Tuesday, December 22, 2009

Selamat Pengantin Baru!

Selamat Pengantin Baru buat Nurul!
Kepada rakan-rakan bloggers yang ingin sangat menatap gambar PA saya ni, jadilah ye, sekeping gambar mengubat rindu....


Cik Puan Nurul dah balik kerja pun, berseri-seri je muka nyer. Oleh kerana dia terlupa password gmail, maka Nurul menghadapai kesukaran untuk menjawab komen semua rakan-rakan bloggers di N3 saya yang terdahulu. (Baca tentang jemputan kahwin dari PA saya dan cara PA saya bekerja)

Pesanan dari Nurul:

Kepada Syima, Cikgu Mas, K.Nab, Umiazuddin, Ayah Zain, Atikah, K.Ummi, Afeez, Azie @ MyLife, K.As, S, Imran Paris, Mama Ju, Rezeki, Cik Lie dan Shami...

Ribuan terima kasih atas semua ucapan selamat dan tahniah berserta doa. Ingatan rakan-rakan semua, amat bererti buat Nurul & Didi...

Friday, December 4, 2009

PA ku kahwin.....























Salam semua pembaca budiman, esp. rakan-rakan tersayang...CL, Mas, AZ, CR, IP, K.Ummi, Hanis, Shima, Atikah, K.Nab, Ums, MyLife/Azie, Pijal, Apeez, Cik Mie, Kak S, Shami dan semuanya...
Semua anda dijemput menghadiri jemputan majlis walimatul urus PA-ku Nurul hari Ahad ni...jemput datang ye...beriya Nurul minta saya menjemput semua rakan-rakan bloggers....meh la makan nasi minyak dia ni....
Apezz & Pijal...datang le...tak payah risau lunch hari Ahad tu...cover dah...
Jemput....jemput...
Buat Nurul, semoga berkekalan hingga akhir hayat...

Monday, November 23, 2009

Dakaplah aku...

Photo by photobucket.com

Minggu lepas saya menerima sms berbunyi begini:

"Tak salah rasanya nak kongsi kepuasan dan kejayaan dalam hidup kerana result UPSR anak saya dapat 5A, best student Sek. Batu 7 Dungun. Tq Cikgu As..."

Dalam hati...alhamdulillah, memang saya tahu semasa program Che Lan bercerita tentang debaran menunggu result UPSR anaknya. Beliau datang jauh dari Terengganu, sangat aktif bertanya, dan sangat fokus. Selang beberapa minit, saya terima lagi sms darinya...sms yang ini amat menyentuh hati saya...

"Apa yang saya dapat pelajari dari cikgu kelmarin ialah buat pertama kalinya dalam hidup saya memeluk dan mendakap anak saya di depan cikgu-cikgu dan rakannya...dalam hati saya berkata...Amirah, abah bangga menjadi your father...thanks Allah..."

Hati saya terlalu gembira, tersenyum sendirian sampai ke telinga. Pasti topik tentang Akaun Bank Emosi, dan cerita angsa dan telur emas membuatkan Che Lan membuang ego memeluk anak. Saya bercakap dari pengalaman peribadi...bukan muda meruntuhkan ego lelaki...almost impossible...tapi bila kena butang yang betul...

Disebabkan kesibukan, saya membalas sms beliau lewat petang, "Saya dapat rasakan betapa gembira dan puasnya Che Lan, lebih-lebih lagi anak jadi pelajar terbaik. Alhamdulillah, ajar anak untuk sujud syukur bersama Che Lan. Anak mesti seronok dapat pelukan ayah yang saya tahu akan dia ingat sampai bila-bila pelukan pertama tu...bangga pulak dipeluk depan cikgu dan rakan-rakan. Tahniah atas kejayaan anak dan kejayaan Che Lan membuat pembaharuan."

Saya rasa sms Che Lan hari itu really make my day...

I hope to continue making a difference, dalam kehidupan sendiri dan dalam kehidupan orang lain juga, lebih-lebih lagi kehidupan orang yang tersayang...

Che Lan membalas sms saya, menyerlahkan lagi kegembiraan beliau:

"Terimakasih atas dorongan Puan...bila saya bercerita depan adik-adik dia yang lain tadi, yang saya peluk kakak dia..semua bersemangat untuk belajar bersungguh-sungguh...mereka seakan-akan rasa pelik ayah memeluk kakak mereka terutama yang lelaki...yang ayah mereka tak pernah buat selama ini...saya terasa airmata macho saya mengalir tanda gembira..amin..."

Syabas Che Lan! Namun, segembira manapun Che Lan pada saat itu, kegembiraan anak perempuannya pasti lebih dari itu...tidak perlu pada hadiah yang besar dan mahal...kebanggaan ayah itulah bagaikan azimat...yang menjadikan semua usaha berbaloi-baloi...dakapan itu pastinya dikenang hingga ke akhir hayat...kerana itulah peperiksaan besarnya yang pertama...menerima pulak dakapan yang pertama...

Hari ini...
Dakaplah semua yang tersayang...dengan penuh ikhlas...bagaikan dakapan yang terakhir...
Kerana...
Berbaloikah mengutamakan ego...demi saat semanis itu?

Sunday, November 15, 2009

Angsa Dan Telur Emas...

picture from: mrshev.files.wordpress.com

Dekat 2 minggu dada rasa berdenyut. Taklah sakit, tapi tidak selesa. Hati pulak tertanya-tanya, inikah sakit jantung? Fikiran menafikan, hati meragukan apa yang dinafikan…denying the denial….

Bila berterusan 2 minggu, dan setelah menerima pukulan smash maut dari PA, Cik Nurul; “Pergilah check, Kak! Akak ni kalau nasihat orang pandai…” membuat saya memaksa diri pergi membuat temujanji.

“Asnija, you ni stress sebenarnya.” Kata doktor hansem.
“Stress? Are you sure? I don’t think so…” Saya gelak-gelak menjawab kenyataan doktor hansem.
“So, you tak stress?” Tanya Doktor Hansem lagi.
“Tak la, doktor.”
“Hari tu, pun you kata tak stress, tapi simptom badan sakit berulang kan…I rasa you ni mesti stress.”
“Bukan ke kalau stress tu macam risau, tension, depress? Saya tak rasa pun semua tu, doktor.” Saya menjawab lebih pandai dari Dr. Hansem…he..he…
“Itu kalau you stress dalam keadaan yang biasa, tapi you ni suffer apa yang diistilahkan sebagai unconscious stress... Lembut Dr. Hansem menerangkan. Suka sangat mendengar dia bercakap dalam Bahasa Malaysia. Fasih dan lembut.

Dr Hansem beritahu jika saya biasa menidakkan rasa cemas dan stress dengan mengajar diri bertenang, akibatnya saya cenderung menyembunyikan realiti sebenarnya bahawa ada sesuatu yang tak kena... “something is wrong” tapi saya nasihatkan diri..takpe..it’s ok…I can do this…I’ll do this…I should do this…semua ini ada hikmahnya....etc.

“Asnija, tu namanya defense mechanism. You ingat nak jadi strong, tapi you tidak beri peluang untuk diri sendiri merasakan semua perasaan-perasaan yang normal dan biasa…”

Oppss…alamak…memangpun… Jauh dalam hati mula mengiyakan… saya sedang menderitai (hmm…terlalu ekstrim pulak perkataan menderitai ni kan…) ok, tukar perkataan…saya sedang mengalami unconscious stress. Saya ingat apa yang saya buat hanyalah untuk menjadi seorang yang berfikiran positif, proakif dan matang, tak sangka pulak membawa kepada unconscious stress...

Pernah tak bila kita memicit-micit badan kita dan tiba-tiba terpicit bahagian yang kita terasa sakit, sedangkan jika tidak dipicit, takpun rasa sakit. Bahagian tersebut sebenarnya sedang sakit dan bengkak, tetapi kita tidak menyedarinya, kerana tanpa kita sedari badan kita sudahpun bertindakbalas dengan mengawalnya sehingga rasa sakit tidak terasa. Ini semua tugas sistem neurologi badan kita.

Badan kita rupanya melakukan banyak sungguh aktiviti dan proses yang dikawal oleh subconscious mind (minda di bawah sedar). Proses-proses ini berkaitan dengan survival mode dan menghasilkan tenaga untuk survive. Contoh, bila kita cemas, kita bertindakbalas dengan berasa cemas, terperanjat. Bila kita terlihat tikus contohnya, kita melompat, jadi tenaga inilah yang dinamakan tenaga ‘stress of survival'.


Bila kita belajar untuk mengendalikan suasana-suasana yang mencemaskan, mula boleh mengawal diri, tenaga yang dihasilkan daripada stress of survival ini terkumpul dan lama-kelamaan mula menjadi masalah bila tenaga tersebut tidak digunakan. Kita mengawalnya dengan memberitahu otak untuk melakukan perkara yang berbeza apabila risau, sedih dan cemas. Apabila dibuat secara berulang kali, otak akhirnya belajar merespon dengan cara yang berlainan. Jadi walaupun menghadapi susah, kita seperti tenang, tetapi tenaga stress untuk survival itu berkumpul dan mengumpul stress yang tidak disedari – unconcsious stress.

