Monday, September 14, 2009

Kematian pertama...

Sabtu lepas, saya menghadiri majlis ulangtahun ke-10 surau di taman perumahan saya. Bermacam acara dijalankan, antaranya tayangan slide dan gambar-gambar yang mengimbau sejarah awal surau sehinggalah sekarang. Bagaimana asal mulanya surau hanyalah bertempat di rumah yang disewa, sehinggalah pembangunannya. Salah satu slide sungguh membuatkan saya berfikir panjang, sangat memberikan kesan sehingga ke hari ini…“my AHA Moment”…

Slide yang satu ini adalah tentang kematian pertama di taman kami, 7 tahun yang lepas… Kematian anak sulong salah seorang penduduk, meninggal kerana denggi, ketika berumur 13 tahun. Itulah saat untuk kali pertama ahli jawatankuasa surau ‘belajar-belajar’ menguruskan jenazah, dari saat memandikannya, mengkafankannya, menyembahyangkannya dan menghantarnya ke liang lahad. Kawasan perumahan saya boleh dikatakan kawasan ‘orang-orang muda’, dan ketika itu kebanyakan ahli jawatankuasa berumur di awal dan pertengahan 30 puluhan. Waktu itu, semuanya masih baru berpindah, baru berkenalan tetapi yang sangat menyentuh hati saya ialah tahap keakraban yang ditunjukkan. Rupanya, tahap keakraban berkait dengan tahap kepercayaan, dan berkait pula dengan tahap pengorbanan.

Bagi En M, kematian tersebut juga kematian yang pertama dihadapinya, tanpa pengalaman, tanpa persediaan. Mengadap kematian anak sendiri, apatah lagi anak sulong lelaki, meninggal pula kerana demam denggi, penyakit yang sepatutnya boleh sembuh, dapat dibayangkan betapa jiwa luluh dan diri lemah kesedihan. Siapa yang boleh diharapkan datang membantu….jika bukan sahabat dan jiran. Pastinya kaum keluarga masih dalam perjalanan….

Dan pada hari tersebut, atas dasar ukhuwwah, keakraban dan demi persahabatan, ramai yang mengambil cuti, mengorbankan cuti tahunan masing-masing dan hadir menguruskan jenazah bersama-sama. Mereka semua juga kurang pengalaman, tetapi yang ramai memudahkan yang payah, yang teguh menyempurnakan yang rapuh…hati pasti terubat melihat sokongan dan bantuan yang dihulurkan.

Dimanakah saya ketika itu? Saya langsung tidak tahu tentang kematian pertama ini…dan saya juga bukanlah satu di antara yang ramai itu. Saya mungkin sedang sibuk dengan urusan lain. Andainya saya tahu, adakah saya antara yang sanggup ‘merugikan’ 1 hari cuti tahunan saya? Kepala saya memang sungguh terketuk pada malam itu…terketuk hebat… Jika saya tidak mengenali mereka semua, bagaimanakah mungkin mereka akan mengenali saya?

Adakah saya mempunyai sahabat…walaupun seorang….yang sanggup berkorban sedemikian, apabila saya ditimpa kesusahan? Yang saya boleh panggil di tengah malam buta meminta bantuan?

Soalan tersebut membuatkan saya berfikir panjang teramat. Soalan tersebut sepatutnya saya baca begini: Adakah saya mempunyai sahabat….sekurang-kurangnya seorang….yang mahu memanggil saya meminta bantuan, walaupun di tengah malam buta?

Dan sayapun mencari-cari yang seorang itu…kerana jika tiada siapa yang mahu memanggil saya, pastinya saya ini tidak mereka anggap sahabat yang sanggup bersama mereka di kala kesusahan. Mereka pastinya memanggil sahabat yang lain kerana segan untuk memanggil saya.

Maka, siapalah pula yang saya akan panggil di kala saya susah?
Aha….!

(Buat Mas, Hanis, Cik Lie, Cik Imran, K.As, Ayah Zain, Rezeki, Shami2, Che Pit, Pinat, Atikah, Cik Azemie, dan semua sahabat bloggers, semua silent readers: Adakah aku mempunyai semua yang kau boleh harapkan dari seorang sahabat? Sudikah kau menjadikan aku sahabat mu?)

29 comments:

Ayah Zain said...

Salam Asnija,

Tersentuh betul bila membaca "Adakah saya mempunyai sahabat….sekurang-kurangnya seorang….yang mahu memanggil saya meminta bantuan, walaupun di tengah malam buta?"

