Saturday, October 27, 2012

Beyond qorban...

Cinta kerana Allah.

Jika mendapat pahala biarlah sama-sama mendapat pahala.  Jika ianya mencari redha Allah, biarlah sama-sama mendapat redha Allah.  Bila hati bersatu, ianya patut bersatu di jalan Allah.

Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan Siti Hajar...gagalkah melihatnya dengan mata hati? Moga Allah kasihankan kamu!!

Semua itu pilihan kita, bukan keterpaksaan. Bukan bebanan.
Adakalanya mudah meneka yang tersirat dalam yang tersurat. Hati jadi pilu...
Namun itupun yang Allah mahu, berkorban perasaan bukan hanya berkorban lembu...

Bagai ada terselit teguran Allah untuk dihayati dan difahami...
Apa yang dipelajari dari ibadah qorban?  Adakah tidak kamu pelajari apa-apa?

Menghulurkan duit untuk tujuan qorban...lebih mudah....
Berbanding mengorbankan ego dalam diri....
Mengorbankan nafsu, mengorbankan air muka...susah ya amat!

Semakin mudah berqorban lembu, rupanya Allah mahu pengorbanan yang lebih mendalam di jiwa, di hati, di akal...

Jika di padang Arafah, jamaah Islam bersatu dan berkumpul, berzikir dan berdoa penuh kerendahan hati, namun jauh dari Arafah, ramai yang tidak menyedari hati terpisah dek kerana amarah dan ego.  Sudahlah begitu, tidak pula terfikir dan terperasan...terus-terusan buta mata hatinya.

Malah tidak terfikir pula untuk bermuhasabah...
Sudah cukup baikkah bila sudah mampu berqorban lembu satu bahagian?

Gagalkah memahami maksud...hablumminallah, hablumminannas...
Andai hati gagal berfikir dari pandangan hidayah...
Tidak terfikirkah mengapa sebabnya?

Bila orang sudah berupaya bersolat, maka diuji dengan sukarnya khusyu'...masih terbelenggu dengan was-was...tidak terfikir mengapa?

Bila orang sudah mudah berpuasa, maka diuji melebihi lapar dan dahaga...puasa masih tidak dapat menundukkan api marah dan ego...tidak terfikirkah apa silapnya?

Bila orang sudah mampu berqorban, maka diuji dengan kegagalan mengorbankan perasaan dan keegoan. Ah, kita sentiasa betul! Dia yang salah! Biar dia rasa!
Tidak mustahilkah kita mungkin juga ada silapnya?

Menyelami nilai ibadah qorban itu sendiri, sepatutnya ego tidak bermakna lagi...
Zuhudkah?  Insafkah? Atau sekadar kita sudah mampu dan berduit?

Tapi dari siapa duit itu datang?  Adakah kita rasa duit itu semata-mata dari usaha kita? Lupakah Allah yang memberi rezeki? Aduh, moga Allah kasihankan kamu!

Esok lusa bila mati...bukan boleh berjalan kaki sendiri ke kubur....
Setakat manalah sombong dan ego kita tu....

Sekadar mengingatkan...
Jika boleh terfikir, alhamdulillah Allah telah beri hidayah.
Jika makin marah, moga Allah kasihankan kamu!


1 comment:

Al-Manar said...

Qurban seen as a symbolic sacrifice is a good point. I wonder how you come to think this way.

With some money, which truly hurts very little, many think qurban is all there is to it. It is a lot more to it as you say. You talk about ego and I think of many other things in life. I am not saying it with pride when I say it is so difficult to get volunteers to help me - to spend precious time and energy.

I wonder what you do Asnija. Would you be kind enough to email pakcik?
almanar@pd.jaring.my