(Jabal Rahmah)
Saya banyak merenung kembali kisah cinta sendiri...tentu dengan suami...mencari-cari makna dalam ayat "aku cintakannya kerana Allah..." Sudahkah sampai ke tahap itu...terngiang-ngiang satu pesanan, tidak ingat samada daripada pembacaan atau pendengaran....isteri jangan mengungkit, dan jangan menuntut..."sudahkah aku mencintainya kerana Allah...?"
Mendaki Jabal Rahmah sambil mengingat-ingat cerita Ustaz Mashkor, betapa Nabi Adam ketika di buang ke bumi jatuh ke India, dan Hawa di Tanah Arab. Saling mencari-cari, bertahun-tahun, jauhnya perjalanan tanpa tujuan...sebenarnya hanya Allah yang memimpin sampai ke Jabal Rahmah...mereka bertemu...tapi tidak mengenali...Di syurga, Adam sangat 'handsome', Hawa sangat cantik, tetapi ketika berjumpa, mereka kusut masai...
(Di atas Jabal Rahmah sudah menjadi 'shopping center'...kelihatan tasbih pelbagai jenis)
(Zaid dan rakan dari Seremban)
"Kau mencari siapa?"
"Aku mencari Adam suamiku..."
"Akulah Adam...."
"Tidak mungkin, suami ku amat handsome orangnya (perkataan handsome tu saya punya word...heh..heh...), sedangkan kamu kusut masai dan tua..."
"Kamu pula mencari siapa?"
"Aku mencari Hawa isteriku..."
"Akulah Hawa..."
"Mana mungkin kamu Hawa. Hawa isteriku cantik dan muda jelita, sedangkan engkau tua dan kotor."
Betapa mereka lupa, di syurga pastinya kedua mereka muda, handsome dan cantik. Sedangkan bila diturunkan ke dunia, mereka kehilangan arah, berjalan ke sana kemari sehingga tidak terurus diri sendiri, kusut dan masai...
(Nisha sempat menunggang unta di depan Jabal Rahmah)
Akhirnya mereka menyedari keadaan sebenar, saling berpelukan dan mengucap syukur kepada Allah kerana dipertemukan semula. Di Jabal Rahmah inilah, Adam diperlihatkan dosanya, dan diampunkan dosanya, dan keduanya kembali muda....
Akhirnya mereka menyedari keadaan sebenar, saling berpelukan dan mengucap syukur kepada Allah kerana dipertemukan semula. Di Jabal Rahmah inilah, Adam diperlihatkan dosanya, dan diampunkan dosanya, dan keduanya kembali muda....
Sampai di puncak, saya hanya merenung suami dari belakang...saya belum pernah diuji...saya hanya tahu saya sayangkan suami, saya berharap saya berupaya menyayanginya dalam apa juga keadaan...dan sangat berharap Allah memberi kekuatan dan ketetapan hati...
Menyayanginya kerana Allah...Masya-Allah! Komitment itu sangat besar sebenarnya...saya akan mulakan dengan yang kecil-kecil... (i.e. teh panas untuknya sebelum diminta...baru terlintas dah sampai teh....macam di syurga juga tu...heh...heh...)
No comments:
Post a Comment