Kata kuncinya...bila lakukan apa saja perkara mestilah fokus.
Dalam entri saya sebelum ni, kalau lah pencuri tu sama tahap fokusnya ketika dia belajar dulu...
Dalam solat, fokus diistilahkan khusyu'. Solat yang fokus dan solat yang tidak fokus menghasilkan ganjaran yang berbeza.
Doa yang fokus, menusuk ke hati dan boleh membuatkan air mata menitis. Doa yang tidak fokus, diri sendiri pun tak tahu apa yang dikumat-kamitkan...sambil membelek kuku, garu sana garu sini, pandang sana pandang sini, orang amin diapun amin...
Dalam kelas, pelajar yang fokus memperolehi hasil berbeza berbanding yang tidak fokus. Sudahlah tak fokus, malas pula mengulangkaji...patutpun gagal.
Bila bekerja pula, fokus dapat menzahirkan apa saja yang tersurat dalam strategi. Pekerja yang fokus lebih daya usahanya, tinggi kreativitinya.
Dalam kehidupan, fokus dengan apa yang ingin dicapai menjadikan kehidupan terisi dengan perkara yang memberikan erti dan kepuasan hidup. Kita puas kerana tahu telah berikan yang terbaik.
Kita boleh melakukan banyak perkara dalam satu masa tapi fokus satu demi satu...fokus betul-betul dan buat yang terbaik. Fokus, buat sampai habis kemudian baru buat yang lain.
Saya pernah menolong seseorang memasak... memang banyak yang dia perlu lakukan. Baru sekerat jalan memotong bawang, dia sibuk pula menjerang air, kemudian terlupa pasal bawang, sibuk pula menyiang ikan, dek kerana pisaunya tumpul, berhenti pula mengasah pisau, kemudian terkejar menutup dapur dek kerana air sudah mendidih tapi sayur yang nak dicelur belum pula dibersihkan....akibatnya dia cemas dan terkejar-kejar tak tentu pasal.
Memang banyak yang ingin dilakukannya, dan rasa bagai perlu melakukannya serentak, konon nak cepat dan jimat masa...tapi akhirnya semakin memakan masa.
Agaknya bagaimana jika dalam solat, masa tulah nak fikir nak masak apa, fikir pulak kat mana kita letak kunci kereta, fikir pulak hal di ofis, fikir pulak nak renovate rumah design apa...
Apa jadi dengan solat kita tu? Memanglah dah siap solat tapi....
Khusyu' dalam solat mengajar kita untuk fokus hanya pada satu perkara dalam satu masa...
Bukankah ianya satu contoh yang sangat relevan?
_________________________________
(Ok...dah siap entri ni, sekarang saya nak fokus ke Adam dan Hawa....)
2 comments:
Bila bersolat memang kadang ada hasutan membawa kita terlalai seketika. Tapi cepat-cepat sedarkan minda kembali utk mendapat kekhusyukannnya.. kadang hanya kerana dengar bunyi guruh pun boleh jadi hilang khusyuk..
Nice N3..
Salam K.Zakie,
Entri ni sebagai mengetuk kepala sendiri yang senang sangat hilang fokus..
Wassalam
Post a Comment