Wednesday, June 30, 2010

Things you can't miss!

Minggu lepas, balik saja dari meeting di Shah Alam, satu kotak besar sudah berada di atas meja. Wah, yang ditunggu dah tiba!



Inilah sebab kesibukan saya 2-3 bulan yang lepas. Kerja inilah yang membuatkan saya sentiasa berjaga malam. Bila berkelip-kelip handphone saya, dan nombor Fatin PTS yang keluar, berdegup-degup jantung jadinya. Masakan tidak, kena “berlari pecut” menyiapkan semakan dan suntingan terjemahan untuk ketiga-tiga buku ini. Bila 3 hari berderet-deret ada program, Jumaat pula sudah berjanji dengan Fatin, alamatnya saya mengadap draf terjemahan sampai ke pagi. Terima kasih kepada Fatin kerana bersabar dengan saya. Staf PTS memang profesional belaka. Syabas!

Ketiga-tiga buku ini merupakan buku yang ditulis oleh bos besar saya, Dr Stephen R.Covey, dan merupakan terbitan FranklinCovey. PTS Publishing telah ditugaskan untuk menterjemahkan buku-buku ini, dan saya pula ditugaskan untuk menyemak dan menyuntingnya dari sudut kandungan supaya selaras dengan kurikulum FranklinCovey.

Sebagai pembaca blog ini, anda semua boleh mendapatkan potongan harga dan pakej istimewa sempena pelancaran edisi Bahasa Malaysia untuk buku-buku ini:


  1. Diskaun sebanyak 20% akan diberikan untuk semua buku-buku ini dengan kos penghantaran percuma. Tawaran ini sah sehingga 3 Ogos 2010 sahaja!
  2. Beli ketiga-tiga buku ini, dan dapatkan jemputan sebagai tetamu istimewa FranklinCovey Malaysia ke Program The 7 Habits of Highly Effective People Signature (Versi Eksklusif dalam Bahasa Malaysia) di Petaling Jaya pada 12-14 Julai 2010. Ini merupakan peluang anda untuk menghadiri program ini dengan percuma, termasuk semua pakej lengkap program yang ditanggung sepenuhnya oleh FranklinCovey Malaysia. (Nilai pakej program ini ialah RM 2,200 seorang, jadi anda tidak boleh melepaskan peluang keemasan ini!) Sila hantar pesanan belian untuk ketiga-tiga buku ini sebelum 5 Julai 2010, dan dapatkan jemputan tersebut dengan segera.
  3. Kepada guru-guru sekolah, dapatkan naskhah percuma buku The Leader in Me untuk perpustakaan sekolah anda. Terhad kepada 15 sekolah yang terawal sahaja.

Untuk pesanan dan pertanyaan, anda boleh menghubungi PA saya, Nurul, di 03-79551148. Anda juga boleh menghantar emel ke nurul@franklincoveymalaysia.com



PREDICTABLE RESULTS IN UNPREDICTABLE TIMES
Bagaimanakah anda dan organisasi dapat kekal sukses setiap saat? Jawapannya terdapat dalam buku ini!

Sem. Malaysia: RM 23.00
Sabah/Sarawak: RM 26.00
Harga selepas diskaun 20%: RM 18.00




GREAT WORK, GREAT CAREER
Ketahui rahsia meraih kerjaya yang anda idamkan selama ini! Genggamlah impian anda, dan capailah kepuasan dalam kerjaya demi masa depan yang hebat untuk anda dan keluarga.

Sem. Malaysia: RM 23.00
Sabah/Sarawak: RM 26.00

Harga selepas diskaun 20%: RM 18.00


THE LEADER IN ME
Ketahui cara-cara terbaik untuk mempersiapkan anak-anak kita agar sentiasa pandai berfikir sendiri, berdikari, mengambil inisiatif dan bekerjasama. Pencapaian akademik semata-mata tidak akan mencukupi. Terapkan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk anak-anak kita berjaya mengharungi cabaran hari ini dan masa akan datang yang lebih kompleks dan di luar jangkaan. Kemahiran-kemahiran tersebut terkandung dalam buku ini!

