Balik beraya di kampung suami, tapi duduk di homestay...
"Apasal nak duduk homestay pulak?" Kakak ipar mahu kami menginap di rumahnya. Ibu mertua tinggal dengannya.
Tapi saya dan suami ada sebab tersendiri. Rasanya sebab dan tujuan kami satu - agar mudah kami semua melepak-lepak. Jauh sekali untuk mengasingkan diri, atau "tak nak bercampur orang."
"Kitorang pun teringin nak jadi tuan rumah..." Itu jawapan simple suami.
Pilihan pertama di Kelebang Jaya. Rumah dan kawasan memang cantik, lapang dan sangat selesa. Tapi, feedback keluarga Ipoh, "Jauh tu..."
Akhirnya, mereka dapatkan kami homestay di batu 8 juga, sangat berhampiran dengan rumah emak mertua dan kakak ipar.
Suka....suka...
Tak lama kami check-in, kakak ipar datang bertandang.
"Wah, besarnya...cantiknya...."
"Jom kita buka puasa sama-sama...pot-luck..." Itu cadangan K.Long.
"Jom, buat kat sini, okay!" Saya mempelawa.
Jadi malam pertama kami "jadi tuan rumah"...
Malam Raya jadi sangat meriah. Kawasan depan rumah sangat lapang. Jiran sebelah bermain mercun dan bunga api yang hebat-hebat...ala-ala Olympik London 2012. Suasana jadi tersangat meriah. Riuh-rendah berkumpul adik-beradik, ipar-duai, sepupu-sepapat. Suami bertakbir keliling kampung. Tengah malam baru adik-beradik balik...no problem....rumah mereka kat berdekatan....
"Eh...rumah ni macam rumah korang pulak...terlupa homestay..." Komen K.Long.
"Esok malam jangan lupa sessi BBQ...confirm..." Pesan saya.
Esoknya kami bersiap ke masjid untuk solat raya dari "rumah sendiri". Lepas tu terus ke rumah adik ipar bermaafan dengan emak mertua. Then, balik rumah untuk sambung makan juadah raya.
Tuan rumah sangat pemurah, menghantar lemang sebatang siap dengan rendang ayam. Saya sempat masak nasi impit dan kuah kacang, dan beli rendang tok segera di Giant. Pagi Raya, kami kenyang dengan juadah Raya, betul-betul seperti beraya di rumah sendiri. Kemudian berposing sepuas hati, bermaafan dan bersalaman. Tenang, releks, dan privacy....
Malamnya...beraya dan makan sakan...sessi BBQ...
Kami jadi "tuan rumah" untuk kali kedua....
Jiran sebelah bermain mercun sakan, entah mana mereka dapat "bekalan". Kami bertepuk-tangan. Memang hebat bunga api mereka....
"Korang beli jelah rumah ni..." Saran abang ipar. Kami semua memang seronok sangat sama-sama melepak hingga larut malam.
Itu pelaburan besar...cadangan yang boleh ditimbang-timbangkan.
"You nak ke duduk Ipoh?" Usik suami. Itupun boleh ditimbang-timbangkan.
Kami di homestay selama 4 hari 3 malam. Sedih pulak bila nak balik.
"Next time kita duduk sini je tau, Bu." Zaid bersuara. Adik-adiknya sama bersetuju.
Seminggu kemudian, kakak ipar menelefon, "Bila nak balik Ipoh? Rumah dah ada, jom makan nasi arab macam buka puasa hari tu..."
Bukan sekadar nasi arab, mee kicap, mee rebus Ramli, nasi venggey, nasi ayam kampung, char kue teow...banyak yang tak sempat makan sebab kedai tutup sempena Raya...
Padah bila teringat...jadi teringin...
"Bila nak balik Ipoh?" Suami angkat kening...hairan mendengar soalan saya...
Pelik ke?

Pertama kali nampak... Terus jatuh cinta... |
Kawasan depan rumah sangat luas, tempat main mercun olympik... |
Nak sidai kain...no problem.. |
Sampai je..otak terus dapat idea... Ni best lepak BBQ nih... |
Ruang tamu selesa, bersih dan kemas. |
Ruang menonton dan makan. |
Dapur lengkap dengan peralatan. Periuk dan kuali besar, rice cooker, toaster, water filter, peti sejuk, pinggan mangkuk ...semua ada... |
Tak lama kami check-in, kakak ipar datang bertandang.
"Wah, besarnya...cantiknya...."
"Jom kita buka puasa sama-sama...pot-luck..." Itu cadangan K.Long.
"Jom, buat kat sini, okay!" Saya mempelawa.
Jadi malam pertama kami "jadi tuan rumah"...
Buka puasa hari last... pot luck...kenyang dan gembira... |
Tersandar...tunggu 2nd round... |
Macam rumah sendiri... |
Sessi menonton bunga api olympik London... |
Malam Raya jadi sangat meriah. Kawasan depan rumah sangat lapang. Jiran sebelah bermain mercun dan bunga api yang hebat-hebat...ala-ala Olympik London 2012. Suasana jadi tersangat meriah. Riuh-rendah berkumpul adik-beradik, ipar-duai, sepupu-sepapat. Suami bertakbir keliling kampung. Tengah malam baru adik-beradik balik...no problem....rumah mereka kat berdekatan....