Tanpa disedari, kita mengaktifkan apa yang dinamakan Defense Menchanism iaitu keupayaan mengawal perasaan takut, rasa tidak pasti, risau, bimbang, nervaous dsb. Pada mulanya kita mengawal perasaan dengan melakukannya secara sedar, tetapi lama kelamaan ia berlaku tanpa disedari, sehingga boleh mengubah realiti perasaan kita yang sebenar. Sebenarnya Defense Mechanism ini ada baiknya, bagai menyuntik ubat bius, tetapi bila dibuat berlebih-lebihan rasa “kebas” mula hilang kesannya dan tiba-tiba badan menyedari kesakitan. Bagi saya, tiba-tiba saya terasa denyutan di dada…

Balik saja dari berjumpa Dr. Hansem,sayapun terus mengoogle dan betul seperti yang Dr.Hansem beritahu... Rupanya terdapat 10 jenis Defense Mechanism, yang kebanyakaannya selalu saya amalkan…

Antaranya:
  1. Denial – menafikan perasaan, menidakkannya…ini memang kebiasaan saya...denying the denial, kadang-kadang perkara tersebut undeniable…
  2. Repression – menyimpan, tidak melayan dan mengabaikan perasaan sedalam-dalamnya…kemudian hilang dan lupa begitu saja…
  3. Displacement – melepaskan perasaan pada pihak yang lebih lemah dari saya kerana luahan tersebut tidak mengancam kita, berbanding jika kita luahkan pada orang yang sebenar...selalunya anak le yang jadi mangsa...
  4. Sublimation – menukar perasaan tidak menentu kepada bentuk yang pada pendapat saya lebih boleh diterima, contohnya rasa marah yang amat sangat dilepaskan dengan menangis sepuasnya bersendirian, menjerit sepuasnya bersendirian, memukul bantal atau berjogging atau melepas geram bersendirian…..ini pun selalu jugak…
  5. Intellectualization – melihat sesuatu perkara dari perspektif pembelajaran. Apabila berasa kecewa atau gagal, saya melihatnya dari sudut membangunkan diri, cari dan fikir what’s the learning point… jika ada masalah, memperbanyakkan membaca dan belajar bagaimana untuk memperbaiki masalah perhubungan tadi, jika diserang penyakit, membuat rujukan dan kajian tentang penyakit tersebut. Jika tidak tenang…mengaji, baca buku agama…. Akhirnya, terlupa dengan keadaan sebenar.
  6. Rationalization – bertindak dengan memberi penjelasan tentang tingkahlaku dan perasaan sendiri dengan sebab-sebab yang rational dan logik mengapa perkara tersebut berlaku, apa yang perlu dilakukan untuk bangkit, walaupun adakalanya perkara tersebut sememangnya tidak adil pada diri sendiri tetapi masih membuat alasan-alasan rational, sentiasa merasakan diri sendiri yang tidak betul, tidak bersyukur…
  7. Regression - saya sering mengeluh diam-diam, bercakap sendiri tentang mengapa sesuatu perkara itu berlaku, melayannya dengan menangis sendiri, menenangkan hati dengan menasihati diri sendiri dan memujuk diri sendiri supaya bertenang dengan bercakap-cakap pada diri sendiri, mengaitkan dengan senikata lagu, maksud ayat Quran, mengingat-ingat kata-kata ustaz/ustazah….ini paling selalu…

Habis, apa cara yang betul? Sebenarnya, ada di antara defense mechanism ni yang baik, untuk mematangkan diri, cuma perlu ada pengawalan:

  1. Bila ada masalah, terima semua perasaan tersebut, selesaikan, berhadapan dengannya, kendalikan. Sentiasa letak matlamat untuk selesaikan, uruskan, settlekan.
  2. Fikirkan hasil yang ingin dicapai, fikir dengan cara yang berbeza, bertindak dengan cara yang berbeza dan capai hasil yang berbeza.
  3. Kurangkan tenaga stress of survival yang tidak digunakan dengan melakukan aktiviti fizikal – exercise, bersenam, banyakkan bergerak.
  4. Dekatkan diri dengan orang yang boleh memberikan tenaga positif, jauhkan diri dari orang yang memberikan tenaga negatif.
  5. Have fun, take things less seriusly.
  6. Berikan lebih perhatian kepada perkara-perkara disekeliling, dengan mengaktifkan 5 deria - bau, mata, rasa, sentuh, dan dengar.
  7. Bernafas dengan betul, ambil masa bernafas sepenuhnya…jangan bernafas pendek-pendek…
  8. Fahami dengan betul mengapa kita mengaji, solat puasa, solat malam - jangan jadikan ibadah sebagai satu bentuk pelarian.
  9. Fight...don't flight....

Rupanya, banyak sistem badan kita beroperasi dalam auto pilot mode...masya-Allah...betapa kompleksnya kejadian kita ini, hanya Allah yang Maha Mengetahui...Kita sendiri tidak boleh langsung mengawal apa yang badan kita sendiri mahu buat...

Begitukah nanti mengadap Tuhan di Titian Sirat? Mulut berkata-kata sendiri...tangan berkata-kata sendiri...seluruh anggota menjadi saksi...tanpa kita boleh mengawalnya...

Monday, November 9, 2009

Stress Therapy...

Apa khabar semua Puan-Puan dan Tuan-Tuan, Adik-Adik, Kakak-Kakak dan Abang-Abang...

2-3 minggu lepas, doktor kata saya dilanda stress, walaupun saya beritahu, agak mustahil untuk menerima kenyataan doktor tersebut....saya rasa, saya takpun stress. Doktor tetap mengatakannya stress memandangkan saya pernah 2 kali berjumpa beliau sebelum ini, dengan 2 keadaan yang menunjukkan simptom-simptom yang berkaitan dengan stress.

"Asnija, why don't you accept it...that you are stressed...." Lembut Dr. Hansem ni memberitahu saya. (Saya panggil dia Dr Hansem, sebab dia memang hansem...macam pelakon hindustan Salman Khan).

Sayapun stress kat Dr. Hansem, "No Doctor, I don't think I am. Nothing worries me or makes me tensed..."

Masa tulah saya baru tahu tentang kewujudan Unconscious Stress. Nanti saya cerita di N3 yang lain apa yan D. Hansem maksudkan dengan Unconscious Stress ni. Oklah...saya pun terima lah preskripsi Dr.Hansem tu. Ex-scholmates saya Pn Azza dan Pn Hana yang pakar masak-memasak memberi cadangan. "Cuba la you buat karipap...mengasyikkan tau...boleh hilangkan stress..." Betul ke ni? Dengar cadangan mereka je, saya dah naik stress.... Oklah, saya akan cuba!
Jadi di pagi Sabtu yang indah, sayapun memulakan therapy stress saya tu...


Ambik nafas perlahan-lahan, pasang muzik perlahan sebagai latarbelakang...saya pasang lagu Tahajjud Cinta.

Kupas kentang sebiji-sebiji, dan potong dadu dengan perlahan mengikut irama latarbelakang...abaikan semua bunyi yang lain, hanya fokus kepada bunyi muzik dan bunyi pisau memotong kentang....hanya ada anda, muzik, dan bunyi potongan kentang.....jangan lupa teruskan bernafas dengan perlahan dan mendalam....


Kemudian, boleh mulakan langkah seterusnya....
Teruskan bernafas....dan fokus pula dengan bunyian minyak...fokus pula dengan bau minyak tersebut....sekarang anda telah mengaktifkan 2 deria anda....

Masukkan bahan tumisan, kemudian serbuk kari....teruskan bernafas seperti biasa.....fokus hanya pada bunyi tumisan dan bau tumisan....abaikan bunyi-bunyian seperti anak-anak yang menjerit, suami yang memanggil atau bunyi-bunyian yang tidak berkenaan....hanya anda, kuali dan bunyi serta bau tumisan sahaja...
Ketika ini anda boleh pejamkan mata jika suka....
















Seperti ada kuasa magik....sebaik saja anda membuka mata...taraa....inti karipap anda sudah berada di depan mata...



Kemudian, anda bolehlah mulakan sessi terapi muscle pulak...uli 1 kg tepung gandum, dan pusing-pusingkan canaian doh, sehingga jadi doh karipap pusing....







Karipap dengan sopannya dalam barisan, penuh disiplin untuk menunggu giliran terjun ke kuali satu persatu...tak berebut pun...barisan karipap perlu dibuat dengan kemas, supaya otak tenang melihatnya...untuk memberi kesan ketenangan dan kedamaian yang berpanjangan....

Karipap berposing sebelum terjun ke kuali...









Lagi posing karipap...
dari posisi depan...


Karipan yang baru siap digoreng...
Walaupun kepanasan, karipap masih boleh maintain berposing ayu....










Langkah akhir sekali, hidangkan dengan kopi putih panas (biji kopi Ipoh yang dipanggang dengan arang...)

Inilah dia karipap pusing berintikan kentang dan telur rebus...


Mmmmm....
Ahhhh....sungguh berkesan sessi terapi ini
Hilang sungguh stress saya....
lapang...satu kepuasan....lega...

