Monday, June 28, 2010

It's not my thing...

Bila ye kali terakhir saya naik basikal? Maksud saya basikal sebenar, bukan basikal di gym...


Jenama dan design baju yang dipakai oleh Lance Amstrong dan team-nya.

Pengalaman terbaik saya berbasikal ialah berkayuh sejauh hampir 5 Km di tengah panas untuk ke sekolah agama, dan 5 Km lagi pada petangnya untuk balik ke rumah. Dan itupun sudah berlalu lebih 30 tahun yang lepas. Pengalaman kedua terbaik ialah berbasikal ketika di kolej. Rakan-rakan sekolej pasti mengingati kenangan tersebut, kerana ketika itu, berbasikal ke kolej sangat popular. Hampir semua siswa dan siswi mempunyai basikal. Selepas itu, kemahiran tersebut menjadi sangat terpendam. Dan setakat itu sajalah “ilmu” saya tentang basikal.

2-3 minggu sebelum ke Chicago, adik lelaki saya berpesan, “Long, kat sana nanti, boleh tengok-tengokkan kedai The Trek tak? Famous kedai ni. Tengokkan jersey cycling, kalau murah belikan ye!” Itu pesanannya 2-3 minggu sebelum, dan bila semakin hampir, dia berpesan lagi “benda-benda” yang lebih “teknikal” dan memberi alamat kedai tersebut kepada saya. Jadi, kerana ilmu saya yang sangat sedikit tentang basikal, dalam fikiran saya ketika itu hanyalah, “Kalau jumpa....jumpalah, kalau tak....takdelah...” Saya tidak begitu serius untuk mencarinya... Ehmmm...it’s not my thing....

(Kalau mencari handbag ke...baju ke....mahu juga satu Chicago saya mencarinya...heh..heh...)


Dari luar kedai ni nampak kecik, tapi bila masuk, besar dan luas rupanya...

Tak disangka-sangka, ketika menunggu bas pada hari pertama untuk ke program saya, mata saya ternampak kedai The Trek itu...betul-betul di sebelah hotel yang saya duduki. Harus kena masuk kedai ni nampaknya...tiada alasan lagi! Saya bertangguh-tangguh hinggalah masuk hari ketiga, saya beranikan diri menjenguk kedai tersebut. Dalam hati terasa berat, pertamanya, tak tahu nak bertanya apa dan mencari apa.


Pelbagai jenis basikal tersusun mengikut jenama, harga dan jenis kegunaan.

Petang itu, agak ramai pelanggan, maklumlah, hari itu cuaca amat baik, suhu juga tidak berapa sejuk dan amat sesuai untuk berbasikal. Rupa-rupanya, Chicago sangat popular dengan sukan berbasikal ini, juga terkenal dengan “Kilang Basikal” yang terbaik di USA. Sedang saya melihat sekeliling kedai, salah seorang pekerjanya, Arthur, menyapa saya, “What are you looking for today, Mem?” Terdiam seketika saya dibuatnya sebelum dengan teragak-agak bertanya tentang jersey. Dia menunjukkan koleksi jersey yang ada dan saya lihat harga-harganya agak mahal. Saya lantas memberitahunya saya dari Malaysia dan kadar tukaran matawang menjadikan jersey-jersey itu sangat mahal bagi saya. Saya juga memberitahunya jersey itu untuk adik lelaki saya; “...and he is really into cycling...”


Di bahagian belakang terdapat bahagian untuk membaik pulih basikal...di bahagian inilah saya membelek-belek “benda-benda teknikal” yang adik saya senaraikan walaupun saya tak tahu lansung kegunaan benda-benda tersebut...takpe...adik punya pasal...

Saya juga sempat bercerita tentang Le Tour De Langkawi kepadanya (tunjuk pandai konon...), dan dia juga tahu tentang itu dan teruja sekali. “Well, Mem, to celebrate my first customer from Malaysia itself, I give you 30% discount for any jersey of your choice today!” Wow! Giliran saya pula teruja dengan perkataan diskaun itu.

Saya kemudiannya meminta saranan beliau tentang jenama, dan bahan jersey yang sesuai dengan cuaca Malaysia. Arthur sabar melayan saya dan menerangkan dengan panjang lebar setiap jenama jersey termasuk jenama basikal dan model terkini. Dalam tempoh 1 jam, banyak juga ilmu basikal yang saya perolehi, nama-nama seperti Madone, Bontrager, Endura, Gore, Gary Fisher, Mirraco sudah pandai saya sebut dan dapat lihat satu persatu. Wah! Adik saya pasti kagum dengan pencapaian saya ini...heh..heh..


Harga basikal berjenama Madone ini mencecah USD 6,000, sama dengan RM 19,000. Menurut adik saya, di Malaysia pula harganya mencecah RM 30,000. Tak pernah saya tahu ada dan wujud basikal semahal itu...


