Kak Zah tersenyum memanjang petang itu. Kami sebaya, tetapi memang menjadi panggilan manja antara kami sahabat-sahabat yang rapat saling memanggil kakak antara satu sama lain. Saya sendiri dipanggil Along tanpa sebarang sebab yang spesifik.
“Apa syaratnya Kak Zah?” Tanya saya berulang kali.
“Along…suami kita ni cuma pinjaman…kalau tak diambik Allah, diambik orang…ha…ha hah…”. Kak Zah bercakap sambil tergelak besar membuat lawaknya sendiri yang dia gelak pun sendiri. Saya terlalu fokus untuk mendengar syarat Kak Zah pada Abang Mat, sampaikan tidak sempat mengikut gelak Kak Zah berlawak.
“Kak Zah ni…cepatlah! Buat lawak pulak, orang tengah serius ni…”.
“Janganlah serius sangat…Akak cerita ni bukan nak buat Along stress..”. Lembut suara Kak Zah memujuk saya. Pelik betul Kak Zah, kena ubat-ubatan Abang Mat ke ni?
“Kak Zah satu malam tu solat hajat minta petunjuk, apa sajalah yang Allah nak beri petunjuk, Kak Zah akan ikut. Apa yang baik buat Kak Zah di akhirat, mungkin bayarannya kena dibuat di dunia…” Satu-satu Kak Zah mula menjawab persoalan saya.
“Kak Zah fikir balik apa salah Abang Mat pada Kak Zah selama ni?” Kata Kak Zah lagi.
“Apasal Kak Zah fikir macam tu pulak?” Soal saya pelik dengan kelainan cara Kak Zah berfikir.
“Yalah…..Kak Zah nak cari salahnya Abang Mat yang membuatkan dia tak layak beristeri lagi…” Jawab Kak Zah. Saya turut membayangkan Abang Mat dan tingkahlakunya selama ini. Saya hanya melihat dari luaran, dan saya hanya ada rasa mengkagumi beliau, rasa ‘respect’, dan banyak kali terlintas dalam hati, bertuahnya Kak Zah dapat Abang Mat. Saya bagaikan sudah dapat mengagak kata-kata Kak Zah yang seterusnya.
“Abang Mat ni, Along, susah Kak Zah nak ‘explain’… Cuma yang Kak Zah boleh cakap, seronoknyaaa… jadi isteri dia…satu privilege!” Mata Kak Zah bersinar-sinar menggambarkan betapa dia amat menghargai suaminya. Saya sikitpun tidak pelik dan tidak hairan, sebab saya juga merasakan Kak Zah bertuah bersuamikan Abang Mat.
“Bukan kitorang tak pernah gaduh, selalu jugak bergaduh….”
“Tapi lepas gaduh, jadi bertambah sayang…akak makin nampak kat mana nak melengkapi dia, sebab dari gaduh tu tahu kat mana kelemahan dan kekurangan dia…” Kak Zah bercakap penuh dengan perasaan sayang. Saya sendiri entah hilang ke mana rasa marah dan bengang dengan Abang Mat tadi.
“Jadi Kak Zah rasa, dia deserve untuk mendapat apa yang dihajatinya…” Kata Kak Zah sambil memandang saya, masih lagi tersenyum.
“Abang Mat minta cara baik, jadi, Kak Zah rasa perlu memberinya dengan cara terhormat.”
“Manalah tahu, Allah ingin memberi Kak Zah pahala dengan cara yang tak pernah Kak Zah impikan…” Kata-kata Kak Zah mengundang rasa sayu di hati saya. Mata saya yang bergenang airmata, sedangkan Kak Zah cukup tenang dan lansung tidak beremosi.
“Jadi, lepas solat Maghrib esoknya, Kak Zah pun tunaikan hajat Abang Mat…”
“Kak Zah cakap macamana?” Tanya saya pada Kak Zah. Tiada apa di dalam hati melainkan rasa ‘respect’ yang amat sangat pada wanita ini. Saya belum pernah diuji sejauh mana sayangkan suami sendiri. Saya hanya tahu saya sayangkan suami. Dan saya berharap tidak perlu diuji sehebat Kak Zah.
“Kak Zah cakap, Zah sayangkan abang kerana Allah, dunia akhirat. Dan Zah harap, abangpun sayangkan Zah semata-mata kerana Allah, dunia dan akhirat. Macam harta jugak, semakin kita kaya, semakin kita kena memberi kepada yang tiada. Abanglah di antara harta Zah yang paling bernilai. Sepatutnya Zah boleh berkongsi tanpa diminta.” Kata-kata Kak Zah terhenti di situ. Dia menyeka airmatanya yang mula mengalir. Dari tadi dia tidak nampak sedih lansung, tapi sekarang Kak Zah mula menitiskan airmata. Tangisan saya menjadi lebih laju berbanding Kak Zah. Saya tidak mampu berkata-kata tetapi tangan Kak Zah saya urut-urut dengan harapan dapat menenangkan dia.