Camner...anda semua hilang tak stress anda macam saya nih...



(Cubalah...anda mampu mengubahnya!)

Friday, October 30, 2009

Rumah Api...


Beriya-iya Mr M mengajak saya minum pagi itu. Saya menolak dengan baik, sebab agak sibuk menyiapkan satu proposal.

"Cepatlah...jomlah..." Dia mengajak berkali-kali. Mukanya tidak menunjukkan sebarang riak, jadi saya ingatkan hanya pelawaan biasa. Bila dia semakin beriya-iya, kesian pulak jadinya.

"Ok-lah, you turun dulu. Nanti I datang lepas save ni...."

Tak perasan...saya terleka menyambung kerja bila tiba-tiba bunyi sms masuk, "Bila nak turun ni? Bihun you dah siap."

Saya bergegas turun, alamak, terlupa...

"I tengah runsing ni, risau yang amat sangat. Dalam kepala macam banyak je benda yang tak settle..." Mr M terus meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Saya jadi rasa bersalah kerana melambat-lambatkan turun minum.

"Ok, apasal? Citer...citerlah..." Sedap pulak bihun goreng ni, sempat jugak saya terdetik di hati.

"Ada 3 perkara yang membuatkan I runsing semalam..." Saya mendengar satu persatu perkara yang merunsingkan Mr M. Tapi cerita yang terakhir, membuat saya berderau....lemah hati dibuatnya.

"Semalam, I dah terlambat nak ke surau untuk solat maghrib, jadi kelam-kabut sikit. Dalam I terkocoh-kocoh tu, tiba-tiba phone I berdering...." Saya mengangguk-angguk sambil menghirup teh tarik...mmm...pedas pulak bihun ni...

"My daughter yang call...tengah menangis teresak-esak..." Saya mengangkat muka yang dari tadi tunduk mengadap bihun goreng, sambil membetulkan duduk.

"Kenapa?" Soal saya. Anak Mr M yang ini sedang menjalani praktikal di sebuah hospital di Pantai Timur.

"Dia cerita...I terlalu terperanjat, sampai tak tahu nak respon apa, cepat-cepat I pass kat wife I dan pergi ke surau. Sepanjang jalan sampai habis maghrib, kepala I rasa berat...." Sambung Mr M.

"Kenapa?" Soal saya kali kedua.

"Dia mencucuk orang, lepas tu bekas jarum tu tercucuk kat dia pulak sampai berdarah......so, apa agaknya dalam fikiran you...sampai dia menangis-nangis macam tu..."

"Orang yang dicucuknya tu ada AIDS.....??" Jawab saya perlahan. Saya lihat Mr M mengangguk. Aduhai...hilang terus selera saya. Lemah lutut, sedih, kesian dan segala macam naluri keibuan datang melanda...membayangkan kalau perkara tersebut terjadi pada anak saya sendiri...

"Astaghafirullah....Ya Allah Mr M? Kesiannya anak you...Masa tu tak pakai glove ke?"

"Tak, sebab hospital tu nak jimatkan kos...." Jawab Mr M. Saya jadi bertambah terkilan.

"Memang lah nak jimatkan kos, tapi bila menyuntik pesakit yang berisiko macam tu, patutnya pakai glove is not an option, mestilah kena pakai...." Hati saya sangat simpati, terkilan, geram dan macam-macam lagi. Bihun kemana...teh tarik kemana....

"I tak tahu nak respon apa masa dia beritahu, otak I blank tak tahu nak cakap apa...." Jelas Mr M sangat runsing. Saya yang mendengar pun naik bimbang, apatah lagi Mr M, sebagai bapanya.

"I respek laa you boleh datang kerja lagi hari ni, handle meeting macam biasa je...kalau I, habis semua dah shutdown..." Komen saya. Sememangnya pagi tadi, airmuka Mr M memang tidak kelihatan risau. Baru sekarang di depan saya, Mr M nampak depressed teramat sangat.

"Kalau you, apa you buat?" Soal Mr M kepada saya spontan.

"Kalau I....mmm...kalau I ye...."

"Ni kalau I lah kan...tapi you pun tahu, bab-bab anak-anak ni, selalunya I ni Drama Queen sikit....ok, kalau I, hari ni mesti I tak ada mood kerja langsung, ambik EL, terus pergi ke tempat anak I tu. I hate biarkan dia alone bila dia tengah sedih, dan for me, ini bukan sebarang kes..macam kena death penalty....mungkin dia dah hilang semangat ke...so, I tak nak biarkan dia sorang-sorang sedih..." Jawab saya panjang lebar.

"Kalau pegi sanapun bukan boleh buat apa Nija, perkara dah berlaku..." Kata Mr M.

"Memang...perkara dah berlaku...I pun memang tak boleh buat apa-apa...tapi I nak juga kesana untuk menenangkan dia, support dia, mungkin I pun akan menangis, diapun akan menangis...takpelah, kitorang menangis sama-sama...." Saya bercakap penuh emosi, penuh perasaan.

"Mr M, you pergilah ke sana. Wife you tak risau ke?" Soal saya lagi.

"Risau...esok memangpun I cuti, tapi I cuti tu sebab ada hal lain yang I nak uruskan." Saya tahu, Mr M sangat aktif dalam kegiatan masyarakat. Dan dia bercuti esoknya juga kerana tugas-tugas persatuannya. Hati saya sangat simpati pada anak Mr M.

"Mr M, you kan dah selalu attend meeting tu, memang aktiviti mingguan you...tapi...anak you punya kes ni...bukan hari-hari dia kena musibah macam ni...nilah baru sekali dia call mengadu dan menangis-nangis. Kalau pesakit tu tak de AIDS, you risau tak...macam sekarang ni?" Saya menasihati dengan baik. Saya lihat Mr M mengangguk-angguk.

"Esok, boleh la you temankan dia jumpa doktor ke...minta opinion ke....dalam hal ni, takkan you nak biarkan anak you handle sorang-sorang...Entahkan dia tengah lembik lemah semangat...ni AIDS tau...macam baru dapat death penalty tau..." Saya menyambung. Mr M terdiam dan berfikir panjang selepas itu.

"Oklah...I nak call my wife..."

Kisah Mr M, membuatkan saya berfikir panjang sepanjang memandu balik ke rumah petang itu. Kelalaian, short cut, tidak mengambil berat keselamatan diri dan prosedur dan mengabaikan apa yang penting demi tujuan wang ringgit, akibatnya sangat memberi kesan...bukan pada diri orang lain....tetapi diri sendiri...
Untuk pengajaran kita, banyak perkara sebenarnya yang boleh dilakukan oleh anak Mr M demi keselamatan dirinya...dia tahu risiko mengendalikan jarum dengan pesakit AIDS...mengapa tidak memberi perhatian pada langkah-langkah keselamatan...mengapa prinsip utama itu diambil ringan...mengapa tidak memakai sarun tangan? Mengapa ikut arahan management tanpa mempersoalkannya? Menapa tidak memperjuangkan keselamatan sendiri?
Usahlah bermain-main dengan prinsip....Melanggar prinsip, kesannya sangat signifikan, adakalanya membawa maut. Lebih-lebih lagi prinsip dan hukum alam, selalunya tidak akan memberikan kita peluang kedua.

Prinsip bagaikan rumah api. Kapal yang perlu mengubah laluannya....bukan rumah api yang perlu bergerak. Kita yang perlu melaraskan diri dengan prinsip - prinsip fizik, prinsip sains, hukum semulajadi....terpenting....prinsip agama dan hukum Tuhan....
Teringat kisah jambatan yang roboh sehingga meragut 3 nyawa anak-anak yang mungkin sebaya anak-anak kita.....berapa banyak lagi prinsip yang kita mahu abaikan?

Thursday, October 29, 2009

Menajamkan gergaji...

Nak tahu rahsia? Ok...sebenarnya bukan rahsia, cuma amalan. Dan untuk mendapatkan hasil, dan kerana ianya dinamakan amalan, sudah tentu mesti dibuat selalu, dan sebati menjadi tabiat - your second nature!

Apa amalan saya tu? Saya mula mengamalkan minum jus tomato setiap pagi, sememangnya tidak ingat sejak bila, tapi memang dah lama....bertahun....

Mengapa tomato? Waktu itu, saya sendiri tidak tahu maklumat terperinci tentang tomato, maklumlah, ketika itu, ilmu hanya daripada bacaan - membaca buku dan membaca majalah. Ketika itu, kebiasaan men-google untuk mendapatkan maklumat dihujung jari belum lagi menjadi satu cara hidup. Saya hanya mengagak mengikut pemikiran yang belum meluas - minum jus carrot, nanti gemuk pulak sebab ubi based, minum jus buah, nanti gemuk pulak sebab manis, so, tomato ni macam tak merbahaya je... Itulah asal mulanya... Ngok-ngek betul kan saya dulu....Sekarang ni, selepas bertahun-tahun, dan bila ramai sangat yang bertanya, saya membuat kesimpulan sendiri, mungkin sebab jus tomato inilah...dan saya pun mula men-google bagi mendapatkan maklumat yang lebih saintifik.

