Namun kita hanya berfikir tentang hikmah bila ditimpa perkara yang buruk, perkara yang tidak kita sukai, ataupun bila ditimpa musibah. Kita menasihati mereka yang malang ini, “Sabarlah...pasti ada hikmah di sebaliknya...” Bila diri sendiri dirundung malang, kita juga memujuk hati, “Sabar...sabar...pasti ada hikmah di sebaliknya...”
Gambar sekadar hiasan, tiada kaitan dengan tajuk entri... Tapi, bab makan memang sentiasa positif.. Duit di poket saja yang jadi negatif... |
Memang positif untuk berfikiran positif. Kitapun mula mencari-cari hikmah, memikirkan semua perkara dari sisi yang berlainan. Berdoa dan bergantung harap pada Allah agar diperlihatkan hikmah tersebut. Kita menyimpan harapan menanti langit bertukar cerah. Kerana, hikmah selalunya bererti 1001 kebaikan sedang menanti kita.
Tapi jarang sekali mencari hikmah dari perkara-perkara yang baik-baik. Bila dikurniakan kebaikan, pernahkah kita menyabarkan diri sendiri, “Sabarlah dengan kenaikan pangkat ini...pasti ada hikmah di sebaliknya.” Kita jarang untuk melihat nikmat dari sisi yang berlainan. Entahkan nikmat itulah sebenarnya ujian. Bila mendapat nikmat, kita akan mengucapkan, “Alhamdulillah...”. Jarang kita ucapkan. "Sabar, pasti ada hikmah di sebaliknya.” Perkara baik yang kita suka, kenapa pula kena sabar? Jawapannya, bila suka, janganlah terlalu suka, kenalah bersabar dan bawa bertenang juga.
Jarang sekali kita terfikir untuk berkata-kata sedemikian. Kurang teramat kita mempersoalkan mengapa Allah berikan semua kebaikan ini? Mesti ada sebab musababnya... Adakah kerana apa yang kita terima sudah bersifat positif, maka berfikiran positif tidak begitu terasa kepentingannya?
Lalu, saya mencabar diri untuk mencuba satu kelainan. Ketika menerima tugasan di luar sangkaan, pertama saya mengucap syukur kerana menerimanya tanpa disangka-sangka. Kedua, saya cuba mencari hikmah di sebaliknya, “Pasti ada sebab mengapa Allah berikan ini dengan tidak semena-mena, pasti ada hikmah di sebaliknya...” Saya cuba berfikiran positif dari perkara yang positif.
Maka sayapun berfikir dari pagi hinggalah malam. Merenung semua kemungkinan. Melihat sekeliling. Mencari hikmah merata-rata. Mencari jawapan usai solat setiap waktu.
Dan satu pagi, dalam perbualan santai dengan anak-anak, saya disapa oleh hikmah tersebut...
Akhirnya saya ternampak mengapa Allah berikan nikmat ini....sebagaimana saya mulai faham mengapa Allah berikan cubaan dan dugaan hidup.
Perkara baik mahupun perkara buruk, memang positif jika kita berfikiran positif. Bila fikiran sudah positif, tingkahlaku juga ikut positif, maka hasilnya jadi positif.
Lagipun...
Penat memikir benda-benda negatif...buang masa, buang tenaga.
Bila susah, sabar...pasti ada hikmah di sebaliknya!
Bila senang, pun kena sabar...pasti ada hikmah di sebaliknya!
Belajar-belajarlah menekan "PAUSE button."
Belajar-belajarlah menekan "PAUSE button."
Kan positif tu...
Kisah Pak Pandir:
Satu pagi sebelum ke kolej, Zaid memanipulasi saya, "Ada hikmahnya Zaid terhabis belanja duit Zaid. Rupanya supaya pagi ni ibu dapat peluang sedekah duit kat anak..." Saya piat telinga anak teruna 20 tahun ni, "Sebenarnya, kena piat telinga nilah hikmahnya..."
Kisah Pak Pandir:
Satu pagi sebelum ke kolej, Zaid memanipulasi saya, "Ada hikmahnya Zaid terhabis belanja duit Zaid. Rupanya supaya pagi ni ibu dapat peluang sedekah duit kat anak..." Saya piat telinga anak teruna 20 tahun ni, "Sebenarnya, kena piat telinga nilah hikmahnya..."
2 comments:
Bijak sungguh si anak memanipulasi ibunya. Doa yg sering disebut selepas tiap kali solah..."Ya Allah, kurniakanlah kepadaku sifat As-SaburMuu agar aku sentiasa bersabar dgn ujian nikmat & ujian musibahMu. Dan kurniakan kpdku sifat As-syakurMu agar aku sentiasa bersyukur sebanyak2nya di atas segala rezeki & nikmat yg Engkau limpahkan kepada diriku & kelaurgaku". dikurniakan nikmat juga adalah satu ujian.
Salam kak nija
Setuju dengan n3 ni...semoga Allah sentiasa kurniakan kita sifat yg sabar, dalam mengharungi kehidupan harian, setiap saat hidup ini pasti ada nilai hikmah...bila itu sudah tertanam secara positif, kita menikmati indahnya kehidupan ini...alhamdulillah...
terus menulis kak...heheh saya suka baca tulisan akak...jauh tapi dekat dihati...
Post a Comment