Thursday, July 28, 2011

A Blessing In Disguise!

Bulan Mei lepas, saya berpeluang berkursus di Orlando.  Alhamdulillah, kali ini ditemani suami.  Tahun lepas ketika berkursus di Chicago, visa suami lewat menerima kelulusan dan akhirnya saya pergi sendirian.  Jadi bila tahun ini dimurahkan rezeki pergi berdua, sememangnya saya amat teruja.  Seawal Mac, saya menyiapkan semua urusan.  Semua kelas yang ingin saya hadiri, saya aturkan dan susun jadualnya.
Paling rasa bertuah akhirnya berjaya mendapat tempat dalam program di Disney Institute.  Paling menguntungkan bila saya berjaya mendapat tambang pada kadar yang sangat rendah setelah berminggu-minggu meneliti harga bagai turun naiknya harga pasaran saham...

Tapi ada satu masalah...

Tempoh transit di Beijing dan Chicago hanya ada 1 jam 55 minit setiap satu.  Saya boleh jangkakan tidak akan menghadapi masalah ketika di Beijing.  Tapi, di Chicago?  Selalunya sesak di Imigresen. 

Tak apalah...
Saya harap Allah permudahkan.

Ketika hampir mendarat di Beijing, saya memberitahu pramugara tentang tempoh transit yang singkat.  Kebetulan juga tempat duduk di depan, jadi dia membantu kami untuk keluar lebih awal.  Apalagi...berlarilah kami...

Alhamdulillah...masa yang lebih dari cukup dan sempat juga solat jama’ Zohor dan Asar sebelum menaiki penerbangan seterusnya ke Chicago.  Lega hati...satu masalah sudah berjaya dilalui...dalam hati masih ada kerisauan dan kebimbangan...tapi saya cuba rileks dan memaksa diri melelapkan mata...

InsyaAllah...nanti Allah permudahkan...

Dalam penerbangan kali ini, tempat duduk kami nun jauh di belakang.  Sebaik mendarat, semua penumpang bangun dan memenuhi laluan.  Saya dan suami tersekat, tidak boleh menyelit langsung.  Ketika itu harapan untuk keluar cepat semakin nipis...hati berdebar...kerisauan mula melanda semula...mata asyik mengerling jam di tangan...habislah kalau tertinggal flight ke Orlando...dalam kepala mula mengira-ngira jumlah USD dan tukarannya ke RM...adoiii...hampir RM 2000...

Namun, bagaikan magik, tak sampai 10 minit, kami sudahpun berada di dalam airport.  Apalagi, seperti di Bejing, saya dan suami pun berlari lagi...

Nun...di depan...kami sudah nampak barisan yang panjang...masyaAllah...mata saya mengerling jam di tangan sekali lagi.  Setangah jam juga barisan itu bergerak perlahan-lahan sebelum akhirnya kami mula nampak kaunter imigresen.  Punyalah ramainya manusia...dari pelbagai negara dan bangsa...

Mata saya mengerling jam di tangan untuk kesekian kalinya, mencongak....mendarab...membahagi... 

Di depan saya dan suami ada hampir 100 orang.  Jika setiap seorang mengambil masa 5 minit untuk melepasi kaunter imigresen...sudah amat pasti saya dan suami akan ketinggalan flight ke Orlando.  Ketika itu waktu menunjukkan pukul 6.00 petang.  Flight kami ke Orlando pukul  7.15 malam.

Hati saya gelabah sungguh.   Risau, resah...di depan saya...bagaikan melihat semua orang cuba melengah-lengahkan masa.  “Tak boleh ke jalan cepat sikit....tak boleh ke uruskan passport tu cepat sikit....lambatnya...lambatnya.”  Hati saya merungut-rungut.  “Tak tau ke orang nak cepat nih...”

Makin saya resah...tahap bengang makin meningkat...degupan jantung juga semakin cepat.  Paling saya tension, saya tidak boleh berbuat apa-apa... Itu yang saya geram tu... 

Reality check...
Memang saya tidak boleh berbuat apa-apa.  Sedangkan masalah ini saya sudah duga dari awal...dan ianya benar-benar berlaku...Merungut, bengang, mengomel, resah, cemas...hanya membuatkan diri sendiri stress...saya jadi penat sendiri...

Suami memujuk....sabar...sabar...
Saya menghela nafas panjang dan menghembuskannya perlahan-lahan...menasihati diri...inilah masa terbaik untuk mengamalkan proaktif....menekan butang PAUSE!  Tenang....tenangkan hati, tenangkan minda, tenangkan fizikal, tenangkan rohani....

Reality check...
Saya terima bahawa saya akan tertinggal flight...saya terima bahawa saya perlu mengeluarkan sejumlah wang untuk membeli tiket baru ke Orlando....jika inilah yang telah ditentukan untuk terjadi...saya ingatkan diri berulang kali...don’t react emotionally....calm down...accept it...think of solution and move on....be proactive...do not reactive...

Satu perkara yang saya masih boleh lakukan untuk lebih proaktif ialah doa...doa agar Allah uruskan semua urusan saya dan suami....saya sudah tidak berdaya menguruskannya lagi...

Keduanya, ingat semula tujuan trip ini.  Saya sepatutnya bergembira dengan trip ini bersama suami...that’s exactly what I’m supposed to do...be happy...bukan runsing dan resah...

Ok...tak pelah...kalau perlu beli tiket lain...beli sajalah...
Mungkin ada hikmahnya....

Rupanya bila fokus kita tidak lagi pada masalah, masalah itu dengan sendirinya tidak lagi menjadi halangan...tempoh menunggu dan berbaris panjang itu saya gunakan untuk berbual dengan suami.  Mungkin ini sebenarnya rahmat...Allah beri saya masa untuk benar-benar berbual dan berborak dengan suami sepanjang tempoh itu...seronok sangat bersembang hingga tak perasan kami akhirnya sampai di kaunter imigresen.  Di sinilah kami berdepan dengan satu lagi masalah...

