Hari itu saya terkejar-kejar. Banyak sungguh perkara yang perlu diurus untuk persediaan minggu depannya. Bulan ini, hampir setiap minggu saya ada tugasan di luar kawasan, anak-anak pula sedang sibuk menghadapi peperiksaan, dari yang di sekolah rendah, sekolah menengah dan juga yang di kolej. Jadi, banyak yang perlu di urus dan disusun agar semuanya lancar walau saya tiada di rumah.
Jadi semua "to-do-list" saya susun supaya mudah saya memandu ke sana-sini. Menjelang tengahari, saya masih di Shah Alam sedangkan saya perlu ke KLIUC di Bangi membayar yuran kolej Zaid. Jam di tangan sudah pukul 12.00 tengahari, dan saya tak pasti samada kaunter bayaran tutup pukul 12.30 tgh atau buka sepanjang waktu lunch. Memandangkan ianya hari Jumaat, jika tutup, pasti hanya akan dibuka semula pada pukul 2.00 petang. Saya agak stress sebab pukul 1.00 petang perlu berkejar untuk urusan yang lain. Kalau kaunter tersebut tutup, habis bercelaru jadual saya yang seterusnya. Tapi saya pergi juga, dalam hati berharap kaunter tidak tutup.
Bila sampai, dari jauh saya ternampak satu notis di pintu masuk ke kaunter bayaran. Dalam hati sudah boleh terfikir notis itu pasti memberitahu bahawa kaunter ditutup dan waktu ianya dibuka semula. Bila saya sampai di situ...memang betulpun...kaunter ditutup pukul 12.30 tgh hingga 2.00 ptg. Jam menunjukkan pukul 12.45 tgh. Saya terlewat 15 minit! Nak marah pun tak boleh, nak tension pun tak boleh. Jika itu peraturannya, maka saya yang perlu memahami. Saya tahu saya lambat dan berpatah balik. Hampir 100 meter saya berjalan dan sudah hampir mahu menuruni tangga, tiba-tiba saya terdengar seseorang memanggil saya, "Kak!"
Saya menoleh, "Kakak nak bayar yuran ke?"
"Ya..." Dalam terpinga-pinga saya menjawab.
"Boleh la, kak. Akak pergi ke kaunter semula, nanti saya tolong, saya pun ada kat dalam lagi sebenarnya."
Dalam hati...syukur...syukur...lega sungguh. Tak perlulah saya balik dan datang semula kali kedua. Saya pasti dia tak tahu bagaimana dia sudah memudahkan saya yang amat sangat. Saya pulak sangat kagum dengan kesungguhannya untuk membantu. Pertama, dia mengejar saya agak jauh. Kedua, dia mahu menolong sedangkan itu sudah waktu rehat. Kalau dia tak mengejar sayapun, saya tak tahu dia ada di dalam, dan saya juga tidak bertanya dan tidak mendesakpun. Kalau dia pilih untuk mendiamkan diri....dia tak salah pun. Tapi dia pilih untuk membantu....bagi saya itu satu sikap yang sangat positif! Sangat tinggi inisiatifnya.
Bayangkan jika ada 10 orang begini...atau 100 orang begini...dalam satu organisasi....
Saya juga tahu...Allah juga yang mempermudahkan urusan saya...alhamdulillah!
Sampai rumah, saya terus mengirim email kepada pengurusan kolej, memuji dan menceritakan "how much I impressed" hanya dengan bantuan sebegitu. Saya mahu pihak pengurusan tidak terlepas pandang, walau ianya kecil tapi sangat signifikan di hati pelanggan.
Lagi satu, dalam kemelut akhlak dan peribadi muda-mudi kita yang celaru, masih ada yang sangat berbudi bahasa....
Anda ada pengalaman yang sama?

3 comments:
salam kak nija
susah nak cari staf yg macam ni skrg. tahniah pada staf tu
Salam Afeez,
InsyaAllah kalau kita mulakan usaha jadikan staf tu sebagai benchmark, nanti makin ramailah yang jadi macam staf tu...bermula dari kita, dah tambah sorang..:
tidak semua org yg tidak berbudi bahasa,, dan tidak semua org yg berbudi bahasa.. :)
Post a Comment