Dalam episod ni, anak saya belajar tentang tiga perkataan lagi.
1. Hard sell - kaedah menjual dengan lebih agresif, direct dan straightforward. Adakalanya pelanggan boleh rasa kita seakan mendesak dan mereka akhirnya lari. Tapi ada juga kajian yang menunjukkan teknik ini membuatkan pelanggan cepat membuat keputusan dan cepat juga kita dapat hasil jualan.
2. Soft sell - kaedah ini lebih kepada membina perhubungan dan kepercayaan pelanggan pada kita. Kita kongsi maklumat dan kebaikan produk sehingga pelanggan nampak ianya relevan dan dengan rela hati membeli. Teknik ini lambat memberikan hasil jualan tapi berkesan menjadikan pelanggan tersebut setia pada kita.
3. Cold calls - ini merupakan salah satu cara dalam hard sell, selalunya menggunakan telefon. Kaedah ni seperti kita "terjah" pelanggan kita dengan telefon. Mereka tidak menunggu panggilan kita dan tidak tahu kita akan menelefon mereka. Cold calls perlukan keberanian, kesabaran dan kecekalan. Paling penting perlukan kemahiran memperkenalkan diri dan memulakan perbualan. Silap cara memang boleh kena maki oleh prospek. Dalam episod ini kita nampak 150 cold calls hanya menghasilkan 6 temujanji. Dan tak semestinya 6 temujanji boleh menghasilkan 6 hasil jualan. Itu yang kena cekal!
Agak-agak kat sekolah belajar tak perkataan-perkataan ni? Memang tak!
Tapi, bila kerja nanti, pemahamam tentang perkataan-perkataan ini memang sangat membantu.
Mana tahu, kalau datang minat berniaga, tahulah juga nak guna taktik yang mana satu kalau nak untung besar. Sekarang ni business online mudah sangat untuk diceburi, tidak kira umur, asalkan rajin dan kreatif. Ramai remaja yang telah berjaya mengumpul duit poket dari perniagaan online. Bila tahu teknik menjual yang baik, business online boleh memberi keuntungan yang menggalakkan.
Yang terbaik ialah menggunakan kedua-duanya. Kalau tahu teknik hard sell yang terbaik, digabungkan pulak dengan teknik soft sell terbaik, hasilnya memang terbaik dan berlipat kali ganda.
Siapa berniaga nak rugi, kan? Kalau dah pilih untuk jadi usahawan, mesti nak untung besar-besaran! Ganda-gandaan! Juta-jutaan!
Saya juga sedang melatih mereka untuk jadi usahawan meletop!
No comments:
Post a Comment