Wah!!! Tidak saya sangka, jus yang saya minum saja-saja dan suka-suka selama bertahun-tahun rupanya mengandungi khasiat yang saya sendiri tak menjangkakan... Selama ini, saya beramal tanpa ilmu...nasib baik mendatangkan manfaat. Jadi selepas ini, saya mengamalkannya dengan prinsip yang betul, iaitu berdasarkan ilmu....

Rupa-rupanya tomato ni kaya dengan antioksidan dan lycopene, sumber yang baik untuk mencegah kanser. Ia dapat memperbaiki aliran darah dan menurunkan tekanan darah. Ia juga fat-soluble...bagus ni untuk menurunkan berat badan....Ia juga tinggi dengan potassium, mineral yang bagus untuk kecergasan dan mengurangkan penat, dan juga vitamin C. Semua ini baru saya tahu....alhamdulillah.

JUS TOMATO

Apa yang saya buat? Setiap pagi, blend 2 biji tomato, kebiasaannya dapatlah dalam 1 gelas kecil seperti dalam gambar. Rutin saya, bangun pagi, blend tomato, simpan dalam tupperware kecil, masukkan balik dalam peti sejuk, naik atas balik, dan mandi. Kemudian, saya akan minum jus ini dalam perjalanan, spot kegemaran saya ialah bila di Tol Sunway. Di sini terlalu jam, dan barisan untuk membayar tol sememangnya panjang. Saya akan minum sedikit demi sedikit tanpa meneguknya, tapi hirup perlahan, agar asid tomato bercampur dengan alkali dari air liur. Kebanyakan khasiat jus tomato akan mula dicerna dari mulut lagi, jadi ambil masa untuk menghirup dan menikmatinya.

Kalau sekadar meneguk dan menelannya, khasiatnya berkurangan, kerana proses percernaan diperut melibatkan enzim lain, tidak sepert enzim yang terdapat di air liur kita. (Penting: Minum jus ini ketika perut kosong, dan makan sarapan seperti biasa hanya selepas 30 minit. Sebab itu saya minum dalam perjalanan, bila sampai ofis, dah boleh bersarapan).

Penyerapan khasiat jus atau buah-buahan akan terhasil secara optimum bila perut kosong. Keasidan jus tomata juga dapat dineutralkan bila sudah bercampur dengan air liur yang bersifat alkali. Ini saya tahu dari belajar Biologi ketika sekolah dulu...

PENCUCI MUKA TOMATO

Saya suka menggunakan blender khusus untuk jus, sebab hampas tomato ditapis terus(dan juga sebab malas menapisnya...he..he..). Jangan buang hampas ini. Ambil, dan sapukan ke muka ketika mandi (sebab itu saya blend dulu, baru pergi mandi). Saya amalkan ni, sebab mulanya kerana sayang nak buang. Kemudian baru tahu rupanya, asid dari tomato boleh menghilangkan jeragat dan pemutih asli. Ia juga baik untuk merawat sunburn (guna sebagai mask).

SET RAWATAN MUKA TOMATO

Bila terlebih rajin, saya blend dengan almond (jangan lupa...saya ada advantage ini, kerana stok almond selalu ada memandangkan ianya bahan penting dalam pembuatan coklat...). Jadilah scrub muka...buat seminggu sekali. Sebelum scrub muka, rebus air panas, letakkan dalam mangkuk besar, kelubungkan keseluruhan kepala dan muka dengan tuala, agar terkena wap panas tadi (jangan terlalu panas ye...). Stimkan muka selama 10 minit, untuk membuka pori-pori kulit muka, lepas tu pakai scrub tadi. Bila dah stim dan scrub muka, wajib pakai mask ye, kalau tak nanti kulit muka kendur.

Untuk mask, saya buat yang senang je...guna yogurt (tak kisah le perasa apa, gaul dengan putih telur sikit, dan tempel kat muka...pas tu releks sampai rasa sejuknyer hilang, cuci ngan air sejuk macam biasa. Pakai toner, dan krim pelembab. Tak kisahlah jenama apapun. Sayapun tak rajin... stim muka dan mask ni saya buat sebulan sekali, tapi kalau malas sangat, dua bulan sekali. Rule-nya, kalau stim muka, wajib pakai mask! Kalau pakai mask, tak stim dulupun tak pe. Kemudian, krim pelembab mesti pakai tiap pagi, sekarang saya pakai yang ada anti-wrinkle dan sun-block.

BAB PEMAKANAN

Ok, bab makan. Ini saya amal sejak baca buku Anthony Robbins. Bertahun-tahun yang lepas.... Badan kita ni rupanya ada 3 fungsi, merawat, mencuci dan menghadam. Waktu badan merawat sel-sel badan kita ialah waktu kita tidur iaitu waktu malam dari pukul 8pm hingga 4am. Sebab itu tidur kena cukup, kerana banyak sel badan kita rosak ketika siang dengan pencemaran udara, bahan toksik yang kita makan seperti perasa makanan dsb. Dan kerana itu jugalah, sekiranya kita terluka atau terbakar, tidur kena cukup agar proses penyembuhan berlaku dengan baik.

Apa jadi selepas pukul 4am? Antara 4am hinggalah 12 tengahari ialah proses pencucian untuk badan kita. Waktu ini, semua toksik dari proses rawatan sel-sel badan perlu dibuang. Sebab itulah, waktu pagi elok bersenam, agar peluh keluar dan toksik dapat dibuang melaluinya. Kita juga disarankan mengambil banyak serat, minum banyak air, supaya toksik ini dapat dicuci keluar dan tidak bertakung dalam buah pinggang.

Selepas 12 tengahari hinggalah 8pm merupakan waktu penghadaman. Sebab itulah secara semulajadinya bila tengahari, kita mula rasa mengantuk, kerana semua darah sudah turun ke bahagian perut dan bersedia untuk proses penghadaman. Jadi bila darah sudah kurang mengalir ke otak, oksigen juga sudah mula berkurangan diserap oleh otak dan menjadikan kita mengantuk.

Proses ini berlaku secara automatik setiap hari. Inilah prinsip badan kita yang kita perlu tahu. Kenapa mesti tahu? Sebab proses-proses ini akan berhenti bila kita makan karbohidrat. Contoh, waktu pagi, sebaik saja kita makan nasi lemak, proses pencucian akan berhenti dan bertukar kepada proses penghadaman. Jadi, toksik tidak habis dicuci keluar, bertakung di buah pinggang.

Sama juga bila pukul 11 malam kita makan nasi, proses penyembuhan akan berhenti dan bertukar kepada proses penghadaman. Jadi sel-sel kita tidak diperbaiki dengan sempurna. Hati-hati agar tidak makan nasi selepas pukul 8 malam. Bila sel-sel badan tidak dirawat dengan sempurna, adakalanya sel-sel ini bertukar menjadi sel-sel kanser.

Jadi, pagi tak boleh makan nasi lemak dan canai ke? Heh...heh....jangan la gitu. Boleh....Cuma bila kita sudah tahu prinsip badan beroperasi, lebih senang kita menjaganya. Contoh, bila dah 3 hari makan nasi lemak/canai/mee goreng waktu pagi, jadi 3 hari berikutnya, berilah peluang untuk badan kita menjalankan operasi mencuci dengan sepenuhnya. Ambillah pulak roti wholemeal, buah-buahan, baked beans atau makanan yang mengandungi serat tinggi. Janganlah sampai badan kita 24 jam menjalankan proses penghadaman memanjang....sian badan kita...

Dan bila tahu prinsip badan ni, senang jugaklah nak berdiet....lebih berkesan...lebih senang nak kurus...(betul ni tau CM...eh...mana Noor ni? Lama sangat kat estet tu...gi tengok dia jap Mas...)

(Harapan akak, N3 ni tak memboringkan korang sume ye....ingat tau...fasa yang susah nak buat tu pada minggu pertama je, sebab belum jadi tabiat, alah...pakai jam kat tangan lain pun susah...kan.... Tapi masuk minggu kedua dah boleh biasakan diri...ingat tau, yang penting ialah amalan berterusan....barulah dapat kulit kemerah-merahan macam tomato....)

AMARAN KERAS: Lepas ni jangan pulak panggil akak Datin Tomato....Cik Lie...siap...jangan arr....

Wednesday, October 28, 2009

Things that I Iearned from my PAs...

Ini la Fasra...akak punya first PA...
(thanks to Shamien sebab kasik akak pinjam dia dekat 2 tahun jugak noh....)











Yang tudung kuning nilah Nurul..
PA sekarang nih...
sebelah dia tu kitorang panggil Kak Chik (aka Kak Juta)...memang kecik je, tapi top performer nih...kalau masuk je....bawak juta-jutaan je...kalau bawak Beemers dia....tak nampak orang nyer tenggelam...

(2-2 masing single, but not available...sorry arr Pijal & Apiz...)

