Ramai yang mahu kaya.
Bukan sekadar kaya, tetapi kaya raya. Duit melimpah-limpah.
Ada yang takut menjadi kaya. Takut lupa diri. Cukuplah seadanya. Ada juga orang kata, biarlah miskin asalkan bahagia.
Hakikatnya, semua orang kaya tahu bahawa wang berjuta tidak menjamin kebahagiaan. Tetapi orang kaya percaya, wang dapat memberikan lebih banyak pilihan dan membuka lebih banyak peluang.
Kata-kata ustaz sewaktu tazkirah Ramadhan (lupa pulak nama dia), "Orang Islam mesti berazam untuk menjadi kaya raya!"
Dan kata-katanya menjawab 2 persoalan:
1) Kenapa mesti jadi kaya?
2) Macamana nak jadi kaya?
Saya kongsikan jawapan untuk soalan kedua dulu, mesti ramai yang tak sabar nak tahu.
Tips macamana nak kaya!
Mengapa kita bekerja? Mudah...sebab nak ada duit.
Mengapa kita nak duit? Simple...nak bayar hutang, nak bayar kereta, nak bayar rumah, bayar babysitter, bayar bil, sekolahkan anak, beli makan minum dan berbagai-bagai lagi.
Kalau direnung-renung, kita perlukan duit selalunya untuk dibelanjakan...
Paradigma itu perlu diubah...
Kita perlukan duit untuk 3 tujuan:
1) Perbelanjaan
2) Simpanan
3) Sumbangan (derma, sedekah etc.) - yang ini selalu tertinggal!
Rezeki pula ada 2 jenis:
1) Rezeki yang kita jangkakan (duit gaji, bonus, komisyen etc. - dah boleh expect jumlahnya)
2) Rezeki yang kita tidak jangkakan (ini kerja Allah - Dia yang tentukan jumlahnya)
Mengapa kita "sempit"?
Sebab, rezeki yang kita boleh jangka selalunya habis menampung perbelanjaan. Dapat gaji...semua bayaran sudah menunggu...
Kalau nak dikira, duit gaji tu bukan duit kita sebenarnya, tapi duit orang.
Kenapa tiada simpanan?
Sebab, bila dah tolak perbelanjaan, adakalanya cukup-cukup makan, adakalanya negatif. Nak menyimpan macamana?
Kenapa tidak bersedekah?
Sebab, tak ada duit lebih. Niat tu ada, tapi duit pula yang tak ada. Nak menyimpan pun tak ada, apalagi nak bersedekah. Rahsia yang ramai orang tak perasan - bersedekah, berderma dan berzakat inilah kaedah nak jadi kaya raya!
Tips mudah ini dibawakan khusus dari Ayat 1000 Dinar. Allah yang kata, sebab itu dijamin berkesan.
Kita sudah lama tahu, duit gaji tidak "melapangkan" kita. Jadi, tak perlulah merundung nasib yang malang....atau merungut betapa kedekutnya bos kita... Kita memang dah lama tahu, dengan duit gaji, kita susah nak kaya.
Mulai sekarang, fokus pada rezeki dari sumber yang kita tidak sangka-sangkakan. Rezeki inilah yang akan tiba dengan melimpah-ruah.
Macamana caranya?
(Renung dalam-dalam maksud Ayat 1000 Dinar)
1. Bertaqwa sungguh-sungguh pada Allah. Apa yang membawa pahala, buat! Apa yang membawa dosa, tinggalkan! Allah kata, sesiapa yang bertaqwa sungguh-sungguh, Allah akan berikan jalan keluar.
3. Banyakkan bersedekah dan berderma, biar sedikit, tetapi konsisten dan kuncinya....ikhlas, redha, rendah hati pada Allah. Lagi "sempit", lagi banyakkan derma.
4. Buka hati menjadi seorang yang sangat pemurah...pemurah dan bijaksana. Termasuk, bijaksana mengurus kewangan.
5. Jangan berkira kerana rezeki kita urusan Allah. Dan kita tidak tahu apa yang Allah akan tentukan untuk kita...be humble about it!
6. Jika ibu bapa kita sudah tiada, niatkan derma kita untuk menjadi amal jariah mereka. Buat dengan konsisten supaya mereka kaya raya di sana...
7. Usah hiraukan dengan mulut orang. Biar sumbangan kita sedikit, kita memberi bukan sebab kita dah lebih duit, tapi kita memberi kerana kita prihatin dan bertanggungjawab.
