Thursday, June 24, 2010

The perfect things...

Bukan senang menguruskan satu acara besar dengan dihadiri 8000 orang peserta sekaligus, menjadualkan lebih dari 10 sessi serentak dalam satu slot masa yang sama, apatah lagi menguruskan peserta dari berpuluh-puluh negara. Saya dapat membayangkan persediaan perlu dirancang setahun lebih awal. Setiap perincian difikirkan satu demi satu. Kesilapan demi kesilapan yang lepas dikaji dan dihalusi agar dapat diatasi dan diperbaiki.


International delegates bertemu dan bertukar-tukar maklumat di Global Village ketika waktu rehat...ketika ini, berharap sangat terjumpa delegates lain dari Malaysia...


Habis satu sessi, berkejar ke sessi yang lain pula, dari hujung sini, ke hujung sana, kalau lambat takut tak dapat tempat...


Adakalanya dari dari satu tingkat, bertukar ke tingkat yang lain...


Kalau sesat...ada yang akan menunjuk jalan...no problem!

Apabila semuanya berjalan lancar, perjalanan acara nampak bagai mudah untuk dikendalikan. Kerumitan di sebalik kelancaran itu adakalanya tiada siapa yang perasan. Pastinya setiap perkara ada plan A dan plan B-nya. Adakalanya, ada pula plan C dan plan D. Semua perlu ada ‘back-up’ plan. Itu yang rumit dan renyah. Bila timbul masalah, orang hanya boleh memberi komen, tetapi bila semuanya berjalan seperti yang dirancang, kurang pula yang memberi penghargaan. Biasalah...manusia mudah lupa...


Alhamdulillah, terjumpa Czarina...seronok bila jumpa sesama Malaysian (rupanya ada 4 orang lagi dari organisasi lain, dan terjumpa pula seorang Malaysian yang bekerja di Jeddah)...soalan pertama, "Nak makan nasi tak? Jom...I tahu kat mana..." Malam tu terus dinner briyani kambing...


Saya dan rakan sekerja, Kim bersama Nicole Washington. Beliau ialah pengurus untuk International Delegates. Dari Malaysia lagi sudah menguruskan pendaftaran kami dan sangat prihatin orangnya. Ingatkan orangnya kecil molek...rupanya...tinggi sungguh dia...


Lunch Pack yang berisi mineral water, sebungkus chocolate chips, sebungkus potato chips, sebiji epal dan sandwich atau salad. Berbeza jika kita berkursus di Malaysia...makanan semestinya lebih mewah...


Penganjur memberikan "special touch" di setiap meja, sangat terperinci dan peka tentang negara para peserta. Nampak biasa-biasa je, tapi sangat memberi kesan. Memang di luar dugaan ternampak batik ketika mula-mula melangkah masuk...

Dan apa yang saya nampak paling perfect? Bila perkara yang bukan perkara biasa di beri perhatian hingga keperincian terkecil. Saya kagum, bila acara ini di negara bukan Islam, tentulah solat bukan sesuatu yang biasa buat mereka tetapi tersedia pula bilik solat yang terletak pula di sebelah “restroom”, jadi mudahlah untuk berwudhu', siap bertabir untuk muslim dan muslimat, dan diberi pula petunjuk arah kiblat. Semuanya diatur dengan begitu sempurna sekali...perfect!

Prayer Room yang simple tapi perfect...


Macam tong air zam-zam pulak...

Selepas solat pertama kali di “Prayer Room” itu, terfikir juga saya, “Jika beginipun masih lagi susah untuk bersolat...entah apalah lagi masalah saya agaknya...”

Lain-lain yang "perfect"?

Emmm...pizza yang berkeju setinggi 2 inci...

Dan ketika kelaparan di Shanghai Airport, ternampak pula restoran ni di Terminal 2...



Waiter Restoran ingatkan saya Chinese Muslim, terus bertutur Mandarin tanpa henti...

Apa yang perfect? Shanghai Dumpling...dan HALAL!
Emmm...perfect!




18 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Datin

boleh kita tiru
cara mereka

patut di beri kepujian

Wassalam

My Life said...

salam

kak nija

alhamdulillah

aznaz said...

salam from Makkah


alahmdulilah...semuanyer mudah abgi datin...syukur ada tempat solat disediakan..


wsalam

che na said...

Salam Datin,

Seronok baca pengalaman Datin dan alhamdulillah penganjur amat prihatin dan perkara yg baik elok kita ikuti.

Naz Mohamed said...

Salam Datin,

Mmg bab kerja, bangsa mereka begitu komited, passionate dan profesional. Sepatutnya kita yang muslim lebih lagi kalau kita jadikan kerja itu ibadah.

Yang baik boleh kita pelajari dan ikuti.

CM said...

salam

pertama sekali nk habaq miss u so much,,amvoii cam burung dia...jap ada kt ng omputih,,,

sinomosa said...

salam kak nija..

seronokkan..alhamdulillah kerana keprihatinan setiap satu2 perkara dari besar hingga ke kecil2nya..semua urusan setiap pihak menjadi mudah..

PINATBATE said...

Salam..
memang nampak perfect!

Asnija said...

Salam Rozali,
Mencontohi yang baik dan dengan niat yang baik insyaAllah bertambah ilmu kita. Minda juga akan lebih terbuka.

Ps: Panggil saya Asnija saja, saya bukan Datin pun..hanya panggilan gurauan dari rakan-rakan.

Asnija said...

Salam Darul Naim,
Azie ni ye..wah..ada travel agency rupanya..tahniah, moga maju dan terus maju..

Asnija said...

salam Cik Lie,
Alhamdulillah tugasan dan urusan mudah semuanya. Yang perit rindukan keluarga je masa tu..

Ps: Cik Lie pun kena berenti panggil Datin..

Asnija said...

Salam Che Na,
Terima kasih datang bertandang. Panggil saya Asnija saja ye..

Asnija said...

Salam Ina,
Setuju sangat dengan pendapat Ina tu, ilmu boleh berpunca dari pelbagai sumber, jika tidak bertentangan dengan Islam, malahan boleh membawa manfaat, elok jika boleh terbuka minda untuk menerimanya.

Ps: Panggil saja saya Asnija ye..

Asnija said...

Salam Mas,
Rindu kan akak..meh datang akak jamu chicken mandey..

Asnija said...

Salam Shima,
Memang betul, alang-alang buat, biarlah diusahakan yang perfect, ketelitian dapat membezakan kita dari yang baik kepada terbaik.

Asnija said...

Salam Pinat,
Yeah..perfect!

Atikah said...

Salam kak,

Wah... seronok bc pengalaman akak...

kak... i miss u... muahhhhhhh.... sorry kak, ari tu, tak berkesematan nk reply msg akak... sy sihat... cuma membzzkn diri jer... hehehe...

Asnija said...

Salam Tikah,
Miss you too..dalam buzy tu..jangan lupa makan ye...dan kesihatan...dan sentiasa pakai topi keledar ye...