Jersey Bontrager yang paling depan berwarna hitam dan putih akhirnya menjadi milik adik saya...

“Do you think he will like this?” Tanya saya kepada beliau, risau jika adik saya tidak berkenan, lebih-lebih lagi saya tidak tahu latarbelakang benda yang saya beli ini, jenama tersebut lansung tidak saya ketahui. Betul ke jenama ni ok, atau saya senang-senang saja "digoreng" oleh Arthur.

“He is crazy if he doesn’t like this!” Jawab Arthur. Oklah... saya ikut saranan beliau dan membeli jersey tersebut. Dalam hati berdoa, moga-moga adik saya berkenan.

Malam itu saya menghantar SMS kepada adik saya. “K.Long dah masuk kedai tu. Jersey mahal-mahal, USD 100 ke atas semuanya, manalah mampu...K.Long belikan energy chew dan energy gel je yang termurah, dan botol air...” Saya mengusiknya, dan bercadang untuk membuat kejutan tentang jersey tersebut. Adik saya terlalu teruja bila mengetahui kedai tersebut hanya bersebelahan dengan hotel saya dan menyuruh saya melihat-lihat beberapa barangan lagi sebagai perbandingan harga, dan mengambil gambar sebanyak mungkin. "Dapat tengok gambarpun jadilah, Long..." katanya dalam SMS.


Basikal yang unik sebegini pun ada dijual...

Sekembalinya saya dari Chicago, saya menyuruhnya datang ke rumah saya pada petang yang sama. Dan saya memberikan energy chew, energy gel, dan juga botol air berjenama The Trek. Hanya dengan 3 barangan tersebut, adik saya sudah kegembiraan. Dalam leka dia bercerita tentang peket energy chew dengan ayah saya, barulah saya menunjukkan jersey yang saya beli untuknya. Perkara pertama yang dibeleknya ialah jenama jersey tersebut dan kemudian memandang saya dengan pandangan tidak percaya.

Hati saya jadi risau, “Alamak! Salah beli ke?”

“Salah beli? Biar betul, Long! Tahu tak jersey ni kat sini berapa? Ini tersangatlah branded-nyer...” Dia menjerit kesukaan. Jersey itu ditayangnya depan isteri dan emak saya.

“Terima kasih....terima kasih...” Berkali-kali dia mengucapkan terima kasih, lebih daripada 20 kali agaknya.

“Tak sangkanya...tak sangkanya...” Berulang-ulang dia berkata-kata demikian. Saya pulak lega seleganya bila dia suka dan gembira dengan pemberian saya itu.

Dia kemudian bercerita panjang tentang jenama tersebut, harganya di sini, keistimewaannya dan 1001 lagi perkara yang saya tak dapat memahaminya. Apa yang saya dapat simpulkan, rupanya saya sudah "terbeli" jersey yang “sangat branded”. Malahan, harganya berganda-ganda jauh lebih murah walau sudah ditukar ke RM. Betullah kata Arthur... "He is crazy if he doesn’t like this!"

Terlalu suka, adik saya hilang selera makan (padahal ada lauk kegemaran dia malam itu), dan tidak habis-habis membelek-belek jersey itu sampai ke malam. Gembira dan teruja tahap maksimum...

Saya ingatkan sekadar jersey biasa. Manalah saya tahu...it’s not my thing!

(Saya belajar, pemberian yang signifikan adalah menurut kacamata si penerima. Bagi kita mungkin tiada apa, tapi bagi mereka mungkin amat bernilai dan terlalu menghargainya. Jadi, bila memberi, pastikan pemberian itu signifikan di mata si penerima, bukan di mata kita. Barulah deposit itu menjadi suatu deposit.)

Nota:
Kepada yang meminati sukan berbasikal, bolehlah melayari laman web The Trek di pautan berikut:
The Trek at Michigan Avenue

20 comments:

kak su said...

Salam Datin....

Alhamdulillah, terharu akak membacanya...

Wslm

aznaz said...

salam from makkah


cl kali terakhir naik basikal Tua....pada tahun 1981...heehheheh


seronok rasanyer...


waslam

Unknown said...

salam Asnija....

mana barang yg akak pesan tu?
he he he ...

Asnija said...

Salam Kak Su,
Terharu? Ye ke..saya ingat entry ni saya melawak..Kak Su panggil saja Asnija je ye..nama Datin tu kerja CL..saya senang kalau Kak Su panggil saya Asnija.,

Asnija said...

Salam Cik Lie,
Di Mekah ada basikal ke? boleh riadah..

Asnija said...

Salam K.Ummi,
Terkejut dan berdetap hati saya dengan soalan akak tu..alamak saya terlupa janji saya ke? buat suspen la akak ni..kus semangat..

kak su said...

