Hari ini merupakan hari last bekerja sebelum bercuti panjang. Semua rakan sekerja bertanya; "Dah ready?", "Apa perasaan?" dan pelbagai pertanyaan lagi. Apa yang boleh ditunjukkan hanyalah senyuman, dalam hati lain ceritanya. Ada takut, ada suka, ada teruja, bercampur-campur. Takutnya jika diuji bermacam-macam akibat dosa yang banyak... Persediaan yang dibuat rasanya cukup kurang, dari segi fizikal dan mental. Abah berpesan malam tadi, doa sebanyak-banyaknya di semua tempat mustajab, di Raudhah, Multazam, Makam Ibrahim, Hijr Ismail dan Pancur Emas. Jangan lupa solat malam. Sampai sana jangan mandi terus, nanti demam....jangan makan tembikai, nanti senang batuk... Emak pula berpesan supaya sabar, sabar dan sabar. Seronoknya dengar pesan abah dan emak. Tengah malam saya menyelak semula buku panduan umrah untuk memastikan tempat-tempat mustajab berdoa yang abah pesan (Nota: Baru terperasan, banyak yang saya lupa...he..he..kalaulah abah tahu...)
Hari ni, makin petang, makin berdebar...ready ke aku ni?
1 comment:
Salam Kak Nija,
Apa yang akak rasakan adalah sama apa yang saya rasakan kini..aduhai..meskipun tarikhnya belum dipilih namun keputusan mendadak yang dibuat menjadikan perasaan sy bercampur baur..
Memang dah lama berniat ingin ke sana..ketakutan jugak jika diuji dengan pelbagai atas dosa2 silam huhu
Post a Comment