita buat apa yang kita suka dan dibayar pula.

Namun saya masih rasa cemburu dengan kreativiti orang lain...kadang-kadang pemikiran saya tidak dapat menjangkau pemikiran orang lain yang sungguh-sungguh di luar kotak. Teringin sungguh jadi kreatif, fikir apa yang orang lain tak terfikir langsung.

Dan bila berjalan ke luar negara, memang ambil peluang sungguh melihat idea-idea kreatif mereka. Banyak sungguh perkara yang tidak terfikir jadi terfikir. Idea yang biasa-biasa tapi tak pulak saya terfikirkan.

Jadi sayapun meng-google...how to become creative? Wajib perlu tahu jawapannya, maklumlah, ditambah dengan penyakit lupa yang menjadi-jadi, kalau tak diasah, makin lama makin tumpul pulak otak kepala.

Ok, ini jawapan dan kaedahnya untuk jadi kreatif, saya kongsikan apa yang saya dapat dari laman web www.creativecreativity.com


Jadi kreatif dengan 6 langkah mudah:

1. Kurangkan rasa takut - termasuk rasa risau, tak selamat, takut salah dan semua yang berkaitan. Selesaikan masalah semasa ia masih kecil sebelum jadi masalah yang besar. Bila kurang kerisauan, kita lebih mudah untuk fokus pada pemikiran kreatif. Maknanya, fikiran yang lapang dan tidak berserabut lebih mudah jadi kreatif.  Paling penting, jangan takut untuk mencuba.

 2. Tanya lebih banyak soalan dan tanya soalan yang lebih baik - kalau tak tahu, ringankan mulut bertanya demi menambah ilmu. Pada benda yang biasa, tanyakan soalan bagaimana nak lakukan dengan cara yang berbeza, tanyakan kenapa begini, kenapa begitu. Jangan harapkan jawapan dari orang lain, tetapi cuba fikirkan sendiri jawapannya dari sudut yang berbeza. Fikirkan pandangan yang berlainan dan persoalkan pendapat sendiri, mungkin ada silapnya, mungkin ada cara yang lebih baik.  Mungkin pendapat kita tak tepat, mungkin ada pendapat yang lain...

3. Cuba perkara baru - dari perkara yang mudah kepada perkara yang ekstrim. Keluar dari zon selesa dan cabar kemampuan dan ketahanan diri. Cuba makanan yang kita tidak pernah cuba, baca buku berkenaan perkara yang kita tidak pernah mahu ambil tahu, mulakan perbualan dengan orang yang tidak rapat dengan kita, bangunkan hobi yang baru, malahan cuba kemahiran baru dan kebiasaan baru. Terokai bidang baru.  Perkara baru boleh mencabar minda dan merangsang kreativiti.

4. Fikirkan perkara yang kita suka buat dan perkara yang menggembirakan kita - ada orang tahu apa yang mereka suka dan apa yang membuatkan mereka gembira dan bahagia.  Ada setengah orang pula tak tahu atau kurang pasti.  Kreativiti kita berkembang bila kita melakukan sesuatu yang menyeronokkan dan menggembirakan diri sendiri.  "Your creativity follows your passion and happiness."  Buat perkara yang kita seronok sangat sampai lupa makan dan lupa tidur...

5. Lupakan semua alasan bodoh kita - berhenti dari membuat pelbagai alasan.  Ada lebih ramai lagi orang yang mempunyai kekurangan dan kelemahan berbanding kita, tetapi mereka berjaya mencapai perkara-perkara yang luarbiasa dan hebat. Baca cerita hebat tentang Nick [Life without Limbs].

6. Buat dan reka sesuatu, sekarang!  Jangan tangguh.  Sebenarnya, langkah yang terakhir ini yang akan benar-benar menjadikan kita seorang yang kreatif.  Terfikir-fikir untuk buat sesuatu tidak akan menjadikan kita kreatif.  Bercakap-cakap tentangnya juga tidak akan menjadikan kita kreatif.  Satu-satunya cara ialah dengan mula membuat sesuatu - reka sesuatu, hasilkan sesuatu, barulah kita jadi seorang yang kreatif.  Mulakan sekarang!  Ambil pensil, pen, kertas....mulakan menulis, melukis, mereka cipta!  Bangun!  Buat sesuatu!  Buat apa saja!  Macam Danny Choo cakap..."Do just anything...something will lead to something...nothing will lead to nothing..." [Baca entry tentang Danny Choo].


Seronok bila kita kreatif, lebih-lebih lagi kreatif sampai boleh hasilkan benda-benda macam ni.

1.  Sudu dan botol plastik jadi lampu.

























2. Penyepit baju dan tin sardin jadi bekas lilin yang cantik.




















3. Buat corak dengan sawi dan botol plastik. (Luar dari kebiasaan menggunakan pelepah daun pisang, kentang dan bawang - baca cerita Amni confuse tentang lukisan corak pelepah pisang, Part 1, Part 2, Part 3).

Corak Bunga Sakura



















Corak Bunga Ros




















4.  Lampu dari kotak susu - my favorite.

Suka tengok reflection lampu yang sangat cantik dan seni...













5.  Kegunaan lain plastik pengikat plastik roti (bread tags) - selalu kita buang je kan...
















Klik sini untuk idea kreatif lain menggunakan bread tags.


6. Penyapu dari botol plastik.














Untuk banyak contoh yang lain, klik di sini.

Seronok kan bila kreatif macam ni.  Itu belum lagi kreatif dalam bidang business, kreatif dalam keibubapaan, kreatif dalam pekerjaan, kreatif dalam seni, kreatif dalam beramal ibadah...

Oh ya!  Kreatif ni datangnya dari otak kanan.  Otak kiri yang selalunya beri banyak alasan dan asyik nak mengikut logik.  Kalau ikutkan sangat otak kiri, maka semuanya perlukan justifikasi (kiranya otak kiri ni macam juru audit).  Tapi kalau ikutkan sangat otak kanan, maka semuanya nak dicuba, semuanya spontan. 

Bayangkan kalau pergi shopping dengan hanya membawa otak kanan....
Dan bayangkan pula jika pergi shopping dengan hanya membawa otak kiri....

Jadi yang terbaik ialah keseimbangan. Bangunkan kreativiti, tetapi bijak menguasai diri dan emosi!

Kalau anda ada idea-idea kreatif yang lain, bolehlah kongsikan di ruang komen supaya kita sama-sama dapat menambah idea.

Selamat berkreatif!



5 comments:

atuk said...

Assalamualaikum

Asnija boleh....
Insyaallah

Asnija said...

Wa'alaikumussalam Atuk,
Dgn 6 langkah mudah ni, insyaAllah semua org boleh kreatif.

afeezz said...

assalamualaikum....

sy suke lampu sudu ngan lampu kotak susu tuh...

Asnija said...

Salam Afeez,
Cantik dan kesan cahaya pun cantik. Boleh lah cuba...

Syakir Rahman said...

wah..kreatif...suka yg lampu guna air kotak tuh...nk wat gak la :)