Friday, July 22, 2011

Dendam Positif.

















Pertama...saya tak pasti ianya wujud.

Kedua....saya tak pasti ianya dibolehkan.

Ketiga...saya tak pasti ianya “principle centered”. (Saya tahu bohong sunat memang salah, tapi dendam positif?)

Namun, saya boleh nampak nilai positifnya.

Saya belajar tentang dendam positif melalui satu cerita.  Bagaimana bila seseorang itu rasa amat terhina, lalu dia berazam mengubah kehidupannya dengan melanjutkan pelajaran, ke peringkat yang tertinggi, kemudian bekerja dan mengutip sebanyak pengalaman yang boleh, menyumbang kemahiran dalam semua skop tugasan, mendaki tangga kerjaya tahap demi tahap, mengumpul kekayaan sehingga dia sendiri akhirnya membeli syarikat yang pernah melakar pengalaman pahit dalam hidupnya.  Dan akhirnya dia memegang jawatan tertinggi, sedang individu yang pernah memperlekehkannya masih di tahap lama, di jawatan yang sama.

Sememangnya...pandangan dan hormat orang pada kita banyak bergantung pada pangkat, jawatan dan taraf keluarga.  Melihat orang yang pernah diperlekehkannya sekarang muncul di depan mata sebagai individu yang sama tapi pangkat dan kedudukan yang berbeza, tahap hormat turut berbeza.  Bimbang kehilangan kerja, dia bersemuka dengan Pengarah baru...

“I hope you didn’t take it personally... of what I had said and done to you.”

“Not at all....Indeed, I really appreciate it.  I have nothing but thank you.  Thank you so much.  You have motivated me enough to change my life.”

Adik saya yang berkongsi cerita ini.

I listen...and I learn...

“Itulah yang dinamakan dendam positif...”  Katanya menutup cerita.  Saya berfikir panjang dan menyelam jauh ke dalam diri.

Hmmmm....dengan siapa saya nak berdendam positif ye?

2 comments:

Kakzakie Purvit said...

Kakak mendengar motivation cerita ini dari radio IKIM. Dendam positif yg memberi kejayaan padanya.

Asnija said...

Salam K.Zakie,

Oh ye ke. Adik saya yang sampaikan pada saya. Kalau dari IKIM, insyaAllah boleh lah kita guna pakai nilai murni dalam dendam positif tu.

Thanks,kak.