Thursday, July 22, 2010

Things we learn from mistakes...

Tidak penatkah? Tidak jemukah? Ramai yang sering bertanya saya begitu.


Memang tidak pernah penat, dan memang tidak pernah jemu bila sentiasa berpeluang mempelajari perkara yang baru. Apabila bertemu dengan ramai orang dengan 1001 macam pengalaman yang berlainan, dapat pula melihat sudut pandangan yang berlainan dan idea yang berlainan memang cukup mengujakan. Saya mempunyai kelebihan untuk terus-terusan belajar dari kisah dan cerita sebenar. Dan saya merasakan ianya satu keistimewaan.


Semangat terasa berkobar-kobar bila mendengar cerita orang-orang yang berjaya, kagum dengan kesungguhan dan semangat mereka yang rajin berusaha. Malahan, saya paling suka mendengar dan berkongsi cerita-cerita tentang kesilapan dan kegagalan yang mereka lalui. Saya mendengar bagaimana mereka bangun dan memperbaiki keadaan, dan lebih jauh mara kehadapan selepas setiap kesilapan. Belum pernah sekalipun, saya berjumpa dengan orang yang pernah tersilap di masa lampaunya, dan keadaannya semakin teruk selepas kesilapan tersebut. Apa yang sering saya lihat, mereka yang pernah tersilap dan tersalah ini, keadaan mereka jauh lebih baik, mereka jauh lebih matang, lebih berkeyakinan, dan lebih berkembang...


Ada yang tersilap hingga melibatkan berpuluh juta ringgit, bukan pula duit sendiri, tetapi duit syarikat. Ada yang tersilap perhitungan hingga kerugian peluang kerjaya yang hebat. Ada yang tersilap kerana ceteknya ilmu dan pengalaman. Ada yang tersilap pertimbangan hingga terlepas pandang perkara yang terbaik. Ada yang tersilap dalam membuat keputusan kerana dipengaruhi perasaan dan keadaan dan ada juga yang melakukan kesilapan serupa sebagaimana yang pernah saya lakukan. Rupanya kesilapan juga boleh berbentuk “universal”...


Dan saya mendengar bagaimana mereka jatuh, dan bagaimana mereka bangun. Saya mendengar apa yang mereka pelajari dari setiap kesilapan tersebut. Saya adakalanya melihat airmata penyesalan dan keinsafan menitis walau cuba disembunyikan. Merekalah guru sebenar, cerita mereka suatu realiti dan saya rasa bertuah kerana tidak perlu melalui laluan yang sama dan mengulangi kesilapan yang sama kerana mereka telah mengajar saya. Panduan itu terlalu amat berharga, dan memberikan jalan pintas buat saya.


Mereka semua telah membuktikan bahawa sememangnya ada kehidupan selepas setiap kesilapan. Bila tersilap, akuinya, perbaikinya dan ambil tanggungjawab sepenuhnya. Tak mungkin kita dapat menjadi insan yang sempurna, cukuplah sekadar menjadi insan yang berguna...


Lagipun, “To err is human...”


Berikut merupakan gambar-gambar dari program yang lepas, banyak sungguh yang saya pelajari dari mereka...

(Sessi ini juga memberikan kami peluang untuk menguji sejauh mana peranan 'new social media' dalam sudut perniagaan.  Apa yang kami pelajari, usahawan tidak boleh lagi memandang ringan tentang kepentingan 'new social media' ini.)

Hari ketiga program, para peserta sudah sangat mesra
antara satu sama lain... Sessi terkini merupakan sessi istimewa
sempena pelancaran buku-buku FranklinCovey
dalam edisi BM. Para peserta juga ramai daripada
pembaca blog ini. Ada yang anda kenal?

Apa yang kita ada, sama pentingnya dengan apa yang
orang lain ada...
 
 
 
 
 












 
 
 
Bila GM salah, AGM pun ikut salah, akhirnya satu organisasi
terus jauh tersasar...
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Syabas! Kumpulan kita yang pertama dapat menyelesaikan
masalah sukatan susu yang K.Su perlukan...
(Tak sangka pulak dapat merasa muffin istimewa Adlie...
beliau merupakan penterjemah ketiga-tiga buku
yang saya ceritakan di entry sebelum ini.)
 
 
 
 
 
 
 
 
Masalah lebih mudah diselesaikan bila 'subconscious mind'
mempunyai point of reference yang betul.
 
 
 
 
 


Sessi makan...senyum melebar...
 
 
 
 
 
Senyum melebar yang berterusan...
 
 
 
 
 














Ribuan terima kasih atas sokongan dari anda semua.
Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan.
Terima kasih atas semangat yang ditunjukkan.

Thank you for the privilege to be of your service...
Thank you for your trust in us...
Thank you...thank you...

14 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Asnija

saya kenal seorang drp mereka
ai itu Zainudin (AZ)

saya baru jumpa dia malam minggu yg lepas, seperna hari ulang tahunnya di rawang

Wassalam

sinomosa said...

Salam Kak Nija,

Sy kenal dua orang dari mereka..
AZ dan Kak Chiq hihi..

ain ismail said...

