Friday, September 4, 2009

Mencintaimu....

Istilah cinta mempunyai magiknya yang tersendiri. Dari mata turun ke hati… Ada cinta pertama, ada cinta terakhir, ada cinta yang abadi. Manisnya cinta, mengubat segala rasa rindu di hati. Kuatnya cinta, sehinggakan boleh menyuntik semangat dan motivasi. Indahnya cinta, bagaikan segala cabaran dan kekurangan boleh diatasi.

Diri mudah tersenyum, hati berbunga bahagia. Semua kerja menjadi, semua perkara terlaksana. Hidup bagaikan amat sempurna. Magiknya cinta!

Suami kekasih pertama dan dialah cinta yang terakhir. Dia datang ketika semua perkara sedang kekurangan. Hidup terkontang-kanting di perantauan, hati kesepian tanpa keluarga, cabaran pengajian yang meresahkan, laluan hidup yang cukup berbeza dari biasa. Susahnya untuk solat, susahnya nak makan, susahnya menempuh dingin salji….

Hanya satu panggilan bertanya khabar membuatkan hati rasa sayu, kerana ada yang masih ingin tahu dan memahami. Perkongsian masalah rupanya amat boleh meringankan susah. Hati sentiasa terbuka dengan perhatian yang diberikan, walau jauh teramat, tapi begitu melindungi. Cinta datang kemudian, perlahan, mengambil masanya sendiri. Masa selepas berkahwin lebih panjang, tentu ada ketikanya, cinta akan berkunjung juga…

Mengahwininya, lebih kuat bila semua rakan memberi kata positif, apatah lagi rasa hati amat mendebarkan. Tiada sebab untuk berkata tidak. Tiada alasan untuk terus menunggu. Juga, tiada jawapan untuk berkata ya kerana bimbang hati ibu dan bapa yang perlu dijaga. Lama cuba memahami keinginan hati sendiri. Beristikharah….wajah itu juga yang sering muncul. Mengahwininya? Sebab peribadi yang utama… Pertama, menghindari dosa agar tidak membebankan keluarga. Kedua, dia sahabat yang amat karib dan teristimewa...besar hati bila dia bakal menjadi kekasih. Dia melindungi, dia memahami, dia melengkapi. Ketiga, tidak sabar untuk mencintainya.

10 tahun menunggu…akhirnya cinta itu hadir selengkapnya! Mencintainya kerana Allah, rupanya lansung bukan untuk menerima, tetapi memberi kesemuanya...sepenuhnya….seadanya! 5 tahun terakhir ini…menikmati erti sebenar cinta, bila sahabat itu akhirnya menjadi suami….hidup yang turun naik menyukarkan diri memahami nilai cinta yang sebenar....sabar nya dia amat dikagumi...hati sangat berbunga...

Buat semua rakan-rakan bloggers, semua jawapan merupakan ilmu yang tidak ternilaikan. Perasaan dan pengalaman yang amat benar dan tulus dari hati, perkongsian yang teramat-amat dihargai....

Buat Pizah, jawapan akak yang dulu sudah tidak relevan. Kahwinilah dia atas nama Allah sebenarnya! Cintailah dia kerana Allah! Berkhidmatlah sepenuhnya atas nama ibadah, usah sekali-kali menuntut, usah juga mengungkit. Love is of course….a verb!

Selamat menempuh alam perkahwinan adikku!

32 comments:

Asnija said...

Aduhai Dik Hanis,

Alam baru itu banyak ranjaunya...susah perjalanannya...payah laluannya....tetapi laluan inilah juga yang menjadi jalan pintas ke syurga...

Asnija said...

Aduhai Cik Imran,

Bilakah kali yang terakhir kau ucapkan sayang
Pada insan yang setia berkongsi susah dan senang
Luahkan isi hati, andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir

Lihatlah saja isterimu berkorban separuh nyawa
Demi menjamin kebahagian anak dan suami tercinta
Buktikan padanya pilihan jodohmu tepat
Sebelum semua terlewat

Lafazkan rasa cinta...andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir

Asnija said...

