Wednesday, September 30, 2009

Seadanya...

“Kak, segan la nak beri…sikit sangat…” Kata J. Saya , Z dan J sedang rancak berbual-bual tentang duit Raya.

“Adakalanya, saya tak beri lansung, sebab apalah yang boleh diorang beli dengan sebanyak tu…” Kata Z pula.

“Bukan tak nak beri, Kak. Tapi kitorang ni pun banyak sangat komitmennya. Bila dah bayar itu ini, adakalanya memang tak ada lebih lansung.” Sampuk J.

“Teringin sangat nak beri lebih, tapi memang tak de, Kak!” Tokok Z pula.

“Budak-budak sekarang, kalau dalam sampul tu cuma RM1, mesti muka diorang pun jadi semacam.” Kata J lagi. Kami bertiga ketawa, bersetuju dengan apa yang J katakan.

“Bulan-bulan ada beri emak dan abah tak?” Soal saya pada J dan Z.

“Tengoklah keadaan. Kalau ada lebih saya beri, kalau tak, saya tak beri.” Jawab Z sambil diiyakan oleh J.

“Tak boleh lah macam tu…” Jawab saya perlahan.

“Akak boleh la cakap macam tu, akak banyak duit…” Usik Z sambil mencuit bahu J. Saya lihat J senyum-senyum penuh makna.

“Akak rasa kan… beri mereka duit, bukan sebab kita dah banyak duit….” Jawab saya.

“Kita beri mereka duit sebab itu tanggungjawab kita pada ibu dan bapa, untuk menggembirakan mereka dan sebagai penghargaan….yang kita ni prihatin dan sebagai tanda mata… Berilah berapa yang kita mampu. Kalau ada RM1, berilah RM1.” Habis saja ayat saya ini, J dan Z ketawa mengekek-ngekek.

“RM1 kak? Habislah kena ketawa dengan diorang.” Jawab Z sambil menepuk-nepuk dahinya.

“Buat beli kertas tisu pun tak lepas….” Tambah J. Gelak besar dia sampai terbatuk-batuk.

“Cakap lah macam ni… Mak, minta maaf sangat-sangat ye mak. Ini sajalah yang saya mampu beri pada emak bulan ni. Emak doakan lah saya murah rezeki, supaya bulan depan saya boleh beri lebih. Saya harap mak sudi menerimanya.” Saya mengurut-ngurut tangan J, sambil melakonkan dialog tadi. J dan Z masih terus gelak mengekek-ngekek.

“Cakap dengan penuh keikhlasan untuk memberi, lembut penuh rasa kasih pada mereka.” Tambah saya lagi.

“Silap haribulan, emak kita hulur pulak RM10 kat kita…La kesiannya anak emak ni, nah mak kasi RM10….” Sambung saya berseloroh. Ketawa J dan Z semakin berdekah-dekah.

“Pandai taktik akak ni…” Kata J di antara hilai tawanya. Mata Z sudah berair-air gelihati.

“Tak…serius ni…berilah berapa yang ada, tapi mesti beri setiap bulan. Tolak duit nak beri emak dan abah dulu dari duit gaji kita, bakinya baru uruskan perbelanjaan kita yang lain. Jangan bayar perbelanjaan dulu, bakinya baru nak bagi kat emak. Macam tu, memang lah tak pernah berbaki. Biarlah mula-mula orang mencebik…tapi itu bukan isu kita…manalah kita boleh tutup mulut orang. Yang Allah tanya nanti ialah tentang banyak mana khidmat kita pada ibu dan bapa. Usahlah berkira-kira, insya-Allah, kalau kita ikhlas untuk meringankan ibu dan bapa, nanti Allah akan meringankan urusan kita.” Panjang lebar saya berkhutbah.

“Kita beri bukan sebab kita dah kaya…nak berkongsi ilmupun Nabi cakap kongsilah walau satu ayat. Jadi, berilah walaupun RM1. Nilai tu soal kedua, yang utama niat di hati. Bila kita hanya mampu beri sedikit, baru terasa hati nak berdoa…Ya Allah, berilah aku rezeki yang lebih, supaya aku boleh beri lebih…”

“Dengan sesiapa pun….jangan berkira….jangan mengungkit….jangan menuntut… Beri saja RM1 tu pada emak, peluk dia, cium dia, minta maaf kerana itulah yang kita mampu. Cakap dengan ikhlas dari hati ke hati…seorang ibu memahami naluri anaknya….dia pasti akan mendoakan kita. Bila kita mendapat belas ehsan dari ibu, nanti Allah berikan ehsan dia pada kita, insya-Allah…” Saya lihat J dan Z mengangguk-angguk.

