Saturday, July 23, 2011

Idea Busines.

One day...ingin sekali ada perniagaan sendiri!

Saya tetapkan “that one day” akan datang dalam masa 2-3 tahun ini. Masa terus berlalu, umur semakin bertambah, the end in mind semakin hampir. (Hmmm...umur pencen juga semakin hampir). Persediaan perlu dibuat satu persatu. Anak tangga perlu didaki....satu anak tangga dalam satu masa....Mudah-mudahan, di hari tua ada sumber pendapatan untuk menampung makan minum dan sakit pening.

Perkara pertama...anak tangga itu perlu disandarkan pada dinding yang betul. Tak guna mendaki dengan cepat dan akhirnya terperasan kita mendaki ke tempat yang salah. Sebab dan tujuan perlu jelas dari awal. Mendalami “the core values” untuk setiap keputusan...baru mudah mengatur langkah...

Dalam mencari-cari idea busines yang unik, tersendiri dan luar biasa, penat juga bila otak dikerah untuk menjadi kreatif dan inovatif.....berfikir dengan cara yang berbeza, melakukannya dengan cara yang berbeza...pasti beroleh hasil yang berbeza....fikir...fikir...dan terus berfikir....

Alhamdulillah, tahun ini sudah bermula dengan paradigma yang berbeza.

Idea busines rupanya tidak datang bergolek. Mencarinya bagai mengharungi lautan luas terbentang. Mata perlu terbuka luas.Telinga perlu sanggup mendengar. Minda dan hati perlu bersedia menerima perkara “beyond imagination”. Mungkin idea itu selama ini sudahpun berada di depan mata. Menyedarinya... ia merupakan satu peluang. Menjadikan idea ini satu kejayaan hebat? Itulah cabaran yang sebenar.

Dalam kepala sudah ada jawapan. And, to make it real? It is a totally different ball game altogether.

Anda ada “the best business idea”? Mungkin boleh mencetus idea baru untuk kita semua.

Anything that is beyond imagination?
Anything that you can start under RM 1000?

Let’ share!

Let’s do it!

1 comment:

Rozali said...

Assalamualaikum Asninja

saya lihat kawan sepejabat menjalankan perniagaan jual kain ela secara on line, melalui fb...ligat juga nampaknya

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN AL MUBARAK

Wassalam