Aduhai Dik Mas,

Dina dan Marwan itulah anugerah cinta...
Harta amat berharga...
Yang akan ditinggalkan...
Dan mendoakan...

Asnija said...

Aduhai Cik Lie,

Kebolehan untuk mencintai merupakan suatu anugerah...
Kebolehan untuk memberi merupakan suatu amanah...

Di hujung nyawa...perlu ada yang boleh mendoakan...yang boleh meringankan...

Asnija said...

Aduhai Dik Shami2,

Jadilah...
Yang mempercepatkan langkahnya...
Yang mempermudahkan laluannya...
Yang meringankan bebanannya...
Yang memastikan kejayaannya...
Yang menyinari syurganya...

Asnija said...

Aduhai Rezeki,

Bersama ketika susah, ketika senang...
Menghargai...jangan sekali dilupai...

Asnija said...

Aduhai Noor,

Menyusuri laluan yang panjang...
Maknanya hanya ditemui dihujung jalan...
Hanya jauhari mengenal manikam...

Asnija said...

Ayah Zain yang dihormati,

(Mungkin ini suara hati Mrs Zain)

Kau jadikan aku ini
Wanita yang kau pilih
Untuk jadi kekasihmu...

Dan kau pun telah aku pinta
Untuk setia bersamaku
Hingga waktunya tiba...

aznaz said...

salam Datin Asnija..

Cinta ku sekrang hanya pada yang SATU shaja..


waslam

Imran Paris said...

Aduhai Datin....saya terpegun membaca catatan tulus seorang bernama isteri. Byk ingin saya tintakan di sini...nanti ye Datin, nak gi Terawih ni.

Terima kasih atas kata2 semangat dan nasihat. Bunga...biar sekuntum setiap hari dr sejambak bila dia tiada di sisi, buat saya termangu seharian hari ini.....small thing that i never realised b4. Manay THANKS to u Datin.

CM said...

Datin

Aku membaca dan meneliti catatanmu dengan rasa sebak didada....yup seringkali senyum dua permata hati menjadi penawar pada kekeliruan dua hati yang mencari makna pada cinta yang pernah 2 hati itu agungkan....

Anonymous said...

salam kak nija,

Ya Allah...syahdunya hanis baca catatan & pesanan2 akak ni..senungguhnya masih jauh perjalanan hidup ini..sentiasa menyedari diri ini sentiasa perlu belajar & bimbingan..terima kasih akak kerana sudi menjadi salah sorang pembimbing hanis dalam mengeri erti sebuah kehidapan, cinta dan sebagainya.

YaTiNordiN said...

Maklong, mendalam sungguh maksud N3 ni.syahdu membaca nyer..wajib suruh khalid membaca ni.A good guide for us untuk menghayati erti sebenar sebuah perkahwinan.

"Love is the thing that enables a woman to sing while she mops up the floor after her husband has walked across it in his barn boots"

Noor said...

Dear Datin.. As Salam,

dalam ku meniti kehidupan.. ku tempuhi pelbagai dugaan.. namun ianya mengajar diriku agar lebih tabah menghadapinya..

Perjalanan ini
Terasa sangat menyedihkan
Sayang engkau tak duduk
Di samping ku kawan
Banyak Cerita
Yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering bebatuan

Oh... Oh... Oh...

Tubuhku terguncang
Di hempas batu jalanan
Hati tergetar menatap
Kering rerumputan
Perjalanan ini pun
Seperti jadi saksi
Gembala kecil
menangis sedih

Oh... Oh... Oh...

Kawan coba dengar apa jawabnya
Ketika dia kutanya mengapa
Bapak Ibunya telah lama mati
Ditelan bencana tanah ini

Sesampainya di laut
Kukabarkan semuanya
Kepada karang kepada ombak
Kepada matahari
Tetapi semua diam
Tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri
Terpaku menatap langit

Barangkali di sana
ada jawabnya
Mengapa di tanah ku terjadi bencana
Mungkin Tuhan mulai bosan
Melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga
dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan
Bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada
Rumput yang bergoyang

Oh... Oh... Oh

psstt.. dimanakah jauhari ku???