“Bila beri sedikit, beri dengan perasan seronok dan puas. Tak perlulah rasa rendah diri dengan pemberian yang kecil. Jangan pulak menuntut balasan dari Allah, sebab apa yang kita buat masih sangat kecil berbanding dosa yang kita dah lakukan….” Tambah saya lagi.

J dan Z sudah berhenti ketawa. Mereka diam mendengar kakak yang seorang ni berkhutbah. Saya juga pernah susah…. Dan sangat memahami konflik yang mereka rasai…..konflik nak beri vs. tak cukup duit….

Saya teringat…menyalam emak dengan linangan airmata, kerana duit yang dihulur hanyalah RM5. Itulah yang ada. Emak memberi balik duit itu kapada saya, juga dengan linangan airmata.

“Takpe Long, takpe Long, buat anak-anak je duit ni…” Kata emak memeluk saya.

“Mak, terimalah mak, saya ikhlas. Doakanlah saya murah rezeki…supaya boleh beri lebih nanti…” Saya memberi semula duit itu pada emak. Dan, emak mengambilnya. Tapi bila dia datang bertandang ke rumah saya, dia akan menggantinya dengan bermacam buah tangan. Dan paling memeranjatkan, duit itu dikumpulnya, dan satu hari datang ke rumah flat sewaan saya dengan TV Sanyo 14 inci….hadiah itu masih lagi ada hingga sekarang … mungkin kesian dengan cucu yang ingin menonton TV. Maklumlah, ketika itu, saya hanya mampu membeli TV dari kawan dengan harga RM50, kena ketuk berkali-kali baru keluar gambar…. …

Sekarang, alhamdulillah, saya tak perlu bertolak-tolak dengan emak bila menghulurkan duit untuknya. Saya boleh memberi dengan tersenyum, dan emak juga abah boleh menerimanya…juga dengan tersenyum.

Hari Raya ini…jadikanlah sebagai satu titik tolak untuk memberi. Usahakanlah agar pemberian itu menjadi suatu amalan…berilah seadanya….jangan tunggu kaya!

12 comments:

rezeki said...

Salam Datin,

n3 ini mengingatkan kembali saya 20 tahun yg lalu. masa itu pendapatan lebih kurang rm400 . mana nak bayar duit bulanan motosikal,sewa rumah, susu anak dan keperluan seharian . kalau nak balik raya dan keperluan hari raya , harapkan dari duit main kutu. Balik kg pun tumpang org dgn memberi sedikit duit minyak . Isteri yg bekerja banyak membantu serba sedikit dalam mencukupkan keperluan harian kami.

Namun kami tak pernah mengadu kesulitan kami pada ahli keluarga . Hanya dapat menghulur sekitar rm50 kepada ibubapa apabila pulang ke kampung. Itu pun , kami jarang pulang ke kampung kerana masalah kewangan.

Namun kini , segalanya telah berubah. Wang bukan lagi masalah , tapi aku hanya dapat memberikan kepada ibu ku sahaja. Ayah ku telah pergi buat selama-lamanya. Hanya doa dan sedekah buat ayah yang dapat aku berikan pada waktu ini. Kami tidak dapat bersama-sama berkongsi rezeki yang Allah kurniakan.

sinomosa said...

Salam..

saya amat setuju dgn mesej n3 nie..
dulu lecturer sy pun prnh pesan begitu..
walau sedikit mcmana pun jgn lupa hulurkan sumbangan kepada ibu dan ayah ;)

Asnija said...

Salam Rezeki,

Saya juga melihat pengalaman Rezeki sebagai suatu pengajaran buat saya...insya-Allah kan....bila kita ikhlas...Allah akan buka pintu rezeki dari semua arah...adakalanya dari punca yang tidak di sangka-sangka....

Pernah sekali, hati teringin nak hadiahkan sesuatu buat abah...tahu dia minat jam Seiko, tapi tak de duit pulak saya...ntah macamana, tetiba dapat cheque dari income tax terlebih bayar...RM750...mana nak sangka dapat cheque...dari income tax pulak tu..masa tu, besar nilainya tuh...terus saya cash kan dan belikan jam tersebut...meleret senyum abah saya birthday dapat jam seiko...

Asnija said...

Salam Sinomosa,

Selamat bertandang...appreciate sangat sudi menziarah di sini dan berkongsi pendapat...terima kasih ye...

Beri sedikit...jika ikhlas itu yang lebih bermakna...beri banyak, tapi tak ikhlas, semata-mata menunjuk-nunjuk...lansung tak diterima Allah...berdosa lagi ada...kan...kan...

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam datin,

kak nab setuju sangat2 dgn nasihat datin kpd J&Z tu.
kak nab sendiri mempraktikkan sejak mula bekerja dgn gaji RM600... RM200 diberikan kpd arwah ayah..waktu tu 5 orang adik masih bersekolah..dptlah meringankan arwah ayah yg bekerja sebagai pemandu lori risda. alhamdullilah...kini semuanya kenangan belaka. ayah & ibu sudah pergi buat selama2nya.

CM said...

salam
bagus kak nasihat bermakna,bagi saya awak tak beri pun pada mak awak ...duit awak abiss jugak,saya wajibkan diri saya beri pada mak wp apa pun terjadi alhamdulillah.setiap kali mak saya terima mak saya senyum.saya puas.

aznaz said...

salam Datin Asnija...

N3 ni telah mengingat kan sya pada arwah mak masa mula mula sya bekerja pada 1984...gaji cuma 300rm pada mulanyer....first gaji sya beli kain untuk mak sepasang dan duit cuma rm50 jer sebab bagi abah jugak rm100..ketika saya serah kan duit dan kain pada mak masa tu , mak sya terus berdoa menadah tangan di depan sya memohom pada allah swt supaya murahkan rezeki sya...alhamdulilah...sejak dari ituh sya tidak pernah melupakan tanggonjawap sya pada mereka...kalau nak dibandingkan dgn apa yang telah mereka sara dan bela saya semasa kecil dari lahir hingga lah pandai berdikari..alhamdulilah....semoga allah swt merahmati mereka berdua di "sana"..insyalah

syukran

waslam

Anonymous said...

salam kak nija....

n3 kak nija nie amat bagus sekali...n3 ini mengingatkan hanis pada pesanan tok, ibu & papa hanis dr hanis sekolah lg...'bila dak keja nanti jgn lupa bg duit pada ibu & papa..anggaplah duit itu duit berkat hasil titik peluh kita..sesusah mana pon kita, insyallah kita tidak akan rasa dalam kesempitan yg teramat sangat'...

alhamdulillah, pesanan itu hanis ingat dan hanis lakukan dr hasil bulan pertama hanis kerja hingga ke harini...malah jika hanis dapat bonus atau lebihan income, mereka juga akan mendapat lebih..setakat harini, walau banyak mana sekali pon expenses hanis pada bulan itu, hanis tetap menghulurkannya kepada mereka...ada ketika, mekera akan bertanya cukup ke duit bulan nie, kalau tak takyah laa bg...sambil ketawa hanis akan menjawab, takpaa...papa ambil laa nie, kalau kakak tak cukup nanti kakak minta kat papa ...tak laa malu kakak nak ambil duit tu nanti...hahaha... dan setiap kali mereka mengambil duit yg hanis berikan, pasti akan ade satu doa yg papa & ibu akan baca ..dlm bahasa arab..hanis lupa laaa....ingat laaa...walaupon rm10 sebulan...hulur laaa pada mereka...

Asnija said...

Salam K.Nab,
Memang kan...bila kita gaji sikitpun...tapi berkat...semua kita boleh bayar dan tanggung...Nija rasa mesti emak dan abah K.Nab rasa relief sangat dengan bantuan yang K.Nab hulurkan...adik-adik pun mesti terhutang budi...yang penting bukannya mereka perlu ingat dan balas, tapi K.Nab mesti rasa seronok tengok adik-adik dah 'jadik orang' semuanya....satu kepuasan kan....

Asnija said...

Salam Mas,
Akak pun dapat rasakan Mas ni anak yang baik...betul dan setuju sesangat cakap Mas, kalau tak beripun, duit kita habis jugak...beli suratkhabar boleh hari Ahad pun boleh...sebab nak baca gosip...2 paper dah RM4, kalau 4 minggu dah RM16, tambah lagi RM4, dah boleh kasik RM20 kat diorang...pucuk pangkal nyer hati kan Mas...bila emak Mas senyum...mesti dalam hati dia berdoa untuk Mas...sure punya...

Asnija said...

Salam Cik Lie,
Masa Cik Lie beri kain dan duit pada emak dan abah Cik Lie tu, baki duit tinggal RM100 je lah kot ye...respek sungguh pengorbanan Cik Lie tu...rasanya doa emak cik lie tu dah nampak kemakbulannya sekarang ni kan...

pss: pandai Cik Lie pilih kain tu ye...boleh ajak pi shopping nih...Mas nak ikut? Hanis mesti nak ikut la tu...

Asnija said...

Salam Hanis,
Suker nyer.... adik akak ni dari awal dah mendahulukan emak dan abah bila dapat duit dan bonus...nak tahu jugak le doa arab tu, manalah tahu nanti anak-anak akak kasik akak duit pulak, nak jugalah doakan mereka dengan doa tu...

syurga di bawah tapak kaki ibu kan...duit kita tu, nak bayar air susu dia pun tak lepas...berkat kita di bawah tapak kaki ayah...nanti dah kawin teruskan amalan ni tau...betulkan Cik Lie...Cik Lie sokong kan...?