Kerenah manusia ni pelbagai ragam. Bila tergugat, penat, panas, letih....maka bukan senang mengawal emosi. Naik marah, mengamuk, menjerit, merungut...demi melepaskan emosi yang terbuku di hati.
Bayangkan pula ragam kanak-kanak. Kalau tengah gembira dan ketawa memanglah comel, tapi bila dah mula mengamuk...aduhai....kita pun boleh ikut mengamuk jadinya.
Kesabaran saya teruji sungguh waktu menemankan Nisha membuat photo shoot...model nyer kanak-kanak...6 orang! Nak mengawal mereka, mengekalkan mood, memastikan mereka senyum, posing, ikut arahan...bukan mudah, ianya penuh dengan kepayahan, peluh menitis-nitis. Baru nak dapat posing yang betul....seorang demi seorang model berlari..."Auntie, nak minum...nak minum..."
Bukan senang juga nak mengurus mereka tukar pakaian dan bekerjasama. Belum kira memujuk bila mereka merajuk...memang menguji kesabaran sungguh. Shooting session langsung tidak boleh mengikut masa kita, tapi merekalah bos. Kita yang perlu ikut rentak mereka.
Waktu itu, dalam kepanasan sambil asyik mengelap peluh, saya lihat Nisha terlalu sabar dan tenang. Saya tahu dia memang begitu tapi tidak pula menyangka sesabar itu. Saya sendiri penat dengan tangan kiri dan kanan mengangkut prop, baju persalinan, cermin besar, botol air. Dan Nisha tetap rajin melayan model-model cilik berlari ke sana sini. Sesekali dia mengelap peluh dan ketawa dengan telatah mereka, sedangkan saya sudah kehabisan tenaga untuk terus senyum begitu.
Putus asa...memang sangat cenderung untuk berputus asa, bila si kecik tidak makan dipujuk...merajuk berlari ke hujung taman, menangis terjerit-jerit. Should we wrap up for the day?
Tapi momen indah rupanya "priceless".....perlu sabar, rajin menunggu, buka mata, bersedia untuk "capture that moment". Ianya berlaku dengan pantas, hanya bila kita bersedia ianya boleh diabadikan...
Bagai satu peluang yang tidak mungkin berulang...eloklah jika kita sentiasa bersedia walau peluangnya belum terbuka , jangan nanti peluang sudah di depan mata, kita pula yang tidak bersedia...bukankah rugi?
And for this one sweet moment.....

No comments:
Post a Comment