Saya sudah mula terlibat dengan kerja-kerja di FranklinCovey sejak 1998 lagi, kemudian perhubungan itu menjadi rapat, walaupun masih lagi sebagai “orang luar” bermula dari tahun 2001. Saya berhenti dari syarikat lama (satu syarikat GLC tersohor) dengan impian untuk menjadi suri rumahtangga sepenuh masa, fokus dengan suami dan anak-anak. 2 tahun lamanya saya membuat perancangan untuk berhenti kerja yang saya bahagikan kepada 5 fasa (itu saya mungkin akan ceritakan kemudian). Saya menjawat jawatan “Home Director” secara rasmi dengan pakej yang lumayan, ada PA (aka bibik), kereta yang dibayar penuh oleh majikan (aka hubby) dan masa lapang yang teramat panjang…waktu itu, seawal 8 pagi sudah ke kelas yoga, kemudian breakfast dengan rakan-rakan (yang masih bekerja....kesian diorang), tengahari lunch dengan rakan-rakan, petang window shopping. Rutinnya begitulah… Rakan-rakan baik yang saya “harassed” untuk menemankan saya breakfast dan lunch menggelar saya “Lady of Leisure”. Bila menghabiskan masa di rumah, saya akan memasak complete set, dan “harassed” suami untuk balik makan lunch. Minggu pertama, mahulah dia melayan saya, masuk minggu kedua, saya pulak yang pergi lunch di pejabatnya, sebab dia penat melayan saya pulak. Masuk bulan ke-6, saya mulai bosan dengan keadaan sedemikian. Ketika itu, jemputan menyertai FranklinCovey Malaysia saya terima bagai “orang mengantuk disorongkan bantal”. Seronoknya dapat bekerja semula.

Di FranklinCovey, budaya kerja sangat berbeza dari syarikat saya yang lama. Tahap kepercayaan (trust level) antara pekerja dan bos amat tinggi. Pekerja dilepas untuk melakukan apa saja yang mereka putuskan sebagai perkara yang betul untuk dilakukan demi kepentingan pelanggan. Mottonya mudah, what’s right for the client, not... what’s right for the boss. Syaratnya, apapun yang kita buat, mestilah principally right. Apabila diberi kebebasan penuh, saya betul-betul “culture shock”. 9 Tahun bekerja dengan acuan yang sangat berbeza, saya tidak perasan, kebebasan membuat keputusan yang ada dalam diri saya rupanya sudah hilang.... Jenuh jugak untuk menghidupkannya semula. Rule yang sangat mudah dan simple – what’s right for the client? Then, if it is principally right…do it! As simple as that. Rule No.1: Inspire Trust.

Awalnya saya bekerja dengan Fasra dari unit lain. Sangat mudah bekerja dengannya. Fasra mudah belajar, cepat faham apa yang saya inginkan dan perlukan ketika program. Adakalanya saya baru terfikir tentang sesuatu, dan Fasra sudahpun melakukannya. Saya melihat tahap keyakinan dirinya meningkat, ketelitiannnya juga bertambah baik. Adakalanya memeranjatkan saya. Hubungan kami memang rapat, dari masalah kerja hinggalah ke masalah peribadi. Dia menghormati saya dan saya juga menghormati dia. Paling saya suka bila Fasra amat mudah memberikan on time feedback ketika saya mengendalikan program. Dia boleh tahu apa yang client mahukan, dan saya dengan mudah memperbaikinya kerana Fasra sangat observant.

Tahun ini, saya berpeluang bekerja dengan Nurul pula. Saya sudah beberapa kali bekerja dengannya, tetapi tahun ini, Nurul secara rasmi bekerja di bawah saya. Seperti Fasra, Nurul juga sangat observant – apa yang saya suka, apa preference saya ketika program, apa keperluan saya, apa yang mencemaskan saya, apa yang saya pantang, apa yang saya beri perhatian dan 1001 macam lagi. Adakalanya saya tidak sedarpun…tapi Nurul perasan dan memberikannya kepada saya sebelum sempat saya meminta. Ayat kegemaran Nurul, “Releks kak…akak fokus kat participants je, yang lain biar saya yang fokus…”

Tabiat Nurul, menceritakan semua problem dan masalah tak kiralah masalah di hotel atau dengan client, belum sempat saya membuka mulut, dia akan terus menyambung dengan menjelaskan pula bahawa semua problem tersebut sudahpun di uruskan. “Kak saya nak update akak je, tapi semua tu dah saya settlekan….”.

Paling saya suka bila dia cakap begini, “Kak, saya tahu akak prefer macam ni kan…saya dah cakap dah dengan budak hotel…kejap lagi dia datang….” Jadi hidup saya memang tak sempat nak stress….baru nak stress…PA-PA saya ni dah ready 2-3 langkah lebih kehadapan dari saya…..Sebenarnya, budaya kerja sebegini membuatkan kami amat saling menghargai satu-sama lain.

Secara peribadi, saya merasakan apabila tahap kepercayaan diberi dan dihormati, orang mudah berasa dihargai, dan memberikan serta menyumbangkan dengan sebaik yang mereka boleh. Mereka lebih bebas mengupayakan potensi diri mereka yang sebenar ke tahap yang mereka sendiri tidak terfikir mereka berupaya melakukannya. Mereka melihat tugas dari sudut peranan mereka. Mereka dengan jelas memahami diri mereka sendiri, dan tahu 3 perkara - what's their passion, their skills and their personal values.

Kedua-dua mereka tahu apa yang mereka perlu lakukan. Saya hanyalah orang perantara sahaja...adakalanya sayalah orang suruhan mereka...yang penting ialah client…giving what clients want, in their wish list, even before they ask for it….Rule No.2: Clarify purpose.

Tergiang-ngiang selalu pesan MD kitorang, answer the clients when they call, before the phone rings!

Buat pertama kalinya bila hubby bertanya saya, "Bila you nak berhenti kerja ni?" Saya menjawab, "He..he...nanti dulu lah ye, dear!"

Wednesday, October 7, 2009

Sebab....

(Sambungan dari N3 "Pernahkah kita bertanya?")

Bila Nisha menjawab soalan saya, dia menjawab dengan teragak-agak. Saya tanya kenapa teragak-agak. Dia menjawab, sebab tak pernah fikirpun, dan tak pasti jawapannya.

“Betul ke jawapan tu, Bu?” Tanya Nisha bila saya hanya mengangguk-angguk. Saya biarkan lama soalannya tidak berjawab dan Nisha jadi tak senang duduk. Dia bertanya semula ingin tahu.

"Betul tak, Bu?"

“Salah…”. Saya menjawab perlahan.

“Habis sebab apa?” Soalnya dalam nada merengek. Keningnya terangkat.

“Sebab ibadah…” Jawab saya.

“Haa? Kita belajar sebab ibadah?” Soal Nisha kehairanan. Saya mengangguk-angguk.

“Kenapa pulak sebab ibadah, Bu?”

Kenapa ya?

Friday, October 2, 2009

Pernahkah kita bertanya?

Hujung tahun merupakan musim peperiksaan. UPSR baru saja berlalu, minggu depan PMR bermula. Selepas itu, peperiksaan akhir tahun dan akhir sekali, SPM dan STPM. Pelajar-pelajar yang terlibat dengan peperiksaan besar, debaran mereka semakin kencang. Yang bakal menduduki peperiksaan akhir tahun juga sudah mula memegang buku. Ibu bapa juga sudah mulai stress… Exam dah dekat!

3 orang anak…tahap pembelajaran mereka amat berbeza. Nisha anak kedua saya memang dikurnia Allah dengan kelebihan yang amat saya syukuri. Otaknya cekap menangkap, cepat faham dan mudah mengingat. Dia sangat sukakan disiplin dan peraturan. Kegiatan luar dan lasak amat digemarinya. Nisha memang cemerlang dari tadika lagi. Di sekolah rendah, ramai bertanya tips pencapaiannya yang cemerlang. Bagaimana belajar? Hantar tusyen di mana? Buku latihan apa yang digunakan? Setiap kali itulah, saya tidak tahu untuk menjawabnya. Malupun ada…

Sebab? Hakikatnya, setiap kali menjelang peperiksaan, Nisha memang tidak membaca buku dengan sepatutnya. Dia bersekolah pagi dan petang pula bersekolah agama. Bila malam, seawal pukul 8.00, mengadap kerja sekolahpun Nisha sudah terlentuk tertidur. Memang belum sempat membaca buku, dia sudah tersengguk-sengguk. Jika dapat menghabiskan kerja rumah pun dikira cukup baik. Selalunya, Nisha tertidur lebih dulu. Buku kemana, pensil kemana… Jadi bagaimana saya boleh berkongsi tips?

Menjelang UPSR, Nisha masih lagi belajar ‘biasa-biasa’ saja. Tusyen pun tiada. Sekadar kelas Kumon, itupun kerana saya mahu dia mempunyai kemahiran ‘speed & accuracy’ dalam Matematik. Saya selalu mengusiknya, Nisha ni kalau belajar sikit je mesti boleh dapat 6A kot… Sebulan menghampiri UPSR, saya ‘disiplinkan’ dia untuk belajar. Saya beritahu dia, berusaha perlu sebaik mungkin, semaksimum yang kita terdaya. Itu yang saya mahu lihat. Result? Saya tak kisah sangat berapa A dia perlu dapat. Saya tahu dia pandai, kejayaan boleh dalam bentuk yang berbeza-beza. Sebab itu saya tidak menekankan sangat tentang result. Apa yang saya mahu Nisha faham ialah untuk sentiasa fokus pada usaha, kerana itu di dalam kawalannya. Usaha mesti bersungguh-sungguh!

