Thursday, August 22, 2013

Tips Memilih Baju Raya Tema Sedondon Ala Red Carpet.

Lima tahun kebelakangan ini saya dan suami serius dengan konsep tema-tema ni.  Bila suami semangat, saya ikut semangat.  Bila dah semangat, idea jadi sangat kreatif.

Raya tahun ni bertema dusty pink and grey.

Perlukah bertema dan sedondon? Perlu atau tidak, hakikatnya di pagi Raya memang digalakkan untuk memakai pakaian terbaik yang kita ada, bersih dan kemas. Mendefinisikan pakaian terbaik - itu barulah mengikut persepsi sendiri samada bermaksud baju baru, baju yang berjenama, baju dari butik, baju yang mahal dan special, baju beli di bazar, baju beli di Giant, baju tahun lepas, terpulang...

Bagi saya, pakaian terbaik termasuklah baju bertema dan sedondon.

Bila melihat baju di almari, sememangnya baju terbaik saya ialah baju Raya saya yang sedondon dengan suami dan anak-anak. Semangat ketika membelinya, perancangan, usaha dan titik peluh mencarinya, termasuk keprihatinan ketika memilih supaya sesuai dengan semua citarasa anak-anak dan suami, bagi saya sangat signifikan. Sebab itu ia jadi baju saya yang terbaik.

Ada orang merasakan perkara ini remeh temeh, leceh, cerewet, dan membosankan (terutama yang kena menemankan mencari dan bershopping). Ada juga yang merasakan ianya satu pembaziran.

But again, bila memilih untuk bertema dan sedondon, perkara paling penting ialah memahami apa tujuannya dan apa yang ingin dicapai dengan bersedondon.  Jadi, tips pertama kena jelas kenapa nak bertema dan sedondon?

Kedua, mestilah ada garis panduan dan tahu apa yang menjadi keutamaan - ikut bajet, dan bila membeli mesti sentiasa ingat tujuan kenapa nak sedondon. Jika dirancang dengan baik, isu membazir wang dan buang masa sebenarnya tidak relevan. Jika jujur dengan tujuan dan motif, maka isu riak dan menunjuk-nunjuk juga sudah tidak relevan.

Ketiga, ambil gambar - banyak!  Dan kemudian bila melihat gambar-gambar di pagi raya... Priceless! 

Bergambarlah bagai sedang berjalan di red carpet. Berkelip-kelip flash. Maklumlah, masa nilah semua keluarkan handphone masing-masing, yang ada DSLR, siap dengan tripod. 

Keluarga kita, jadi terpulang kita untuk membentuk tradisi dan sejarah keluarga sendiri. Tradisi, sejarah dan milestone keluarga yang akan diingat turun temurun. Sesuatu yang manis dan signifikan. Yang diceritakan semula dengan gelak tawa dan airmata.

Dalam setahun, itulah sehari yang kami seronok bergambar dan bergaya bersama-sama. Saya mahu menikmatinya sementara ada.

Melihat semula gambar Raya 2013, terima kasih Allah...syukur sangat...gambar masih lengkap...korum masih cukup.  Perasaan teruja bagai sedang berjalan di red carpet, malah lebih dari itu!

Ianya bagaikan remeh, tapi signifikan.  Kita yang membina tradisi dan sejarah.  Jadi, binalah yang baik-baik, yang sweet-sweet.  Sementara sempat!

Ni gaya silat jawa....ada berani?
Makin saya tatap gambar ni,
entah kenapa airmata jadi tergenang...



















(Seronok bila anak-anak excited melihat gambar-gambar tersebut sambil sembang-sembang santai...."Tahun depan kita nak tema apa pulak yer?" Tanya si abang pada adik-adik.  Haa...maknanya mereka sukalah tewww. Moga tahun depan kami kekal cukup korum. Ya Allah! Lindungilah kami dengan rahmatMu. Panjangkanlah umur kami dengan iman. Amin!)

Nota kaki: Tahun ni, baju sedondon kami ada yang sponsor...saya suka bila ianya percuma tapi kelasss....kan saya dah kata, nak sedondon tak semestinya kena berbelanja sakan, kalau dah rezeki, boleh pulak datang percuma...kan rezeki boleh datang tanpa diduga-duga...
_________________________________

Kalau tak nak sedondon dan bertema, tak mengapa.  Kalau tak nak bergambar pun ok.  Apa yang penting mesti tahu dan jelas kenapa tak nak bertema, kenapa tak nak sedondon dan kenapa tak nak bergambar.  Dan kalau tujuan kita tu lebih "worth it"...maka worth it lah tu.  Kalau it is not worth it, maka it is not worth it lah tu...

Jangan risau, bukan wajib pun!
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.


4 comments:

atuk said...

Salam Syawal Asnija

seronok tengok gaya bebas tu..

Anonymous said...

salam kak,

amboi ceria sungguh bergaya aksi bebas nie...hihi

Alhmdulilah berbahagialah kakak masih memiliki mereka dan hargailah merka..

bagi ain..hanya doa bua mak dan ayah disana...huhuu)

*** suke tajuk nie...buat sesuatu biarlah ada sebab musabbabnya..

Asnija said...

Salam atuk,
Gambar gaya bebas yang sering punya 1001 makna, yg buat kita suka cerita balik dan ingat-ingat... Sambil ketawa pecah perut...

Asnija said...

Salam Ain,
Al fatihah buat kedua ayah dan ibu Ain.

Gaya bebas masa mula-mula dulu semua malu-malu nak buat... Tapi bila dah jadi tradisi, semua dah mula pandai bergaya dan sporting...tu belum tengok mak akak bergaya gwiyomi...cute sangat...abah pulak bergaya gangnam style...tak tahan...