Saturday, June 15, 2013

Personal Tutor Yang Terlampau Cemerlang.

Tajuk entri kali ni diva laa sangat. Biasalah...

Bila anak nak SPM, emaknya yang stress terlampau.  Sebab itu saya gelak mengekek bila tengok iklan di Astro tentang parents yang gigih dan bersungguh-sungguh memastikan anak mereka belajar dan mengulangkaji untuk UPSR, siap dengan segala kismis dan madu...satu taman kena senyap yer...terasa...terasa...

Tahun ni Nisha nak SPM.  Dia tenang-tenang je...sayapun ikut tenang-tenang jugak (at least secara luaran, secara dalaman sebenarnya dah gelabah-gelaban).  Nisha ni memang alhamdulillah bijak dan pandai, taat dan solehah. Masalah dia satu je...semua perkara ada sasaran dan target. Kokurikukum ada target, pengawas ada target, kadet ada target, sukan ada target...of course SPM ada target. Segala sijil menjadi priority nak dikumpulnya. Segala aktiviti nak disertai. Segala camping dia nak join. Tu yang tahun lepas huru-hara hati saya bila dia cakap nak pegi Jepun ke tempat tsunami...takpe itu saya cerita lain kali ye. 

Jadinya, kesibukan dia pun tahap melampau. Bayangkan, dari form one jadi pengawas dah simpan target nak jadi ketua pelajar atau sekurang-kurangnya Timbalan Ketua Pelajar dan berada dalam Majlis Tertinggi Pelajar. Masa saya sekolah dulu, jadi pengawas pun saya tak target. Jadi bukanlah menurun perangai dari saya kan...

Selalunya, Ketua Pelajar di pilih dari kalangan pengawas lelaki, jadi Nisha menyimpan sasaran untuk menjadi Timbalan Ketua Pelajar.  Kalau tengok plan dia untuk ke tahap itu...saya pun takut.  Selalunya jawatan tersebut diberikan kepada pelajar tingkatan lima, jadi tahun ini merupakan tahun yang dia tunggu-tunggu. Dia sudah berusaha, tak termasuk buku-buku leadership yang dibacanya - Tony Fernandez pun kalau tahu mesti nak ambik dia jadi apprentice...cewah.  Itu belum executive coaching yang dia mintak saya berikan.  Executive coaching FranklinCovey tu. Sungguh-sungguh betul...

Perlantikan tersebut dalam bulan April, jadi fokus Nisha di situ.  SPM bulan 10, jadi fokusnya di tangguhkan.  Di situ silap dia...

Sebagai bakal ibu mithali (tak berapa mithali lagi, tengah mengusahakannya, tu yang bakal tu...) saya lebih kepada 'observe'...tidak mahu terburu-buru ke tahap intervention. Dalam pencapaian akademik, saya lebih mengutamakan 'usaha dan proses' berbanding 'hasil'.

Jadi dalam 'observation' saya, kalau ikut gaya Nisha, 'the result is predictable'.  Maksudnya, saya lihat gaya Nisha study dan gaya dia tak study atau tak sempat study...the result is predictable!  

Accountability dia yang pertama ialah ujian bulan March. Ketika itu dia sedang berhempas pulas dengan tugas pengawas, maklumlah nak jadi Timbalan Ketua Pelajar.

Sebagai ibu, saya berdoa untuk kejayaan semua anak-anak saya. Saya tegur dan saya nasihat. Tapi doa saja kalau usahanya tak cukup...memang tak cukup.  Allah tak kata macam tu. Allah kata usaha sungguh-sungguh, kemudian doa!  Bukan usaha gitu-gitu kemudian doa sungguh-sungguh. Mana ada style cam tu.

Keputusan ujian memang sudah ku duga. Tu saya kata predictable. Nisha pandai dalam Matematik, tapi  ujian kali ni, markah Matematik dan Matematik Tambahan menurun habis.  Saya analisis kertas ujiannya untuk memahami "what's wrong with her".  Adakah kerana tak faham konsep, atau faham konsep tapi tak tahu nak apply, atau tak tahu konsep lansung atau cuai dan salah kira?

Saya kan dulu cikgu, mengajar pulak Add Math. Jadi sekilas ikan di air sudah ku tahu jantan betinanya...ceceh. Tumpang semangkuk pulak nak perasan yer...

Habis saya analisis dan post-mortem kertas jawapan dia (CSI pun kalah), saya tak cakap banyak, terus tanya satu soalan.