Ayah Zain said...

Salam Asnija,

Di pagi hening ini ayah zain betul-betul terharu, begitu emosi dengan kata suara hati insan bernama isteri. Ala U ni datin, buat lelaki jadi x macho la pagi-pagi nih. U all tengok tak bila Dato jalaludin hasan menangis dalam drama , ngeh ngeh ngeh.

Memang betul la tangan yang lembut mengenjut buaian boleh mengoncangkan dunia. Tengoklah berapa ramai lelaki yang tewas di tangan perempuan yang dijadikan daripada secebis anggota tubuh lelaki ini.

Ingat lah wahai semua lelaki beware of lady, woman, girl ...

Tetapi tanpa perenpuan lelaki tidak boleh bernyawa. Lihatlah berapa ramai lelaki yang mencari ganti walaupun tanah persemadian isteri masih merah. huh dasar lelaki.

Ayah zain pernah tanya ibu ayah zain, emak tak mahu kawin ke lagi? masa tu ayah dah 3 tahun meninggal dunia. U all tahu apa jawapan bonda tercinta? BUEK APO NAK KAWIN, MENYUSAHKAN AJE. fuhyooooo, pedih! hati macam dihiris sembilu. Rupanya suami ini menyusahkan isteri ke? Kau jawab imran.

Itulah fitrahnya lelaki tanpa wanita. Lelaki ingin dikelilingi oleh wanita. Siapa dia lelaki yang tidak mahu kawin lebih daripada satu? mai habak kat ayah zain.

Namun ayah zain tetap setia dengan mrs zain. Kawin lah kamu 2, 3, atau 4 tetapi kalau kamu takut tidak boleh berlaku adil, cukuplah satu. Ini yang ayah zain pegang.

ayah zain pernah tanya mrs zain, boleh ke ayah zain kawin lagi? Dia kata boleh asalkan dapat kereta mercedis mata belalang satu, kondo setengah juta satu. Ha apa maknanya tuhhhhhhh" Lu pikir la sendiri.

CL memanglah kita ni mencari cinta yang satu namun fitrah insan mesti dipenuhi juga. Namun terserah pada empunya badan dan rajin-rajinlah berpuasa sunat. Insya Allah.

Ayah Zain said...

salam asniza:

Mencintaimu

Mencintai mu
Seumur hidup ku
Selamanya
Setia menanti

Walau di hati saja
Seluruh hidup ku
Selamanya
Kau tetap milik ku (mrs zain lah, siapa lagi)

( korus )
Hanya satu yang tak mungkin kembali
Hanya satu yang tak pernah terjadi
Segalanya teramat berarti di hati ku
Selamanya...

Mencintai mu
Seumur hidup ku
Selamanya
Kau tetap milik ku

p/s kalau kita mencintai isteri/suami, dia akan meninggalkan kita, kalau kita mencintai anak, anak-akan akan pergi juga, harta dunia? lagi cepat hilang ,,,,,,,,,,,,
hanya mencintai Allah, ia akan kekal selama-lamanya.
Jadi ngan lupa ingatkan Alllah sama ada pagi, petang atau malam, berzikirlah, ucaplah La ilaha illa Allah

CM said...

salam...

aduuuuuuh,ayah zain oooiii,dirimu menyebabkan CM meroyan bagai,,,hahahaha,tu dia !!!!!lagu dia ..mak datok..."MENCINTAIMU".....

Nape lah ayah zain tak lahir thn 1975,????kalau ya ku kejarmu sampai dapat,romantik gaban tu kawan2..hahahaha...bravo ayah zain...cheq tabik spring,cik lie tak boleh lawan ni!!!!

Imran Paris said...

