Is a happy life...
Saya dengar kata-kata ini dari Chris Jr., salah seorang trainer di satu sessi ketika di Orlando. Ketawa besar kami satu dewan...Chris mengucapkannya dengan begitu “candid”, mencuit hati kami semua.
"Do not argue with me...." Katanya lagi ketika salah seorang peserta mengangkat tangan cuba mencabarnya. Bersahut-sahut gelak kami, riuh satu dewan. Saya sendiri gelak memanjang....dan di bilik hotel mengulangnya dengan sengaja...berkali-kali kepada suami....
“Yalah tu...” Jawab suami sambil tergelak kecil.
Dan, selama di Orlando, saya gunakan kata-kata itu “dengan tidak berhemah sekali”.... (untuk memanipulasi suami bila mahukan dia membelikan saya sesuatu).
“Dear, a happy wife is a happy life...”
Dan, beg shopping saya pun penuh di tangan kiri dan kanan...heh...heh...
Sangat understanding dan supportive...dalam apa juga urusan dan perkara...(anda pasti tak dapat membayangkan, tetapi dia adalah rakan shopping yang paling happening...ajaklah dia pusing 10 kali pun sanggup.)
“Di sana nanti nak shopping apa?”
“Tak nak beli apa, semua dah ada.” Itu jawapan saya bila di tanya suami. Saya sungguh yakin tidak akan membeli apa-apa.
“Handbag pun tak nak?” Suami bertanya lagi.
“Tak nak. Tahun lepas baru beli...” Sememangnya saya merasakan tidak perlu. Dan tekad saya tidak mahu berbelanja.
“Belilah satu...buat syarat...” Dia terus memujuk. Saya cuma tergelak.
Sampai saja di Orlando, perkara pertama yang saya cari ialah peta lokasi. Kami berkira-kira untuk menyewa kereta agar mudah suami menghantar saya pergi dan balik selama 5 hari berkursus. Tapi bila melihat pas mingguan bas hop-in (di sana dipanggil I-ride trolley) jauh lebih murah, malahan melalui semua tempat tumpuan pelancong dan tempat kursus, kami terus membatalkan niat menyewa kereta. Sampai saja di hotel, saya terus masak nasi dengan microwave, dan memanaskan ayam kurma. Sedap sungguh makan tengahari , mungkin kerana lapar, hampir 2 hari tak jumpa nasi ketika strended di Chicago.
Aktiviti selanjutnya? Program saya hanya akan bermula hari Sabtu. Jadi Khamis dan Jumaat saya free.
“Kita tengok-tengok premium outlet je lah...” Cadang suami.
Dalam peta, ada dua Premium Outlet, dan kedua-duanya dihubungkan dalam satu laluan trolley, satu di bahagian utara, dan satu di bahagian selatan. Memang mudah dan sangat convenient. Hari itu, kami bercadang untuk melihat-lihat Premium Outlet di Oak Ridge Road.
Sampai di sana, lain pula ceritanya. Suami beriya-iya bershopping. Sampaikan saya pun ikut bersemangat juga. Dek kerana terlalu convenient, maka sepanjang di sana, kamipun berulang-ulang pergi. Tapi rasanya Premium Outlet di Vineland Avenue lebih banyak pilihan terkini. Ketika itulah kami ternampak pulak Publix Supermarket. Banyak sungguh pilihan makanan yang boleh kita makan dan masak di microwave. Kami beli lobster dan ketam yang fresh....sedap sungguh, walaupun sekadar saya rebus dan kukus di microwave. Coklat pula murah dan pelbagai. Godiva tersangat murah, dan kami memborong sakan.
Hingga ke saat akhir, masih sempat lagi bershopping. Sehari suntuk kami di Florida Mall. Hari itu sememangnya hari suami bershopping. Satu yang paling tidak kami duga ialah betapa mudahnya mencari makanan. Di food court memang mudah jumpa nasi putih dan lauk untuk vegetarian. Kadang-kadang ingat macam di Malaysia pulak. Banyak gerai yang menjual “nasi campur”.
Akhirnya, beg jadi beranak-anak. Beli barang tak beringat, kemudian pening kepala nak isi di mana. Paling kelakar ketika di airport, bila timbangan beg terlebih, suami berkejar ke Walmart pagi-pagi buta, membeli satu lagi beg tambahan agar boleh menyusun semula jumlah berat bagasi.
“Belilah satu...buat syarat...” Itu saranan suami ketika di Malaysia. Saranan yang tidak menjadi...
Akhirnya, berapa handbag saya beli? Heh..heh...biarlah rahsia...
Tak pelah, dear! A happy wife is a happy life...
Siapa suruh pemurah sangat...
10 comments:
Salam Asnija,
A happy wife is a happy life...bestnya phrase tu..kalaulah semua suami memahami alangkah bahagianya para2 isteri kan..seronoknya dapat soping banyak hbag..takder ker nak disedekahkan yang lebih2 tu..hehehe, tumpang gembira dgn kegembiraan kawan2..
As salam Kak Nija,
seronoknya bershopping..
teringat kata uwan sy "kalau ada duit, semua boleh di kuit" hehe
assalamualaikum kak nija : A Happy Hubby plak macam mana?
Asnija,
Wah shopping habis....mesti byk beli beg coach
Salaam Kak Nija,
Wah! Shopping sakan ye, Happy Wife ini...hehe...Saya pun tumpang Happy sekali.. :)
psstt... beli beg Coach dapat 'harga kilang' ke, kak? heh ;}
Selamat (belated) hari raya buat Kak Nija sekeluarga.
Salam K.Shidah,
Ada kelakarnya jugak phrase tu. Tapi ada jugak betulnya. Jika kena gayanya, isteri memang mudah berkorban apa saja.
Itu mat saleh yg cakap, sedangkan Rasulullah sudah berikan contoh tauladan..
Semoga kita semua adalah happy wives ye..
Salam Shima,
Shopping walau hanya window shopping pun seronok..berangan dan berimaginasi, cuma jgn bawak otak kiri ikut sama..nanti semua tak jadi.
Salam Afeez,
A happy husband is like a heaven..
Salam Rosli,
Tak beli banyak, cuma secukupnya.
Salam Umi,
Memang murah walau dah convert ke RM. Masa tu USD pun tengah murah..berbaloi-baloi..
Post a Comment