"Banyak sangat ke kelas yang Nisha miss?". Saya pandang tepat ke mata dia. Saya tahu dia akan jawab dengan jujur sebab Nisha memang jujur budaknya.  Telahan saya betul. Tekaan saya tepat.  Gerak hati saya memang perfect.  Naluri ibu kan...

Memang betul naluri ibu tak payahlah ditipu!  

Kesalahan yang dia buat dalam ujian bukan sebab dia tak faham tapi lebih kepada dia tak tahu! Macam zero knowledge gitu. Saya terima kalau itu subjek form 4, mungkin dah terlupa, tapi subjek form 5 yang baru dia belajar???  Dan yang dia salah jawab hanyalah basic concept! Bukan yang complicated.  Sebab itu senang untuk saya teka - dia banyak tak masuk kelas and missed the lessons. Dia budak pandai dan kesalahan yang dia buat dalam ujian memang tak masuk akal!  Saya memang gabrah... Tapi saya cool kan jugak. At least, I know the status before it is too late!

Dalam sibuk dia menjadi pengawas...dia terhilang fokus menjadi pelajar.  Sibuk jaga itu ini, ke sana kemari sampai tertinggal kelas. Takpe, itu kesilapan biasa, senang je nak betulkan.  Kalau kereta lari alignment nyer, hantar workshop buat balancing kan...

Jadi, target Nisha untuk menjadi Timbalan Ketua Pelajar sudah tak align dengan target SPM nyer. So, dia kena melalui proses balancing jugak lah kan...

So saya tanya plan dia apa? Dua hari saya suruh dia fikir.  Saya beri dia banyak option.  Antaranya letak jawatan pengawas (ni memang tragis lah kan...4 tahun dia tunggu tu nak jadi ketua pelajar..saya pun tak sampai hati...), masuk tusyen, kurangkan aktiviti dsb.

Lepas 2 hari dia beri keputusan dia.

"Nisha tak nak pergi tusyen. Tapi Nisha nak ibu ajar Nisha."

Amboi... nak personal tutor gitu... Tapi cikgu pencen ni yurannya mahal tau tak!

"Boleh! No problem tapi syarat ibu satu je kalau nak ibu jadi personal tutor Nisha..."

"Are you willing to pay the price?" Soal saya pada dia. Muka dia suspen tapi redha je lah...

"Semua subjek yang ibu ajar, ibu akan ajar perfect. Perfect sangat sampai Nisha boleh score 99% atau 100%.  Dua markah ni je yang dibenarkan!  Kalau nak markah lain, boleh belajar dengan tutor lain."

Haaa...ambik! Ada berani?

Nak belajar dengan personal tutor yang cemerlang mestilah berani jadi cemerlang! Betul tak? Dahlah percuma...(perasan kan saya ni...)

Bunyi macam strict. Bunyi macam garang, tapi berkesan! Always aim the highest possible. Always use your fullest potentials.

Kan saya dah kata...tugas saya observe...observe and observe. Jadi saya tahu potensi Nisha. Saya tahu kekuatan dia dan kelemahan dia. Plan saya mudah - saya mahu dia sendiri percayakan potensi dan kekuatan dirinya. Kalau saya saja yang percaya dan tahu tak ada gunanya. Dia sendiri perlu tahu potensi dirinya dan kena percaya kekuatan dirinya. Dan saya mahu dia experience sendiri bagaimana seronoknya bila boleh memperbaiki kelemahan diri.  Itulah markah 100% yang sebenar - bila dia berjaya menguasai potensi dirinya 100%.   Itu target saya yang sebenar, of course saya tak beritahu dia kan. Results exam hanyalah bonus.

Tak syok lah kalau kita tengok movie dah tahu endingnya...so saya simpan dulu target saya, saya tahu dia akan figure out sendiri hanya kalau dia betul-betul mahukannya.  I will keep it first!

So, untuk mid year exam, saya beri dia target simple, fokus dua subject je. Saya mula dengan subjek yang dia rasa impossible - Math & Add Math. Tujuannya supaya dia melalui proses anjakan paradigma. Seriously!  Saya tak main-main ni...