Untuk mengatakan ia memang mudah tetapi apabila pada masa kita memerlukannya, masa itulah pelbagai alasan diberikan. Jadi untuk berjanji saya tidak berani, namun demi kasih sayang atas persahabatan akan diusahakan juga. Ayahzain sanggup menjadikan asnija sebagai sahabat ayahzain.

Asnija said...

Salam ayah zain,
Terima kasih ayah zain...saya pun sudi menjadikan ayah zain sahabat saya....

Betul kan...masa senang memang ramai kawan ketawa, jangan lah kita sampai menangis hanya sendirian...berkawan biar seribu....

Ayah zain balik raya mana?

Ayah Zain said...

Salam,

Raya pertama ada kat Rembau, rumah ibu, petang raya ke 2 balik gombak rumah ibu mertua. raya ke3, ayah zain balik sorang2 ke pontian sebab raya ke -4 kije dah weh oiii.

Datin pulak macam raya shedule hari raya tahun ini.

Ayah Zain said...

hhehe, silap kena baca ... macam mana schedule...

Asnija said...

Schedule saya 2 steps je la Ayah Zain, 1) Balik Ipoh Sabtu ni, lepas subuh; 2) Balik Puchong Hari Jumaat berikut nyer... Lama di Ipoh sebab Rabu ada kenduri kahwin anak buah husband, Khamis menghantar ke pihak lelaki...

Sabtu baru nak celebrate dengan parents saya di rumah Puchong diorang...masak-masak balik semula... Tahun ni tak balik Sabak Bernam sebab kitorang adik beradik kena turn rumah mentua semuanya, so parents Nija sunyi di Sabak, di Puchong ni, adik beradik abah ramai di KL, so mereka lebih senang datang ziarah.

Siannya Ayah Zain cuti pendek, saya dan suami cuti sampai Jumaat tu lah...

shami2 said...

Salam kak Nija,
Luahan akak tu sebenarnya alhamdulillah dh jdi kenyataan ditempat sya. Suami sya adlah org yg bertgjawab menguruskan hal ehwal kematian dikawasan perumahan sya. Sya hanya terlibat secara tidak lansung ..memandangkan suami tlh sedia terlibat. Sehingga kini pdk taman sya mempunyai kump mandi jenazah lelaki n perempuan..dgn kerjasama Masjid Nurul Iman Rwg. Tabung khairat kematian jga telah ada.

Kisah pertama bermula bila anak sedara sya berumur 2 bulan meninggal x sakit apa2 diurskan mandi n kapan dirumah sya, kemudian anak jiran sya mati dlm kandungan..sya turut sma2 mandi dn kapankan...
jenazah dewasa belum lagi..pernah membantu hya sedara terdekat saja.
kematian..buat kita insaf bhwa yg hidup pasti akan merasai mati...
Bersahabat di alam maya mungkinkah kita berjumpa kala kematian hdir antara kita...siapakah yg akan memaklumkannya sementelahan kita jauh jaraknya..bagaimana talian utk dihubungi..itulah terbatasnya dunia maya ini..keluarga jauh juga, dan belum tentu mrk boleh hdir segera..

Dek kerana itu sya dn suami hidup bermsyarakt, hasil hubgn bertahun ini suasana skrg macam kt kampung, ada makanan dihtr, ank jiran cam anak kita sendiri begitulh sebaliknya...sya membina kawan2 di surau,...itulah tmpat org2, yg berhajat berukhwah berkumpul.. ambil yg positif saja

Alhamdulillah itulah cara yg sya buat dn berhasil...walau macam2 perangai ada..sya elakkan berbuat pekara yg menyakitkan hati sesiapa..kdg2 suami korban masa sndiri demi utk keperluan msyrkt.. semua ini fardu kifayah..kalau dh ader yg buat yg lain tak payah..kalau tak da semua org berdosa..
Stkt ini juga kaum cina dn india di kaw sya baik hubungannya..membentuk stu kump msyrkt majmuk yg sling menjaga keselamatan antara satu sama lain...
Surau kaw sya pernah menjadi saksi pengislaman seorang pemuda serani..yg mna terbukti bhw bacaan Yassin telah mampu menyedarkannya dr koma selama lbh krg 3 bulan..hasilnya ibunya menyrahkan anaknya itu utk diislamkan..semasa bulan rmdhan 2 tahun lalu.

Setiap perumahan perlu mengadakn kelas2 fardu ain dsbgnya bg mnjga kehidupan baik keluarga sndri maupn msykat keliling..kalau lansung tak ada..semua org islam dikawasan trsbut menanggung dosa...berat tanggunjawab ni...
Marilah sma2 kita membntuk ukhwah..dikaw kediaman masing2..moga kita hidup penuh harmoni dn sentosa..
Bole ikuti aktiviti surau sya dlm almt blog berikut: suraunurikhwan.blogspot.com (update setiap bulan) insyallah

aznaz said...

salam Datin Asnija...

