Wednesday, June 23, 2010

The best thing...


Landscaping yang sangat cantik di The Lurie Garden
Banyak perkara dalam kehidupan hanya bila dipercayai, baru dapat difahami. When you believe it, you’ll see it...

Bila keyakinan dan kepercayaan pada Allah amat mendalam, barulah berupaya melihat KekuasaanNya dalam setiap kejadian. Segala kehebatan dalam setiap kejadian terlihat di mana-mana. Tapi bila kepercayaan tentang Allah amat nipis, maka rahmatNya yang di depan mata pun tidak akan terperasankan.


Cloud Gate atau dikenali juga sebagai The Bean, salah satu arca yang sangat menarik dan unik. Keseluruhan Chicago boleh dilihat dari pelbagai sudut, yang memperlihatkan bangunan-bangunan pencakar langit dan awan yang di atasnya. Di reka oleh artis British, Anish Kapoor.
Di Chicago, kehebatan hasil seni berada di mana-mana. Ia merupakan bandar yang terkenal dengan seni binanya dan semua yang berkaitan dengan seni termasuk seni lukis dan seni arca. Halus, sempurna dan kreatif. Daya imaginasi yang amat tinggi dan pada dimensi yang sangat berbeza. Ada idea yang tidak pernah kita terfikirkan, tetapi dizahirkan dengan amat indah sekali. Bagaimana mendapat idea sedemikian, ya? Berulangkali saya tertanya-tanya sendirian. Kreatif sungguh!


Trump Tower yang berkilat-kilat...


Crown Fountain pula merupakan menara daripada bongkah kaca setinggi 50 kaki. Wajah-wajah yang tertera merupakan wajah lebih 1000 orang penduduk di Chicago yang bertukar-tukar dan dalam mood yang berbeza-beza. Ada beberapa ketika tertentu seperti sedang mengeluarkan air dari mulut. Ia direka oleh artis dari Sepanyol, Jaume Plensa.
Namun, sebijak-bijak manusia, di tahap manalah kesempurnaan ciptaan mereka? Sedangkan di depan mata saya, terbentang ciptaan Allah. Satu ciptaan selalunya akan berkait dengan ciptaan yang lain, satu kejadian pasti merupakan kesinambungan dari kejadian yang lain, satu pusingan yang amat sempurna sekali – yang ini melengkapkan yang itu...di sini kesudahannya di situ. Selalunya bagai nampak sangat ringkas, tetapi sebenarnya begitu kompleks dan signifikan.

Lurie Garden yang sedang berbunga cantik...ciptaan Tuhan yang kecil tetapi merupakan herba yang pelbagai guna...

Saya belajar, the best thing is not merely the eyes, but the best thing is the vision...when you believe it, you’ll see it!
Semoga kita tidak buta akal, buta hati dan buta perasaan...

16 comments:

Naz Mohamed said...

Salam Datin,

Jauh berjalan luas pandangan. Semoga mata hati dan minda kita juga turut terbuka luas. Dunia ini seluas/sesempit pemikiran kita.

sinomosa said...

Salam Kak,

Kata orang..
Jauh berjalan luas pandangan.
Jika indah ciptaan manusia, maka lebih indah ciptaan Allah.
Jika pembina arca itu kreatif, mengapa tidak kita fikirkan siapakah pencipta bg pembina arca itu..
Jika semua berfikir sedemikian, semakin ramai hambaNya yang lebih bersyukur kan kak..Insya-Allah

"Open Your Eyes
Look around yourselves
Can't you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony" by Maher Zain

atuk said...

Assalamualaikum Datin

indah damai bersih dan teratur

Subhanallah

Wassalam

Ayah Zain said...

salam datin,

salam rindu teramat sangat darpd az kepada datin yang jauh di mata. Di mana datin selama ini tidak lagi menjengah ke CHHM? Adakah salah perkataan atau tingkah laku menyebabkan datin tidak menjengah? Apa-apapun az minta minta maaf yer.

aznaz said...

salam from Makkah

woww...cantik sungguh datin senibina bangunan nyer..


wslam

Unknown said...

bestnyer.....

Marla said...

Salam...
I like the pics...cantik...I love the lavender,it looks good with the buildings as a backdrop...

shami2 said...

Salam kak nija..

Betapa ciptaan manusia indah..cantik direka..
Alam pelengkap keindahan
tapi Kaabah juga istimewa....

Asnija said...

Salam Ina,
Setuju sangat dengan apa yang Ina katakan. Semua bermula dengan pemikiran sendiri, kalau sempit, semua nampak sempit, kalau luas, semua jadi luas.

Wasalam.

Asnija said...

Salam Shima,
Terima kasih atas perkongsian ilmu dan tambah nilai. Harap Shima sihat-sihat je ye.

Wasssalam.

Asnija said...

Salam Rozali,
Manusia memang suka pada yang kemas dan teratur. Allah itu cantik, memang kita juga patut sukakan keindahan.

Asnija said...

Salam Ayah Zain,
Tak de apa salah nyer Ayah Zain, cuma sekarang sibuk sikit. Harap Ayah Zain dan Mrs Zain sihat sejahtera selalu.

Wasalam.

Asnija said...

Salam Cik Lie,
Senibina Kaabah dan Masjidil Haram jauh lebih seni dan halus, malah sering menjadikan Muslimin rindu untuk datang semula...

Wassalam.

Asnija said...

Salam Arisa Arakida,
Memang best bila melihat indahnya alam ciptaan Allah...

Asnija said...

Salam Marla,
Cantik gambar, yang nyata lebih cantik sebenarnya...

Wasalam.

Asnija said...

Salam Shami,
Setuju sangat...keindahan dan uniknya seni bina Kaabah memang tiada tandingan...terlalu genius...

Wasalam.