Wednesday, October 7, 2009

Sebab....

(Sambungan dari N3 "Pernahkah kita bertanya?")

Bila Nisha menjawab soalan saya, dia menjawab dengan teragak-agak. Saya tanya kenapa teragak-agak. Dia menjawab, sebab tak pernah fikirpun, dan tak pasti jawapannya.

“Betul ke jawapan tu, Bu?” Tanya Nisha bila saya hanya mengangguk-angguk. Saya biarkan lama soalannya tidak berjawab dan Nisha jadi tak senang duduk. Dia bertanya semula ingin tahu.

"Betul tak, Bu?"

“Salah…”. Saya menjawab perlahan.

“Habis sebab apa?” Soalnya dalam nada merengek. Keningnya terangkat.

“Sebab ibadah…” Jawab saya.

“Haa? Kita belajar sebab ibadah?” Soal Nisha kehairanan. Saya mengangguk-angguk.

“Kenapa pulak sebab ibadah, Bu?”

Kenapa ya?

8 comments:

rezeki said...

salam datin,

mmg benar , menuntut ilmu tu satu ibadah
Dalam Al-Qur’an sudah dijelaskan bahawa orang yang mulia di sisi Allah hanya kerana dua hal; kerana imannya dan kerena ketinggian ilmunya.

Dalam ajaran Islam, baik dalam ayat Qur’an maupun hadits, bahawa ilmu pengetahuan paling tinggi nilainya melebihi hal-hal lain. Bahkan sifat Allah Swt adalah Dia memiliki ilmu yang Maha Mengetahui.

Ajaran agama Islam yang menekankan kewajiban menuntut ilmu tanpa mengenal jantina. Kerana menuntut ilmu sangat bermanfaat dan setiap ilmu pasti bemanfaat. Kalau kita dapati ilmu yang tidak bermanfaat, hal itu karena faktor-faktor lain yang mempengaruhinya.


Islam memandang tinggi orang yang menuntut ilmu, ia merupakan satu amalan yang sangat tinggi nilainya. Pahalanya amat besar sehingga orang yang mati semasa menuntut ilmu dikategorikan saperti seorang yang mati dalam
beribadah.

Ayat pertama yang diturunkan dalam al-Quran memerintah manusia supaya
membaca yang maksudnya menuntut ilmu, sebagaimana firman Tuhan yang bermaksud
"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan.Dia yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah danTuhanmulah yang maha pemurah, yang mengajar manusiadengan perantaraan Qalam”.

(al-Alaq – ayat 1-4)

Dalam Hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda madsudnya
"Barang siapa keluar untuk menuntut ilmu maka ia termasuk dalam golongan orang yang berjuang pada jalan Allah ,sehinggalah ia kembali".

Ayah Zain said...

salam Datin

Kerana Allah menjadikan manusia juga jin hanyalah semata - mata untuk beribadah kepadaNya. Apabila kita melakukan semua perkara dengan penuh keikhlasan kerana Allah, maka itulah ibadah kita kepada Yang Maha Esa. Allahhu aklam

p/s: emak datin dah sihat ke? Semoga sihat sejahtera hendaknya.

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam datin,

( tiada kaitan dgn entri tu!)

semoga mak datin beransur pulih...baca kat blog PDKM. CL tu memang sungguh mulia orangnya, suka menolong...dia turut doakan anak akak! sungguh terharu di atas keikhlasannya.

Asnija said...

Salam Rezeki,
Terima kasih atas perkongsian ilmu yang cukup bermakna. Memang wahyu pertama sungguh mendalam ertinya untuk kita fahami dan hayati...cuma terkilan, perkara ni tidak disemat secara formal kepada anak-anak kita di bangku sekolah awal-awal lagi..jadi tak faham kenapa kena baca buku...tu yang jadi malas sesangat....macam beban pulak bila disuruh belajar...

Asnija said...

Terima kasih Ayah Zain dengan sharing di atas...baru teringat ayat tu...power tu kalau nak support jawapan kenapa kena belajar....thanks.

Alhamdulillah, nampaknya emak saya dah beransur sihat...sebenarnya kat kaki dia semalam nampak lebab...takut saya gangren...tapi lepas makan antibiotik, alhamdulillah, lebab tu berkurangan...AZ pun jaga kesihatan ye...sama je tu species penyakit ngan emak saya...heh...heh...

Asnija said...

salam K.Nab,
Terima kasih atas keperihatinan K.Nab. Masa kat hospital tu macam buntu, tu yang minta Cik Lie doakan...at least saya dan adik tak le gelabah sangat...Memang Cik Lie ni baik sangat...moga Allah merahmati Cik Lie.

ps: anak k.nab kenapa yer? Sori, tak aware...cuma kat PDKM ada mention adik Faisal...anak K.Nab ke tu?

Ayah Zain said...

Salam Datin,

Moga emak datin terus sihat. saya dah cuba macam cara nak reduce gula, setakat ini masih bertahan,kadan2 tinggi, kadang rendah. bukan apa sebab makanan. selagi kita makan, selagi itulah gulanya ada kerana pankreas pesakit diabetis tak dapat suply insulin dengan cukup. Doktor cakap mudah, cuba dia kena diabetis, 2X5 jer,. ngeh ngeh ngeh.

ni baru terbaca satu teknik rawatan guna air jer. Dah try dulu tapi masih belum diperkenankan Allah. ni nak cuba lagi. yang penting ..... free. Air biasa cuma bayar bil air jer. hehehhe (nanti nak share dalam ceriakan hari-harimu. - rasayna ramai kot yang dah baca teknik dari jepun tu.

Unknown said...

salam Asnija...
time kasih buat N3 yg mengingatkan semula , semua pekerjaan atau amalan harian yg kita lakukan di niat kerana Allah , sebagai ibadah .... semuanya barokah