Saya juga berpesan, "Rezeki Allah bukan dalam kuasa kita. Adakalanya kita berusaha, kita dapat. Adakalanya kita berusaha jenuh, tapi tak dapat-dapat. Kalau nanti Nisha tak dapat 5A, that’s not the end of the world tau… Ibu tak melahirkan Nisha semata-mata untuk dapat 5A dalam UPSR. Bila tak dapat, tak bermaksud Nisha dah tak ada sebab untuk hidup…” Mata Nisha bulat mendengar apa yang saya katakan. Saya perlu menekankan perkara ini, maklumlah, banyak pula cerita budak darjah 6 sudah pandai membunuh diri hanya kerana gagal mendapat 5A.

“Ibu lahirkan Nisha untuk jadi orang yang boleh memberi balik. Kalau kaya boleh memberi pada yang miskin. Kalau pandai boleh mengajar ilmu dengan orang yang tak tahu. Share apa yang Nisha tahu dengan kawan-kawan. Jangan kedekut ilmu. Itu akan jadikan Nisha lebih pandai, bukan lebih bodoh."

"Nak memberi balik, adakalanya kita kena berjaya dalam akademik, tapi kalau tak berjaya dalam akademik pun ada banyak cara yang lain. Cuma, kalau Nisha pandai dalam akademik, itu boleh membuka banyak pintu peluang."

"So, Nisha kena sediakan diri kalau dapat 5A dan kalau tak dapat 5A…” Saya menyambung. Sukanya saya bila berkhutbah dengan Nisha, dia akan duduk diam dan tekun mendengar sebiji-sebiji apa yang saya katakan.

“Tanggungjawab kita, mesti berusaha. Kejayaan itu hak Allah nak beri atau tidak…” Sambung saya lagi.

“Kalau tak dapat 5A, ibu marah tak?” Soal Nisha.

“Of course ibu marah kalau itu disebabkan Nisha cuai, kalau Nisha leka, dan kalau Nisha malas berusaha. 5A ke tak 5A ke, it doesn’t matter kalau Nisha dah berusaha bersungguh-sungguh. Deep inside, ibu memang tahu Nisha pandai orangnya. Bagi ibu, itu yang paling penting.” Nisha mengangguk tanda faham.

Dan, alhamdulillah, Nisha memperolehi 5A, seperti yang kami semua doakan. Seminggu selepas keputusan diumumkan, saya duduk-duduk dengannya berbual-bual.

“Ibu nak tanya soalan ni, dan Nisha jawab macam kita sembang-sembang as friend ok…” Kalau tak silap, kami duduk di tepi katil sambil menunggu masuk solat Isya’.

“Nisha belajar masa nak ambik UPSR hari tu sebab apa ye?” Soal saya. Nisha mengangkat kening kehairanan. Lama dia mengambil masa untuk menjawabnya.

“Jawab je apa yang Nisha rasa dalam hati, share dengan ibu.” Pujuk saya.

Saya benar-benar mahu memastikan Nisha tahu dan faham mengapa dia perlu belajar. Apa prinsip yang dia perlu pegang dalam konteks belajar. Dan saya tidak pernah bertanya pada Nisha sehinggalah sekarang. Bagi saya penting saya memahaminya memandangkan dia akan menginjak ke sekolah menengah tahun depan.

“Mmmm….mmmm….” Nisha berkerut-kerut memikirkan jawapannya. Nampak dia seperti takut-takut untuk menjawab.

“I’m open you know…very open….Ibu nak Nisha share…then we can discuss…” Pujuk saya lagi.

“Kenapa Nisha belajar?” Tanya saya sekali lagi dengan nada yang lebih lembut dan memujuk.

“Emm…sebab…kena…” Saya terperanjat dengan jawapan Nisha. Sebab, kena? Sebab, kena belajar? Maka sebab itulah dia belajar?

“Kalau tak belajar, nanti tak dapatlah 5A….” Sambung Nisha lagi. Saya sungguh terketuk dengan jawapannya…betapa selama ini Nisha yang pandai, juga tidak memahami sebab sebenar dia perlu belajar…

Pernahkah kita bertanya pada anak-anak, kenapa mereka pergi sekolah? Kenapa perlu belajar? Kenapa kita kena study? Untuk exam? Untuk result?

Cubalah tanyakan pada mereka. Dengar baik-baik jawapan yang mereka berikan…


(Di keluaran lain, saya akan kongsikan jawapan saya pada Nisha….paradigma lain yang Nisha tidak pernah terfikirkan….)

Wednesday, September 30, 2009

Seadanya...

“Kak, segan la nak beri…sikit sangat…” Kata J. Saya , Z dan J sedang rancak berbual-bual tentang duit Raya.

“Adakalanya, saya tak beri lansung, sebab apalah yang boleh diorang beli dengan sebanyak tu…” Kata Z pula.

“Bukan tak nak beri, Kak. Tapi kitorang ni pun banyak sangat komitmennya. Bila dah bayar itu ini, adakalanya memang tak ada lebih lansung.” Sampuk J.

“Teringin sangat nak beri lebih, tapi memang tak de, Kak!” Tokok Z pula.

“Budak-budak sekarang, kalau dalam sampul tu cuma RM1, mesti muka diorang pun jadi semacam.” Kata J lagi. Kami bertiga ketawa, bersetuju dengan apa yang J katakan.

“Bulan-bulan ada beri emak dan abah tak?” Soal saya pada J dan Z.

“Tengoklah keadaan. Kalau ada lebih saya beri, kalau tak, saya tak beri.” Jawab Z sambil diiyakan oleh J.

“Tak boleh lah macam tu…” Jawab saya perlahan.

“Akak boleh la cakap macam tu, akak banyak duit…” Usik Z sambil mencuit bahu J. Saya lihat J senyum-senyum penuh makna.

“Akak rasa kan… beri mereka duit, bukan sebab kita dah banyak duit….” Jawab saya.

“Kita beri mereka duit sebab itu tanggungjawab kita pada ibu dan bapa, untuk menggembirakan mereka dan sebagai penghargaan….yang kita ni prihatin dan sebagai tanda mata… Berilah berapa yang kita mampu. Kalau ada RM1, berilah RM1.” Habis saja ayat saya ini, J dan Z ketawa mengekek-ngekek.

“RM1 kak? Habislah kena ketawa dengan diorang.” Jawab Z sambil menepuk-nepuk dahinya.

“Buat beli kertas tisu pun tak lepas….” Tambah J. Gelak besar dia sampai terbatuk-batuk.

“Cakap lah macam ni… Mak, minta maaf sangat-sangat ye mak. Ini sajalah yang saya mampu beri pada emak bulan ni. Emak doakan lah saya murah rezeki, supaya bulan depan saya boleh beri lebih. Saya harap mak sudi menerimanya.” Saya mengurut-ngurut tangan J, sambil melakonkan dialog tadi. J dan Z masih terus gelak mengekek-ngekek.

“Cakap dengan penuh keikhlasan untuk memberi, lembut penuh rasa kasih pada mereka.” Tambah saya lagi.

“Silap haribulan, emak kita hulur pulak RM10 kat kita…La kesiannya anak emak ni, nah mak kasi RM10….” Sambung saya berseloroh. Ketawa J dan Z semakin berdekah-dekah.

“Pandai taktik akak ni…” Kata J di antara hilai tawanya. Mata Z sudah berair-air gelihati.

“Tak…serius ni…berilah berapa yang ada, tapi mesti beri setiap bulan. Tolak duit nak beri emak dan abah dulu dari duit gaji kita, bakinya baru uruskan perbelanjaan kita yang lain. Jangan bayar perbelanjaan dulu, bakinya baru nak bagi kat emak. Macam tu, memang lah tak pernah berbaki. Biarlah mula-mula orang mencebik…tapi itu bukan isu kita…manalah kita boleh tutup mulut orang. Yang Allah tanya nanti ialah tentang banyak mana khidmat kita pada ibu dan bapa. Usahlah berkira-kira, insya-Allah, kalau kita ikhlas untuk meringankan ibu dan bapa, nanti Allah akan meringankan urusan kita.” Panjang lebar saya berkhutbah.

“Kita beri bukan sebab kita dah kaya…nak berkongsi ilmupun Nabi cakap kongsilah walau satu ayat. Jadi, berilah walaupun RM1. Nilai tu soal kedua, yang utama niat di hati. Bila kita hanya mampu beri sedikit, baru terasa hati nak berdoa…Ya Allah, berilah aku rezeki yang lebih, supaya aku boleh beri lebih…”

“Dengan sesiapa pun….jangan berkira….jangan mengungkit….jangan menuntut… Beri saja RM1 tu pada emak, peluk dia, cium dia, minta maaf kerana itulah yang kita mampu. Cakap dengan ikhlas dari hati ke hati…seorang ibu memahami naluri anaknya….dia pasti akan mendoakan kita. Bila kita mendapat belas ehsan dari ibu, nanti Allah berikan ehsan dia pada kita, insya-Allah…” Saya lihat J dan Z mengangguk-angguk.