DATIIIIIN.....cepat baca komen En Li dgn Hanis kat blog Senyuman Harapan.....wah dah berani dah la ni, esok2 kena buat press conference ni ala2 CT dan Dato' K....cepatttt

Asnija said...

Salam Cik Lie,

Memang...cinta abadi ialah cinta pada yang SATU...selamanya DIA tidak akan lupa pada janji...kasihNya tak akan pudar...memang itu yang dituntut, cintakan Dia, dan KekasihNya...

Cik Li beruntung kerana sentiasa di rumahNya dan amat dekat dengan kekasihNya...

Pasti ada sesuatu yang Cik Lie buat dalam hidup sebelum ini, hingga mendapat rahmat sebegitu besar...

Asnija said...

Cik Imran,
Sungguh tak sangka...heh..heh...saya dah buat Cik Imran termenung ke? Petang tu balik beli bunga tak? Kalau seumur hidup jarang belikan Mrs Imran bunga, pastinya bila petang semalam dia dapat bunga dia akan tertanya-tanya...kekanda ni ada buat salah apa ni pada dinda? ataupun dia akan tanya, eh! kanda ni buang tebiat ke?

Kalau dia punya respon cam tuh...itu tandanya, kenalah selalu kasik bunga lagi...

(bunga dan orang pompuan...penangannya cukup besar...Mrs Zain suka bunga apa dan warna apa? Tahu dak? Jangan silap kasik bunga....)

Asnija said...

Salam Mas,

Memang kita ni, kadang-kadang confuse dengan masalah yang dicarik sendiri...sejukkan bila tengok muka anak-anak....

akak kan bila hati tengah tak tentu hala gelodak nyer...ku renung gambar-gambar masa nikah...meleret nyer senyuman ku masa tu...dan meleret nyer senyuman suamiku juga...hati jadi sejukkkkk.....coba laaa....

Asnija said...

Cik Hanis,

Dinda, makin kita belajar, makin banyak yang kita tak tahu...kita bukan nak jadi perfect, kita cuma nak melengkapkan...

ehmmm...kalau dah perhubungan tu penting...aktiviti yang melibatkan orang tu jadi penting sama tau...(sebab tu doa hanis nak kan si dia yang ada minat yang sama...penting tu..) Contohnya kan...kalau dah dia minat asam pedas, belajar sampai super terror masak asam pedas jadi penting sama...

Asnija said...

Aikk Along....ko pun mengikuti blog ku ini???

The first 5 years pertama berkahwin ni...sangat critical....hidup bukan saja boleh berkongsi senang, yang penting sanggup berkongsi susah...

Kalau Khalid berani bermain api...nanti maklong piat telinga dia sampai berapi...tak de lah si khalid tu, mat jiwa-jiwa habis dia tu...helplessly in love with you...tapi sebenarnya kan...mama mu lah yang menjadi sumber inspirasi ku...(jangan cakap ngan mama!)

(eh...tahu tak citer terkini...pak long baru gantikan city mak long ke ford focus...kejutan di anniversary ku...)

Asnija said...

Salam Noor,
Best la Noor ni...melawak best, merapu best, bergurindam pun best...

la...kehilangan jauhari mu...cuba carik kan estet...tertinggal kat situ kot pagi tadik....

(nanti kita sembang panjang kat Bangi kopitiam ngan Mas, ngan Hanis...)

Asnija said...

Ayah Zain,
Romantis nyer...tunjukk dak depan Mrs Zain? Kena tunjuk tauu...ni mesti pasangan yang sentiasa jalan berpegang tangan...sukalah Nija tengok pasangan senior yang jalan berpegang-pegang tangan...

Mas pun dah tergoda ngan ayah zain tu...memang pasti akan memberi motivasi kat Cik Lie...

(orang lelaki kan....kalau nangis...you all kata hilang macho kan....tapi orang pompuan kata...waduhhh....macho..nyer....makin nangis, makin handsome...vulnerable gitu...lagi kalu nangis masa kat sejadah....cair hatiku...Nija bila tengok shah rukh khan nangis depan kajol...Nija ikut nangis meraung-raung...handsome nyer...)