Satu soalan yang agak beguna untuk kita di kemudian hari...jgn lah Datin merasa begitu..percaya lah...bahwa didalam hati sanubari Datin pasti ada jua jawapan yang telus dan ikhlas tuh...jgn lah risau kerna jikalau kita ikhlas dan jujur demi menolong orang pasti allah akan tunjuk dan berikan kepada kita nanti SIAPA KAH yang akan membantu kita bila kita dalam memerlukan...Allah maha kaya dan Berkuasa dan setiap kebaikan yang Datin lakukan aakan di balas nyer nanti tanpa Datin sedari....

Sya sebgai teman atau kawan di alam maya nih SUDI untuk menerima DATIN ASNIJA menjadi kawan ku.. ...Insyaalah...

waslam

Atikah said...

Salam kak nija,

Insyaallah kak nija, usahlah akak bimbang, pastinya akak punyai ramai sahabat tidak hanya seorang....

Walaupun saya nie sbg adik, tp sy saya sudi menjadi sahabat akak... walaupunn kita hanya bersua di alam maya....

Anonymous said...

salam kak nija,

tersentuh sungguh hati hanis membaca n3 akak untuk kali ini..terima kasih juga kerana secara tidak langsung akak telah menyedarkan hanis kepentingan seorang sahabat dan kehidupan bermasyarakat bersama jiran tetangga..perlunya mengeali, bergaulan bersama jiran2 & saling tolong menolong antara satu sama lain...kesisahan & kematian tidak kita ketahui bila waktunya...

hanis juga sependapat tikah..akak pasti mempunya sahabat bukan sahaja seorang malah ramai...insyallah..hanis teramat sudi menjadi adik & sahabat akak walaupon perkenalan kita hanya bersua dialam maya..insyallah kita sama2 berusaha merialisasikan persahabatan ini berkekalan ke akhir hayat.

Asnija said...

Salam Shami2,
Terima kasih atas perkongsian ilmu yang sangat mendalam. Alhamdulillah Shami dan suami aktif dengan surau, dan surau juga 'hidup'. Surau Taman akak juga alhamdulillah sangat aktif. Sudah 2 tahun ini, ketika bulan puasa, setiap hari ada jamuan berbuka di surau, mesti ada yang sponsor, memang cukup makan sekenyangnya.

Akak mula mengenal surau 4 tahun yang lepas, dan mula rapat dengan ajk-nya dan aktiviti sejak 2 tahun lepas. Suasana berbuka memang amat menyeronokkan...mungkin limpahan berkat, membuatkan suasana cukup memberikan kepuasan...sebab itu akak tak heran bila suami akak ketagih berbuka di surau. Minggu-minggu terakhir, bila akak dah sihat nih...akakpun dah naik ketagih juga...

Berbuat baik dengan jiran memang sangat dituntut, sehingga menjadi kewajipan memastikan tiada jiran yang kelaparan bila kita kekenyangan...memang berat tanggungjawab tersebut.

Akak setuju teramat sangat dengan pesanan Shami2. Ukhuwwah itu yang memberkati taman kita. Akakpun bersyukur alhamdulillah mendapat jiran-jiran yang baik, peramah dan tidak berkira, rasanya suatu rahmat.

Walaupun kita bersahabat di alam maya, tetapi rasa yakin dan bahagia memikirkan kita tidaklah sendirian....terimakasih ye, sudi menjadi sahabat akak...

Asnija said...

Cik Lie,
Saya sebenarnya amat menghargai kesudian Cik Lie menjadikan saya sahabat Cik Lie..besarnya hati saya. Sekarang ni...kembang kuncup hati bila anak-anak selalu refer..."kawan ibu yang kat Mekah tu...." Tak ramai orang yang ada kawan kat Mekah tau...

Saya juga tahu, Cik Lie amat ikhlas bersahabat dengan semua orang...pintu bilik Cik Lie sentiasa terbuka, tetamu yang datang disambut bagai kenalan lama...perkngsian nikmat memandang rumah Allah dari awan Cik Lie berikan senang-senang je...itu yang saya belajar dari Cik Lie...share...share...jangan kedekut...kemanisan memiliki kelebihan ialah apabila kita boleh mengongsikannya dengan yang lain...