Salam Asnija

Okaylah akak hormati permintaan adik..tapi akak kenal adik melalui satu majalah akak lupa la...

Gelaran tuu memang ada kan...

Cerita di atas pada akak bukan lawak, masa baca tuu...mata akak tergenang airmata tau...kerana kesyukuran di atas kasihsayang seorang kakak pada adiknya...

Wslm

Asnija said...

Salam K.Su,
Sungguh kak, panggilan Datin tu hanyalah gurauan Cik Lie je..cerita lama-lama melawak..
Saya ni gelaran orang biasa je..nanti CL mesti sahkan perkara ni..
Kalau akak baca Majalah Usahawan Sukses, memang betul saya ada di situ. Kalau majalah lain, memang tak de,
Cerita tu lawak kenangkan adik saya menyuruh saya cari benda tentang basikal sedangkan saya pulak tak tahu apa..dan dia pulak boleh yakin kat saya..padahal lansung bukan bidang kemahiran saya..tapi bila kita ni kakak..senang belas kat adik sendiri..lagi senang belas kat anak sendiri jugak..

atuk said...

Assalamualaikum Asnija

pertama kali naik basikal dua orang penganyuk di taman mini indonesia tiga bulan lepas di Jakarta
he he

Wassalam

Naz Mohamed said...

Salam Nija,

Saya pun turut teruja sama walupun sekadar membaca. Terbayang2 keterujaan adik Nija tu.

Betul tu, nak beli hadiah nie kena lihat dari persperktif si penerima. Pernah saya mendapat hadiah hand bag, kain, tudung etc. Branded juga. Tapi hingga kini saya tak guna. Bukan tak menghargai tapi bukan taste saya.

Chik Att said...

Salam ...

Terharu. ...
Kadang2 pemberian itu kecil saja dipandangan kita tapi terlalu besar di mata penerima.....
Satu kepuasan yang tidak terhingga... bagi yang memberi dan yang menerima ...

rezeki said...

salam datin

alhamdulillah, tertunai impian si adik

impian saya nak menjejakkan kaki kembara di benua amerika je belum terlaksana lagi krn karenah menguruskan visa yg terlalu byk prosedur dan saya pun jauh kat selatan ni

insyallah, akan diusahakan


saya tambah sikitlah,
datin sri , amacam cl
setuju tak hehe
jgn mara ya datin, sekadar gurauan hehe

Azemi Ali said...

Salam Datin Asnija,

If it's not your things, it is my thing..

Dari tulisan ini saya rasa adik datin seorang Road Cyclist, saya pula seorang Mountain Bikers yang semakin hari semakin tegar..

Riders manapun yang menerima jersi tersebut memang syok giler... Saya tumpang gembira bagi adik datin..

Jersi murah banyak di Bandung.. 3 kali lipat lebih murah dari Malaysia..

Salam
Cubalah berbasikal, seronok...

Asnija said...

Salam Rozali,
Seronok bila dapat pengalaman berbeza, selalu berbasikal ada pembonceng, bila dua orang kena mengayuh, sama-sama penat nye...

Asnija said...

Salam Ina,
Memang teruja, kita yang tak tahu apa-apa pun jadi teruja bila tengok dia beriya-iya teruja...he..he..

ps: harap orang yang memberi tak kecik hati bila hadiah istimewanya Ina simpan je...dan moga dia tak putus asa untuk memberi lagi...

Asnija said...

Salam Chik Att,
Betul dan setuju...seronok bila tengok orang lain gembira..

Asnija said...

Salam Rezeki,

Memang remeh apply US Visa ni, paling penting apply kena at least 2 bulan lebih awal. Apply online je, bayar di Alliance Bank, then pilih tarikh interview pun online, then bila sampai hari interview, barulah turun ke KL.

Saya apply terlalu lewat sebab tak tahu, frust tak terkata-kata bila visa saya lepas (sebab urusan kerja), tapi visa Pak Engku (tourist visa) tak lepas, kena tunggu dan ambil masa. Tu yang saya tahu, kalau tourist visa, kena apply awal, at least 60 days sebelum pergi.

Once di US, bolehlah duduk sana sebulan, pusing satu US...

Asnija said...

Salam Azemi,
Adik saya memang into Road Cyclist, dia dan isterinya sama-sama tegar...asyik pergi berlumba je..semakin improve, banyak kali juga menang hadiah berupa wang tunai. Adakalanya berlumba sampai ke Penang...
Kalau mountain bikers, pasti FRIM tu dah tak challenging lah ye...

Azemi Ali said...

Salam Datin

betul, dua-tiga kali kayuh dekat FRIM dah boring...hehe kena cari bukit baru untuk didaki..

Anonymous said...

laa...aku je la nampaknya yang tak dapat apa2... huhu... *mengasihani diri*