“Bila beri sedikit, beri dengan perasan seronok dan puas. Tak perlulah rasa rendah diri dengan pemberian yang kecil. Jangan pulak menuntut balasan dari Allah, sebab apa yang kita buat masih sangat kecil berbanding dosa yang kita dah lakukan….” Tambah saya lagi.

J dan Z sudah berhenti ketawa. Mereka diam mendengar kakak yang seorang ni berkhutbah. Saya juga pernah susah…. Dan sangat memahami konflik yang mereka rasai…..konflik nak beri vs. tak cukup duit….

Saya teringat…menyalam emak dengan linangan airmata, kerana duit yang dihulur hanyalah RM5. Itulah yang ada. Emak memberi balik duit itu kapada saya, juga dengan linangan airmata.

“Takpe Long, takpe Long, buat anak-anak je duit ni…” Kata emak memeluk saya.

“Mak, terimalah mak, saya ikhlas. Doakanlah saya murah rezeki…supaya boleh beri lebih nanti…” Saya memberi semula duit itu pada emak. Dan, emak mengambilnya. Tapi bila dia datang bertandang ke rumah saya, dia akan menggantinya dengan bermacam buah tangan. Dan paling memeranjatkan, duit itu dikumpulnya, dan satu hari datang ke rumah flat sewaan saya dengan TV Sanyo 14 inci….hadiah itu masih lagi ada hingga sekarang … mungkin kesian dengan cucu yang ingin menonton TV. Maklumlah, ketika itu, saya hanya mampu membeli TV dari kawan dengan harga RM50, kena ketuk berkali-kali baru keluar gambar…. …

Sekarang, alhamdulillah, saya tak perlu bertolak-tolak dengan emak bila menghulurkan duit untuknya. Saya boleh memberi dengan tersenyum, dan emak juga abah boleh menerimanya…juga dengan tersenyum.

Hari Raya ini…jadikanlah sebagai satu titik tolak untuk memberi. Usahakanlah agar pemberian itu menjadi suatu amalan…berilah seadanya….jangan tunggu kaya!

Monday, September 28, 2009

Pergi...

Hari Raya sememangnya membawa 1001 semangat ukhuwwah yang berbeza daripada hari-hari atau bulan-bulan yang biasa.

Waktu inilah, rakan-rakan yang sudah lama tidak dihubungi, akan dihubungi, walau sekadar sms ucapan Selamat Hari Raya. Rumah rakan-rakan yang tidak pernah dikunjungi akan dikunjungi. Rumah saudara-mara yang tidak pernah dijejaki, akan dijejaki. Jarak tidak menjadi satu halangan. Yang dekat, yang jauh, malahan yang sangat jauh akan diziarahi. Awal pagi, hinggalah lewat malam, semua waktu dan masa sesuai untuk menjadi tetamu dan menerima tetamu. Datanglah awal pagi, datanglah lewat malam…pasti dimaafkan, malahan akan pasti disambut mesra.

Dan malam itu, walaupun jam sudah menunjukkan 1.30 pagi, saya mengambil masa mengirim sms ucapan kepada semua rakan-rakan dan saudara-mara di dalam ‘address book’ telefon bimbit saya yang lama. Semua yang berada di dalam ‘address book’ telefon bimbit baru sudah saya kirimkan sehari sebelum Hari Raya. Kerana sms ini dikirimkan lambat kepada mereka, maka saya tulis begini:

Biarpun lambat ucapan ini kukirimkan,
Dirimu sentiasa dalam ingatan,
Selamat Hari Raya…
Dari Asnija & Keluarga

Mungkin kerana waktu sudah terlalu lewat, saya hanya menerima balasan pada keesokan harinya, berderet-deret sms balasan yang saya terima. Dan kamipun berbalas-balas sms, bertanya khabar dan perkembangan masing-masing. Dalam puluhan sms itu, saya menerima hanya 1 panggilan telefon…bukan dari talian telefon bimbit, tapi dari talian rumah.

“Anak ni ada sms ke Raja Aini malam tadi ye?” Perlahan suara Makcik ini di dalam talian. Hati saya terdetik perkara yang bukan-bukan apabila Makcik ini yang menjawab sms saya…..tapi…tak mungkin lah…bisik hati saya.

“Anak ni kawan sekolah Raja Aini ke?” Soal beliau lagi. Saya semakin tidak sedap hati.
“Tak makcik, saya dulu satu ofis dengan dia, kemudian dia kerja di tempat lain dan saya pun sekarang sudah bekerja di tempat lain.”
“Oh…” Jawabnya. “Anak ni nama Asnija ye? Dalam phone ni keluar nama Asnija.” Soal Makcik ini semula.

“Ya….saya Asnija."

"Asnija ni baik ye dengan Raja Aini?" Soal beliau lagi.

"Saya dengan Aini rapat semasa di syarikat lama, cuma jarang sangat bercakap di telefon. Tapi sekali-sekala bila berbual, macam-macam kami ceritakan, segala rahsia kitorang kongsi…” Saya cuba bersuara dengan nada ceria, walaupun dalam hati saya bagai boleh menjangka perkara yang bakal makcik ini beritahu seterusnya…..ahhh…tak mungkin…berkali-kali hati saya menafikan detik hati saya yang negatif…

“Sebenarnya….” Suara makcik ini sudak mulai serak, dan beliau menangis…. lutut saya sudah mulai lemah, dan hati saya berdebar-debar untuk menerima perkhabaran yang saya tidak bersedia untuk menerimanya…

“Sebenarnya, Raja Aini dah meninggal…dia dah tak ada lagi Asnija….” Ucapan inilah yang saya sudah jangkakan…dan sekarang sudahpun saya dengari sendiri. Perasaan terperanjat, sedih, lemah, termangu…semuanya ada…
“Ya Allah, makcik! Innalillahiwainna ilaihi roji’un…! Bila tu makcik?”
“Bulan Jun lepas, ni dah nak masuk 3 bulan dia pergi…” Tangisannya teresak-esak.

Dan tengahari itu, saya mendapat perkhabaran pemergian seorang rakan yang saya kira seorang sahabat karib, meninggal kerana kanser leher, dengan cara yang tidak saya sangkakan. Arwah menerima pengesahan kanser dalam keadaan yang sihat…tetapi beberapa bulan kemudian terus merosot kesihatannya…

Saya mengira-ngira…bermakna sudah setahun tidak menghubungi arwah…jika tidak, pasti saya sudah tahu keuzurannya. Jikalah saya tahu, sudah pasti saya berkesempatan mendoakan beliau di depan multazam…hati jadi sangat terkilan. Banyak kali ingin menghubungi beliau, tetapi terbiar begitu sahaja. Saya rasa marah dengan diri sendiri…taking things for granted!!

“Arwah ingin sangat berjumpa dan bercakap dengan Asnija, tapi gagal menghubungi. Dia ada minta juga kawan-kawan carikan, tapi sampai sudah tak sempat berjumpa Nija….”

Kata-kata ibu arwah yang penghabisan ini, membuatkan saya bertekad….apabila terdetik di hati…usah dibiarkan sekadar terdetik…teruskan saja…

Jika terdetik untuk menelefon…telefon terus. Jika terdetik untuk berjumpa…jumpa terus. Jika terdetik untuk lakukan sesuatu….usah tunggu lagi, buat terus….

Bertangguh…nyata….hanya merugikan….pasti menyesalkan….
(Al-Fatihah buat sahabatku Raja Aini, semoga di tempatkan di kalangan orang-orang yang dirahmati Allah SWT...Al-Fatihah.)

Monday, September 21, 2009

Si merah jambu!


Gambar terkini yang sempat dirakam...di rumah emak dan abah di Puchong Saujana.


(Tahun 2009 - tema pink...)



Emak dan abah duduk sekali dengan adik perempuan saya, menemankan dia kerana suami bekerja di Singapura (asalpun dari sana).


(tak bertema...)




Keluarga adik perempuan (tema hitam).




Keluarga adik lelaki bongsu (tema oren - bunga matahari) - diorang lambat datang sebab dari Rawang rumah mentua, jadi berkumpul di rumah saya pula...
Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Sepatutnya saya beraya di Ipoh, kampung suami, tapi suami buat kejutan (sungguh-sungguh last minute) untuk beraya di Puchong...suka nyer emak dan abah saya...saya pun suker...thank you dear!

Friday, September 18, 2009

SELAMAT HARI RAYA

Saya ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin buat semua pembaca yang disayangi dan dihormati.

Pandu berhati-hati, kirim salam akak pada keluarga semua. Kepada yang balik Ipoh, jemputlah datang, akak beraya di Kg Tersusun Bt 8. Emel akak di asnija.bbp@gmail.com ye...

Buat Cik Lie dan Cik Imran, Selamat Beraya Di Perantauan...jangan bersedih ye...insya-Allah, doa keluarga dan kami semua sentiasa dekat dengan anda berdua...

Monday, September 14, 2009

Kematian pertama...

