Friday, May 8, 2009

Tokey coklat!

Anak-anak saya sukakan makanan yang manis-manis. Mereka akan berlari turun ke dapur apabila terbau cookies atau cupcakes yang sedang dibakar di oven. Kepuasaan dan kegembiraan saya ialah apabila mereka memeluk saya dan bertanya, "Masak apa Bu, sedapnya bau...".

Adakalanya belum sempat dibakar, mereka sudah menjilat-jilat bancuhan cookies atau cupcakes.

Kadang-kadang bila malas melanda, saya hanya bergantung harap dengan apa saja yang dimasak oleh Ija (Nota: Maid yang telah bekerja selama 4 tahun dengan saya...). Bila demikian, Zaid akan merungut, "Masaklah Bu...".

Bila mood memasak datang, saya akan masak complete set, maksudnya, dari main course sampailah ke dessert. Meja makan seperti meja buffet, seronoknya melihat anak-anak makan berulang-ulang.

Satu hari, Amni (Nota: Anak bongsu saya) memberi komen, "Kita orang dah boring la makan cup cakes, masak lain pulak la Bu..". Alahai, masak apa pulak ya?

Itulah titik tolak bermulanya "The Cocoahouse". Entah apa yang mendorong saya, akhirnya saya mendaftar ke kelas membuat coklat! Kawan sekelas semuanya sudah pro tentang masak-memasak. Macam-macam perkara tentang coklat yang saya pelajari. Saya rasa saya ni kecil sangat. Memasak ikut pandai sendiri - trial and error. Memang tak pernah belajar secara formal. Terima kasih teramat sangat dengan Chef Amer. Kagum saya dengan pengalaman hidup dan kejayaannya. Terima kasih kerana berkongsi semua ilmu, tak kedekut lansung! Chef Amer memang best...

Selepas 2 hari berkursus, petang itu saya pulang ke rumah dengan sekotak coklat yang cantik bereben untuk anak-anak saya. Dengan bangganya saya beritahu mereka, "Coklat ni semua ibu yang buat!"

Mata anak-anak saya bersinar-sinar, "Ya ke Bu?". Dan mereka berebut-rebut merasa hasil tangan saya selama 2 hari berkursus.

"Betul ke Ibu buat semua ni". Soal mereka berulang kali. "Betul..." Hati saya berbunga bangga. Emak dan abah yang kebetulan ada petang itu terus mencadangkan, "Boleh buat business ni."

Dalam hati saya, "Wah! Tokey coklat in the making."

2 comments:

Unknown said...

salam alaik sedapnya, coklat 7 tabiat orang yang amat berkesan satu, huhuhuhuh

Asnija said...

Ini bukan coklat 7 Tabiat... tapi mana tahu kalau makan boleh jadi berkesan...ha..hah..Mior, terima kasih atas kesudian melawat blog saya. Kalau nak order coklat hantaran pun boleh, nak makan sendiri pun boleh...