Salam kak,

Satu coretan yg sangat saya setuju, pengalaman merupakan guru yang terhebat. Bila jatuh mesti bangun balik. I'm climbing up now....hehe!

p/s: Tak dapat attend seminar hari tu sbb still dalam pantang, but really looking forward for next year's seminar....boleh jumpa akak!

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam datin,

kak nab agak2 ler...AZ tuu..

Kak Sidah said...

Salam Nija,

Belajar melalui kesilapan lebih bererti dan lebih bermakna..dan seronok bila bangkit semula..berjaya..

Kak Nab tu betul laa AZ dia org join kursus ni, masa tu saya dah terlewat nak join, terlewat bukak blog nija ni..tarikh dah tutup..

Asnija said...

Salam Semua,

Tengok betul-betul...

Tekaan tentang AZ dan K.Chik memang betul...(tapi sebenarnya kembar AZ)

Respect dengan K.Chik yang berulang alik 4 pagi dengan bas dari Ipoh...demi sayang pada ayahandanya....

Takkan tak perasan K.Yong dan K.Su?

Adlie Syamsudin said...

Assalamualaikum,

Semoga Puan Asnija dan rakan peserta yang lain sentiasa berbahagia dan memanfaatkan segala ilmu yang dipelajari tempoh hari.

Minta maaf tetapi ada sedikit kesilapan, saya hanya menterjemah dua daripada tiga buku yang dimaksudkan. Buku 'Predictable Results in Unpredictable Times' diterjemah oleh Puan Normah Sir, bukannya saya. Beliau seorang penterjemah yang cukup berwibawa dan kami akan berbincang mengenai apa yang saya sudah janjikan dengan Puan. Editor-editor dan Puan Ainon pun sudah dimaklumkan mengenai usaha ini dan sangat menyokongnya. Sabar ya Puan.

Momentum perubahan diri saya sudah berkurang kerana kesibukan kerja, tetapi bukan kerana tidak bermotivasi. Mungkin terlebih motivasi sehingga terasa diri seperti ditarik dari semua arah. Yang itu mahu buat, yang ini pun penting juga. Saya lebih jelas mengenai prioriti dan apa yang penting dalam hidup saya, tetapi seperti bercanggah dengan jadual harian. Bagaimana ya puan sifu?

yongzu @ 9W2YZU said...

Salam Pn. Asnija dan rakan2 yang lain,

Terlebih dahulu terima kasih sekali lagi kerana memberi peluang kepada sebahagian besar dari kami mengikuti program ini.


Saya juga seperti sdr Adlie, apabila bersama rakan-rakan sewaktu berkursus semangatnya berbeza berbanding dengan keseorangan. (Sendiri perlu ingat dan sedar tentang apa yang ingin dicapai. ;))

Well, keep in touch everybody...

p.s
Kak Yong dan Kak Su.... sebelumni tiada wajah ;) itu yang ramai tak dapat cam, Pn. Asnija.

Umi Azuddin said...

Salaam Kak Nija dan rakan-rakan...

Terima kasih tidak terhingga kepada Kak Nija atas segala tunjuk ajar dan perkongsian rakan-rakan peserta yang lain. InsyaAllah akan saya jadikannya teladan dan sempadan, terutama sekali buat diri sendiri.

Harus saya akui di sini bahawa momentum perubahan saya amatlah perlahan (mungkin terlalu lama dalam mode 'pause' kot? oops! hehe). Walau bagaimanapun, saya ingin mengambil sikap "slowly but surely", bak kata Kak Nija, "with humans, slow is fast and fast is slow".

Bottom line, matlamat perlu sentiasa di minda... macam kata Kak Yong :)

Dalam lain perkataan, errr... mungkin Kontrak 7 Tabiat saya perlu dilanjutkan... =}

Terima kasih sekali lagi, Kak Nija. Semoga segala usaha kita dipermudahkan dan mendapat keredaan Allah. Amin.

VpeaceV

Ayah Zain said...

Salam Kak nija

yer ler, satu wajah tu memang macam az tetapi itu pelanduk dua serupa tuh. Kak sidah ngan rozali kena tengok betul2 adakah betul az dalam gambar tu. Dalam dunia ada 7 orang yang rupanya iras-iras sama.

rezeki said...

salam datin

kita manusia yg lemah belajar dari setiap kelemahan dan kesilapan utk menjadi lebih baik dikemudian hari

semua itu mengajar kita dalam mengharungi kehidupan yg penuh dugaan dan cabaran di dunia yg sementara

insyallah

kak su said...

Salam Asnija

Terimakasih akak ucapkan diatas kursus ynag disediakan.

Tak sangka banyak kesialapan yg tidak disedari.

Insyaallah akan memperbaiki apa yang terlalai.

Wslm

Asnija said...

Salam semua,
Terima kasih atas semua komen, dan pertanyaan Adlie akan saya jawab paling lewat Jumaat ini, kerana saya sedang out station sekarang ini dan internet access agak terhad.

Wassalam.

Chik Att said...

Salam Datin ,

Terima kasih saya bagi pihak SKBJ di atas sumbang buku "the Leader in Me".

Buku telah diterima tadi by courier ...
Thank banyak2.

http://skbaganjermal.blogspot.com