Atikah said...

Salam Kak Nija,

membaca n3 akak nie, buat saya merenung kembali msa lalu... kenapa sering kali kecawa.... saya tersedar sesuatu... usah di kejar cinta semata dalam perhubungan... Perhubungan yang terjalin tanpa cinta juga ada manisnya, akan hadir jua raca cinta itu akhirnya... Cinta yang hadir selepas perkahwinan tentunya lebih manis dan lebih bererti kan kak... menyebabkan kita lebih erti sebuah perhubungan... lebih menghargai pasangan....

Asnija said...

Cik Imran,
dah gi dah kat rumah hanis...tu pun kira macam press conferens...gempak la citer cinta diorang tu...cinta mekah gitu...kira versi lanjutan drama cinta madinah tu...

(hanis ni tengah sibuk ngecat nih...sambil nyanyi lagu jejaka idaman...)

Asnija said...

Along...
Warning ni....jangan beritau mama...
Dialah sumber inspirasi ku masa time belajar (dialah orang pertama skor SPM kat kampung...bangun subuh tu belajar), dan sumber inspirasiku jadi isteri solehah..

(janji...jangan beritahu mama! jangan beritau alamat blog ni kat dia...kat FB tak pe...heh...heh..tak sanggup...)

Asnija said...

Salam Atikah,
Betul tu...mencintai dia kerana Allah, lebih besar maksudnya...menerima kekurangan seadanya...kitapun tak perfect...

Akak suka satu tajuk cerita kat Hallmark...Love Comes Softly...

rezeki said...

Salam Datin,
semua ramuan dan resepi perkahwinan ada dalam komen2 diatas. Untuk menjadikan resipi perkhwinan itu menjadi menu yg sangat lazat sehingga sekali makan nak lagi, bak kata kfc sehingga menjilat jari, "tukang masak dan pembantunya" mestilah berganding bahu dan memainkan peranan masing2 sebaik2nya, jika ada kesilapan saling tegur-menegur, sedia mengaku kesilapan dan cuba memperbaikinya , tolak ansur, bertimbang rasa, saling menghargai, insayallah menu tersebut akan menjadi menu terbaik disamping terus berdoa dan bertawakal.
Insyallah.

p/s : sekali makan nk lagi bukan membawa maksud nk kawin lagi ye kik kik kik

Asnija said...

Rezeki,
Nasib baik you buat nota kaki pasal maksud sebenar sekali makan, pasti nak lagi...saya dah mengurut dada tadi....ish rezeki nih...

alah...sekadar salah silap sikit-sikit tu, pejam mata je lah...tak yah bising-bising kan...pasangan kita pun ada kekurangan, kitapun bukan nya perfect...

Setuju 100% cakap rezeki! Orang berpengalaman kan...

Asnija said...

Cik Imran,
Yup...you are the luckiest man on earth..20 tahun penantian tu....hebat nyer cinta pertama you...kalau dah jodoh, memang tak kemana.

Best tau kalau Mrs Imran refer everything kat Cik Imran...tu maksudnya dia menghormati sesangat Cik Imran....you are the king man! Kan best dilayan macam raja tu...

Alah..tak hebat mana kekuatan dalaman tu...cuma ingin berterus terang...I respect giler dengan my hubby sebenarnya, macamanalah dia boleh sabar macam tu...bodoh la kalau saya tak jatuh cinta kat dia...so, I just decide to fall in love with him...tu je...and of course, knowing that love is a verb, really helps...buat je lah...

sebab tu kasih ibu sejati pada anak-anak nyer...sebab banyak sangat verb nya, mengandungkan,melahirkan, menyusukan, memandikan, menyuapkan, berjaga malam...

kalau Mrs Imran baca nota Cik Imran nih...terbang tinggi dia ke alam fantasia bulan madu...(beli bunga untuk Mrs bukan kos tau...tapi investment...ha...hah...)