Saya ni bimbang, senang je saya anggap orang ni sahabat saya, orang tu sahabat saya...entahkan orang tersebut anggap saya sahabat mereka. Saya pernah lihat...seseorang yang meninggal bersendirian, seperti dirancang-rancang oleh Tuhan...kerana seumur hidupnya meyisihkan orang lain...nauzubillah..janganlah terjadi begitu pada kita semua.

TERIMA KASIH TERAMAT-AMAT....RIBU-RIBU...kerana sudi menjadi sahabat saya....saya memanglah sudi sesangat jadi sahabat Cik Lie...best arr kawan ngan Cik Lie ni...

Asnija said...

Cik Lie...kawan lama saya ramai yang jadi silent readers kat blog saya ni...tanya pasal title Datin tu....sebab ada adik junior saya perempuan dapat title Datuk, jadi YB kat sat kawasan di Pahang...Datuk Shahaniza namanya...bekas adik angkat saya...jadi diorang ingat saya pun sama...dah kawin dengan datuk....kelakar betul...semua Cik Lie punya pasal...nanti kalau dapat cucu, nak suruh iorang panggil Nenny Datin...amacam...glamer tak...(diorang dilarang keras panggil saya opah...hii...tak nak....)

Asnija said...

Salam Atikah,
Terimakasih teramat-amat kerana sudi jadi sahabat akak...insya Allah, bermula dengan di alam maya, nanti kita akan pula bersahabat di alam realiti...
Akak memang selalu doa...janganlah akak hidup bersendirian, di ambang maut pun bersendirian...lonely nyer...akak berharap sangat kehadiran akak ditunggu-tunggu, ketiadaan akak dirindu-rindu...heh...heh...

Takut tau kalau member kat ofis rasa....leganyer dia ni tak kat ofis ari ni...
Alhamdulillah, akak balik ofis dari sakit ari tu, semua datang peluk-peluk...best nyer....(yang boleh peluk je arr...).

ps: nanti kalau kita jumpa, kita cium peluk-peluk ye...

Asnija said...

Salam Hanis...
First...thank you sudi call akak...nasib baik kau bukan spesis berjanji pelesu...ha..hah...
Tak sabar ni nak jumpa Hanis esok..

Thank you sudi jadikan akak sahabat dan kakak...seronok tidak terhingga...tadi jumpa kat FB...lagi best...menatap posing Miss Universe...huu...termimpi-mimpi dalam mimpi...

ps: akak juga berharap ada orang tu yang jugak boleh termimpi-mimpi dalam mimpi...(eh betul la...si Mas ni tak accept akak lagi...hish...sombong giler dia dalam FB ye...)

Asnija said...

pss...Hanis...gambar Miss Universe tu boleh buat screen saver PC kat ofis tak..heh..heh..(Che Pit mesti dah buat tu...)

rezeki said...

Salam datin,

kawan mmg senang di cari, tapi sahabat agak sukar,kawan atau sahabat bunyinya mcm sama tetapi membawa maksud yg tersirat yang berbeza. namun insyallah, jika kita ikhlas dan jujur dalam sesuatu perhubungan ,pasti Allah bersama2 kita dan tahu niat hati kita .
Semoga perhubungan persahabatan dan ukhwah kita sesama islam di alam cyber ini berterusan hingga selamanya dengan izin Allah jua.

S said...

salam,

tq bagi cekelat ritu, nampak sedap bangat.feberet gak tapi sekali sekala ok lah.

pandai Ija buat noohh. cantik sangat, rasa sayang plak nak makan. jadi Kak As cuma simpan dan tengok jerr.. huhuhuhuhi......

salam persahabatn Ija kak as sambut seikhlashati.smoga silatulrahim kekal abadi.
terima kasih kerana sudi.

CM said...

salam kak

alah akak ni...dah lama tak n3 tetiba buat cerita sedih cam ni..bukan sahaja sudi...tersangat bersyukur bertemu dan mengenali akak yg sungguh istimewa ni..

CM said...

akak face book malulah kak...byk benda terlampau kat situ,..tak aktif pun nanti rahsia ku pecah fulakk,disitu tempat ku bercanda dgn si samad,huhuhu,kita blogging jer kak,,,yg penting ukhwah dan kasih kita terjalin...saya sayang akak,,,tak sombong arr,,ciklie tau nape saya tak accept bloggers kt my face book,ciklie jgn pecah lubang arr...

Che' Pit said...

salam kak,

memula sy nak respon soalan terakhir akak tu.. hmm insyaAllah kak, bukan setakat kawan, lebih dari kawan pun sy sudi kak... hmm maksud sy sebagai seorg akak, ngeh ngeh ngeh.. jgn pk bukan2 naa.. hmm kak, adik akak ni nak gak cekelat byk2 mcm hanis, huhu..