8. Bila memberi, jangan lupa niat...agar Allah terima sebagai ibadah!
9. Duit gaji kita bukan milik kita! Tapi duit yang kita sumbangkan...itu duit kita yang sebenarnya...kita akan merasa dividennya di waktu-waktu yang amat kita perlukan...di akhirat nanti...
10. Betul-betul faham dan ikhlas dengan tujuan mengapa kita nak jadi kaya!
Kesimpulannya, tips mudah untuk kaya dari sumber yang tidak kita sangka-sangka....banyakkan bersedekah, banyakkan amal jariah, tinggikan taqwa....
Tak percaya? Kalau tak percaya janji Allah, nak percaya apa lagi?
Untuk menjawab soalan pertama pulak, kenapa mesti jadi orang kaya?
Orang Islam mesti jadi orang kaya! Bila kaya, pilihan kita lebih banyak, peluang kita lebih besar.
Kita boleh menyumbang dengan jumlah sesuka hati, pada jalan mana yang kita mahu. Palestin boleh, Rohingya boleh, surau di tempat kita pun boleh, pembinaan Tahfiz pun boleh, nak buat masjid sendiripun boleh, nak taja orang kampung kita pergi haji pun boleh, nak buat haji badal untuk arwah ayah/ibu kita pun petik jari je, nak tukar karpet masjid pun tak ada hal, nak beli aircond untuk surau pun tak kisah, nak renovate rumah anak yatim pun senang je, nak tanggung perbelanjaan perubatan ibu/bapa di hospital swasta pun releks je, nak hantar ibu/bapa pergi umrah tiap tahun pun boleh, nak biaya orang yang sakit dan memerlukan pun boleh, nak hantar anak ke sekolah tahfiz terbaik pun boleh, sesaja nak hantar anak ke Yaman belajar Bahasa Arab masa cuti sekolah pun boleh....
Seronoknya kaya, bila kita punya banyak pilihan dan peluang untuk menyumbang...
Seronoknya kaya seperti Saidina Abu Bakar, bila beliau dapat menyumbang seluruh hartanya untuk berjihad menegakkan Islam...Satu perkara yang Saidina Umar cemburui...
Bukankah itu sebabnya Allah mewajibkan zakat? Supaya yang kaya boleh bersyukur dan membantu yang miskin.
Ada pula yang bertanya, "Saya tak mahu jadi kaya, kalau saya jadi leka dan lupakan Allah macamana?"
Soalan itu, diri sendiri ada jawapannya...
(Jawapan tersebut mungkin menjawab persoalan mengapa Allah tak beri kita kaya....wallahu'alam...)
Bayangkan kalau kita sering bercakap begini:
"Saya tak nak belajar tinggi-tinggi sangat, kalau saya jadi bongkak macamana?"
"Saya takut kerja tinggi-tinggi sangat, kalau saya jadi sombong macamana?"
"Saya tak nak tahu sangat pasal IT dan teknologi ni, kalau saya leka macamana?"
Usah persiakan akal, anggota fizikal yang ada...
Islam perlukan orang kaya, Islam perlukan orang yang pandai...
Pandai...kaya...beriman...
Kaya raya di dunia,
Kaya raya di akhirat.
Jom kaya!

2. Gembirakan hati ibu dan bapa - beri mereka duit tiap bulan, beri sedikit pun tidak mengapa, RM10 atau RM5 pun tidak mengapa, tanamkan rasa ikhlas dan memberi atas prinsip tanggungjawab dan kasih sayang pada mereka. Salam dan cium tangan mereka dengan hati yang amat tulus, minta ampun dan minta mereka terima pemberian kita yang kecil dan seadanya, dan minta mereka doakan kita menjadi anak yang soleh/solehah, dimurahkan rezeki supaya dapat memudahkan mereka dengan rezeki tersebut. Kalau tak cukup duit nak beri mereka, berjimat pada tempat-tempat yang kita boleh jimatkan RM10, dan beri pada mereka. Contohnya, cuba jimatkan dalam bil h/phone, makan di ofis, tukar pakej ASTRO yang lebih murah, kurangkan merokok, dan banyak lagi. Cari....mesti jumpa...
3. Banyakkan bersedekah dan berderma, biar sedikit, tetapi konsisten dan kuncinya....ikhlas, redha, rendah hati pada Allah. Lagi "sempit", lagi banyakkan derma.
4. Buka hati menjadi seorang yang sangat pemurah...pemurah dan bijaksana. Termasuk, bijaksana mengurus kewangan.
5. Jangan berkira kerana rezeki kita urusan Allah. Dan kita tidak tahu apa yang Allah akan tentukan untuk kita...be humble about it!
6. Jika ibu bapa kita sudah tiada, niatkan derma kita untuk menjadi amal jariah mereka. Buat dengan konsisten supaya mereka kaya raya di sana...
