Thursday, September 10, 2009

Di dalam dakapan Jibrail...

Suatu hari, Rasulullah didatangi seorang sahabatnya bertanyakan satu kemusykilan yang dialaminya.

“Wahai Rasulullah, suatu ketika aku berdoa dalam keadaan biasa, dan dipertengahan doa, tiba-tiba hati ku jadi sayu dan sebak mahu menangis. Dan akupun meneruskan membaca doa sehinggakan aku menangis teresak-esak, yang aku sendiri tidak tahu mengapa. Apakah petandanya itu, ya Rasulullah…”

Rasulullah menjawab,

“Apabila kamu berdoa, dan hatimu jadi sayu lalu menangis, itulah tandanya doamu mahu diperkenankan oleh Allah. Dan ketika engkau menangis teresak-esak, itulah ketikanya Jibrail sedang memelukmu…”

Bilakah kali terakhir kita berdoa dengan berjujuran airmata? Terasa terlalu kecil dan kerdil, lemah dan tidak mempunyai apapun kuasa… Apabila tiada seorangpun manusia yang kita boleh harapkan lagi, hanya tinggal Allah sahaja yang ada tempat untuk mengharap dan meminta. Pohonlah apa saja, apabila permohonan itu datangnya jauh dari lubuk hati, penuh perasaan lemah sebagai hamba, pasti airmata mula menitik…

Di depan Kaabah, di dalam Raudhah, airmata bagai tiada hentinya, menitis dan menitis. Menyusuri tawaf, pusingan demi pusingan, tersedu-sedu penuh keinsafan membaca doa-doa yang sangat relevan dengan kehidupan. Kebesaran Allah berada di depan mata, terasa diri amat kecil dan hina di tengah ribuan hambanya yang lain, yang mungkin lebih tinggi imannya, lebih mendalam takwanya….siapalah aku berbanding mereka…adakah Kau perasan kehadiran ku? Adakah Kau mendengar doaku? Rasa kecil itu, membawa kepada rasa mengharap yang teramat sangat. Berdoalah apa saja…pasti airmata berlinangan…berjujuran…
Namun, di tengah keributan dunia, airmata itu, adakalanya hadir, adakalanya tidak. Adakalanya doa amat menusuk hati, adakalanya tidak dapat difahami. Kepada siapalah dapat dipohon, jika tidak pada yang Maha Memberi.

Dihujung Ramadhan…di tengah malam sunyi…semoga aku didakap Jibrail…


(Terima kasih buat En Rosli, yang berkongsi cerita ini pagi-pagi tadi…menyambut kedatangan saya yang telah lama bercuti sakit…terima kasih ya!)

10 comments:

aznaz said...

Salam Datin Asnija..


berdoa sambil kita menengis dan menitits berjujuran airmata menandakan kita berdoa dengan penuh keikhlasan hati serta memohon dengan penuh kyusuk kemaponan dari yang Maha Esa...akibat kekesalan yang kita lakukan tempoh hari..amat lah mulia perbuatan tersebut sebenanrnyer..


waslam

Ayah Zain said...

Salam Datin,

Alangkah bahagianya kalau kita berdoa dengan penuh hiba, sayu dengan lelehan air mata yang tidak dapat di tahan-tahan, namun boleh dikira kita dapat berbuat demikian. Kenapa? kerana hati yang keras

Asnija said...

Salam Cik Lie,
Betul tu Cik Lie. Boleh menitiskan airmata tu pun pemberian Allah juga...mudahnya menangis bila berdoa didepan Kaabah kan...rasa dekat dengan Nya...Cik Lie mesti selalu dapat nikmat ni...Alhamdulillah...

Asnija said...

Salam Ayah Zain,
Betul tu, dapat manangis suatu kepuasan bila berdoa. Hati yang keras, memang susah untk menitiskan airmata, tidak ternampak pemberian Tuhan bila mendapat nikmat, tidak ternampak ujian Tuhan bila mendapat susah...ego nya tinggi, dia merasa apa yang dia perolehi adalah hasil kebolehannya sendiri...nauzubillah...

rezeki said...

salam datin,
sememangnya keikhlasan dlm memanjatkan doa itu sgt penting, bukan sekadar menjadi perkara lazim dan kebiasaan selepas solat. Semoga kita melakukan dgn niat tulus memohon kepada Allah.

ANAS bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Telah berkata Jibril: “Wahai Tuhan, Engkau sampaikanlah maksud dan hajat hamba-Mu si polan…
Maka, Allah menjawab: “Biarkan hamba-Ku itu, kerana Aku mencintai suaranya (yang selalu bermohon dan meratap kepada-Ku).”