Che' Pit said...

ha yg kedua,

huhuhu mana ada sy buat screen saver pic miss shah alam tu kat pc sy.. ish3, akak ni, saje nak mengundang kemarahan org di sana tu yek.. nanti dia balik habis dia piat2 telinga sy..

Al-Manar said...

Asnija

Saya terpandang apa yang Asnija tulis “ …... Apa yang ingin dicapai - keupayaan menyumbang semula kepada orang.” Kalau inilah satu satu yang dicari maka tentu penulisnya mempunya satu titik persamaan dengan apa yang Pak Cik ingin - “ berkhidmat kerana Tuhan untuk kemanusiaan”.

Pak Cik tak fakir penting kita sengaja mencari-cari kawan. Buat sajalah apa yang patut dengan niat kerana Nya. Apa yang terbaik, insyaAllah akan di anugerah kepada kita samaada dalam bentuk kawan sejati atau sebaliknya.
Pak Cik

Asnija said...

Rezeki,
Tulah niat hati orang kita tak dapat nak baca, motif dia pun susah nak diteka...ada kalanya kita jadi serik bila kita ikhlas, orang pulak mengambil kesempatan..tapi macam kata Rezeki, insyaAllah, Allah tahu apa yang di hati kita dan membalasnya dengan setimpal...

Bila kita tak ikhlas kita tahu, tapi adakah kita ikhlas, hanya Allah yang tahu kan...

Rezeki, besar sangat hati saya Rezeki sudi bersahabat dengan saya, walaupun di alam maya...kalau boleh, saya nak tukar sahabat-sahabat maya ni jadi realiti, sorang demi seorang...haa...ari ni, saya dah tukar hanis jadi realiti tau...

Asnija said...

K.As,
Saya yang seronok sangat K.As nak berkawan dengan saya...terima kasih ye...appreciate sangat...

Cekelat tu kalau sayang nak makan, buat brooch je lah....nanti Raya boleh pakai kat tudung...bertambah manis K.As nanti...semut mesti datang, sebab dah manis macam gula...

Wuiii...K.As...tidur sakan ye tengahari tadik...penat qiamulail ye..garangnya body guard...tak boleh kacau permaisuri dia yang tengah tidur..

Asnija said...

Mas sayang,
Masih terngiang-ngiang suara Mas...kalau jadi pramugari MAS...bila buat announcement pasti cair semua penunmpang jadi air, banjir kapal terbang...

Mas, tima kasih kerana menjadi yang terawal bersahabat dengan akak yang tak seberapa ni...sunggh akak hargai...kalau nak hadiah tunggu hari guru jelah ye...

Akak sihat je, tapi tadik hanis dah dengar sendri batuk akak tuh...cuma sibuk pulak nak Raya nih...rindu sangat nak ziarah rumah kengkawan...gian je...

apa benda yang terlampau kat FB Mas tu? jangan Mas...bahaya tu....

Asnija said...

Pijal @ Che Pit (banyak noh name...buat confuse je...dah le ari tu Cik Lie kata awak ni apis masa kat gambar sensasi dengan ibu tuh...)

Tima kasih sudi jadik kawan akak...penting ni...ada orang macho sebagai kawan...kalau pancit kereta ku, boleh la kupanggil dikau menukar tayar ku ituh...ha...ha...

Nanti akak buat coklat banyak-banyak ye...candy pun bule...bunga rampai nak tak?

betul ke Pijal tak buat screen saver gambar tu...buat je la...gamba tu boleh memberi motivasi tau...

Asnija said...

Salam Al-Manar @ Pakcik,

Betul pakcik...apa yang kita ada ni, ntahkanbukan kita punya, cuma diturunkan kat kita saja. Seronoknya berduit, bila boleh memberi bila orang meminta, seronoknya berilmu, bila boleh memberi tunjuk bila orang tak tahu. Bagi saya, berupaya memberi balik memang cukup memuaskan hati seronok bila tengok orang lain sernok.

Bagi saya secara peribadi, saya memang mencari kawan yang ramai, sebab saya tak tahu siapa yang saya akan tejumpa, disuatu tempat disuatu masa...

Terima kasih kerana sudi singgah...ahlan wasahlan...datang le selalu, pasti Pakcik ni seorang yang sangat berpengalaman, bolehlah kita bertukar-tukar pendapat...

PINATBATE said...

salam datin..

"Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.."

Asnija said...

Salam Pinat,

Terima kasih atas perkongsian tu, saya berharap boleh menjadi teman yang sedemikian....insya-Allah saya akan berusaha ke arah itu.