Seminggu juga meng-google resepi dan menuntut ilmu di youtube. Jadik kerana nak kena tinggal anak-anak kat rumah dengan papa-nya untuk 2 minggu berturut-turut, maka perlulah buat sesuatu supaya mereka teringat-ingat dan terindu-rindu...
Banyak cerita kata membuatnya susah dan rumit. Jadi masa mula nak buat, berdoa dan berhati-hati agar tidak melanggar pantang seperti mana tips yang telah diberi di-internet.
Amni jadi sous chef, menolong sudukan gula sesudu demi sesudu dan menyusun strawberi.
Maka inilah hasilnya...
Pavlova!
Luarnya sangat crispy dan dalamnya light chewy macam mashmallow...Lain dari tekstur kek, lain dari tekstur cheese cake. Yang crispy tu dia cair dimulut dan yang chewy tak melekat kat gigi...
Manis sikit tapi bila makan dengan strawberi dan blackberi yang masam-masam sikit, jadi tersangat perfect dan sedap ya amat! Dessert paling best....mesti dicuba...dan berbeza dari kepercayaan kebanyakan orang, Pavlova ni rasanya semua orang boleh buat. Now, everybody can bake Pavlova!
Saya ikut cara dan resepi di joyofbaking.com (youtube). Cuma telur putih saya buat lima biji dan saya guna 1 cawan gula icing, kurang manis sikit.
Gambar di atas ialah Pavlova kedua yang saya buat. Yang pertama tak berapa crispy luarnya, sebab saya bakar tanpa guna fan. Jadi bila bakar dengan fan, luarnya jadi crispy, saya bakar hingga warna perang sikit dan pavlova ni rasa caramel sikit. Pavlova pertama, habis cepat sangat sampai tak sempat ambik gambar...
Pertama kali saya makan pavlova ni di satu hotel terkemuka, tapi macam makan gula, keras bukan crispy. Pengalaman tu membuatkan saya tak berminat nak cuba buat atau makan pavlova lagi lepas tu. Tapi disebabkan mana-mana pun orang dok cerita pasal pavlova ni, jadi teringin pula nak cuba.
Nasib baik cuba...betul kata orang...pertama kali yang kita makan, tak semestinya itu rasa yang betul...tak kenal maka tak cinta...
Dalam bab masak-memasak ni...most importantly....usaha tangga kejayaan!
Jemput makan.....
(Semangat berkobar-kobar nak buat French Macaroon pulak lepas ni...kena tunggu habis program di JB dan Batu Pahat dulu nampaknya...2 minggu lagi...)

Next time nak letak kiwi dan rasberi... |

Lebihkan whipped krim....marvelous... |
(Semangat berkobar-kobar nak buat French Macaroon pulak lepas ni...kena tunggu habis program di JB dan Batu Pahat dulu nampaknya...2 minggu lagi...)
1 comment:
assalamualaikum kak nija
penah rasa pavlova ni... manis sgt, tak larat nak makan... hehehe
Post a Comment