Saturday, September 22, 2012

Siapa kita?

Seronok sungguh berjumpa bila sudah terpisah terlalu lama.  


















Rasa tak sempat bersembang...banyak sangat topik yang nak dibualkan.  Bila teringat cerita lama...apalagi tergelak sampai sakit perut.  Sekarang sudah berkopiah...dulu nakalnya bukan main...

Juadah semuanya sedap-sedap (tapi tak sempat ambil gambar sebab lebih fokus berborak)...dengarnya kambing golek saja 7 ekor...sup rusa...sate...nasi beriani....memang happening...


Dengan kakak angkat, Kak Norliah Sajuri
sudah jadi orang kuat di JAKIM
















Cukup mewah dengan makanan yang di-sponsor oleh para senior yang semuanya sudah menjadi VVIP dan VIP...Dato' dan Tan Sri...hebat sungguh alumni KIK...

Dalam sibuk memperkenalkan diri (maklum sajalah muka sudah berubah, bentuk fizikal apatah lagi...), di celahan Dato' dan Datin, Pengarah dan CEO...tiba-tiba...


Dengan kakak-kakak batch SPM 83.
















"Akak cikgu sekolah je..."  Lembut suaranya...Gelak-tawa kami terhenti serentak, saya pantas memeluk bahunya...

"Kak, kalau tak kerana cikgu, CEO-CEO ni semua tak pandai membaca, tak pandai mengira tau..."  Berderai ketawa kami.

Seorang Datin memeluknya, diikuti Cik Puan Pengarah dan Cik Puan CEO.  Sahabat tetap sahabat tanpa mengira darjat dan pangkat.


Small world...
Nisha tertanya-tanya...
Eh, tu pengetua sekolah Nisha...
Eh, itu cikgu kimia ibu!
Haaah???!!!



















Jawatan hanya sekadar jawatan, yang signifikan ialah peranan yang kita bawakan.  Biarlah jawatannya kecil tapi peranannya sangat signifikan.  Sumbangan itu pasti besar nilainya.


Ada yang anda kenal?
















Siapa kita?  

Hanya terjawab dengan peranan kita, bukan jawatan yang disandang...barulah terasa besarnya sumbangan yang diberikan...

"Saya cikgu sekolah je..."  Itu sekadar jawatan.

"Saya bertanggungjawab memastikan semua anak-anak bangsa pandai Matematik melebihi sekadar menghafal sifir, menambah dan membahagi..."  Wah!  Besar sungguh peranan...

Teringat pula cerita Spiderman..."With great power, comes great responsibility..."

Betul....betul...betul....betull...(baca dengan nada Upin dan Ipin).

4 comments:

Anonymous said...

salam Ani,
seronok ikuti perkembangan Alkis kita...brtmbah seronok tgk Ani dpt hadir sama..mesti best kan...? kita hanya dpt lihat dr jauh aja, tk dpt nk ikuti majlis raya tu..
Ani, siapa nama cikgu kimia kita tu ya...?

Asnija said...

Salam Anonymous,
Ini merupakan pengalaman pertama join reunion KIK, sebab nak sangat jumpa K.Lia yg lama tak jumpa, dan sia pun yg menjemput. Ramai senior yg dtg dan tak kenalpun batch SPM 70 dan 60 an....jadi mereka sgt senior. Batch SPM 85 cuma 3 org, Ani sorang perempuan dan tak kenalpun yg 2 org lelaki dr Sastera tu, so Ani join batch k.Lia. InsyaAllah tahun depan kita ramai2 dtg dan berjumpa.

Asnija said...

Oh ye...cikgu kimia tu nama Cikgu Mahmud...sempoi dan friendly macam dulu...

Anonymous said...

salam Ani,
ya insyaAllah, panjang umur murah rezeki moga dapatlah kita brjumpa tahun depan...insyaAllah... seronok tgk Ani bersama kakak2 senior walaupun tak kenal pun mereka...
Allahurabbi..Cikgu Mahmud... bila dh sebut nama beliau, memory lama dah pulih sikit, kalau tidak rasa dah jam teruk jugak..hehehe...