Target untuk Math:
Strategi - ulangkaji semua bab form 4 hingga
bab terkini form 5 dan buat latihan untuk pemahaman, pengukuhan dan kemahiran.
Lead measures - buat semua soalan contoh dan buat semua soalan topikal, every single question.
Lag measures - markah 100% in mid term, trial dan SPM.
Accountability - buat jalan kerja untuk setiap soalan, no short cut! Bila dah siap, check betul atau salah. Ibu akan check daily.
Skill set - faham konsep, tahu semua trick, boleh think outside the box bila tengok soalan complicated, know the concept bukan sekadar tahu soalan.
Result: Target 100%; Actual 99%


Target untuk Add Math:
Strategi - ulangkaji semua bab form 4 hingga bab terkini form 5 dan buat latihan untuk pemahaman, pengukuhan dan kemahiran.
Lead measures - buat semua soalan contoh dan buat semua  topikal, every single question.
Lag measures - markah 70% in mid term, 100% in trial dan SPM.
Accountability - buat jalan kerja untuk setiap soalan, no short cut!  Bila dah siap check betul atau salah. Ibu akan check daily.
Skill set - faham konsep, tahu semua trick, boleh think outside the box bila tengok soalan complicated, know the concept bukan sekadar tahu soalan.
Results: Target 70%; Actual 73%


Tempoh masa ulangkaji -  2 minggu.

My own learning point:
Alhamdulillah - berkesan!  Kalau lead measure nyer betul, ianya boleh mempengaruhi hasil dan hasilnya lebih predictable.

Post mortem mid term:
Math - boleh dapat 100% kalau tak kerana tersilap tekan nombor di calculator. (Geram betul bila dia cuai, tapi saya tak marah. Biar dia cuai sekarang and learn a lesson daripada dia cuai masa SPM. Minta Allah lindungi!)
Learning point - semak dan jangan cuai! Careless can kill! Every single  point matters!

Add Math - concept dah faham, lepas ni kena buat pengukuhan dan kemahiran.
Learning point:
Skill = Confident

Nak tahu apa komen Nisha bila dah faham konsep dan dah berjaya buat banyak latihan?

"Laa...macam tu je ke? Kenapa soalannya senang dan direct sangat? Macam kasi markah free-free je..."

Haaa... Kan senang kerja saya bila paradigma dia dah berubah. Tak payah saya nak mengomel panjang...dia sudah ada jawapan sendiri...

"So, boleh ke dapat Math dan Add Math 100% ni?"

"Boleh!" 

Nada suara Nisha kali ini sudah berbeza 360 darjah berbanding masa saya tanya pertama kali dulu. Sekarang dia menjawab "boleh" atas pilihan sendiri, bukan lagi terpaksa!

Haaa...tu la yang saya nak dengar!  Jangan salah faham, bukan jawapan "boleh" yang saya nak dengar tapi suara dia yang yakin, jelas dan teruja...nada suara macam tu lah yang saya nak dengar!  Nada suara semangat dan ceria. Nada suara yang dah yakin dan tahu potensi dirinya 100%. Alhamdulillah, target saya tercapai!  

Seronokkah saya bila dia dapat markah meningkat macam tu? Hmmm...bolehlah...

Eh, tak seronok jugak? Tak bersyukur ke?  Bukan macam tu...

Nak tahu apa yang saya lebih seronok?

Saya seronok sangat dengar suara Nisha yang yakin dan semangat. Suara yang percaya dia boleh dan dia berpotensi.  Suara yang bermotivasi dengan sendirinya.  Suara yang mula mengakui dia boleh go beyond and further kalau dia berusaha sungguh-sungguh.  Suara yang tahu if she do everything, nothing is impossible.  Itulah yang paling membuatkan saya seronok! Seronok terlampau sampai menangis-nangis seronoknya.

Lepas ni... Tak lah malu sangat saya pada Allah bila berdoa beriya-iya....

Anda semua tolong doakan juga Nisha berjaya cemerlang dalam SPM 2013 ni ye! 
Terima kasih...

(Panjang sangat entri ni... Tapi saya tengah seronok sangat, jadi semangat menulis berapi-api. Oh ye! Nisha berjaya dilantik menjadi Timbalan Ketua Pelajar. Happy  sungguh dia. Alhamdulillah. Dah align balik target SPM dia, alih-alih weekend ni pergi pulak program Tutor Muda di  Bagan Lalang...takpe....takpe.
Sekali-sekala kena take a break jugak yer...)

Ok saya pulak nak take a break...


Update: 21/1/2018
Alhamdulillah SPM Nisha berjaya dapat 9A.  Semua anugerah yang dia nak capai dia sapu semua. Alhamdulillah. Selepas Asasi Sains di UM, sekarang Nisha di tahun akhir pengajian Bioinfomatik, di UM juga.

No comments: