Hujung tahun merupakan musim peperiksaan. UPSR baru saja berlalu, minggu depan PMR bermula. Selepas itu, peperiksaan akhir tahun dan akhir sekali, SPM dan STPM. Pelajar-pelajar yang terlibat dengan peperiksaan besar, debaran mereka semakin kencang. Yang bakal menduduki peperiksaan akhir tahun juga sudah mula memegang buku. Ibu bapa juga sudah mulai stress… Exam dah dekat!
3 orang anak…tahap pembelajaran mereka amat berbeza. Nisha anak kedua saya memang dikurnia Allah dengan kelebihan yang amat saya syukuri. Otaknya cekap menangkap, cepat faham dan mudah mengingat. Dia sangat sukakan disiplin dan peraturan. Kegiatan luar dan lasak amat digemarinya. Nisha memang cemerlang dari tadika lagi. Di sekolah rendah, ramai bertanya tips pencapaiannya yang cemerlang. Bagaimana belajar? Hantar tusyen di mana? Buku latihan apa yang digunakan? Setiap kali itulah, saya tidak tahu untuk menjawabnya. Malupun ada…
Sebab? Hakikatnya, setiap kali menjelang peperiksaan, Nisha memang tidak membaca buku dengan sepatutnya. Dia bersekolah pagi dan petang pula bersekolah agama. Bila malam, seawal pukul 8.00, mengadap kerja sekolahpun Nisha sudah terlentuk tertidur. Memang belum sempat membaca buku, dia sudah tersengguk-sengguk. Jika dapat menghabiskan kerja rumah pun dikira cukup baik. Selalunya, Nisha tertidur lebih dulu. Buku kemana, pensil kemana… Jadi bagaimana saya boleh berkongsi tips?
Menjelang UPSR, Nisha masih lagi belajar ‘biasa-biasa’ saja. Tusyen pun tiada. Sekadar kelas Kumon, itupun kerana saya mahu dia mempunyai kemahiran ‘speed & accuracy’ dalam Matematik. Saya selalu mengusiknya, Nisha ni kalau belajar sikit je mesti boleh dapat 6A kot… Sebulan menghampiri UPSR, saya ‘disiplinkan’ dia untuk belajar. Saya beritahu dia, berusaha perlu sebaik mungkin, semaksimum yang kita terdaya. Itu yang saya mahu lihat. Result? Saya tak kisah sangat berapa A dia perlu dapat. Saya tahu dia pandai, kejayaan boleh dalam bentuk yang berbeza-beza. Sebab itu saya tidak menekankan sangat tentang result. Apa yang saya mahu Nisha faham ialah untuk sentiasa fokus pada usaha, kerana itu di dalam kawalannya. Usaha mesti bersungguh-sungguh!
Saya juga berpesan, "Rezeki Allah bukan dalam kuasa kita. Adakalanya kita berusaha, kita dapat. Adakalanya kita berusaha jenuh, tapi tak dapat-dapat. Kalau nanti Nisha tak dapat 5A, that’s not the end of the world tau… Ibu tak melahirkan Nisha semata-mata untuk dapat 5A dalam UPSR. Bila tak dapat, tak bermaksud Nisha dah tak ada sebab untuk hidup…” Mata Nisha bulat mendengar apa yang saya katakan. Saya perlu menekankan perkara ini, maklumlah, banyak pula cerita budak darjah 6 sudah pandai membunuh diri hanya kerana gagal mendapat 5A.
“Ibu lahirkan Nisha untuk jadi orang yang boleh memberi balik. Kalau kaya boleh memberi pada yang miskin. Kalau pandai boleh mengajar ilmu dengan orang yang tak tahu. Share apa yang Nisha tahu dengan kawan-kawan. Jangan kedekut ilmu. Itu akan jadikan Nisha lebih pandai, bukan lebih bodoh."
"Nak memberi balik, adakalanya kita kena berjaya dalam akademik, tapi kalau tak berjaya dalam akademik pun ada banyak cara yang lain. Cuma, kalau Nisha pandai dalam akademik, itu boleh membuka banyak pintu peluang."
"So, Nisha kena sediakan diri kalau dapat 5A dan kalau tak dapat 5A…” Saya menyambung. Sukanya saya bila berkhutbah dengan Nisha, dia akan duduk diam dan tekun mendengar sebiji-sebiji apa yang saya katakan.
“Tanggungjawab kita, mesti berusaha. Kejayaan itu hak Allah nak beri atau tidak…” Sambung saya lagi.
“Kalau tak dapat 5A, ibu marah tak?” Soal Nisha.
“Of course ibu marah kalau itu disebabkan Nisha cuai, kalau Nisha leka, dan kalau Nisha malas berusaha. 5A ke tak 5A ke, it doesn’t matter kalau Nisha dah berusaha bersungguh-sungguh. Deep inside, ibu memang tahu Nisha pandai orangnya. Bagi ibu, itu yang paling penting.” Nisha mengangguk tanda faham.
Dan, alhamdulillah, Nisha memperolehi 5A, seperti yang kami semua doakan. Seminggu selepas keputusan diumumkan, saya duduk-duduk dengannya berbual-bual.
“Ibu nak tanya soalan ni, dan Nisha jawab macam kita sembang-sembang as friend ok…” Kalau tak silap, kami duduk di tepi katil sambil menunggu masuk solat Isya’.
“Nisha belajar masa nak ambik UPSR hari tu sebab apa ye?” Soal saya. Nisha mengangkat kening kehairanan. Lama dia mengambil masa untuk menjawabnya.
“Jawab je apa yang Nisha rasa dalam hati, share dengan ibu.” Pujuk saya.
Saya benar-benar mahu memastikan Nisha tahu dan faham mengapa dia perlu belajar. Apa prinsip yang dia perlu pegang dalam konteks belajar. Dan saya tidak pernah bertanya pada Nisha sehinggalah sekarang. Bagi saya penting saya memahaminya memandangkan dia akan menginjak ke sekolah menengah tahun depan.
“Mmmm….mmmm….” Nisha berkerut-kerut memikirkan jawapannya. Nampak dia seperti takut-takut untuk menjawab.
“I’m open you know…very open….Ibu nak Nisha share…then we can discuss…” Pujuk saya lagi.
“Kenapa Nisha belajar?” Tanya saya sekali lagi dengan nada yang lebih lembut dan memujuk.
“Emm…sebab…kena…” Saya terperanjat dengan jawapan Nisha. Sebab, kena? Sebab, kena belajar? Maka sebab itulah dia belajar?
“Kalau tak belajar, nanti tak dapatlah 5A….” Sambung Nisha lagi. Saya sungguh terketuk dengan jawapannya…betapa selama ini Nisha yang pandai, juga tidak memahami sebab sebenar dia perlu belajar…
Pernahkah kita bertanya pada anak-anak, kenapa mereka pergi sekolah? Kenapa perlu belajar? Kenapa kita kena study? Untuk exam? Untuk result?
Cubalah tanyakan pada mereka. Dengar baik-baik jawapan yang mereka berikan…
(Di keluaran lain, saya akan kongsikan jawapan saya pada Nisha….paradigma lain yang Nisha tidak pernah terfikirkan….)
16 comments:
waa...congrats!sy pm dpt rslt cmtu UPSR dlu.tp exam yg lps2 tu..hancus.sbbnya lgsg tak stdy..unk spm pm sama,mlm nk exam,bru belek2 buku...skdr belek2.kita geng la nisha!give me five!!hee~sory ibu nisha...
Salam kak Nija
Anak sulong sya pun ambik UPSR tahun ni...awal tahun sy pergi briefing ngan ckgu psal pljar2 nak ambik UPSR..sya rsa teknik yg diberi mampu sya buat kalu sya duduk rumah...tapi apakan daya..sya ibu yg bekerja..sibuk dipejabat..sibuk juga dirumah...pada along sya beri semua kmdhan, sya cakap dgn dia..sya bagi dia join aper2 kem motivasi yg mana sya juga turut hdir ...tuisyen hnya disekolah ...selebihnya tawakal dn doa dr sya khusus sbgai ibu...disertai suami sya, serta adik2 nya..juga mak sya n mertua sya dikg..juga mohon dr CL,..hehehe usha selagi bole...selebihnya adalah ketentuan Allah.
Kak N3 psl duit raya tu teruja juga..tak sempat komen ..tenet slow, da tu sibuk sgt..tapi nak kongsi disini..
Apa yg akak pesan tu betoi..sya mmg buat mcm tu..contribute utk ibubapa sya..dn adik2 yg perlu..jgan berkira kalu ader berapa pun hulurlah seikhlas hati...kepada yg memerlukan..insyaallah Allah ganti balik...lebih dr itu..
salam kak...
sebagai seorang cikgu n3 kak ni meninggalkan kesan dihati saya,u re the best mother,hebat kak khutbah ni...
paling saya suka "ibu tak lahirkan kamu untuk dapat 5A"...anak2 pasti jadi berlapang dada...
sebagai ibu,saya juga mempunyai 2 anak yg lain kecenderungan,my girl so smart,clever n cepat menangkap...boleh membaca sejak 5 thn lagi,tapi my boy aduuuhhh,dah 7 thn tak boleh baca lagi,mcm2 tuisyen dah ku antar,dia sangat manja n sedikit malas,bukan tak bijak tapi terlalu "dependent"saya tanya doktor,doktor kata boy mmg lambat matang...dont wori,sebagai ibu pasti kita harapkan yg terbaik kan kak...
Salam Datin,
anak az akan ambil spm tahun ni. Ni baru saj jah sampai umah selepas menghadiri majlis solat hajat kat sekolah dia. Semoga dia berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan itu
"Otaknya cekap menangkap, cepat faham dan mudah mengingat. Dia sangat sukakan disiplin dan peraturan. Kegiatan luar dan lasak amat digemarinya. Nisha memang cemerlang dari tadika lagi. Di sekolah rendah, ramai bertanya tips pencapaiannya yang cemerlang. Bagaimana belajar? Hantar tusyen di mana? Buku latihan apa yang digunakan"
hmm tertarik dgn ayat tu.. sbb byk remind pada diri sy.. hmm
salam datin,
tanggungjawab kita sebagai ibubapa memberikan panduan ,didikan, galakan dan yg sewaktu dgnnya sebaik mungkin. semoga anak2 kita menjadi seorg insan yg berguna dari segi dunia dan akhirat. selebihnya kita bertawakkal kepada Allah SWT kerana Dia lah yang menentukan segala-galanya.
Alhamdulillah, anak saya yg bongsu juga telah mendapat 5a dlm UPSR tahun lepas. namun saya dan isteri tidaklah sampai menetapkan bahawa "mesti" dapat 5A , kerana itu bukanlah penentu "mutlak" kejayaan . namun galakan dan perhatian mesti diberikan .
kakaknya juga lulus dgn 6 kepujian pada peringkat SPM tahun lepas juga dan sekarang sedang melanjutkan pelajaran .
tiada ibubapa di dunia ini yg waras akal fikirannya yg tak nak anak2nya berjaya. namun kita perlu ingat, setelah berusaha dgn bersungguh2, segala penentunya ialah Allah SWT.
sesungguhnya kejayaan itu adalah satu dari rezeki Allah kepada hamba yg dikehendakinya;
Al Maaidah: 114
Isa putera Maryam berdo'a:"Ya Tuhan kami, turunkanlah kiranya kepada kami suatu hidangan dari langit (yang hari turunnya) akan menjadi hari raya bagi kami yaitu bagi orang-orang yang bersama kami dan yang datang sesudah kami, dan menjadi tanda bagi kekuasaan Engkau; beri rezekilah kami, dan Engkaulah Pemberi rezeki Yang Paling Utama". (QS. 5:114)
Salam kak nija,
menarik n3 akak pada kali ini..mungkin nisha seorang pelajar yg memberi perhatian di dalam kelas..semoga nisha terus berjaya dalam pelajaran & masa depannya...
Asnija,
Alangkah bertuahnya kita yang dapat berceloteh ddengan anak anak. Kita mempunyai pelajaran dan tahu apa yang patut dibuat untuk kebaikan mereka. Pada satu tahap kita kena juga memikirkan betapa sedihnya kedudukan yang ramai hidup diperingkat bawah kemampuan. Ibubapa sendiripun tidak mempunyai pelajaran dan pendedahan kepada apa yang perlu dibuat untuk masa depan keluarga. Adakah sesuatu yang boleh kita sumbangkan selain daripada wang ringgit untuk masa depan keluarga mereka?
Catatan ini tidak sekali kali mengandungi unsur teguran. Semata-mata menyatakan sebuah fikiran apa dan kepada siapa pula yang agaknya perlu kita sumbangkan setelah kita berjaya menjayakan keluarga kita sendiri - tugas kita sebagai "khalifatu fil ardh".
Pakcik
Salam Dik Tini,
Ooooo...sama je satu kepala ye korang nih...mai emak Nisha nak piat telinga....he..he...
pss...lepas ni jangan amalkan laei yo...
Salam Shami,
Alhamdulillah, anak-anak sekarang beruntung dengan segala kemudahan belajar..memang tak de alasan kalau tak berjaya...sekarang, akak suka cerita kisah Madihah pada diorang...supaya mereka bersyukur dengan apa yang mereka ada...akak doakan semoga anak shami berjaya dengan keputusan cemerlang 5A...amin...
Untuk N3 duit tu, betul kan shami...usah berkira...kalau kita meringankan orang lain, Allah pula akan meringankan kita...
Salam Mas,
Nanti sekali Marwan berkembang...pasti jauh dari yang kita sangkakan...memang budak lelaki lambat sikit, walaupun ada yang cepat...tahniah buat Dina...cepat membaca tu pasti ikut mas le tu...
membangunkan anak-anak...sebenarnya membangunkan pemimpin...dan mereka mungkin akan jadi terbaik dalam kepimpinan mereka di bidang mereka yang tersendiri...
Ayah Zain,
Nija pun doakan anak AZ berjaya dengan cemerlang...si bujang MRSM tu kan...SPM sememangnya membuka banyak sangat peluang...doakan semoga semua ilmu yang dibacanya dipelihara Allah, dan diberikan semula padanya dengan penuh berkat ketika dia memerlukan...ye la...kita boleh baca....dan Allah boleh juga jadikan lupa...
Che Pit,
Waa...ni mesti species budak genius nih...sesuai sangat jadi lecturer...lepas ni jadi professor...macam Prof Kamil...jom sesama buat Phd jom...
Salam Rezeki,
Alhamdulillah, Allah sentiasa berikan rezeki yang baik-baik buat Rezeki, kejayaan dalam perniagaan, wang melimpah-ruah, anak-anak yang berjaya...semuanya selepas pelbagai bentuk pengorbanan dan kesabaran...syukur...syukur...
Seronok dengar cerita Rezeki nih...membakar semangat....
Salam Hanis yang dirindui,
Terima kasih atas doa untuk Nisha. Satu hari nanti nak jumpakan Hanis ngan dia yang suka sangat kat bunga ros kembang menguntum kat rumah Hanis tu...
ps: dia pernah tanya cam ni...bila baca banyak komen kat rumah CL....kakak bunga ros ni makwe dia ke? He..he...sapa nak tolong jawab....???
Salam Pakcik,
Setuju dengan apa yang pakcik cakap, kita dilahirkan memang sebagai khalifah, dan pastinya peranan pemimpin tu bermula dengan memimpin diri sendiri, keluarga seterusnya masyarakat. Sememangnya Allah menyempurnakan yang miskin dengan yang kaya, yang tiada kemampuan dengan yang berada...supaya kita boleh saling bantu membantu, apa yang kita terima bukan lah milik kita, mungkin milik jiran kita...kita sekadar memegang amanah....
Sebab itu saya respek apa yang Pakcik buat....all those things that you do in your circle of influence...semoga Allah membalasnya dan memberi keberkatan...Amin!
Post a Comment