“Kalau abang berhasrat untuk berkahwin lagi, Zah pasti abang pandai memilih isteri yang solehah. Jadi, Zah yakin madu Zah seorang yang Zah akan kagumi dan hormati.” Airmata saya berjurai-jurai mengalahkan airmata Kak Zah sendiri. Banyaknya perkara yang saya perlu perbaiki tentang diri sendiri. Banyaknya kekurangan saya yang saya tidak sedari…
“Zah bersyukur kerana abang memilih yang halal berbanding yang haram. Dan Zah rasa terpilih diberi peluang untuk membantu abang membangunkan sunnah.”
“Abang bernikahlah cepat bagi mengelakkan fitnah nafsu…nanti biar Zah tolong terangkan pada anak-anak.” Sesekali Kak Zah mengesat airmatanya dengan tisu.
“Zah cuma minta tolong satu perkara saja dari abang….” Saya mendongak memandang Kak Zah. Inilah syarat Kak Zah yang amat saya ingin ketahui.
“Zah tak akan berkira hari mana abang kena duduk dengan Zah, berapa hari abang perlu duduk di sana, berapa hari abang perlu duduk di sini. Abang putuskanlah mengikut mana yang abang rasa selesa dan perlu. Tapi…. Zah cuma berharap sangat….bila masa abang susah, abang runsing, abang ada masalah dan bila abang sakit dan tak sihat, Zah minta tolonggggg….sangattt…” Ayunan suara Kak Zah berpanjangan lembutnya.
“Zah berharap sangat, abang datanglah minta tolong dari Zah….datanglah minta tolong dari Zah. Kalau tengah malampun, datang jelah minta tolong dari Zah, Zah memang akan tolong abang….abang janganlah rasa teragak-agak minta tolong, jangan simpan-simpan…. ”
“Ingat ye bang, cari Zah….insya-Allah, Zah akan tolong meringankan susah abang dan sakit abang….itu je permintaan Zah….”
"Zah tak nak berkira kat mana abang nak pergi bila abang sihat, tapi harapan Zah, abang mencari Zah untuk tempat berkongsi susah dan sakit...."
Sememangnya saya sangat terperanjat dengan syarat Kak Zah itu. Wanita jenis apakah di depan saya ini? Saya belum pernah melihat Kak Zah dari sudut sebegini. Dia memang akan berkorban untuk sahabat-sahabatnya, tetapi tidak menyangka sanggup berkorban setulus itu. Hati saya bagaikan hancur dan rebah berderai ke tanah. Mata saya memandang Kak Zah yang sudahpun berhenti menangis. Hormat saya pada Kak Zah nun jauh setinggi Everest.
“Ya Allah, Kak Zah….baiknya Kak Zah ni…” Hanya itu yang saya mampu ucapkan.
“Baik ke? Ha…hah…hah….” Soal Kak Zah sambil mengkekek ketawanya….
“Bila dah dengar Kak Zah cakap macam tu, Abang Mat cakap apa?” Tanya saya tidak sabar. Saya boleh membayangkan perasaan Abang Mat ketika itu, pastinya bertambah-tambah sayang pada Kak Zah. Entahkan dia membatalkan pula hasratnya, luntur dan longlai dek kelembutan dan kesabaran isteri. Kak Zah tersenyum sambil tangannya mengeluarkan sesuatu dari dalam beg tangannya.
“Tengoklah ni…” Katanya lagi. Mata saya terbeliak melihat apa yang di tangan Kak Zah…
6 comments:
salam kak as
aku dah menangis sis...sis u sangat pandai menulis,,,kak zah,aku ingin memiliki ketabahan dan kerendahan hatimu,kau wanita hebat.Allah pasti melindungi.Tapi aku mendoakan kau menjadi Siti Khadijah..wanita hebat di mata Nabi.Penyejuk duka lara nabi..
CM,
Aikk...kat sekolah ke nih?...
aaah,kt sekolah budak form 5 ada bengkel teknik menjawab cikgu tak de kelas,he,he..pi melawat kekawan lah...he,he
Salam akak...
Ya Allah...hebatnya seorang wanita yg bernama "kak zah" tu...akak...hanis ingin sekali mengenali seorang wanita sehebat ini...semoga payung emas menemaninya ke syura nanti.....
kak mas....sedihnyaaaa....hanis pon nangis....huhuhuh
akak...akak memang ade bakat menulis...terasa macam dok baca blog puan roza pula....
Salam Hanis,
Terima kasih kerana sudi bertandang.
Cerita ni akak selalu share dalam kelas akak, bab perhubungan, bab begin with the end in mind, ramai yang minta akak tulis, so, akhirnya berjaya juga menulis cerita Kak Zah ni...setelah bertangguh-tangguh...
Akak pun semat kat hati ambik iktibar, harap sangat anak-anak dan suami mengingati akak dengan rasa kagum sebegitu...
Post a Comment