Di imigresen Hong Kong dan Singapura, suami pernah kena tahan dan passportnya “di rujuk” pada sistem.  Saya sudah menjangka kali ini suami akan kena tahan sekali lagi, lebih-lebih lagi bila tahun lepas, proses kelulusan visanya juga mengambil masa terlalu lama untuk lulus berbanding saya.  Di tambah pula ketika itu kes Osama dibunuh masih lagi hangat diperkatakan...bila suami saya “ditahan” dan saya pula diarahkan mengambil bagasi sendirian...hati saya cemas semula.  Bertambah cemas, sebaik mengambil bagasi, suami sudah hilang entah dibawa kemana....  Ya Allah!  Kena tangkap ke suami aku ni?

Puas bertanya, akhirnya mereka mengarahkan saya ke bilik pemeriksaan.  Dalam bilik itu, saya lihat ramai rupanya yang sedang menunggu dengan masalah yang sama.  Hati saya lega, kerana dalam ketegasan mereka, masih juga berdiplomasi dan bercakap dengan nada yang berhemah.  Hampir satu jam juga kami “tersekat” di situ.  Rupanya ada beberapa nama yang perlu mereka semak dan pastikan demi keselamatan.  Dalam hati sebenarnya saya suka juga dengan ketelitian mereka kerana prosedur ini membuatkan saya lebih rasa selamat untuk menaiki penerbangan seterusnya.

Selesai di imigresen kami terus ke kaunter United Airlines dan memberitahu mereka yang kami telahpun tertinggal kapalterbang.

“Don’t worry, Mam.  So many people have missed their flights too.  We know about the long queue at the immigration section.  There’s no more flight to Orlando for tonight, but you have 2 options for tomorrow, 7.30am or  11.00am.  Which one do you prefer?”

Aduuhh...leganya hati saya dan suami...lega yang pertama bila dilayan dengan baik.  Lega yang kedua (dan yang paling utama), kami tidak perlu membayar apa-apa untuk tiket baru, mereka menggantikannya dengan percuma....wahhhh....alhamdulillah!

Mereka juga membantu kami menempah bilik hotel dan memanggil khidmat shuttle untuk menghantar kami.  Kami memilih Best Western sekali lagi.  Semua urusan selepas itu....lancar selancarnya...

Kami sampai di hotel hampir pukul 8 malam...dan akhirnya saya terduduk bila memikir keajaiban dan betapa sempurnanya perancangan Allah....memang jelas ada hikmah di sebalik semua yang terjadi...yang saya tidak terfikir pada awalnya.  Terkenang semula rungutan saya...betapa semua keresahan itu tidak berbaloi sebenarnya...rupanya Allah ada perancangan yang lain...

Tahun lepas...kecewa sungguh bila suami tidak dapat mengikut ke Chicago...  Setiap malam bersendirian di kedinginan Chicago, saya berdoa agar visa suami  cepat selesai dan dapat sempat sampai menemani saya di Chicago...setiap hari saya menunggu doa saya dimakbulkan...setiap hari saya menunggu kedatangan suami sehinggalah akhirnya sehingga saya balik ke Malaysia, visa suami masih belum selesai....

Tapi tahun ini....selepas setahun berlalu...Allah masih tidak lupa pada doa saya itu (sememangnya lupa bukanlah sifat Allah).  Doa saya agar suami dapat sampai ke Chicago akhirnya dimakbulkan Allah..... pada saat yang paling terbaik dan paling sempurna...  Kami akhirnya berdua di Chicago...malahan akan ke Orlando pula...Allah tidak berikan satu...malahan dua...


Tahun lepas...
Tahun ini...
































Malam itu...dalam suasana dingin...saya menyusuri downtown Chicago, Millennium Park dan Trump Tower dengan hati berbunga-bunga...

Saya tidak keseorangan lagi...
Saya ditemani suami....
Exactly sepertimana yang saya doakan dan mahukan tahun lepas...

Allah sebenarnya berikan saya...lebih daripada yang saya sendiri harapkan...

Magiknya doa...kerana Allah tidak akan pernah lupakan...

4 comments:

Mieza said...

Assalamualaikum Pn Asnija, magiknya doa...terima kasih puan kerana kembali menulis, banyak yang saya belajar dari pengalaman puan; ingatan buat saya dan keluarga di rantau orang. Semoga Allah memudahkan semuanya.

Naz Mohamed said...

Assalamualikum Nija,

Pernah mengalami keresahan beratur panjang ketika ingin ke Munich, transit di Amsterdam. Masa itu kami 20 org...nama telah diumumkan utk boarding krn k/terbang akan berlepas dlm tempoh 10 minit. Sampai turn saya di kaunter imigresen, bg pihak kwn2 yg masih berada jauh di belakang ,saya minta peagwai berkenaan lepaskan kami semua. Hampir 20 minit berlari anak, sampai di k/terbang pintu dh hampir ditutup...cemas dibuatnya.

Asnija said...

Salam Mieza,
Terima kasih datang ziarah dan selamat berkenalan. Semoga kita sama-sama belajar dari pengalaman masing-masing. Blog Mieza juga bagus, you have great talent in writing and photography. Teruskan menulis juga jika sudah menjadi minat kita.
Wassalam.

Asnija said...

Salam Ummufaiz,
Terima kasih datang singgah dan berkongsi cerita. Memang betul, resah menunggu bila ada perkara yang nak dikejar..berlari ke pintu gate..boleh bayang termengah-mengahnya bila sampai kat dalam flight..
Wassalam.