Banyak...
Kedua, tahu tentang harga pasaran. Supaya kita tahu margin yang kita tetapkan menjadikan harga produk kita boleh diterima akal atau tidak. Kalau silap, nanti pelanggan fikir kita ni cekik darah atau kita ni tak siuman...
1. Margin - sekarang dah tahu macamana nak kira margin dan tetapkan margin yang realistik.
2. Proactive - sekarang dah tahu beza bertindak dengan reactive dan bertindak secara proactive. Belajar jadi proaktif.
1. "Kenapa dia tak letak je harga kat setiap ikan? Kan susah nak refer kat list everytime customer tanya! Lepas tu jadi lambat sebab nak kira margin dulu..."
Episod 1 - It's a fishy business!
Secara dasarnya, fresh graduates, junior executives boleh belajar banyak tips dan realiti dunia pekerjaan dan perniagaan dari siri ini. Mungkin ramai antara kita rasa ianya kurang sesuai untuk budak sekolah samada sekolah rendah atau sekolah menengah. Tapi dengan bimbingan dan kalau tahu soalan apa yang kita cuba tanyakan pada anak-anak ini ketika menontonnya, sebenarnya ia merupakan satu pendedahan awal yang sangat 'true and real'.
Kita melihat dan berfikir, malahan boleh muhasabah diri sendiri. Kerana ianya satu program realiti, hampir semua yang kita lihat bersifat universal - berlaku di semua tempat, pada semua orang, pada setiap ketika yang dimaksudkan. Cara kita mengendalikan diri kita dalam situasi 'hidup dan mati' sebenarnya sama saja, tak kira kanak-kanak ataupun orang dewasa, di sekolah atau di tempat kerja, depan bos atau depan ibubapa. Dalam keadaan terdesak, kita diuji samada bertindak berdasarkan prinsip yang kita pegang atau kalah dengan keperluan sendiri untuk selamat. Semua itu penting.
Realitinya...itulah kehidupan. Itulah yang anak-anak kita akan lalui.
Tugasan dalam episod pertama siri ini hanyalah tugasan biasa-biasa saja, business biasa-biasa saja - jual ikan! Tapi yang biasa-biasa ni rupanya susah kalau tak biasa...
Tapi jual ikan sebenarnya satu tugasan yang saya kira sangat brilliant. Jika idea ini datang dari Tony Fernandez sendiri, beliau memang brilliant!
Jual ikan - nampak senang, tapi menyerlahkan banyak perkara penting. Kalau kita nak tahu karakter businessman yang sebenar, mula dari bawah! Jual ikan secara kreatif.
Learning point dari sudut perniagaan:
1. Know your product - totally!
Why? Pertama, susahnya nak jual kalau nama ikan pun tak tahu! Dan pelanggan pula yang kena ajar mana ikan sardin dan mana ikan cencaru. Bila kita sendiri tak pasti, clients akan senang memanipulasi kita.
Kedua, perlu tahu produk kita ni dalam kategori apa? Keperluan? Kemudahan? Kemewahan? Kemahuan?
2. Price your product -accordingly!
Pertama, tahu margin yang sesuai, jadi kenalah tahu kos produk supaya boleh tetapkan margin.
3. Velocity - how fast can you turn your product into money?
Kalau ikan, mestilah kena jual secepat yang boleh sebab kesegaran ikan sangat penting buat pelanggan. Pelanggan pula datang pada waktu pagi, jadi kita perlu pantas dan cekap menjual ketika pelanggan memerlukan.
Velocity kena cepat sebelum product kita jadi obsolete.
(Learn more about Money Making Model by Ram Charan)
4. Know your customers - intensely!
Tahu keperluan mereka. Pelanggan beli ikan bukan nak ikan tapi nak lauk, nak juadah. Jadi, bila kita faham senang untuk kita buat tawaran, boleh buat cadangan untuk beli produk lain (cross-sell).
Kalau dah tahu dia nak masak laksa, bila ikan sardin dah habis, boleh pujuk dia beli ikan kembung yang sangat segar dan manis.
Nilai murni:
1. Jangan malu untuk belajar dan bertanya walau kita sudah ditahap yang tinggi. Kita mungkin pandai dalam perkara lain, tapi masih tak tahu benda yang asas dan simple dalam perkara lain. Amalkan sikap merendah diri - ego tidak membantu.
2. Ambil peranan, jangan asyik tunggu arahan.
3. Sebagai ketua, perlu berani mengakui kelemahan orang bawahan kita, bukan untuk menyalahkan mereka tetapi untuk membimbing mereka.
4. Bila bekerja dalam kumpulan, buat sumbangan, jangan sekadar jadi penumpang.
Perkataan baru yang anak saya belajar:
1. Margin - sekarang dah tahu macamana nak kira margin dan tetapkan margin yang realistik.
2. Proactive - sekarang dah tahu beza bertindak dengan reactive dan bertindak secara proactive. Belajar jadi proaktif.
Soalan dan komen cute dari anak saya:
1. "Kenapa dia tak letak je harga kat setiap ikan? Kan susah nak refer kat list everytime customer tanya! Lepas tu jadi lambat sebab nak kira margin dulu..."
(ceceh...pandai cakap pasal margin dah...)
2. "Kenapa ketua dia tak take charge sangat? He should be more proactive!"
(ehemm...)
(Suka bila mereka tahu apa yang betul, luahkan pendapat dan pandangan dengan perkataan-perkataan baru. Saya pun suka melayan...)
Baca post dari siri yang sama:
Episode 2 - Viral video goes wrong.
Baca post dari siri yang sama:
Episode 2 - Viral video goes wrong.
1 comment:
Assalamualaikum
seronok juga toton rancangan tu
Post a Comment