Sem. Malaysia: RM 26.50
Sabah/Sarawak: RM 29.50
Harga selepas diskaun 20%: RM 21.00

Cara-cara untuk membuat pesanan:

  1. Hubungi Nurul melalui telefon atau emel untuk mendapatkan Borang Pesanan.
  2. Isikan maklumat dalam Borang Pesanan.

  3. Buat pembayaran secara online ke HSBC Bank, atas nama Leadership Resources (Malaysia) Sdn Bhd, No. Akaun 302558879001.

  4. Kemudian, faks Slip Bayaran dan Borang Pesanan yang telah lengkap kepada: Nurul, No. Faks: 03-79552589.

Nota:


Kepada guru-guru sekolah yang ingin mendapatkan naskhah percuma buku The Leader In Me untuk perpustakaan sekolah mereka, hanya ikuti langkah No. 1 dan No. 2. Kemudian faks Borang Pesanan kepada Nurul, di nombor faks yang sama.

Semua penghantaran akan bermula 5 Julai 2010.
Untuk sebarang pertanyaan dan bantuan, sila hubungi Nurul di talian 03-79551148.


14 comments:

yongzu @ 9W2YZU said...

Salam,

Menariktu....dan saya tertarik :) Will contact you ASAP.

kak su said...

Salam Asnija

Alhamdulillah...dah lama akak admire dgn 7 habits nii...

Satu order, satu site ker???

Insyaallah akak akan usahakan.

TKVM kerna prihatin.

Wslm

Naz Mohamed said...

Salam Nija,

Wow, teruja bangat sih dgn offer menjadi tetamu jemputan ke seminar. Kalau beli ketiga2nya dalam versi Bahasa Inggeris, boleh jadi tetamu jugak ke? Cadang nak beli yg versi Inggeris punya.

Asnija said...

Salam semua,
Tawaran ini untuk promosi buku edisi Bahasa Malaysia ini sahaja.

Sila hubungi PA saya, Nurul terus, kerana saya tiada di pejabat buat minggu ini kerana mengendalikan program di luar.

Terima kasih.

yongzu @ 9W2YZU said...

Terima kasih kerana diberi peluang untuk mendapat jemputan :) Sedang dalam proses untuk mendapatkan kebenaran ... ;) TQ

Adlie Syamsudin said...

Assalamualaikum,

Saya cukup bersyukur kerana Puan Asnija sanggup bersengkang mata menyunting terjemahan saya dan Puan Normah. Isteri saya baru sahaja beritahu mengenai acara ini dan hasratnya mahu pergi. Harap-harap sempatlah memandangkan sudah hari terakhir. Syabas kerana mengadakan promosi yang begitu menarik! Saya sangat berbangga dapat bekerjasama dengan FranklinCovey dan mendoakan hanya yang terbaik bagi semua yang di sana.

Asnija said...

Salam Semua,
Terima kasih atas sambutan yang amat sangat menggalakkan. Jutaan terima kasih atas sokongan semua.

Hari ini, PA saya tak menang tangan menyiapkan penghantaran buku batch pertama dan surat-surat jemputan kehadiran ke program.

Saya berharap, anda akan menerima semua buku-buku tersebut menjelang Hari Rabu ini. Kepada guru-guru sekolah dan pegawai di Jabatan Pendidikan, saya sertakan sekali satu naskhah buku khas untuk perpustakaan sekolah/jabatan anda sebagai rujukan.

Saya juga teruja untuk bertemu anda semua di program minggu hadapan. Saya percaya, mereka yang mendaftar untuk program telahpun menerima email dari Nurul berkenaan Penanda Aras 7 Tabiat (7 Habits Benchmark). Saya galakkan anda untuk menjalankan benchmark tersebut kerana akan memberi satu laluan ke arah pelan tindakan selepas program ini.

Saya jamin anda akan berasa ini merupakan pelaburan yang paling berbaloi.

Gunakan ini untuk menambah manfaat kepada kehidupan peribadi dan sumbangan anda kepada organisasi masing-masing selepas ini.