7. Usah hiraukan dengan mulut orang. Biar sumbangan kita sedikit, kita memberi bukan sebab kita dah lebih duit, tapi kita memberi kerana kita prihatin dan bertanggungjawab.
8. Bila memberi, jangan lupa niat...agar Allah terima sebagai ibadah!
9. Duit gaji kita bukan milik kita! Tapi duit yang kita sumbangkan...itu duit kita yang sebenarnya...kita akan merasa dividennya di waktu-waktu yang amat kita perlukan...di akhirat nanti...
10. Betul-betul faham dan ikhlas dengan tujuan mengapa kita nak jadi kaya!
Kesimpulannya, tips mudah untuk kaya dari sumber yang tidak kita sangka-sangka....banyakkan bersedekah, banyakkan amal jariah, tinggikan taqwa....
Tak percaya? Kalau tak percaya janji Allah, nak percaya apa lagi?
Untuk menjawab soalan pertama pulak, kenapa mesti jadi orang kaya?
Orang Islam mesti jadi orang kaya! Bila kaya, pilihan kita lebih banyak, peluang kita lebih besar.
Kita boleh menyumbang dengan jumlah sesuka hati, pada jalan mana yang kita mahu. Palestin boleh, Rohingya boleh, surau di tempat kita pun boleh, pembinaan Tahfiz pun boleh, nak buat masjid sendiripun boleh, nak taja orang kampung kita pergi haji pun boleh, nak buat haji badal untuk arwah ayah/ibu kita pun petik jari je, nak tukar karpet masjid pun tak ada hal, nak beli aircond untuk surau pun tak kisah, nak renovate rumah anak yatim pun senang je, nak tanggung perbelanjaan perubatan ibu/bapa di hospital swasta pun releks je, nak hantar ibu/bapa pergi umrah tiap tahun pun boleh, nak biaya orang yang sakit dan memerlukan pun boleh, nak hantar anak ke sekolah tahfiz terbaik pun boleh, sesaja nak hantar anak ke Yaman belajar Bahasa Arab masa cuti sekolah pun boleh....
Seronoknya kaya, bila kita punya banyak pilihan dan peluang untuk menyumbang...
Seronoknya kaya seperti Saidina Abu Bakar, bila beliau dapat menyumbang seluruh hartanya untuk berjihad menegakkan Islam...Satu perkara yang Saidina Umar cemburui...
Bukankah itu sebabnya Allah mewajibkan zakat? Supaya yang kaya boleh bersyukur dan membantu yang miskin.
Ada pula yang bertanya, "Saya tak mahu jadi kaya, kalau saya jadi leka dan lupakan Allah macamana?"
Soalan itu, diri sendiri ada jawapannya...
(Jawapan tersebut mungkin menjawab persoalan mengapa Allah tak beri kita kaya....wallahu'alam...)
Bayangkan kalau kita sering bercakap begini:
"Saya tak nak belajar tinggi-tinggi sangat, kalau saya jadi bongkak macamana?"
"Saya takut kerja tinggi-tinggi sangat, kalau saya jadi sombong macamana?"
"Saya tak nak tahu sangat pasal IT dan teknologi ni, kalau saya leka macamana?"
Usah persiakan akal, anggota fizikal yang ada...
Islam perlukan orang kaya, Islam perlukan orang yang pandai...
Pandai...kaya...beriman...
Kaya raya di dunia,
Kaya raya di akhirat.
Jom kaya!
6 comments:
Kaya di dunia dan akhirat itu yg kita mahukan. Beruntung kalau kaya kerana banyak amal jariah boleh disalurkan.
Seronoknya jadi org kaya...kaya tp zuhud & pemurah. Di samping kaya harta tak kurang penting ialah kaya senyuman, kaya budi bahasa & kaya kasih sayang.
Salam K.Zakie,
Sebab tu saya terfikir pjg bila ustaz tu pesan "orang Islam mesti berazam jadi kaya."
Wassalam.
Salam k.ummi,
Sebab itu niat jadi penting, yg membezakan senyum jadi ibadah atau sekadar menyeringai...he..he..
Wassalam
Assalammualaikum Asnija...
Subhanallah.
Jazakhillah khairan kathiran atas perkongsian dan peringatan ya...
Wassalam.
Waalaikumussalam K.Su,
Apa khabar? Semoga akak dan keluarga baik dan sihat ye.
Memang ruang ini untuk kita sama-sama saling ingat mengingati dan berpesan-pesan demi kebaikan.
Terima kasih, kak.
Wassalam.
Post a Comment