Dia tahu saya antara yang berkahwin awal, dan antara yang awal menimang cahaya mata. Dia juga satu-satunya yang melawat saya selepas bersalin....23 tahun yang lalu. Tapi selepas itu kami tidak berjumpa, tidak juga terputus hubungan....selama 23 tahun! Walau terpisah, dia tahu anak saya tiga orang dan semuanya sudah besar...
Hari Raya yang lepas akhirnya kami bertemu semula. Ketika dia mula-mula nampak saya, saya memimpin Aleeya, anak buah yang kebetulan saya menjadi "nanny" pada hari tersebut. Adik lelaki saya dan isterinya sibuk menghadiri audition "Money Drop" di Mid Valley.
Dalam bersalam dan berpelukan, tiba-tiba terpacul soalan dari mulutnya.
"Eh...ni cucu you ke?"
Haaah? (Dalam nada sangat "in-denial").
Balik rumah...mengira-ngira uban di kepala...
Memang dah macam opah pun...
__________________________________
(By the way, I am not old, just not that young....defensive...defensive....hahah..)

1 comment:
alhamdulillah kalau dah ada cucu kan... nenek muda ni...
Post a Comment