Selamat berkursus!

Wassalam.

Asnija said...

Salam Adlie,
Syabas saya ucapkan atas terjemahan yang sangat baik.
Saya juga berharap Adlie dapat meneyrtai program ini bersama isteri.

Orang kuat PTS juga akan turut sama. Hubungi Nurul untuk menghadirinya ya!

Semoga kita akan terus bekerjasama.

ps: Fatin sudahpun merisik tajuk-tajuk buku...nampaknya saya akan tidak tidur malam lagi!

Wassalam.

Naz Mohamed said...

Salam Nija,

Alhamdullillah, buku telahpun saya terima sebentar tadi. Terkejut juga krn Nurul janji hantar selepas 8hb. Well done, under promised over delivered. W/pun pd asalnya nak cari versi BI, namun sebagai tanda sokongan kepada penterjemah & penyuntingnya juga, saya cuba2lah baca versi BM.

Semoga industri ilmu di M'sia terus hidup subur.

Naz Mohamed said...

Salam sekali lagi Nija,

Semalam dah terima buku yg dipesan. Tak sangka dpt semlm sb Nurul kata lepas 8hb deliver. WOW! thumbs up to her. Start baca 'Leader in Me' dulu. Pd pendapat saya, semua pihak (ibubapa, guru, pihak kementerian dll) perlu baca buku ini.

Cadangan asal nk beli versi BI, tapi tukar fikiran beli versi BM sebagai sokongan kpd penerbit, penterjemah & penyunting.

KUDOS to everyone.

p/s Nyesal pulak tak regidter untuk seminar percuma.

Asnija said...

Salam Semua,

Tawaran 3 buku dan peluang menghadiri program 7 Tabiat percuma telahpun berakhir. Semua tempat duduk telahpun penuh dan kami memohon kemaafan kerana tidak dapat memenuhi permintaan yang masih kami terima bertali arus.

Minat dan perhatian daripada semua kami amat menghargainya, dan mengucapkan ribuan terima kasih.
Semoga kita akan berjumpa di peluang yang lain.

Wassalam.

Ps: Potongan harga buku dilanjutkan sehingga 31 Ogos 2010.

Asnija said...

Salam Ina,
Alhamdulillah buku dah selamat sampai. Buku The Leader in Me memang banyak memberi idea bagaimana untuk melihat pendidikan dari sudut yang berbeza. Saya cadangkan Ina pergi ke laman web The Leader In Me:
http://www.theleaderinme.org/

Jangan lupa untuk melihat video clip, dan dengar bagaimana suara kanak-kanak ini bercakap tentang Be Proactive, dan pemikiran mereka tentang homework dan pelajaran mereka.

Selamat membaca!

ps: Nurul ada beritahu dia telah tawarkan Ina untuk hadir ke program memandangkan Ina cuma perlu beli satu saja buku lagi. Mungkin rezeki Ina di lain ketika nanti.

Wassalam.

yongzu @ 9W2YZU said...

Salam Puan,

Insya'Allah kita akan berjumpa pada minggu depan. Alhamdulillah. Rezeki melimpah ruah nampaknya....bukan setakat mendapat kebenaran untuk pergi tanpa memohon cuti, dapat sokongan dari segi penginapan dan perjalanan lagi dari pihak berkenaan.

Ditambah lagi, bukan seorang tetapi kini berdua mendapat tawaran dari pihak puan. Terima kasih sekali lagi.

Adlie Syamsudin said...

Assalamualaikum,

Program 7 Tabiat yang Puan Asnija jalankan hebat sekali. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada Puan yang sudi berkongsi ilmu, Nurul dan rakan-rakannya yang membuatkan kami semua rasa cukup dialu-alukan dan dihargai, dan semua rakan-rakan peserta yang saya harap dapat dijadikan sahabat yang berkekalan. Selain beremel boleh juga YM saya; adlie123.

Ps. Semalam saya tidak sempat pula bergambar dengan Cikpuan Nurul yang dikasihi. Terima kasih sekali lagi.