Friday, July 17, 2009

Sup tulang.

Sup tulang memang menjadi hidangan kegemaran keluarga saya. Ditambah pula dengan sambal kicap. Memang berpeluh anak-anak dan suami makan. Selalunya, selain nasi, ada juga bihun. Jadi mereka boleh memilih untuk makan nasi atau bihun sup.

Tapi hari itu, sup tulang satu periuk tidak luak...saya sebenarnya tahu mengapa tapi tidak tahu sebabnya.

Bila sup masih tidak luak hingga ke malam saya bertanya pada Nisha, "Tak sedap ye sup tu?"

Lama untuk Nisha menjawabnya. Setelah berulang kali saya bertanya, akhirnya Nisha menjawab penuh diplomasi, "Sup tu ok la jugak, tapi mungkin dah biasa makan yang Kak Ija punya kot...".

Itu jawapan Nisha yang membawa makna (sekurang-kurangnya apa yang saya dapat fahami) - sup Ija lebih sedap daripada sup saya (Ija ialah bekas pembantu rumah saya, baca tentang Ija)

Sedapnya sup Ija...saya yang mengajarnya memasak. Tapi hari itu, sup saya hilang powernya... Sebelum skill jadi betul-betul berkarat, saya mesti buat sesuatu...

4 comments:

cikgu mas said...

salam asnija

betul tu,kes macam ni tak leh jadi kn wat sesuatu..enggak boleh jadi gitu,air tangan ibu lebih hebat dr pembantu..

just nk share dgn u..

saya pernah baca buku betajuk rahsia disebalik asma alhusna..iaitu bagi seorang ibu yg ingin berdoa agar cinta kasih keluarganya sentiasa hebat dan mekar sepanjang hayat ketika memasak zikirkan nama tuhan Alwadud(yg maha mencintai)sepanjang masa ketika sedang memasak...insyallah sifat tuhan itu akan meresap ke urat saraf ahli keluarga,agar sentiasa cinta mencintai sepanjang hayat..wallahualam

Asnija said...

Thanks for the tips....tu le yang I terkedu kejap...sibuk pada benda yang tak sepatutnya disibukkan...benda yang kecil, tapi anak sangat observant..

tiniey_zach said...

air tangan ibu is stil d best!!

Asnija said...

Salam adk tiniey_zach,

betul-betul, apa yang emak masak semuanya sedap...walaupun ikut cara masak satu persatu, tapi tak jadi macam yang emak masak....sebab tu harap-harap anak-anak nanti merindu-rindu air tanganku....