Begitu dalam maksudnya iaitu mengenai hubungan dan rahsia antara Allah dengan hambanya. Disebabkan cinta manusia yang mengharap dan berdoa serta kerana rahmat Allah juga, Dia merindui ratapan dan rayuan si hamba. Adakah doa ini tidak didengar atau kekotoran roh yang menghijab kurniaan Allah? Tangisan dan rintihan rupanya tidak menjadi sia-sia, tetapi umpama keluhan rindu yang dikasihi al-Rahman tuhan sekalian alam..

Anonymous said...

salam akak,

memang sukar untuk kita dapat menangis ketika berdoa ni terutama selepas solat2 fardu...ade ketika selepas solat taubat atau sunat di tengah mlm juga bergitu...ada ketikanya hati ini berkata, kerasnya hatiku...tetapi penulisan prof mki banyak memberi kesan & semangat pada hanis...meminta kita berterusan melakukannya.

shami2 said...

Salam kak Nija

Smalam dh dekat dah nk dpt tmpat pertma ntah camner komputer kt rumah slowwwww..nengok2 CL dh dapat dulu....rezeki dia tu..tul dak ck rezeki..hehhehe

Seronok baca N3 ni, dn juga komen cik rezeki...
Kak...marilah kita sama2 menuju jalan kejayaan ..dalam sya mengharungi membawa sykt kwan sya ni..tulahlah bekal saya saban dinihari...

doa n doa ngadu apa ja.. hatta ada mslh ngan suami pun itulah yg sys amalkan... alam rumah tangga ada pancarobanya...utk kekal kena pandai kemudikannya...hehehe hanissssssss

Alhamdulillah dimakbulNya...jgn ingat kita kat depan Kaabah ja bole buat ibadat sehingga camtu.. dalam rumah kita sendiri dimana2 pun kita bole jadikan macam kita ada depan Kaabah tu...(CL cheq tak msudkan CL tau jgn rasa hati nahhh.
Bab p Haji satu kewajipan..diikuti umrah sunatkan...pada yg berkemampuan tiada hlgan..tapi yg belum lagi...tak par bentuklah diri kita perlahan2 sampailah masa itu nanti.

Sesungguhnya Allah sgt dekat dgn kita seperti urat nadi kita di leher...jauhi dosa kecil dn dosa besar bak kata cermat patuh semua ..dlm semua bab kehidupan..cuba ushakan kurang dosa kecil tu krn dr kecil bila byk akan jdi besar..kdg2 kena akur psl sifat insan tu..

...istiqamah bgn di 1/3 mlm yg akhir krna Allah turun kelangit dunia waktu itu..mendengar rayuan hambanya yg soleh..Allah bertanya pd malaikat siapakah nama si polan itu..jawab malaikat...di ialah...**** aku perkenankan segala doanya...kata Allah...
Di akhirat esok Allah akan kurniakan darjat yg tinggi pd org cam ni....sesungguhnya janji Allah itu benar..

Nak istiqamah ni pyah..tpi kalau ikhlas Allah akan bantu kita...sya bukan nak bngga kak jauh sekali...sya dh rasa n alami segalanya...insyallah dh 2 tahun sy kekal dlm keadaan mcm tu..semua tu membentuk, peribadi kita...tak habis kalau sya citer kt sini..
Kak, Hanis, CM cubalah...kalau dh tu Alhamdulillah...perhebatkanlah..begitu juga lailatul Qadar...10 mlam terakhir ini membtk kita juga utk jdi insan yg beramal soleh seperti bulan ramadhan..tulah disebut Madrasah Ramadhan....
Kak maaf kalau trpnjg pulak..kita berkongsi..yer
Hanis indahnya ibadah itu bila mana kita perempuan sebagai isteri dn suami sbgai pemimpin... perkahwinan itu sunnah..haraplah pd yg mengharap..solatlah hajat setiap hari doa biar lengkap utk niatmu ..itu tak kiralah sesiapa pun asalkan baik untukmu dunia dn akhirat...(hanis jgn stresss aarrr)

Asnija said...

Salam Rezeki,
Terima kasih atas perkongsian ilmu. Memang betul, Allah membri kita dugaan kerana sukakan kita memohon padanya, dan datang dekat dengannya....kesian pada orang yang bila ditimpa susah, menyumpah-nyumpah dan bersangka buruk pada Tuhannya....

Asnija said...

Hanis,
Baca travelog haji bahagian taubat, bila prof cerita banyak kali solat taubat tapi tak menangis pun...tetiba bila solat di luar negara (terlupa kat mana), tetiba dia mengalirkan tanpa henti....memang memberikan keinsafana pentingnya bersabar menunggu hidayah Tuhan...

Asnija said...

Shami,
Terimakasih sangat dengan perkongsian ilmu. Melaksanakan perkara kali pertama memang mudah, beristiqamah yang susah...hati senang sangat jemu...
Tetapi amalan perl dilakkan berterusan agar menjadi tabiat, membentuk akhlak dan nilai diri...

Syabas pada Syami...wanita itu kecantikannya bila dia menjadi isteri, dia solehah, bila dia menjadi ibu, dia mithali...