Thursday, December 8, 2011

Jika itu yang Allah pilihkan...

Minggu lepas, tanpa diduga dapat bertemu Suhaila.  Dulu dia kerani, sekarang sudah ada business sendiri.  Keyakinan dirinya sangat menyerlah.  Sudah lancar berbahasa Inggeris.  Personalitinya juga berubah.  Dia bukan kerani yang dulu.  Bagai langit dengan bumi.  Perubahan dia sangat ketara.













Kehidupannya maju beratus-ratus langkah kehadapan.  Paling saya kagum, seiring pula dunia dan akhirat.  Dia kini bertudung, semakin ramping, rapi dan kemas.  Cantiknya dia tanpa solekan.  Seri wajahnya menyerlahkan jiwanya yang bahagia dan tenang.
Saya rasa sangat kecil...

Saya terasa bagaikan hidup mengundur kebelakang.  Dia yang perasan saya banyak mendiamkan diri mula bertanya 1001 soalan.  Ada yang saya boleh jawab, ada yang saya tidak boleh jawab.  Ada yang saya jawab dengan kata-kata, ada yang saya jawab dengan senyuman.

“Kak, saya berubah sebab kata-kata akak dulu...”  Dia memegang tangan saya dengan mesra. 
Saya cukup tersentak, pertamanya saya tidak ingat langsung kata-kata saya yang mana satu telah berjaya mengubahnya; dan keduanya saya terperanjat yang saya ini telah menyebabkan seseorang boleh berubah.

“Ingat tak, akak nasihatkan saya dulu...bila kita di persimpangan, berhenti, fikir dan buat pilihan. Selepas itu usaha dan jalan terus tanpa menoleh lagi.  Berdoa jangan putus kerana hanya Allah yang boleh memudahkan.  Jika itu yang Allah pilihkan, pasti Allah luaskan jalan.”
Saya terus-terusan terpana.  Rasa diri semakin kecil...

Mungkin dialah bentuk bantuan yang Allah sedang turunkan...yang saya sedang nanti-nantikan.  Tidak pernah saya duga, penyelesaian rupanya ada dalam genggaman sendiri.  Sedangkan saya mencari merata-rata...
Kecilnya saya...hinggakan Allah perlu menegurnya sendiri!

2 comments:

shami2 said...

Salam kak nija

Mudah-mudahan amal baik sahabat itu dapat dikongsi bersama akak..walaupun tidak nampak secara terus mudah-mudahan sudah tercatat disisiNya...alhamdulillah

Raudhatul Nadwah said...

Kak Asnija, lama saya tidak menyinggah meninggalkan kata-kata di sini.
Ya, manusia ini kecil. Setuju sangat. Kadang-kadang perkara di hadapan mata pun kita tidak terlihat.

Apapun, Alhamdulillah Allah masih sayangkan kita =)