Wednesday, August 5, 2009

Syurga cinta.

“Kak, saya nak beritahu satu perkara…” H berbisik ketika kami berjalan untuk bersarapan. Belum sempat saya bertanya, H sudah menyambung. “Saya dah putus tunang!”. Saya memandangnya; tidak pasti untuk memberi reaksi bagaimana. H nampak releks dan tiada tanda-tanda sedih. Saya agak terkejut, walaupun hati saya lega sebenarnya. “Alhamdulillah…” Tanpa disedari, perkataan itu terkeluar dari mulut saya. H tergelak, “Akak bukan orang pertama cakap macam tu, semua orangpun cakap perkara yang sama bila saya beritahu.” Saya menjawab, “Mestilah bersyukur, sebab akhirnya Allah beri kekuatan. Tak ramai orang yang mampu buat macam tu atas sebab sayang dan malu. Akhirnya, diri sendiri terkorban.”

Sepanjang bersarapan, sesi soal jawab bermula. Mengapa? Kenapa? Bila? Siapa yang memutuskan? Berita ini memang di luar dugaan kerana sebelum bertunang, H bagai tidak boleh dipisahkan dengan tunangnya. Inikan pula H sendiri yang memutuskan, memang sungguh tidak saya duga.

Mata saya bulat memandang H ketika dia memberitahu sebab dan punca dia berkeputusan demikian. Saya dapat merasakan perubahan H yang tidak diduga, dia nampak matang, tahu apa yang baik untuk dirinya dan paling penting memahami hakikat sebuah perkahwinan.

Di tengah-tengah perbualan itu, saya mencelah, “Akak rasa emak H mesti lega dan bersyukur.” H mengangguk. “Apa yang menyebabkan H kuat hati buat keputusan?” Soal saya dihujung perbualan. “Tak tahulah…tapi lepas tengok Syurga Cinta, hati terus terbuka…”, jawab H.
Malam itu, jenuh saya men-google filem tersebut. Walau hanya membaca sinopsisnya, saya dapat memahami mengapa H begitu terkesan sekali…

Esoknya saya bertemu H lagi, “You know what…you'd made the right decision…you'll be fine...”. "Kenapa yek?", tanya H.

"Sebab..it's not only about who's your husband, but most importantly, it is about the father of your children...". H mengangguk-angguk. Senyumnya melebar...

4 comments:

tiniey_zach said...

hm..
kebetulan..smlm bru tgok cite syurga cinta..
okok,tp bnyk manfaat..

cikgu mas said...

dear asnija

last cuti sekolah baru ni,saya bwak anak2 cerita tu..kt blog pun ada ulas ttg cerita tu,mmg bagus,cerita melayu yg ada kualiti dr sudut msg.kita mesti kuatkan berdepan dgn kebenaran,,,biar susah dahulu senang kemudian..

Asnija said...

tiniey,
okok tu apa? tengok ka mana cite ni? puas akak carik, DVD nyer tak keluar lagi...

bagus lah kalau ada movie yang memberi impak positif...

Asnija said...

Salam Cikgu Mas,

Saya rasa anak-anak cikgu mesti suka kat haziq punya acting..."cantik, kuat agama...."

Semakin teruja nak tengok citer ni, sayang movie ni dah over. Saya impress...sebab bukan mudah nak jadi rasional bila sudah mabuk dilamun cinta..