Rezeki kita memang di tangan Allah. Titik.
Bila Allah nak beri, Dia beri.
Bila Allah nak tarik, Dia tarik.
Bukan langsung dari manusia.
Bukan langsung kuasa manusia.
Kadang-kadang dijaga, diurus, dikira, ditadbir dengan baik, tapi kalau Allah nak tarik, ianya hilang sekelip mata walau caranya bagai tidak masuk akal.
Saya teringat satu doa begini (tak ingat dengar atau terbaca dimana):
"Ya Allah, aku tidak tahu apa yang Engkau peruntukkan untuk aku dimasa akan datang, tapi Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kurniakanlah yang terbaik dari rahmatMu, semoga aku menjadi hambaMu yang bersyukur."
Kadang-kadang rezeki secubit di tangan rasa sayang untuk diberi pada orang, kerana rasa itu saja yang ada. Nanti kita pula yang kesempitan.
Adakalanya risau dan bimbang akan harta yang ada, sementelah banyak kes kecurian. Maka hati jadi bimbang dan risau, menjadi hamba pada harta sendiri.
Tapi siapa kita untuk tahu apa yang Allah sedang persiapkan untuk kita dimasa depan...
Mungkin Allah sedang menguji sanggupkah berpisah dengan rezeki yang secubit itu...atas nama Allah...
Mungkin kita masih gagal mengikis rasa takut...
Atau masih sering terlupa
Allah Maha Kaya, Maha Pemurah.
Fokus saja hubungan kita pada Allah, nanti Allah uruskan yang selebihnya...
Tak payah risau-risau...tak payah stress...
Kan enak begitu?
No comments:
Post a Comment