Sabtu lepas, saya menghadiri majlis ulangtahun ke-10 surau di taman perumahan saya. Bermacam acara dijalankan, antaranya tayangan slide dan gambar-gambar yang mengimbau sejarah awal surau sehinggalah sekarang. Bagaimana asal mulanya surau hanyalah bertempat di rumah yang disewa, sehinggalah pembangunannya. Salah satu slide sungguh membuatkan saya berfikir panjang, sangat memberikan kesan sehingga ke hari ini…“my AHA Moment”…

Slide yang satu ini adalah tentang kematian pertama di taman kami, 7 tahun yang lepas… Kematian anak sulong salah seorang penduduk, meninggal kerana denggi, ketika berumur 13 tahun. Itulah saat untuk kali pertama ahli jawatankuasa surau ‘belajar-belajar’ menguruskan jenazah, dari saat memandikannya, mengkafankannya, menyembahyangkannya dan menghantarnya ke liang lahad. Kawasan perumahan saya boleh dikatakan kawasan ‘orang-orang muda’, dan ketika itu kebanyakan ahli jawatankuasa berumur di awal dan pertengahan 30 puluhan. Waktu itu, semuanya masih baru berpindah, baru berkenalan tetapi yang sangat menyentuh hati saya ialah tahap keakraban yang ditunjukkan. Rupanya, tahap keakraban berkait dengan tahap kepercayaan, dan berkait pula dengan tahap pengorbanan.

Bagi En M, kematian tersebut juga kematian yang pertama dihadapinya, tanpa pengalaman, tanpa persediaan. Mengadap kematian anak sendiri, apatah lagi anak sulong lelaki, meninggal pula kerana demam denggi, penyakit yang sepatutnya boleh sembuh, dapat dibayangkan betapa jiwa luluh dan diri lemah kesedihan. Siapa yang boleh diharapkan datang membantu….jika bukan sahabat dan jiran. Pastinya kaum keluarga masih dalam perjalanan….

Dan pada hari tersebut, atas dasar ukhuwwah, keakraban dan demi persahabatan, ramai yang mengambil cuti, mengorbankan cuti tahunan masing-masing dan hadir menguruskan jenazah bersama-sama. Mereka semua juga kurang pengalaman, tetapi yang ramai memudahkan yang payah, yang teguh menyempurnakan yang rapuh…hati pasti terubat melihat sokongan dan bantuan yang dihulurkan.

Dimanakah saya ketika itu? Saya langsung tidak tahu tentang kematian pertama ini…dan saya juga bukanlah satu di antara yang ramai itu. Saya mungkin sedang sibuk dengan urusan lain. Andainya saya tahu, adakah saya antara yang sanggup ‘merugikan’ 1 hari cuti tahunan saya? Kepala saya memang sungguh terketuk pada malam itu…terketuk hebat… Jika saya tidak mengenali mereka semua, bagaimanakah mungkin mereka akan mengenali saya?

Adakah saya mempunyai sahabat…walaupun seorang….yang sanggup berkorban sedemikian, apabila saya ditimpa kesusahan? Yang saya boleh panggil di tengah malam buta meminta bantuan?

Soalan tersebut membuatkan saya berfikir panjang teramat. Soalan tersebut sepatutnya saya baca begini: Adakah saya mempunyai sahabat….sekurang-kurangnya seorang….yang mahu memanggil saya meminta bantuan, walaupun di tengah malam buta?

Dan sayapun mencari-cari yang seorang itu…kerana jika tiada siapa yang mahu memanggil saya, pastinya saya ini tidak mereka anggap sahabat yang sanggup bersama mereka di kala kesusahan. Mereka pastinya memanggil sahabat yang lain kerana segan untuk memanggil saya.

Maka, siapalah pula yang saya akan panggil di kala saya susah?
Aha….!

(Buat Mas, Hanis, Cik Lie, Cik Imran, K.As, Ayah Zain, Rezeki, Shami2, Che Pit, Pinat, Atikah, Cik Azemie, dan semua sahabat bloggers, semua silent readers: Adakah aku mempunyai semua yang kau boleh harapkan dari seorang sahabat? Sudikah kau menjadikan aku sahabat mu?)

Thursday, September 10, 2009

Di dalam dakapan Jibrail...

Suatu hari, Rasulullah didatangi seorang sahabatnya bertanyakan satu kemusykilan yang dialaminya.

“Wahai Rasulullah, suatu ketika aku berdoa dalam keadaan biasa, dan dipertengahan doa, tiba-tiba hati ku jadi sayu dan sebak mahu menangis. Dan akupun meneruskan membaca doa sehinggakan aku menangis teresak-esak, yang aku sendiri tidak tahu mengapa. Apakah petandanya itu, ya Rasulullah…”

Rasulullah menjawab,

“Apabila kamu berdoa, dan hatimu jadi sayu lalu menangis, itulah tandanya doamu mahu diperkenankan oleh Allah. Dan ketika engkau menangis teresak-esak, itulah ketikanya Jibrail sedang memelukmu…”

Bilakah kali terakhir kita berdoa dengan berjujuran airmata? Terasa terlalu kecil dan kerdil, lemah dan tidak mempunyai apapun kuasa… Apabila tiada seorangpun manusia yang kita boleh harapkan lagi, hanya tinggal Allah sahaja yang ada tempat untuk mengharap dan meminta. Pohonlah apa saja, apabila permohonan itu datangnya jauh dari lubuk hati, penuh perasaan lemah sebagai hamba, pasti airmata mula menitik…

Di depan Kaabah, di dalam Raudhah, airmata bagai tiada hentinya, menitis dan menitis. Menyusuri tawaf, pusingan demi pusingan, tersedu-sedu penuh keinsafan membaca doa-doa yang sangat relevan dengan kehidupan. Kebesaran Allah berada di depan mata, terasa diri amat kecil dan hina di tengah ribuan hambanya yang lain, yang mungkin lebih tinggi imannya, lebih mendalam takwanya….siapalah aku berbanding mereka…adakah Kau perasan kehadiran ku? Adakah Kau mendengar doaku? Rasa kecil itu, membawa kepada rasa mengharap yang teramat sangat. Berdoalah apa saja…pasti airmata berlinangan…berjujuran…
Namun, di tengah keributan dunia, airmata itu, adakalanya hadir, adakalanya tidak. Adakalanya doa amat menusuk hati, adakalanya tidak dapat difahami. Kepada siapalah dapat dipohon, jika tidak pada yang Maha Memberi.

Dihujung Ramadhan…di tengah malam sunyi…semoga aku didakap Jibrail…


(Terima kasih buat En Rosli, yang berkongsi cerita ini pagi-pagi tadi…menyambut kedatangan saya yang telah lama bercuti sakit…terima kasih ya!)

Monday, September 7, 2009

Berbuka di JW Marriott.

Tiap tahun bila rezeki mengizinkan, saya cuba mencari peluang membawa emak dan abah berbuka di hotel. Saja memberi mereka mencuba sesuatu yang baru, dulu mereka tidak pernah merasa, sekarang saya mahu mereka mendapat pengalaman istimewa...



Yummy...segala macam puding, custard dan jelly.

Tahun ini saya membawa mereka ke JW Marriott...


Pernah sekali berbuka di Hilton PJ, terjumpa dengan Tun Mahathir (masa tu masih lagi PM), gembira abah saya bersalaman, ada pulak Gee (masa tu masih bersama suaminya Johan Endut, sekarang ex-suami)...airmuka mereka seronok dengan 'exposure kelas' begitu.
Bread pudding kegemaran abah.
Emak, abah dan Kak Long.


Wah! Tengok tu, makanan sudah penuh semeja besar.

Mereka dulu hidup susah, orang kampung biasa-biasa saja, jadi 'exposure' sedemikian cukup membuatkan mereka gembira dan 'appreciate' teramat sangat. Abah saya bekas guru besar sekolah agama di kampung, tidak seperti guru-guru sekarang, pengalaman makan di hotel bagi abah dan emak saya merupakan sesuatu yang mengujakan.



Hanis...tengok apa yang menjadi pilihan akak? Lepas juga mengidamkan roti nan dan tandoori, dari hari tu teringin, lepas tengok N3 awak la....

Seronoknya berbuka, sebenarnya lebih seronok melihat mereka menikmati juadah, memilih apa yang berkenan di hati, berpusing-pusing pening memilih menu yang mana satu...

Melihat mereka makan...best sangat....sukaaaa sangatttt....suatu kepuasan!


Nisha & Zaid, jamuan ni pun bersempena birthday si Zaid ni pada 12 Sept...saja celebrate awal...
(fesyen rambut Zaid yang amat tidak kugemari...)







Di Sudut Resepi Bonda...Cik Hanis oiii...akak terjumpa masaklemak daging salai....

Alhamdulillah...terubat mengidam akak....


(heh..heh...Cik Lie, mengidam Cik Lie belum terubat lagi...kan...kan...)



Lepas kenyang, sempat lagi berposing di lobby.






Jalan-jalan di sepanjang Bukit Bintang, jumpa pulak air pancut warna-warni.....bertukar-tukar kaler dia, macam eye shadow si Hanis...

ambik gambar lah...ala-ala Paris gitu....
(boleh terima ke Cik Imran?)








Kawasan ni, medan shopping barangan branded semuanya...mampu tengok je lah...