"Eh...rumah ni macam rumah korang pulak...terlupa homestay..." Komen K.Long.
"Esok malam jangan lupa sessi BBQ...confirm..." Pesan saya.
Esoknya kami bersiap ke masjid untuk solat raya dari "rumah sendiri". Lepas tu terus ke rumah adik ipar bermaafan dengan emak mertua. Then, balik rumah untuk sambung makan juadah raya.
Tuan rumah sangat pemurah, menghantar lemang sebatang siap dengan rendang ayam. Saya sempat masak nasi impit dan kuah kacang, dan beli rendang tok segera di Giant. Pagi Raya, kami kenyang dengan juadah Raya, betul-betul seperti beraya di rumah sendiri. Kemudian berposing sepuas hati, bermaafan dan bersalaman. Tenang, releks, dan privacy....
Bergambar sakan.. |
Perasan...macam rumah sendiri... |
Malamnya...beraya dan makan sakan...sessi BBQ...
Kami jadi "tuan rumah" untuk kali kedua....
Jiran sebelah bermain mercun sakan, entah mana mereka dapat "bekalan". Kami bertepuk-tangan. Memang hebat bunga api mereka....
Adik beradik suami dan emak mertua.. |
sama-sama bakar... sama-sama makan... |
"Korang beli jelah rumah ni..." Saran abang ipar. Kami semua memang seronok sangat sama-sama melepak hingga larut malam.
Itu pelaburan besar...cadangan yang boleh ditimbang-timbangkan.
"You nak ke duduk Ipoh?" Usik suami. Itupun boleh ditimbang-timbangkan.
Kami di homestay selama 4 hari 3 malam. Sedih pulak bila nak balik.
Bergambar sebelum check-out... Nak balik Sabak Bernam pulak lepas ni... |
Sempat posing masa nak balik... Nanti datang lagi... |
"Next time kita duduk sini je tau, Bu." Zaid bersuara. Adik-adiknya sama bersetuju.
Seminggu kemudian, kakak ipar menelefon, "Bila nak balik Ipoh? Rumah dah ada, jom makan nasi arab macam buka puasa hari tu..."
Bukan sekadar nasi arab, mee kicap, mee rebus Ramli, nasi venggey, nasi ayam kampung, char kue teow...banyak yang tak sempat makan sebab kedai tutup sempena Raya...
Padah bila teringat...jadi teringin...
"Bila nak balik Ipoh?" Suami angkat kening...hairan mendengar soalan saya...
Pelik ke?
7 comments:
Assalam
Gud idea dan sgt lah bes kan....
Salam Mamawana,
Good idea kan...Tahun depan memang nak buat lagi....
Salam Nija,
Teruja tgk cara nija dan keluarga beraya..good idea, teringin jugak nak buat mcm ni, mak dan abah mertua pun dah takde, tapi tempat akak susah nak cari homestay sevantik ni.
Salam K.Sidah,
Apa khabar? Selamat Hari Raya, maaf zahir batin ye.
Memang tak sangka Raya macam ni meriah sangat, yang penting semua happy...
Selalu tu dok jadi tamu dan dijamu, tapi bila jadi tuan rumah, seronok sungguh. Tahun depan turn raya di Sabak Bernam...tengah merisik homestay jugak...
Homestay ni memang rezeki kitorang...dapat yang sangat selesa dgn harga diskaun...maklum tuan rumah kenal dengan adik ipar....
Yang penting dapat lepak-lepak dengan adik beradik...
Jumpa lagi...
salam ani,
best nyer baca citer ani 'beraya' kt homestay...
ani buat apa pun semua nya menjadi kan..
amat bertuah jadi ani
Salam Anonymous,
Terima kasih datang santai... Alhamdulillah setakat ini Allah tolong mudahkan banyak perkara. Kita ni okay je apa yang orang cadang...buat apa yang mampu dan have fun...santai-santai je...
(kenalkan le diri ye, siapa lah ni, kalau panggil Ani ni pasti kawan sekolah atau jiran-jiran...anyway thanks...)
salam Ani,
terima kasih pd respon... ingat kan Ani tak sudi nak respon atau mungkin tak baca komen yg diberi...
dah lama dok ikuti blog Ani, tp lebih kepada silent follower...last time pernah cuba utk komen, tp kena reject sbb perlu ada akaun or something like that..
tak sangka pulak komen kali ni bila submit, berjaya pulak... so kira rezeki lah ya..alhamdulillah..
seronok baca tulisan Ani...bijak Ani menyusun kata2, amat bernas idea yg Ani utarakan... secara tak langsung, diri ini turut dimotivasikan oleh apa yg ditulis oleh Ani... terima kasih byk2... teruskan berkarya kerana insan ini akan terus mengikutinya dari jauh...
Post a Comment